Belajar Kira Kira Duit Melalui Games Online Untuk Kanak Kanak Percuma Je


Belajar kira-kira (mengira) ni satu kemahiran penting dalam aspek kehidupan kita selain belajar membaca. Sebab itu pentingnya subjek matematik di sekolah untuk kita aplikasi kan dalam kehidupan seharian.

Bayangkanlah tak tahu mengira, macamana kita nak uruskan kehidupan seharian dengan buat pembelian dan uruskan kewangan setiap hari. Walaupun tak minat matematik, tetap juga kena belajar kira-kira untuk masa depan. Dari kanak-kanak lah kena belajar mengira supaya faham macamana nak kira dan nak uruskan kewangan untuk masa depan.
Budak zaman sekarang beruntung sebab banyak cara untuk belajar kira-kira. Kalau kita dulu hanya belajar melalui cikgu disekolah atau tunjuk ajar dari mak ayah, kakak atau abang di rumah. Sekarang ni lebih seronok belajar kira-kira sebab ada banyak pilihan games kira-kira duit online percuma.

Kiranya dengan adanya games online percuma ni dapat menarik minat anak-anak belajar kira-kira duit dengan lebih seronok. Contohnya dalam membeli barangan, belajar menguruskan perniagaan dan sebagainya.

Dulu zaman kanak-kanak selalu kena suruh pergi kedai kan. Kena tahu mengira juga jangan sampai kena tipu dengan tokey kedai. Kadang ada kedai ni suka menipu budak-budak. Contohnya gula-gula seposen dia jual sampai harga 50 sen. Macam tu lah.

Sama juga macam beli makanan di kantin. Kadang-kadang bagi duit tapi tak dapat bakinya. Sebab itu pentingnya belajar kira-kira duit ni untuk dipratikkan setiap hari.

Permainan juruwang barang runcit (Grocery Cashier)Salah satu games untuk kira duit bayaran dan baki boleh cuba main permainan juruwang barang runcit. Dari situ anak-anak boleh belajar cara sistem jual beli. Boleh belajar macamana nak kira jumlah harga barangan yang dibeli dan pulangan baki yang sepatutnya

Menarik juga game ni, sambil belajar kira-kira boleh faham sistem jual beli. Lepas bayar baru dapat barang. Tak ada duit, tak adalah barangnya. Lagi satu, anak-anak boleh belajar guna jumlah duit kertas dan duit syiling yang betul. 


Selagi tak masukkan amount bayaran yang betul, dia tak akan teruskan pembayaran. Dah selesai urusan jual beli, barulah dapat points. 
Untuk anak-anak yang suka main jual beli macam berniaga buka kedai makanan tu, ada banyak juga pilihan permainan perniagaan yang ada. Kadang buka budak-budak je suka, kita pun ikut ralit main games online ni.

Permainan Kedai Coklat, cara menguruskan perniagaanPermainan Kedai Coklat (Games Chocolate Shop) ni ala-ala game Diner Dash yang pernah popular satu masa dulu. Seronok main game macam ni. Mengajar cara uruskan kedai macamana. Level awal-awal tu mudahlah. Bila kedai sibuk ramai pelanggan, tak cukup tangan nak layan tempahan masuk



Agak mencabar ketangkasan dan kesabaran juga. Mengajar kita untuk buat kerja dengan lebih sistematik dan cepat. Bukan mudah ye nak buat pelanggan puas hati. Tersilap langkah, boleh lingkup kedai dibuatnya.

Secara tak lansung dari game ni dapat kemahiran berfikir dan bertindak dengan cepat untuk menyiapkan sesuatu tugasan.

Menarik games online percuma yang boleh membantu anak-anak dalam belajar kira-kira duit untuk dipratikkan dalam kehidupan harian dan juga kegunaan untuk masa depan. Ilmu kena ada. Tak minat kira-kira matematik boleh mulakan dengan permainan games yang menyeronokkan.
Mana tahu timbul minat, esok esok jadi usahawan berjaya pandai menguruskan kewangan dan perniagaan dengan baik kalau berniaga lah. Salah satu aktiviti permainan matematik yang menarik, sambil main game sambil belajar.
Banyak lagi pilihan game belajar untuk kanak-kanak yang menarik secara online percuma je. Pilih ikut tahap kesukaran dan ibubapa kenalah pantau juga untuk kenalpasti tahap kebolehan mengira dan kemahiran anak-anak



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/01/game-belajar-online-percuma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ajar Anak Kira Duit Dengan Money Game Online

Ajar Anak Kira Duit Dengan Money Game Online

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 354 hits
Ajar Anak Kira Duit Dengan Money Game Online Kira duit penting untuk kehidupan seharian Bab mengira duit ini juga ada dalam sukatan mata pelajaran matematik sekolah rendah Penting kira duit sebab ilmu ni akan digunakan dalam kehidupan hingg...
Tak Perlu Beratur Panjang Nak Keluar Duit Asnb Boleh Online Saja Ikut Cara Ni Senang

Tak Perlu Beratur Panjang Nak Keluar Duit Asnb Boleh Online Saja Ikut Cara Ni Senang

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 365 hits
Di awal awal tahun ini pastinya ramai yang sudah menantikan bonus berganda simpanan ASNB masing masing Tak perlu beratur panjang untuk mengeluarkan duit anda di ASNB sebaliknya buat pengeluaran melalui online sahaja Macam mana nak buat Cara...
Cara Menjana Duit Secara Online Yang Boleh Dipercayai Menghasilkan Wang Mengunakan Telefon Anda

Cara Menjana Duit Secara Online Yang Boleh Dipercayai Menghasilkan Wang Mengunakan Telefon Anda

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 338 hits
BUAT DUIT ONLINE GUNA SMARTPHONE Dengan mengunakan telefon kita sebenarnya telefon kita boleh menjana wang secara santai dan mudah Cara menjana duit sebenarnya cukup mudah dan ia adalah percuma Anda hanya perlu melakukan beberapa tugas keci...
Game Online Yang Menyeronokkan Di Plays Org Sesuai Untuk Kanak Kanak Dan Dewasa

Game Online Yang Menyeronokkan Di Plays Org Sesuai Untuk Kanak Kanak Dan Dewasa

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 529 hits
hai semuaGame Online Yang Menyeronokkan Di Plays org Sesuai Untuk Kanak Kanak Dan Dewasa Teringat masa kecil dulu waktu tu takda internet lagi nak hilangkan bosan setiap petang keluar rumah mainla permainan Lompat Getah Baling Selipar Teng ...
Cara Transfer Duit Maybank Ke Akaun Asb Secara Online

Cara Transfer Duit Maybank Ke Akaun Asb Secara Online

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 783 hits
Selain daripada buat penambahan pelaburan ASB di cawangan ASNB poslaju dan di bank anda juga boleh transfer terus secara online iaitu dengan menggunakan akaun Maybank anda sahaja menerusi perbankan online Dengan kaedah ini anda tidak perlu ...
Richworks Taja Sepenuhnya Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya

Richworks Taja Sepenuhnya Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 317 hits
Richworks Taja Sepenuhnya Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya Kalau perasan sekarang makin ramai friendlist di media sosial sudah mula berjinak jinak di dalam perniagaan online Tidak kira bidang atau pengkhususan apa yang mereka tawa...
Pendapatan Sampingan Online Secara Pasif

Pendapatan Sampingan Online Secara Pasif

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 385 hits
Pendapatan Sampingan Online Secara Pasif Setiap BulanAnda menginginkan untuk mencipta pendapatan tambahan atau pendapatan sampingan online setiap bulan Memiliki sumber menjana pendapatan tambahan atau sampingan setiap bulan mampu memberikan...
1 Hari Lagi Virtual Online Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas Nak Ubah Hidup

1 Hari Lagi Virtual Online Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas Nak Ubah Hidup

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 329 hits
1 Hari Lagi Virtual Online Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas Nak Ubah Hidup Assalamualaikum hi semua Berita baik untuk dikongsikan dengan korang semua Kalau korang follow rapat dengan Sis Gee di Instagram dan Facebook sudah pasti sedia maklum ...
Web Site Judi Teraman Poker Online Supaya Memainkan Permainan Permainan Remi

Web Site Judi Teraman Poker Online Supaya Memainkan Permainan Permainan Remi

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 248 hits
Tatkala kalian seputar akan main permainan game kartu alangkah baiknya bila kalian seluruh perlu memanfaatkan web permainan online nan jitu lalu pun terpercaya Dan benar saja penjudi mampu memakai agen poker online indonesia agar dapat dipe...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story