Belajar Hargai Pengorbanan Anggota Tentera


Anggota tentera kelihatan berehat seketika setelah penat menjalankan tugas berkawal di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar kawasan Pasar Jalan Othman, PETALING JAYA. Kawasan itu menjadi kawasan terbaharu yang dilaksanakan PKPD berkuatkuasa hari ini. Lokasi perintah PKPD kelapan ini melibatkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan di kawasan berkenaan. - Foto Bernama Belajar hargai pengorbanan anggota tentera

TATKALA kita sedang bersiap sedia untuk menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, saya berpendapat semua pihak perlu melihat semula sumbangan yang dicurahkan oleh mereka yang bersabung nyawa mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara, terutama anggota tentera. Amat menyedihkan apabila masih ada rakyat Malaysia yang mempertikaikan peranan anggota beruniform, termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan selama 62 tahun.

Marilah kita bersama-sama mengetepikan kedudukan kita serta kecenderungan politik masing-masing untuk berfikir sejenak dan merenung kembali apa yang sudah kita kecapi selama ini, terutama nikmat keamanan dan kemakmuran negara.

Adakah kita mampu mencapai kejayaan dalam hidup serta mengecapi segala kemewahan jika negara berada dalam keadaan kucar-kacir seperti yang dapat kita lihat di negara yang berada dalam kancah peperangan atau ketidakstabilan politik?

Semua rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada ATM kerana tanpa pegawai dan anggotanya yang berdedikasi dan sanggup menggadai nyawa, sudah pasti negara berada dalam keadaan lemah dan mudah diceroboh, termasuk dijajah semula.

Oleh itu, saya ingin menyeru semua pihak yang mengaku mereka sebagai rakyat Malaysia sejati supaya berhenti mengeluarkan kenyataan atau sindiran yang boleh menyentuh hati anggota tentera dan keluarga mereka.

Belajarlah untuk menghargai pengorbanan anggota tentera dan keluarga mereka tatkala kita bersenang-lenang menikmati pelbagai kemudahan dan kemewahan dalam negara tercinta. Kita jangan memilih untuk melihat tentera dalam keadaan senang ketika mereka dikatakan sedang berehat, tetapi lihatlah bagaimana sukarnya mereka ketika berada di hutan belantara, lautan luas dan langit membiru demi mempertahankan sempadan negara.

Tempoh di mana mereka dituduh sedang ‘berehat’ juga adalah masa untuk mereka berada di dalam keadaan berjaga-jaga kerana sentiasa perlu mengikuti latihan kawad dan sebagainya agar sentiasa bersiap-sedia dan berdisiplin untuk dihantar bertugas di seluruh pelosok negara.

Berbeza dengan kebanyakan rakyat Malaysia, anggota tentera juga perlu meninggalkan keluarga tersayang demi menjaga kedaulatan negara. Bayangkan perasaan ahli keluarga mereka jika anggota tentera dicaci dan dihina tanpa usul periksa.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang veteran tentera, Lt Kol (B) Heera Singh dari Seremban, yang menyatakan bahawa ‘setiap minit, ada ribuan lelaki dan wanita yang bertugas’ (sebagai anggota tentera) untuk mempertahankan negara kita.

Beliau berkata, mereka ini ‘berada di dalam hutan belantara, lautan bergelora, gunung-ganang dan di pangkalan tentera terpencil untuk bekerja dalam keadaan yang sangat sukar supaya rakyat negara ini dapat hidup dengan aman dan damai’.

Adalah penting untuk kita mempelajari semula sejarah negara, terutama pengorbanan yang dilakukan oleh angkatan bersenjata untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara. Bukan setakat berhadapan dengan ancaman komunis serta pengganas dan penceroboh, mereka juga turut terbabit dalam misi pengaman serta pelbagai operasi kemanusiaan ketika negara dilanda bencana alam.

Kita semua perlu menghayati tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, iaitu ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ yang menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

Tema ini tidak akan membawa makna jika masih ada rakyat tidak bersyukur dan terus memperlekehkan peranan anggota beruniform, termasuk ATM. Semua rakyat Malaysia perlu menghormati peranan mereka dan ‘membersihkan’ hati dan fikiran daripada sifat negatif dan prejudis.

Semua pihak perlu melihat semula sumbangan dicurahkan anggota tentera yang sanggup bersabung nyawa mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara. - Foto hiasan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2020/05/belajar-hargai-pengorbanan-anggota.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Scha Alyahya Hargai Polis Dan Tentera

Scha Alyahya Hargai Polis Dan Tentera

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 392 hits
PELAKON dan pengacara popular Scha Alyahya menerima surat penghargaan daripada Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia atas sumbangan yang diberikannya kepada pasukan itu Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Maha
Pinjaman Bagi Anggota Tentera Kl Selangor

Pinjaman Bagi Anggota Tentera Kl Selangor

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 506 hits
Untuk info semua kami juga provide loan kepada ANGGOTA TENTERA di KL SELANGOR PAKEJ JADUAL MENURUN Pakej bayaran semakin menurun Terbuka bagi AnggotaTentera di KL SEL Kadar faedah paling rendah Jika ada pertanyaan boleh direct Whatsapp
5 Hari Bertarung Nyawa Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Terbabas Ketika Menunggang Motosikal

5 Hari Bertarung Nyawa Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Terbabas Ketika Menunggang Motosikal

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 613 hits
PUTRAJAYA 12 Mei Seorang anggota polis yang terlibat dalam pemantauan khas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat meninggal dunia awal hari ini selepas beberapa hari bertarung nyawa di Hospital Putrajaya akibat terlibat dalam kemalangan jala...
Dulu Jadi Tukang Parkir Badut Anak Kuli Bangunan Ini Lolos Jadi Anggota Polri

Dulu Jadi Tukang Parkir Badut Anak Kuli Bangunan Ini Lolos Jadi Anggota Polri

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 456 hits
Anggota kepolisian identik dengan sikap tegas dan disiplin Hal tersebut membuat banyak anak muda bercita cita ingin menjadi seorang polisi Bripda Erdha menjadi salah satu anak muda yang dulu bercita cita menjadi anggota Polri Meski kini tel...
Suspek Mabuk Rempuh Anggota Polis Sehingga Maut Tak Mengaku Bersalah

Suspek Mabuk Rempuh Anggota Polis Sehingga Maut Tak Mengaku Bersalah

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 420 hits
Baru sahaja sebentar tadi selesai proses Mahkamah Sesyen Kajang melibatkan seorang suspek yang sebelum ini telah merempuh seorang anggota polis sehingga maut pada 3 Mei lalu Bagaimanapun suspek yang dikenali sebagai K Kalaichelvan mengaku t...
Berdalih Tagih Utang Puluhan Anggota Ormas Geruduk Kantor Swasta Di Samarinda

Berdalih Tagih Utang Puluhan Anggota Ormas Geruduk Kantor Swasta Di Samarinda

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 383 hits
Puluhan anggota salah satu organisasi masyarakat di Kutai Kartanegara dibekuk polisi di Samarinda Sabtu Gara garanya mereka menggeruduk dan mengancam salah satu kantor perusahaan swasta di Samarinda dengan tujuan menagih utang
Bantu Anggota Barisan Hadapan Scha Alyahya Terima Penghargaan Pdrm

Bantu Anggota Barisan Hadapan Scha Alyahya Terima Penghargaan Pdrm

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 424 hits
Menerima surat penghargaan daripada Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia atas sumbangan yang diberikan kepada pasukan berkenaan pengacara dan pelakon popular tempatan Scha Alyahya zahir rasa teruja Kredit 8211 Harian M
Anggota Dpr Kepala Daerah Tunggangi Bansos Corona Tak Bisa Dibiarkan

Anggota Dpr Kepala Daerah Tunggangi Bansos Corona Tak Bisa Dibiarkan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 218 hits
Beberapa kepala daerah menampilkan foto mereka di bantuan sembako yang diberikan kepada warga terdampak wabah Corona atau Covid 19 Mulai dari Bupati Klaten Sri Mulyani Bupati Jember dr Faida dan teranyar Gubernur Provinsi Sulawesi Tenggara ...
Pemerintah Anggota Keluarga Keluar Rumah Adalah Yang Paling Sehat

Pemerintah Anggota Keluarga Keluar Rumah Adalah Yang Paling Sehat

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 351 hits
Yurianto menganjurkan untuk keluar dalam tempo secepatnya Setelah selesai dengan urusannya maka diharapkan agar segera kembali ke tempat
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization