Bekas Pakar Bedah Dedah Dakwa Diarah Tuai Organ Lelaki Uighur Hidup Hidup


“Jika anda ke China untuk transplantasi jantung, mungkin seseorang yang tidak bersalah akan dibunuh untuk anda,” kata Dr Enver Tohti, bekas pakar bedah yang pernah terlibat secara langsung dalam ‘penuaian’ organ terancang di China pada 1990-an.
Sebagai doktor muda pada ketika itu, Dr Enver bersemangat melakukan tugasnya, termasuk mengambil organ daripada banduan yang dihukum biarpun ketika mangsa masih bernyawa.
Semuanya dipercayai atas arahan ketuanya.
Dilatih mengikut arahan tanpa soalan Nama saya Enver Tohti (ID459T), bekas pakar bedah yang pernah mengekstrak organ daripada banduan yang dibunuh. Saya dilahirkan di pekan Komul, di Timur Turkistan, wilayah yang dipanggil China sebagai Xinjiang.
Penuaian organ boleh dikenalpasti pada tahun 1990 di Urumchi (Urumqi), Xinjiang, China. Saya merupakan seorang doktor bedah muda yang bertugas di jabatan pesakit luar Railway Central Hospital.
Menjadi salah seorang daripada doktor yang boleh berbahasa Uighur, Enver berkata dia sering dikunjungi warga tempatan yang ingin mendapatkan rawatan.
Satu hari, seorang lelaki membawa anak remajanya untuk memeriksa jika dia kehilangan mana-mana organ. Saya tanya kenapa. Katanya, dia pernah melihat remaja-remaja dari kampungnya hilang untuk beberapa bulan, apabila ditemui, organ mereka telah dicuri.
Anak lelakinya pernah hilang tiga bulan lepas ketika mereka berada di sebuah pasar. Seseorang menemui anaknya pada minggu lepas. Sejak itu, dia turut risau keadaan anaknya andai organnya telah dicuri.
Saya tidak menemui sebarang parut yang menandakan sebarang pembedahan, jadi saya beritahu dia bahawa semuanya baik-baik sahaja.
Walaubagaimanapun, sepanjang enam bulan, saya melihat tiga orang remaja lelaki dengan parut besar berbentuk U pada badan mereka, bentuk yang terjadi untuk pembedahan ginjal.
Dipanggil untuk ‘tugas khas’ Pada musim panas 1995, Rabu, saya satu-satunya doktor yang tiada jadual pembedahan. Dua orang ketua pakar bedah memanggil saya ke pejabat mereka dan meminta saya melakukan sesuatu yang ‘liar’.
Sebagai seorang doktor muda yang bersemangat, saya teruja dengan apa yang mereka katakan.
“Kamu pergi ke teater dan dapatkan peralatan pembedahan mudah alih yang paling besar, bawa dua orang pembantu dan dua orang jururawat, maklumkan kepada jabatan anestesiologi untuk dua orang pakar bius sebagai back up dan lapor diri pada 9.30 pagi esok di pagar hospital dengan ‘ambulan’ – ambulan yang dimaksudkan hanyalah van dengan satu katil di dalamnya.
Pada pagi esoknya, kami berkumpul di pagar, dua ketua pakar bedah muncul menaiki kereta dan meminta kami mengikut mereka.
Gambar yang pernah tersebar didakwa tawanan Uighur. (Kredit: Change.org) Kata Enver, mereka dibawa ke suatu bukit yang didakwa lokasi hukuman bunuh dijalankan. Saya berasa dingin walaupun dalam musim panas. Ada sebuah bukit, dua orang pakar bedah kami di sana dan berkata,
“Kamu tunggu di sini, datang bila dengar bunyi tembakan.”
Saya berasa takut, kenapa kami di sini?
Kami telah dilatih untuk mengikut arahan tanpa bertanya sebabnya. 
“Mayat paling kanan awak punya” Ketika itu ada beberapa bunyi tembakan, bukan mesingan tetapi beberapa senapang yang ditembak pada masa yang sama. Saya suruh pasukan saya masuk ke dalam van dan memandu ke pintu masuk lapangan tersebut.
Di sana ada banyak mayat, 10? 20? Tak tahu ada berapa, dari dalam van saya dapat lihat lima atau enam mayat di sebelah kiri pada cerun bukit. Kepala dicukur dengan uniform penjara, dahinya diletupkan.
Seorang pegawai polis menjerit kepada kami, “yang paling kanan di hujung sana awak punya.”
Keliru, mengapa ‘kami punya’? Tiada masa untuk tertanya-tanya, kami pergi ke lokasi berkenaan. Pakar bedah menyuruh saya segera mengeluarkan hati dan dua ginjal.
Seakan robot, saya jalankan tugas saya. Para pegawai polis dan pembantu sudah pun meletakkan mayat itu ke atas katil di dalam van. Mangsa adalah seorang lelaki berusia 30-an, tidak bercukur dengan berpakaian seperti orang awam. Peluru menembusi dada kanannya.
*Mangsa tidak ditembak pada dada kiri (jantung) bagi memastikan dia masih hidup ketika pembedahan dijalankan sehinggalah organ dikeluarkan.
Mangsa tidak dibius Jururawat telah menyediakan mayat itu dengan dua orang ketua pakar bedah berdiri di sebelah kiri memerhatikan gerakan saya.
Saya meminta untuk membius, mereka kata tak perlu, “Kita bius jika perlu.”
Ia bermaksud mereka akan memerhatikan jika lelaki itu tidak bergerak dan lakukan sesuatu. Lelaki itu kelihatan seperti sudah mati, jadi saya memulakan pembedahan dengan potongan berbentuk ‘T’ untuk mendedahkan organ dalaman seluas mungkin.
Pisau bedah saya memotong kulitnya, darah kelihatan, menunjukkan jantungnya masih mengepam darah, dia masih hidup!
Ketua pakar bedah berbisik kepada saya supaya bertindak segera. Kata-katanya adalah arahan, jadi saya rasa ia adalah sejenis jaminan bahawa saya melakukan ini atas arahannya.
Pembedahan mengambil masa 30 hingga 40 minit, ketua pakar bedah gembira meletakkan organ-organ tersebut ke dalam kotak yang pelik dan berkata, 
“Baik, sekarang bawa pasukan kamu ke hospital, ingat, tiada apa yang berlaku hari ini.”
Saya tahu ia adalah satu arahan juga. Tiada sesiapa yang berbicara mengenainya sejak itu.
Gambar: New Scientist Demonstrasi mendesak penghentian penuaian organ di China. (Kredit: Fox News) Agenda pemeriksaan kesihatan percuma? Tambah Dr Enver, beliau turut meragui perkhidmatan yang ditawarkan Parti Komunis China (CPC) pada 2016 yang memberi pemeriksaan kesihatan percuma bagi penduduk Xinjiang tanpa sebarang penjelasan lanjut.
“Saya mengesyaki CPC sedang membina pangkalan data kebangsaan bagi pemerdagangan organ.”
“Terdapat juga maklumat menyatakan CPC menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di wilayah berkenaan dengan dakwaan untuk meningkatkan kualiti hidup Uighur, yang saya percaya adalah satu penipuan.
“Menurut media China, jumlah sampel yang diambil telahpun melebihi 17 juta.
“Pembangunan terbaru Xinjiang memberi lebih banyak bukti terhadap dakwaan CPC cuba menutupi operasi pencurian organ mereka, mereka telah membangunkan kem ‘pendidikan semula’ di seluruh negara dengan jutaan tahanan dihantar ke sana.
“Sebahagian besar daripada mereka terus ‘hilang’ di dalam kem, sedangkan tiada rekod pelepasan tahanan.
“Mereka yang dapat keluar daripada kem hanyalah kerana mereka sakit atau tak mampu berdikari di dalam kem,” kongsinya.
Selain itu, dalam dokumen pengakuan Dr Enver juga disertakan sekeping gambar didakwa diambil di lapangan terbang.
“Kerana kombinasi bahasa-bahasa ini hanya boleh dilihat di Xinjiang, ia menyatakan “penumpang khas, laluan pengangkutan organ manusia”.
Kredit: The Liberty Web Biarpun China mendakwa telah menghentikan perlakuan tersebut beberapa tahun lepas, penuaian organ di China disyaki masih berjalan berikutan senarai menunggu yang pendek untuk penerimaan organ.
Menurut New Scientist, satu kempen untuk menyiasat penganiayaan terhadap Falun Gong pada 2018 telah mendorong sekumpulan penyelidik menyamar sebagai doktor untuk menghubungi doktor di China kononnya ingin menempah transplantasi organ.
Sebahagian daripada mereka dijanjikan masa menunggu yang sangat pendek, seawal satu atau dua minggu.
Dalam 9 daripada 12 hospital yang dihubungi, para doktor secara lisan mengesahkan organ tersebut diambil daripada ahli Falun Gong.
Menurut laporan, ahli Falun Gong yang mengikut ajaran seakan agama Buddha turut dijadikan mangsa bersama minoriti Muslim atas alasan mereka mengancam kuasa politik parti berkenaan, CPC.
“Demi ekonomi, Uighur didiskriminasi” Xinjiang merupakan wilayah yang terletak di barat laut China, bersebelahan negara Kyrgyzstan dan Tajikistan. Ia merupakan penempatan asli etnik Uighur, etnik minoriti beragama Islam yang mempunyai budaya serta identiti berbeza berbanding etnik Han, majoriti rakyat China.
Pada 1933, Xinjiang menjadi tanah merdeka dengan pemerintahan tersendiri namun dijajah oleh kuasa China pada ketika itu.
Menjadi wilayah yang kaya dengan sumber tenaga, wilayah ini penting bagi kerajaan China untuk perkembangan ekonomi mereka.
Bagi mengimbangkan pengaruh etnik Uighur yang disifatkan berpotensi untuk memberontak, kerajaan negara itu menggalakkan pemindahan etnik Han ke wilayah berkenaan.
Pada 2009, satu protes berdarah telah berlaku antara dua etnik berkenaan yang mengubah landskap kehidupan Muslim di wilayah itu.
Menurut The Guardian, protes bermula apabila ribuan penduduk menjalankan demonstrasi untuk memprotes kematian dua migran Uighuer dan ratusan yang cedera ketika konflik etnik antara pekerja sebuah kilang di Guangdong, selatan China pada bulan sebelumnya.
Lantaran itu, China mewujudkan inisiatif yang didakwa untuk ‘membanteras ekstremisme’ antaranya dengan mewujudkan ‘kem pendidikan semula’ yang terkenal sebagai pusat untuk menanam ideologi komunis di samping penderaan terhadap tahanan-tahanan lelaki dan wanita yang dijangka mencecah 1 juta orang.

