Belajar Masak Dengan En Suami


Belajr Masak Dengan En Suami.  Suami korang pandai memasak tak? En suami saya pandai yer, bukan setakat pandai,  cekap juga. Kadang-kadang ubahsuai resipi pun pandai.
Memasak ni kena ada passion. Itulah ayat yang selalu disebut bila nak suruh anak-anak masuk dapur. Akak pun bukanlah pandai sangat memasak.  Masa remaja sibuk menuntut ilmu bila masuk dapur buat yang ringkas-ringkas untuk selera sendiri, selera orang bujang.  Bila dah berumahtangga kenalah belajar semula.  Mujur en suami banyak sangat membantu di dapur. Biasanya kalau tak banyak urusan memang en suami aje yang kelentang kelentung di dapur.  Tapi satu sahaja syaratnya, kena ada yang tolong siapkan bahan dan kemas dapur. 
Akak pun daripada tak berapa pandai, sikit-sikit dah cekaplah juga mengadun masakan terutama yang diminati anak-anak dan keluarga.  Kalau dulu masak kari pun ceroi (maksudnya kuah cair) tapi sekarang ni tak ada dah kedengaran perkataan ceroi tu.  Menetap di utara ni, salah satu yang kena pandai masak dah tentulah kari - tak kiralah kari ikan, ayam, daging, sotong, udang.  Tapi kalau en suami ada kat rumah, lebih suka air tangan beliau lagi.


Menu Paling Best Pernah MasakPengalaman memasak ni mungkin diturunkan daripada arwah bapa mertua.  Arwah bapa mertua khabarnya adalah antara tukang masak kampung untuk kenduri kendara dan menu paling favorite adalah ayam masak merah.  Menu ini juga adalah kegemaran kami sekeluarga.  
Adik beradik lelaki yang lain tak ada yang mengikut jejak kecuali en suami.  Bukan dari kelulusan kulinari tapi masakannya memang power.  Kalau akak perlu kerja luar atau lewat balik pejabat, tak risau bab-bab makan anak tapi kena sedialah tengok dapur. 



Nasi arab paling simple pernah dimasak.  Walaupun simple tapi cukup rasanya. Tak pernah tak habis. Biasanya kami masak cukup untuk sepinggan besar ni.  


Masak lemak pucuk manis dengan ubi keledek.  Ini juga antara masakan en suami yang disukai oleh MIL.  Masakan ni juga paling senang nak buat.  Pucuk manis tu ada ditanam di tepi rumah, guna santan kotak dan beli ubi keledek.  Kami suka guna ubi keledek oren ni sebab rasanya agak manis.  Kalau masak lauk ni kena padankan dengan ikan kering atau ikan pekasam. Orang Banjar panggil ikan pekasam ni 'wadi'



Pajeri terung atau nenas pun kalau en suami masak memang akak kalah awalnya. Tapi sekarang ni dah pandailah juga. Terung yang biasa digunakan ialah terung hijau.  Lebih sedap rasanya berbanding terung purple tu. Tapi kalau tak ada, mana-mana pun boleh



Asam pedas Melaka. Asalnya akak kongsikan cara kami anak Melaka masak.  Bila sampai kat tangan en suami, resipinya diubah sikit-sikit ikut citarasa beliau. Eh!! Sedap juga tau !  So sekarang ni asam pedas Melaka en suami dah jadi antara menu utama bila kami sekeluarga berkumpul



Sotong goreng tepung ni pun baru kebelakangan ni kami pandai goreng.  Sebelum ni mesti tepung tu kerap tanggal daripada sotong.  Gigih en suami cari resipi dan cara yang paling bernas untuk digunakan. Hasilnya dah macam sotong goreng tepung di kedai



Gulai pisang muda.  Makanan masa kecil-kecil dulu kata en suami. Jadinya memang tak larilah dengan rasa dan hasil masakan ibunya.  Akak cukup suka bila ada pisang berbuah di belakang rumah.  Setandan kan banyak...ambil sedikit untuk masak kari.  Boleh juga jadi masak lemak.  Selebihnya sedekah jiran-jiran, kalau rajin boleh buat kek pisang.  


Sambal tempe bilis.  Ini menu wajib dibekalkan pada anak-anak bila nak pulang ke asrama dan kolej.  Biasanya en suami yang akan sediakan tapi sekarang ni dah turunkan pada akak.  Satu perangai en suami ni selagi tak sampai 'standard' masakan dia, memang orang lain tak payah buatlah



Kuey Teow kung fu.  Sedap tau. Boleh juga ganti dengan mee.  Kalau korang nak resipi, boleh tengok kat sini Resipi kuey teow kung fu


Satu lagi kepandaian en suami ialah membuat  kerabu. Sebut aje kerabu mangga, sotong, kerang, epal malah pernah juga buat kerabu pegaga epal.


Kalau masakan kari ni, tak payah cakap lah....memang menu kegemaran.  Akak pun daripada tak pandai, sekarang ni dah boleh lah layan kari utara ni.  


Nasi ayam penyet.  Nampak biasa tapi bila kena dengan sambal tu, boleh jadi sedap daripada biasa.  Ini menu paling cepat nak siap.  Kadang-kadang nak makan berdua saja pun, gigih nak buat sendiri jugak



Nasi Mandy kambing.  Kambing tu kami perap dengan sos rekaan sendiri dan gril kan.  Pernah suatu masa dulu kami menjual kambing perap.  Tapi dah lama tak buat.  Mungkin aktiviti lepas pencen nanti.  Doakan. 
Banyak lagi menu masakan en suami.  Kalau hari raya, kami tak perlu nak risau sangat sebab kami dah ada chef di rumah.  Kalau nak buat kenduri kecil-kecilan pun biasanya kami masak sendiri aje.  Anak-anak belum lagi ada yang tunjuk minat macam ayahnya, tapi sikit-sikit dah ada yang pandai mereka resipi sendiri

Tak rugi kalau orang lelaki pandai memasak malah ianya adalah kelebihan pada si isteri dan keluarga. Tapi  isteri pun tak boleh lah lepas tangan begitu sahaja. 
Okaylah korang, panjang celoteh akan.  Bukan  nak masuk bakul angkat sendiri tapi alhamdulillah kelebihan yang akak dapat atas kekurangan akak.    Banyak yang akak belajar dan akan terus belajar.  Korang kalau tak tahu nak masak/makan hari ni bolehlah beli atau masak menu yang akak share ni.  Moga bermanfaat
 









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2024/10/belajar-masak-dengan-en-suami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peranan Suami Bukan Sekadar Bagi Duit Belanja

Peranan Suami Bukan Sekadar Bagi Duit Belanja

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 220 hits
Cikla tau isu ni memang selalu diperkatakan dan kita perlu berlapang dada kalau nak bincangkannya Faham setiap orang ada pendapatnya memasing Korang tau tak setiap suami ni ada cabaran dan rezeki yang berbeza beza bila bercakap tentang pasa...
Naik Angin Isteri Minta Cerai Suami Tamatkan Riwayat Isteri

Naik Angin Isteri Minta Cerai Suami Tamatkan Riwayat Isteri

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 140 hits
JAKARTA Seorang suami menunjukkan cebisan daging isterinya selepas dia disyaki membunuh mangsa kerana meminta cerai dalam kejadian di Paser Kalimantan lapor portal berita DIO TV COM kelmarin Sebelum pembunuhan itu berlaku pertengkaran keran...
Tak Kelakar Wanita Berang Suami Prank Curang Sebagai Kejutan Hari Lahir

Tak Kelakar Wanita Berang Suami Prank Curang Sebagai Kejutan Hari Lahir

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 165 hits
Tular di media sosial video memaparkan seorang wanita yang berang apabila suami prank curang kerana mahu memberikan kejutan hari lahir kepada isterinya Menerusi satu hantaran di TikTok omgarage jb telah memuat naik video memaparkan wanita t...
Suami Tamatkan Riwayat Isteri Kerana Minta Cerai

Suami Tamatkan Riwayat Isteri Kerana Minta Cerai

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 182 hits
KOSMO JAKARTA Seorang suami menunjukkan cebisan daging isterinya selepas dia disyaki membunuh mangsa kerana meminta cerai dalam kejadian di Paser Kalimantan lapor portal berita DIO TV COM kelmarin Sebelum pembunuhan itu berlaku pertengkaran...
Dah Lumpuh Amp Tak Boleh Kerja Isteri Azlan Komeng Sebak Suami Akur Jika Mahu Berpisah

Dah Lumpuh Amp Tak Boleh Kerja Isteri Azlan Komeng Sebak Suami Akur Jika Mahu Berpisah

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 161 hits
Isteri Azlan Komeng sebak apabila mendengar luahan suaminya tentang membawa haluan masing masing Menerusi temu bual bersama Astro Gempak pada Jumaat Nur Nilam berkata dia tergamam sejurus mendengar kata kata yang diungkapkan oleh suaminya y...
Jangan Ungkit Pemberian Kepada Suami

Jangan Ungkit Pemberian Kepada Suami

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 218 hits
Fahaman konservatif mempersoalkan kedudukan wanita sebagai pekerja Wanita dianggap hanya sesuai menjalankan tugas sebagai isteri Lebih menyedihkan apabila larangan itu dikaitkan dengan alasan bahawa Islam menghalang wanita bekerja dan terli...
Reda Diceraikan Lepas 6 Tahun Jaga Suami Kemalangan Doa Semoga Bahagia Dengan Isteri Baharu

Reda Diceraikan Lepas 6 Tahun Jaga Suami Kemalangan Doa Semoga Bahagia Dengan Isteri Baharu

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 311 hits
Tular dilaman sosial Facebook seorang wanita berkongsikan kisah tentang suaminya yang menikahi wanita lain selepas seminggu berpisah telah mengundang rasa simpati di kalangan netizen Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita bernama Nu...
Isteri Jaga Suami Sakit Tapi Suami Kahwin Lain

Isteri Jaga Suami Sakit Tapi Suami Kahwin Lain

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 289 hits
1 Tular kisah seorang wanita berkongsi kisah menjaga suami yang sakit akibat kemalangan lepas 6 tahun dah sembuh mereka berpisah dan bekas suaminya kahwin lain 2 Ramai yang terus menerus membuat jenaka mengejek dan mengecam suami wanita ter...
Isteri Lapor Polis Suami Curang Dengan Skandal

Isteri Lapor Polis Suami Curang Dengan Skandal

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 105 hits
KOSMO JAKARTA nbsp nbsp Seorang isteri nekad membuat laporan polis bahawa suaminya curang dengan wanita lain lapor portal berita detikSulsel kelmarin nbsp Isteri berusia 37 tahun itu menunjukkan perbualan dan panggilan video dalam aplikasi ...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa