Jangan Ungkit Pemberian Kepada Suami


 Fahaman konservatif mempersoalkan kedudukan wanita sebagai pekerja. Wanita dianggap hanya sesuai menjalankan tugas sebagai isteri. Lebih menyedihkan apabila larangan itu dikaitkan dengan alasan bahawa Islam menghalang wanita bekerja dan terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan.  .
 
Sesungguhnya Allah SWT tidak menyekat kebebasan hamba-Nya daripada melakukan kebaikan untuk diri sendiri dan keluarga. Allah SWT menyuruh melakukan kebaikan tanpa mengkhususkan kepada lelaki atau wanita. 
 
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 124 bermaksud: “Dan sesiapa yang mengerjakan amal salih, sama ada lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, mereka akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiayai (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun.”
 
Sistem pendidikan sama rata membuka peluang kepada wanita memperoleh pendidikan dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Kelulusan dimiliki membuka peluang untuk wanita menyertai pelbagai sektor pekerjaan.    
 
Banyak sektor pekerjaan tidak membezakan di antara pekerja lelaki dan wanita. Keupayaan bekerja lebih menumpukan kepada kemahiran berbanding kekuatan fizikal, membolehkan wanita melaksanakan tugas dengan sempurna.
 
Realitinya, banyak wanita berjaya membuktikan kemampuan dalam pelbagai tugas dan kerjaya seperti lelaki. Wanita kini dilantik mengetuai jabatan, organisasi dan sebagainya.
 
Pun begitu, wanita yang telah berkahwin perlu mendapat kebenaran daripada suami untuk bekerja. Jika wanita itu telah bekerja sebelum berkahwin dan suami mengetahui perkara itu serta tidak menghalangnya, maka boleh dianggap suami telah mengizinkan untuk terus bekerja. 
 
Tugas mencari rezeki menjadi tanggungjawab suami. Sebab itu suami dilebihkan kedudukan berbanding isteri. Suami juga sebagai pemimpin.
 
Firman Allah SWT bermaksud: “Lelaki adalah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” - (Surah an-Nisa, ayat 34)
 
Namun, Islam tidak melarang isteri turut menyumbang dalam kewangan keluarga. Isteri Rasulullah SAW, Siti Khadijah adalah seorang peniaga yang berjaya. Siti Khadijah menyumbangkan kekayaannya untuk mengembangkan Islam.
Pola sosial ekonomi sekarang menuntut wanita agar turut terlibat dalam ekonomi rumah tangga. Banyak keluarga menghadapi masalah kewangan sekiranya isteri tidak membantu suami dalam soal mencari rezeki.
 
Kini, bilangan wanita bekerja semakin banyak. Perubahan positif ini disebabkan kesedaran wanita tentang pentingnya mereka turut menyumbangkan tenaga, kemahiran dan fikiran untuk kebaikan diri, keluarga dan negara.
 
Namun wanita bekerja tidak boleh melupakan tugas hakiki sebagai isteri dan ibu. Kerja tidak boleh dijadikan alasan mengabaikan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Isteri juga ada tanggungjawab dalam keluarga.
 
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Perempuan itu pemimpin bagi rumah tangga suaminya." - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
 
Kes isteri mengabaikan tanggungjawab disebabkan mengejar kejayaan dalam kerjaya kerap menjadi punca keretakan rumah tangga. Hubungan suami isteri tidak mesra kerana sibuk dengan tugas masing-masing. Banyak pasangan suami isteri tinggal berjauhan kerana berlainan tempat kerja. 
 
Sekiranya disebabkan isteri bekerja menimbulkan keretakan rumah tangga, adalah wajar isteri berhenti kerja. Kebahagiaan rumah tangga perlu diutamakan. Ketaatan kepada suami adalah wajib selagi suami tidak melakukan sesuatu mendatangkan mudarat kepada isteri. 
 
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Andainya aku boleh menyuruh seseorang itu sujud kepada orang lain, nescaya aku suruh agar isteri itu sujud kepada suaminya.” - (Hadis riwayat Abu Hurairah).
 
Wanita bekerja mesti bijak mengatur tugas sebagai isteri serta ibu dan kerjaya. Suami pula perlu menghargai kesediaan isteri menanggung sebahagian keperluan kewangan keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami sepenuhnya.
 
Dalam kes isteri mempunyai pendapatan lebih tinggi, jangan sekali-kali berasa angkuh dan menghina suami. Tolak ansur dalam rumah tangga menjamin kebahagiaan berkekalan. Elak mengungkit pemberian kepada suami atau sumbangan memenuhi keperluan keluarga. Hargai kebenaran suami untuk isteri bekerja dan mencapai kejayaan. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2024/10/dfe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Lumpuh Amp Tak Boleh Kerja Isteri Azlan Komeng Sebak Suami Akur Jika Mahu Berpisah

Dah Lumpuh Amp Tak Boleh Kerja Isteri Azlan Komeng Sebak Suami Akur Jika Mahu Berpisah

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 144 hits
Isteri Azlan Komeng sebak apabila mendengar luahan suaminya tentang membawa haluan masing masing Menerusi temu bual bersama Astro Gempak pada Jumaat Nur Nilam berkata dia tergamam sejurus mendengar kata kata yang diungkapkan oleh suaminya y...
Suami Tamatkan Riwayat Isteri Kerana Minta Cerai

Suami Tamatkan Riwayat Isteri Kerana Minta Cerai

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 141 hits
KOSMO JAKARTA Seorang suami menunjukkan cebisan daging isterinya selepas dia disyaki membunuh mangsa kerana meminta cerai dalam kejadian di Paser Kalimantan lapor portal berita DIO TV COM kelmarin Sebelum pembunuhan itu berlaku pertengkaran...
Naik Angin Isteri Minta Cerai Suami Tamatkan Riwayat Isteri

Naik Angin Isteri Minta Cerai Suami Tamatkan Riwayat Isteri

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 122 hits
JAKARTA Seorang suami menunjukkan cebisan daging isterinya selepas dia disyaki membunuh mangsa kerana meminta cerai dalam kejadian di Paser Kalimantan lapor portal berita DIO TV COM kelmarin Sebelum pembunuhan itu berlaku pertengkaran keran...
Tak Kelakar Wanita Berang Suami Prank Curang Sebagai Kejutan Hari Lahir

Tak Kelakar Wanita Berang Suami Prank Curang Sebagai Kejutan Hari Lahir

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 121 hits
Tular di media sosial video memaparkan seorang wanita yang berang apabila suami prank curang kerana mahu memberikan kejutan hari lahir kepada isterinya Menerusi satu hantaran di TikTok omgarage jb telah memuat naik video memaparkan wanita t...
Peranan Suami Bukan Sekadar Bagi Duit Belanja

Peranan Suami Bukan Sekadar Bagi Duit Belanja

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 178 hits
Cikla tau isu ni memang selalu diperkatakan dan kita perlu berlapang dada kalau nak bincangkannya Faham setiap orang ada pendapatnya memasing Korang tau tak setiap suami ni ada cabaran dan rezeki yang berbeza beza bila bercakap tentang pasa...
Isteri Jaga Suami Sakit Tapi Suami Kahwin Lain

Isteri Jaga Suami Sakit Tapi Suami Kahwin Lain

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 254 hits
1 Tular kisah seorang wanita berkongsi kisah menjaga suami yang sakit akibat kemalangan lepas 6 tahun dah sembuh mereka berpisah dan bekas suaminya kahwin lain 2 Ramai yang terus menerus membuat jenaka mengejek dan mengecam suami wanita ter...
Budak Maut Dipercayai Didera Suami Isteri Ditahan

Budak Maut Dipercayai Didera Suami Isteri Ditahan

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 114 hits
Erika Georgeam hmetro com myBintulu Suami isteri ditahan polis di kediaman mereka di Sungai Setiam di sini hari ini disyaki mendera anak lelaki mereka sehingga maut Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Nixon Joshua Ali berkata pasangan ...
Bukan Mudah Jadi Isteri 21 Tahun Kahwin Ozlynn Nasihat Suami Isteri Perlu Jadi Pendengar Yang Baik

Bukan Mudah Jadi Isteri 21 Tahun Kahwin Ozlynn Nasihat Suami Isteri Perlu Jadi Pendengar Yang Baik

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 178 hits
Dua puluh satu tahun melayari kehidupan berumah tangga pelakon Ozlynn menitipkan nasihat untuk pasangan suami isteri dalam mengharungi kehidupan bersama Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Ozlynn turut berkongsi tip komunikasi b...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik