Bekam Seri Wajah Di Spa Ar Rayyan Kota Kinabalu
Assalammualaikum | BEKAM SERI WAJAH DI SPA AR-RAYYAN KOTA KINABALU
Pernah dengar tak tentang bekam ? atau korang dah pernah cuba tak berbekam ? Entry kalini kaella nak cerita macam mana rasanya bekam dekat wajah kita.
Bekam ni adalah proses dimana kita nak bersihkan diri kita daripada darah yang kotor tapi bukan nak bedah ke apa ye, bekam menggunakan cup yang bersesuaian dalam penggunaan bekam
Kebaikan Bekam Seri Wajah
📍 Membantu menangani masalah jerawat.
📍Membantu mengawal masalah kulit berminyak.
📍Membantu melegakan masalah resdung.
📍Membantu melegakan kegatalan pada kulit wajah
📍Membantu melancarkan peredaran darah pada muka dan kepala.
📍Membantu membuang kekotoran pada wajah.
📍Mengembalikan kesegaran pada kulit wajah.
📍Mengurangkan stress (tekanan).
📍Membantu mengekalkan keremajaan kulit wajah.
📍Memberi impak keserian pada wajah termasuk merawat hormon.
📍Membantu menajamkan pernglihatan.
📍Membantu melegakan sakit kepala dan migrain.
📍InshaAllah mendapat hikmah dan manfaat yang lain kerana menghidupkan Sunnah Nabi SAW.
Berapa Cup Untuk Bekam Seri Wajah ?
Untuk Bekam Seri Wajah menggunakan 8 cup, tiga kali dalam setiap satu bahagian. Biasanya untuk pertama akan dikenakan bekam untuk membuang angin pada bahagian wajah, kedua dan seterusnya pula adalah proses membuang darah kotor yang ada diwajah. Boleh rujuk gambar di atas.
Pakej Rawatan Yang Di Sediakan Di Spa Ar-Rayyan
ini merupakan pakej yang disediakan di Spa Ar-Rayyan, bukan hanya pada wajah tetapi juga pada badan. Yang bermasalah pada badan atau sendi-sendi, badan rasa berat, bolehlah berfikir nak bekam ye. Harga yang disediakan sangat berbaloi.
klik gambar untuk ke laman web Spa Ar-Rayyan
Korang yang nak berbekam dekat Spa Ar-Rayyan dan nak tahu dimana cawangan spa ada, harga yang disediakan serta masa operasi boleh layari laman web SPA BEKAM AR-RAYYAN (klik sini)
Pengalaman Kaella Berbekam di Spa Ar-RayyanAlhamdulillah. Semuanya okay, ini kali kedua kaella berbekam, cumanya berbekam dekat wajah ni adalah kali pertama rasanya. Rasa sakit rasa pedih itu biasa tapi sekejap je sakit, lepastu dah tak sakit dah. Cumanya, kaella sarankan buat masa korang tengah cuti duduk dekat rumah, sebab selagi pekat darah yang keluar semakin pekat tanda yang ada bekas daripada bekam. Tapi semuanya akan hilang jangan risau. Bekas bekam dekat muka kaella hilang dalam tempoh seminggu sahaja.
Untuk pengetahuan korang, masa PM dah umumkan boleh bekerja seperti sedia kala, kaella terkena dengan "MASK ACNE" muka teruk gila masa ni, sikit-sikit jerawat naik teruk di bahagian muka. sepanjang ni, kaella tak pernah kena serangan jerawat teruk macamni, paling tidak hanya seketul dua, tapi bila dah muncul banyak macam ni kaella jadi takut sebab first time kena teruk macamni
kemudian kaella ambik masa nak bekam, sebab bahagian tepi pipi kaella tumbuh jerawat yang sangat teruk, sampaikan nak pegang pun kaella rasa nak nangin, pedih sangat. tapi kaella gagahkan diri berbeakam sebab taknak muka lagi teruk. ni bekas selepas kena bekam, bahagian pipi kaella masa bekam cup asyik jatuh, tak tahu la pipi berapa kilo dah tu hehe
Syukur Alhamdulillah. Ni muka kaella masa sekarang, semua dah kembali okey, cuma bekas sedikit saja lagi tinggal, tapi semuanya berasnsur pulih. syukur kaella dah bebas dari "MASK ACNE" dan kaella boleh katakan seakarang jerawat kurang naik dah. Lepasni bolehlah semangat kembali selepas beberapa lama hilang semangat.
Korang yang ada masalah sama dengan kaella dan tidak takutkan darah bolehlah try pergi berbekam, selain daripada Sunnah Nabi, ianya juga membersihkan wajah kita dan diri kita daripada darah kotor. kesihatan membaik dan cantik itu adalah bonus, yang penting sihat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://thekaellaaaa.blogspot.com/2020/12/bekam-seri-wajah-di-spa-ar-rayyan-kota.html