Sumber: China Tribunal, The Journal, Uighur American, New Scientist, The Guardian, The Independent
The post (Video) Bekas Pakar Bedah Dedah Dakwa Diarah ‘Tuai’ Organ Lelaki Uighur Hidup-hidup appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/20/video-bekas-pakar-bedah-dedah-diarah-tuai-organ-lelaki-uighur-hidup-hidup/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Etnik Uighur Diseksa Organ Diambil Secara Hidup Hidup

Etnik Uighur Diseksa Organ Diambil Secara Hidup Hidup

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 463 hits
CHINA Seorang doktor pakar bedah dari China mendedahkan dirinya pernah terlibat secara langsung dalam mengeluarkan organ secara terancang daripada banduan etnik Uighur di negara kuku besi tersebut Etnik Uighur diseksa organ diambil secara h...
China Tribunal China Ambil Organ Tubuh Muslim Uighur Hidup Hidup

China Tribunal China Ambil Organ Tubuh Muslim Uighur Hidup Hidup

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 278 hits
Organisasi nirlaba Australia China Tribunal mengadukan tindakan rezim China yang mengambil organ tubuh para warga Muslim Uighur dan komunitas Falun Gong kepada Dewan HAM PBB Organisasi itu mengatakan sebagian korban masih hidup saat organny...
Saudara Jumpa Setahun Sekali Tiba Tiba Jadi Pakar Soal Hidup Saya Yusoff Rawther

Saudara Jumpa Setahun Sekali Tiba Tiba Jadi Pakar Soal Hidup Saya Yusoff Rawther

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 527 hits
Selepas hampir lapan jam memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sejak pukul 1 tengahari ini Muhammad Yusoff Rawther akhirnya muncul di hadapan media di perkarangan pintu masuk premis itu pukul 9 15 malam tadi Tampil...
Hiburan Isteri Pendakwah Selebriti Dedah Suami Selalu Curang Simpan Gambar Berahi Bekas Kekasihnya

Hiburan Isteri Pendakwah Selebriti Dedah Suami Selalu Curang Simpan Gambar Berahi Bekas Kekasihnya

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 727 hits
Macam macam betul kes pendakwah yang curang sejak kebelakangan ini Belum sejuk lagi kisah Da i Farhan kini timbul pula cerita mengenai seorang lagi penceramah lain yang mula popular menerusi program realiti Jangan terkejut kerana isteri kep...
China Klaim Warga Uighur Telah Lulus Dari Kamp Di Xinjiang Dan Hidup Bahagia

China Klaim Warga Uighur Telah Lulus Dari Kamp Di Xinjiang Dan Hidup Bahagia

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 186 hits
Pejabat China mengklaim warga etnis Uighur dan etnis minoritas Muslim lainnya yang mengikuti pelatihan di pusat pelatihan kejuruan di Xinjiang telah lulus dan hidup bahagia Namun berdasarkan pengakuan sejumlah mantan tahanan pusat pelatihan...
Ditolak Dicakar Dan Ditampar Bekas Isteri Dedah Perangai Sebenar Da I Farhan

Ditolak Dicakar Dan Ditampar Bekas Isteri Dedah Perangai Sebenar Da I Farhan

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 1477 hits
Masih lagi kontroversi rumah tangga Da i Farhan dan Fatin Nurul Ain Mat Aris dan yang terbaru bekas isterinya itu membuat laporan polis mengenai tindakan bekas suaminya yang berlaku ganas terhadapnya BACA Menurut sumber Fatin ditolak dicaka...
Pakar Nutrisi Dedah Konsep Pemakanan Kanak Kanak Sebenar

Pakar Nutrisi Dedah Konsep Pemakanan Kanak Kanak Sebenar

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 330 hits
Pakar Nutrisi Dedah Konsep Pemakanan Kanak kanak Sebenar Konsep pemakanan yang betul untuk bayi dan kanak kanak kecil sebenarnya adalah berdasarkan 3K Konsep itu ialah KEKERAPAN KUANTITI KEPELBAGAIAN KEKERAPANBerikan anak makan 2 3 hidangan...
Mengapa Saudi Dan Negara Muslim Dukung Cina Soal Uighur

Mengapa Saudi Dan Negara Muslim Dukung Cina Soal Uighur

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 446 hits
REPUBLIKA CO ID JENEWA Duta besar 37 negara di Perserikatan Bangsa Bangsa mengeluarkan surat tandingan atas kecaman terhadap perlakuan Republika Rakyat Cina kepada Muslim Uighur yang sebelumnya dilayangkan 22 perwakilan negara lainnya Kali ...
Ppp Dukung Wapres Ma Ruf Minta China Terbuka Soal Muslim Uighur

Ppp Dukung Wapres Ma Ruf Minta China Terbuka Soal Muslim Uighur

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 190 hits
PPP mengharapkan diplomasi yang lebih aktif dari Menlu Retno Lestari Priansari Marsudi sehingga dapat diperoleh penjelasan detail soal nasib Muslim Uighur
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport