Belajar Seo Perkara Perkara Asas Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Berblog
Apa Itu SEO?Search Engine Optimization (SEO) - proses memaksimumkan jumlah pengunjung ke laman web tertentu dengan memastikan bahawa laman web tersebut muncul pada tahap paling tinggi dalam senarai hasil carian yang dikembalikan oleh enjin carian.Daftar Emel - GmailDaftar Google AnalyticDaftar Google Webmaster ToolSebelum meneruskan pembacaan yang apa bakal saya sampaikan dalam artikel ini, saya sarankan anda untuk mendaftar senarai pautan yang saya berikan diatas. Jika sudah, ayuh kita bermula!!
Panduan Asas SEO untuk Blogger BaharuPerkara yang perlu anda tahu adalah bahawa SEO bukan peluru ajaib. Tiada siapa tahu bagaimana algoritma yang google gunakan untuk 'search engine' mereka. Apa yang mampu yang kita lakukan adalah mengoptimumkan langkah-langkah asas yang mampu kita lakukan. Perkara-perkara yang saya senaraikan ini adalah perkara yang asas setiap kali anda membina website yang baru
Jangan terlalu tertekan dengan teknik-teknik SEO ini, janji anda lakukan perkara asas SEO yang saya cuba sampaikan. Masa akan menentukan dan website anda akan disenaraikan oleh google apabila anda membuat carian di google.comMenulis 'Title' dan 'Description' Untuk BlogPastikan anda menulis tajuk dan penerangan blog anda dengan baik. Dalam tajuk dan penerangan blog kita perlulah menggunakan kata kunci yang betul yang cuba kita sasarkan. Walaupun begitu, pada sesetengah blog saya, saya tidak begitu tekankan untuk menulis kata kunci yang begitu spesifik kerana apa yang lebih penting adalah blog kita nampak lebih semulajadi
Jika terlalu menekankan kepada kaca kunci untuk enjin carian, maka penerangan blog tidak lagi tampak semulajadi dan jika terlalu berlebihan akan menjadi 'SPAM' kata kunci
Tajuk dan penerangan ini akan digunakan oleh enjin carian seperti google untuk memaparkan ringkasan cerita blog anda. Saya mengambil contoh tajuk dan penerangan yang dilakukan di blog paultan.org
Tajuk dan Penerangan di laman blog paultan.org
Tajuk dan penerangan blog beliau tidak mempunyai kata kunci yang khusus dan tidak terlalu menitik beratkan untuk fokus pada satu-satu kata kunci
Contoh tajuk dan Penerangan blog untuk MazukiBlogDalam gambar ini saya mengambil contoh platfom blogger yang saya gunakan. Pergi ke menu Setting >> Basic dan anda boleh menulis tajuk dan pengerangan blog disini. Privacy - pastikan anda pilih 'Visible to search engines' untuk membenarkan enjin carian mengindeks blog anda
Wordpress juga mempunyai fungsi yang sama dan anda boleh lihat dalam 'admin area' yang disediakan. Rujuk Cara Buat Blog Wordpress
Hantar Blog ke Google Webmaster ToolGmail - Disebabkan kebanyakan perkara yang kita lakukan berkaitan dengan SEO adalah dimiliki oleh google maka sebab itu saya sarankan untuk membuka akaun gmail. Kerana segalanya 'tools' yang bakal kita gunakan hanya perlu untuk log masuk dengan emel yang sama
Google Analytics - Apabila anda menghantar url blog anda di 'Webmaster Tools' anda perlu untuk membuat pengesahan blog berkenaan. Salah satu cara untuk membuat pengesahan adalah menggunakan 'google analytics'
Anda perlu memasukan kod yang diberikan oleh 'google analytics' ke dalam blog anda
Pergi bahagian Admin >> Create new account
Isi maklumat blog anda sepertimana yang dikehendaki.
Setelah selesai, anda akan diberikan 'website tracking' untuk anda masukan kedalam blog anda.Saya hanya menggunakan 'widget HTML/Javascript'Untuk memudahkan anda tanpa perlu memasukan kod ini ke dalam 'theme' anda, saya hanya menggunakan 'widget HTML/Javascript'. Sebaik-baiknya adalah diletak pada bahagian 'footer' blog
Google Webmaster Tools - menggunakan akaun gmail yang sama, anda hanya perlu login ke 'webmaster tools' dan hantar blog anda disini. Pada panel kawalan 'webmaster tools' terdapat pelbagai fungsi yang boleh dijadikan rujukan berguna untuk anda menganalis blog anda
Sitemap.xml - di 'webmaster tools' juga anda perlu menghantar sitemap.xml untuk membantu google mengindeks artikel-artikel blog anda. Untuk blogger, anda hanya perlu menulis http://bloganda.blogspot.com/sitemap.xml
Manakala untuk wordpress anda boleh gunakan 'Yoast SEO Plugin' - dalam plugin ini terlalu lengkap untuk SEO blog anda untuk dilakukan. Hanya ambil sedikit masa untuk membaca arahan yang diberikan
'ADD A PROPERTY' pada sebelah kanan Pada ruangan panel ini pilih 'ADD A PROPERTY' pada sebelah kanan kemudian lakukan seperti dalam gambar diatas kemudian 'Continue'
'ADD/TEST SITEMAP'Disebabkan anda telahpun memasukan kod 'google analytics' ke dalam blog anda seperti yang saya terangkan sebelum ini, anda tidak lagi perlu untuk membuat proses pengesahan
Hantar sitemaps - pergi ke ruangan 'sitemaps' seperti paparan diatas kemudian klik 'ADD/TEST SITEMAP'. Hanya perlu tulis sitemap.xml kemudian 'Submit'
Url untuk sitemap blog andaAnda telahpun berjaya untuk menghantar kepada google untuk mengindeks artikel-artikel dalam blog anda. Setelah langkah pertama ini selesai kita akan teruskan belajar seo dalam penulisan artikel
Tiada jalan pintas saya lakukan untuk buat duit Rm30k secara online. Namun segala usaha yang dilakukan adalah berbaloi dan minat adalah kunci utama untuk anda tidak berputus asa dan terus berusaha. Dengan kejayaan yang pernah saya lakukan, saya cuba untuk berkongsi dalam Bimbingan Lengkap - Cara Buat Duit Online
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mazukiblog.blogspot.com/2016/06/belajar-seo-perkara-perkara-asas-yang.html