Bekas Ceo Tabung Haji Dedah Kenaikan Kos Haji Dan Bayaran Yang Dibuat Oleh Jemaah


 

September 26, 2021 Di dalam tahun 1962, Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBBH) ditubuhkan dari idea Ungku Aziz. Perbadanan ini tidak terlibat dengan kerja-kerja haji yang diuruskan oleh sheikh-sheikh haji dari Pulau Pinang dan Singapura di ketika itu. Ini bermakna bakal-bakal haji kena menyimpan wang yang sekukupnya untuk membayar kos haji mereka.
Di dalam tahun 1969 barulah urusan simpanan dan urusan haji digabungkan apabila Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) ditubuhkan dengan menyerap peranan PWSBBH. Mulai dari peringkat ini bakal-bakal haji membayar kepada LUTH bagi mengerjakan haji. Di dalam tahun 1995 LUTH dinamakan semula sebagai Lembaga Tabung Haji (TH).
Laporan tahunan TH tahun 2019 menunjukkan bayaran haji yang dibayar oleh jemaah berbanding dengan kos sebenar untuk mengerjakan haji. Tidak seperti ketika peringkat PWSBBH dan LUTH, mulai tahun 2000 TH mula menyerap sebahagian dari kos sebenar untuk mengerjakan haji walaupun tidaklah begitu ketara pada awalnya.
Bayaran haji RM 9,980 mula dikenakan pada tahun 2009 diketika kos haji berjumlah RM 12,803 . Mulai dari tahun itu sehingga tahun 2019 bayaran haji tidak berubah walaupun kosnya sudah naik berganda-ganda. Pada tahun 2019 kos haji sudah berjumlah RM 22,900 sedangkan Bayaran Haji RM 9,980 hanyalah 44% dari kos haji. Bayaran ini tidak pun dapat membayar kos tiket penerbangan dan penempatan yang sudah naik kepada RM 17,400 dengan sepenuhnya. Ni belum masuk kos-kos seperti kos Masyair dan makanan yang ditanggung oleh TH.
Dari mana datangnya dana untuk menampung perbezaan di antara kos sebenar yang dibayar oleh TH dan bayaran yang dibayar oleh jemaah haji Muasasah?
TH sebagai sebuah institusi mengumpul deposit dari bakal-bakal haji dan rakyat Malaysia yang Muslim yang lain. TH tidak ada modalnya sendiri. Tak ada duit kerajaan di TH. Oleh itu setiap sen yang dipegang dan dibelanjakan oleh TH adalah dari dana milik pendeposit. Inilah sebabnya TH perlu berhati-hati di dalam membuat pelaburan dan operasinya.
Dana yang dikumpulkan ini dilaburkan di dalam beberapa jenis aset:
1. Saham
2. Pelaburan berpendapatan tetap seperti sukuk
3. Hartanah
4. Tunai di dalam pasaran wang sebelum dilaburkan di dalam aset-aset di atas atau pun sebagai aset jangka pendek untuk menguruskan kecairan yang perlu apabila pendeposit mahu mengeluarkan deposit mereka pada bila-bila masa.
Pelaburan di atas memberikan keuntungan kepada TH di dalam bentuk dividen, bayaran keuntungan dan juga keuntungan modal (capital gains) apabila aset-aset yang perlu dijual. Aset dijual apabila objektif pelaburannya dicapai atau pun apabila rugi (tak semua pelaburan untung) dan lebih baik dijual untuk dilaburkan ke dalam aset yang lebih berpotensi. Ini termasuk hartanah yang mana lokasinya sudah tidak strategik dan memerlukan belanja yang tinggi untuk menguruskannya seperti mengganti lif dan sistem pendingin hawa.
Keuntungan yang didapati digunakan untuk:
1. Membayar zakat
2. Menampung kos haji seperti yang dibincangkan di atas
3. Membayar kos pengurusan TH
Baki keuntungan yang ada akan diagihkan kepada pendeposit setelah mengambilkira keperluan untuk menjaga kestabilan TH.
Jadi, yang menanggung perbezaan di antara kos sebenar untuk mengerjakan haji dan bayaran yang dikutip dari jemaah haji Muasasah ialah pendeposit TH secara keseluruhannya. Ianya bukan subsidi yang dibayar oleh kerajaan.
Oleh kerana pendeposit juga inginkan pulangan yang munasabah dari dana yang mereka berikan untuk ditadbir oleh TH, semakin banyak TH menyerap kos haji, bahagian yang boleh diagihkan akan menjadi lebih kecil. Itu lebih memberi kesan apabila suasana ekonomi lemah seperti sekarang yang mana pulangan yang boleh didapati lebih rendah.

Sumber | Nik Hasyudee


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/bekas-ceo-tabung-haji-dedah-kenaikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haaaa Terbaru Panas Dari Oven Zafrul Akhirnya Dedah Tabung Haji Sah Diletakkan Bawah Seliaan Bank Negara

Haaaa Terbaru Panas Dari Oven Zafrul Akhirnya Dedah Tabung Haji Sah Diletakkan Bawah Seliaan Bank Negara

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 253 hits
October 2 2021 Tabung Haji sah diletakkan di bawah seliaan BNM Sebelum itu parti serba tak tahu menerusi Naib Presidennya memandang serius perkara tersebut sementara Ketua Pemuda membantah langkah itu Yang peliknya keputusan bagi meletakkan...
Ulama Madinah Dedah Tabiat Buruk Jemaah Haji Indonesia

Ulama Madinah Dedah Tabiat Buruk Jemaah Haji Indonesia

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 192 hits
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA PROF SYEIKH SULAIMAN AR RUHAILIJAKARTA Ulama Madinah Prof Syeikh Sulaiman Ar Ruhaili mencuri perhatian dunia apabila mendedahkan tabiat buruk jemaah haji Indonesia ketika berada di tanah suci Beliau yang lebih dike...
No Probe Into Allegations Of Missing Tabung Haji Funds Dewan Told

No Probe Into Allegations Of Missing Tabung Haji Funds Dewan Told

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 200 hits
There had been no investigation paper opened to probe claims that Tabung Haji funds had been misappropriated prior to 2018 deputy religious affairs minister Ahmad Marzuk Shaary told the Dewan Rakyat today He said this includes allegations a...
Deputy Minister Govt To Announce Terms And Conditions Related To Tabung Haji Rci Soon

Deputy Minister Govt To Announce Terms And Conditions Related To Tabung Haji Rci Soon

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 262 hits
A general view of Menara Tabung Haji in Kuala Lumpur May 24 2018 Picture by Miera ZulyanaPASIR PUTEH Sept 26 The government will soon announce the terms and conditions of the Royal Commission of Inquiry set up to investigate issues related ...
Rci Tabung Haji Terma Syarat Diputuskan Dalam Masa Terdekat

Rci Tabung Haji Terma Syarat Diputuskan Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 244 hits
Kerajaan akan memutuskan terma dan syarat Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan bagi menyiasat isu berkaitan pengurusan dan aset Tabung Haji dalam masa terdekat SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirma...
Laporan Tabung Haji Setelah Tanah Dan Aset Umat Islam Tergadai Tiada Kecurian Katanya

Laporan Tabung Haji Setelah Tanah Dan Aset Umat Islam Tergadai Tiada Kecurian Katanya

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 297 hits
Oleh Sirajuddin AhmadKini lengkap lah pembohohogan kerajaan Tun Mahathir yang bertunjang dan bersahabat dengan sebuah parti bukan Islam ia itu DAP selama 22 bulan Sebaik sahaja Parlimen diberitahu bahawa tiada satu pun kertas siasatan dibuk...
Accusing Pas Of Hypocrisy Mat Sabu Touts Guan Eng As Tabung Haji Saviour Dap For Upholding Islamic Values

Accusing Pas Of Hypocrisy Mat Sabu Touts Guan Eng As Tabung Haji Saviour Dap For Upholding Islamic Values

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 221 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng was the protagonist who saved Tabung Haji for Malaysia s greater good Parti Amanah Negara president Mohamad Sabu proclaimed during an online ceramah in Kelantan last night Popularly known as Mat Sabu the f...
Laporan Sprm Terhadap Annuar Musa Dibuat Oleh Ahli Amanah

Laporan Sprm Terhadap Annuar Musa Dibuat Oleh Ahli Amanah

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 221 hits
Laporan SPRM terhadap Annuar Musa dibuat oleh ahli Amanah Seorang ahli Amanah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkait dakwaan mengatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa membantu dalam pemberian se...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization