Bekas Pemain Kanada Rob Friend Ceo Harimau Malaya




Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini menamatkan teka-teki panjang apabila mengumumkan bekas pemain kebangsaan Kanada Robert Douglas Friend sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Harimau Malaya.
FAM dalam kenyataan memaklumkan Friend atau lebih dikenali Rob Friend yang disifatkan sebagai peneraju utama dalam struktur organisasi baharu bagi revolusi pasukan kebangsaan akan memulakan tugasan secara rasmi di Wisma FAM di Kelana Jaya, bulan depan.
“Beliau (Rob Friend) banyak terlibat dalam menerajui penubuhan dan pembangunan strategik kelab, stadium dan pusat latihan, menyelia semua aspek operasi kelab, pembelian pemain, pelantikan kakitangan kejurulatihan, rundingan penajaan serta pengurusan kewangan yang membawa kepada peningkatan ketara terhadap nilai kelab terbabit.
“Pelbagai pengalaman dimiliki beliau sebagai pemain serta dalam bidang pengurusan dan pentadbiran diharap mampu memberi satu suntikan baharu dalam menguruskan perancangan dan program membabitkan pasukan kebangsaan terutama skuad senior dan B-23 pada tempoh permulaan ini,” menurut kenyataan itu.
Pada masa sama, FAM menjelaskan Rob Friend juga akan memastikan struktur organisasi baharu dilengkapi dengan tenaga kerja berkualiti dan berpengalaman dalam pelbagai aspek diperlukan demi menyediakan satu pasukan kebangsaan yang mantap.
Berasal dari Rosetown, Saskatchewan, Rob Friend yang bakal berusia 44 tahun bulan depan hadir dengan portfolio memberangsangkan menerusi penglibatannya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran bola sepak selepas bersara sebagai pemain pada Disember 2014.
Beliau bermula sebagai rakan kongsi pengurusan di DRG Investment Group, sebuah syarikat pelaburan dan pengurusan hartanah dari tahun 2014 sehingga kini.
Dari tahun 2017 hingga 2021, beliau menjadi pengasas Toca Football Canada, teknologi latihan khusus bola sepak dan keluar dengan penuh berjaya apabila peningkatan modal syarikat berkenaan mencecah AS$150 juta (RM670 juta).
Beliau juga adalah rakan kongsi pengurusan di SixFive Sports Fund, badan pelaburan dalam bola sepak profesional dan infrastruktur melalui pemilikan kelab, stadium dan pembangunan kemudahan latihan bermula dari tahun 2019 sehingga sekarang.
Antara penglibatan terbesar beliau ialah menjadi pengasas bersama liga bola sepak profesional Kanada Canadian Premier League (CPL) dan berjaya meningkatkan nilai liga itu sehingga US$300 juta (RM1.34 bilion) dalam tempoh enam tahun.
Selain itu beliau pernah menerajui kepimpinan tertinggi pengurusan dan pentadbiran dua kelab yang beraksi di CPL iaitu sebagai CEO dan pengasas bersama Pacific FC dari tahun 2019 hingga 2022 serta sebagai Presiden dan pengasas bersama Vancouver FC (2022 hingga kini).
Sementara itu sebagai pemain Rob Friend yang beraksi di bahagian serangan antaranya pernah mewakili kelab Jerman Borussia Monchengladbach, Hertha Berlin, Eintracht Frankfurt dan 1860 Munich serta kelab Amerika Syarikat LA Galaxy.
Di peringkat antarabangsa, beliau telah mengumpul sebanyak 32 penampilan bersama Kanada bermula dari tahun 2003 sehingga 2011.
Pada 16 Dis lepas FAM mengumumkan Peter Cklamovski dari Australia sebagai ketua jurulatih kebangsaan, manakala Mohd Nafuzi Zain menjadi ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan berkuat kuasa esok (1 Jan).
– Bernama


Source link
The post Bekas pemain Kanada Rob Friend CEO Harimau Malaya appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/bekas-pemain-kanada-rob-friend-ceo-harimau-malaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Ceo Harimau Malaya Hampir Dimuktamadkan

Calon Ceo Harimau Malaya Hampir Dimuktamadkan

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 172 hits
KUALA LUMPUR Calon Ketua Pegawai Eksekutif skuad Harimau Malaya semakih hampir dimuktamadkan di mana individu itu perlu sekurang kurangnya pernah beraksi peringkat tertinggi dalam arena bola sepak tanah air Bayangan kriteria itu diumumkan P...
Harimau Malaya Ditempa Untuk Gagal

Harimau Malaya Ditempa Untuk Gagal

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 190 hits
Saya paling tersentuh hati menonton penyerang Haqimi Azim Rosli menahan sebak ketika memohon maaf bagi diri dan rakan sepasukan selepas Harimau Malaya terkandas di peringkat kumpulan Kejohanan Bolasepak ASEAN Piala Mitsubishi Electric di St...
Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 255 hits
Pengumuman penting menanti ekor Harimau Malaya menjelang Kelayakan Piala Asia 2027 Pengendali baharu Peter Cklamovski memiliki tugas besar untuk memastikan pasukan ke Arab Saudi 2027 apabila diundi bersama Vietnam Nepal dan Laos Skuad keban...
Puma Penaja Jersi Era Baharu Harimau Malaya

Puma Penaja Jersi Era Baharu Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 143 hits
Harimau Malaya memasuki tahun 2025 dengan jersi era baharu apabila Puma diumumkan sebagai penaja jersi rasmi pasukan itu Pengumuman ini dibuat Persatuan Bola Sepak Malaysia menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi badan induk itu Pen...
Vicente Harap Harimau Malaya Terus Maju Kekal Menjadi Pasukan Kegemaran

Vicente Harap Harimau Malaya Terus Maju Kekal Menjadi Pasukan Kegemaran

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 256 hits
KETUA jurulatih Malaysia Pau Marti Vicente yang mengucapkan selamat tinggal kepada Harimau Malaya berharap legasi yang dibina bersama bekas bos Kim Pan Gon akan terus berkembang dan maju Pengendali berusia 41 tahun dari Sepanyol yang bertug...
Harimau Malaya Berita Sukan Malaysia

Harimau Malaya Berita Sukan Malaysia

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 166 hits
Berita Jika ada unsur match fixing di Liga A1 kita akan dapat inquiry Seterus Keputusan untuk KRW bermain di Liga A1 akan diputuskan tahun hadapan Kelantan Keputusan untuk KRW bermain di Liga A1 akan diputuskan tahun hadapan Seterus Mewakil...
Pemain Gitar Kumpulan Spin Sudah Bercerai Akhirnya Bekas Isteri Dedah Kisah Sebenar

Pemain Gitar Kumpulan Spin Sudah Bercerai Akhirnya Bekas Isteri Dedah Kisah Sebenar

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 114 hits
Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga anggota kumpulan Spin Raymie dan isterinya Aryn Naza mengambil keputusan untuk berpisah Perkara itu dimaklumkan oleh Aryn menerusi hantaran di aplikasi TikTok memaklumkan bahawa mereka sah bercerai...
Suspek Mengaku Bunuh Perlu Wang Tengok Harimau Malaya Di Kemboja

Suspek Mengaku Bunuh Perlu Wang Tengok Harimau Malaya Di Kemboja

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 281 hits
Mohd Roji Kawiam hmetro com myMANCHA gambar fail FOTO BernamaKuching Terdesak perlukan wang untuk perbelanjaan menyaksikan perlawanan Malaysia dan Kemboja pada kejohanan Piala Mitsubishi Electric Asean 2024 di Phnom Penh Kemboja 8 Disember ...
Skuad Harimau Malaya Bakal Berwajah Baharu

Skuad Harimau Malaya Bakal Berwajah Baharu

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 240 hits
ANTARA pemain pemain luar negara yang dikaitkan dengan skuad Harimau Malaya Wajah baharu Harimau Malaya PETALING JAYA Tiada lagi istilah anak jati Malaysia dalam skuad Harimau Malaya selepas ini apabila skuad kebangsaan bakal mempertaruhkan...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Tips Cari Kerja Remote Work From Home

Selesai Tugasku Iringimu Di Dunia Kisah Sebak Lelaki Berkhidmat 21 Tahun Dengan Pak Lah Raih Perhatian

Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi