Bekam Kelebihan Berbekam Untuk Kesihatan Yang Korang Perlu Tahu


Dalam dunia yang semakin moden, terdapat satu kaedah perubatan yang masih di amalkan dan masih lagi bertahan sehingga sekarang iaitu bekam. Bekam juga dikenali sebagai ‘hijamah’ atau ‘ventosa’. Pernah tak korang atau ahli keluarga korang membuat rawatan bekam ? Bekam adalah kaedah perubatan tradisional atau alternatif melibatkan penggunaan cawan untuk membuang darah kotor dari badan


$ads={1}
Apa Itu Bekam ?Bekam ialah satu rawatan dalam bentuk perubatan alternatif di mana ia melibatkan cawan atau cup pada kulit untuk membuat sedutan. Ia merupakah satu kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit. Bekam sudah lama wujud berabad-abad tahun dulu sepertimana yang diamalkan oleh Rasullullah SAW dan para sahabat dan ia diperkuatkan lagi dengan beberapa hadis sah : 

Rasulullah S.A.W bersabda:عليكم بالحجامه في جوزة القمحدوة فإنه دواء من اثنتين و سبعين داء“hendaklah kalian semua melakukan perubatan dengan bekam di tengah tengkuk, kerana sesungguhnya hal itu, merupakan ubat tujuh puluh dua penyakit” (Hadis riwayat At Thabrani)$ads={1}
Hukum Berbekam Dalam Islam Terdapat sebahagian para ulama’ mengatakan bahawa ia adalah sunnah secaea mutlak. Iaitu sesiapa sahaja yang melakukan akan mendapat ganjaran samada ia berhajat padanya ataupun tidak. Namun begitu, Dr. ijaj al-Khatib berpendapat bahawa berbekam adalah satu tuntutan terhadap sesiapa yang memerlukannya dan Nabi SAW juga telah mengatakan sedemikian



Jenis-Jenis Bekam dan Cara Rawatan Bekam Ada beberapa jenis dan rawatan yang selalu di amalkan oleh mereka-mereka yang ingin merawat permasalahan yang mereka hadapi 
Bekam Angin atau Bekam KeringBekam angin atau bekam kering ini sesuai bagi mereka yang takut pada suntikan jarum atau mereka yang tidak boleh melihat darah. 
Cara rawatan bekam kering  adalah hanya dengan menekap cawan atau cup pada kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Kesannya kulit meninggalkan kesan merah kehitaman dan akan hilang dalam masa 3 hari

$ads={1}
Bekam Basah atau Bekam DarahBekam basah melibatkan rawatan mengeluarkan darah toksik dari badan. Masa yang diambil untuk rawatan bekam darah ini dalam 3-5 minit dan tidak melebihi 9 minit. Penyedutan darah boleh dilakukan maksimum sebanyak 7 kali sahaja dan tidak boleh selalu dilakukan. Jarak waktu yang dianjurkan adalah selama 3 minggu sekali sahaja. 
Cara rawatan bekam basah dengan melalui bekam kering dahulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan kemudian disedut menggunakan set bekam tangan dan pam tangan untuk mengeluarkan darah. Darah toksik yang dikeluarkan akan kelihatan merah kehitaman dan berbuih

Pantang larang : Selepas berbekam tidak boleh terkena air dalam masa 1 jam selepas berbekam


$ads={2}
Bekam Api Bekam sebegini menggunakan api yang sederhana sebagai bahan untuk membuat hampa pada alat penyedut. 
Cara rawatan bekam api dilakukan dengan menggunakan gelas khusus untuk membuat hampagas pada kawasan bekam. Udara dalam gelas akan dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas, kemudian gelas tersebut di letakkan ke permukaan kulit

Pantang Larang Sebelum dan Selepas Berbekam Sebelum berbekamNiat berbekam dengan niat yang baik-baik, mengikut sunnah NabiSeeloknya kosongkan perut 2 3 jam sebelum berbekam, lagi bagus jika berpuasa, berbekam tidak membatalkan puasa Pastikan diri tiada penyakit yang kritikalSelepas BerbekamTidak boleh melakukan kerja-kerja berat 6 jam selepas berbekamJangan mandi terus selepas berbekam, sebaiknya mandi selepas 1-2 jam dengan air suam Jangan makan makanan berat dan seafood selepas berbekam bagi mengelakkan alahan gatal-gatal dan sewaktu dengannya Jangan minum air sejuk dan berais Ikuti arahan pakar bekam
$ads={2}
Waktu Yang Bagus Untuk BerbekamMengikut kajian para ulama seperti Ibnu Sina, berbekam paling baik di lakukan ketikan pertengahan bulan Hijiriah kerana waktu ini darah toksik berhimpun di dalam badan. Bagaimana pun ia juga sesuai di lakukan pada bila-bila masa 

Dari Abu Hurairah radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.”
(Shahih Sunan Abu Dawud - II/732, karya Imam al-Albani)$ads={1}
$ads={2} 

Kelebihan dan Manfaat Berbekam pada Kesihatan Badan dan Mental Sebenarnya banyak kelebihan rawatan berbekam ni, bagi yang sudah perngelaman dan pernah membuat rawatan berbekam pasti dapat merasai perbezaan sebelum dan selepas berbekam tapi ini hanyalah satu rawatan alternatif dan bergantung pada individu. Ianya salah satu usaha dan selebihnya Allah jua yang menyembuhkan
Kelebihan berbekam pada kesihatan fizikal :Meningkatkan peredaran darah : meransang peredarah darah di bawah kulit, membantu membekalkan oksigen dan nutrien ke sel-sel tubuh dengan lebih baikMelegakan kesan keradangan : ia boleh melegakan ketegangan otot dan kekejangan, ia juga membantu meregangkan tisu ikat yang terjejas dan rasa sakit Mengurangkan rasa sakit : boleh membantu merangsang pengeluaran endorphin, yang merupakan hormon alami yang membantu mengurangkan rasa sakit dan memberikan perasaan kesejahteraan.Mempercepatkan Pemulihan Cedera: rawatan berbekam dalam proses pemulihan kerana  cedera sukan atau kecederaan lain boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan dengan menggalakkan aliran darah ke kawasan yang cedera.Melegakan Masalah Pernafasan: berbekam di kawasan punggung boleh membantu mengurangkan kesesakan di paru-paru dan menggalakkan peredaran udara yang lebih baik.
Kelebihan berbekam pada kesihatan mental :Relaks dan Mengurangkan Stres: Proses berbekam boleh memberikan rasa relaks dan kesejahteraan secara keseluruhan. Sentuhan lembut dan suhu bekas yang digunakan dapat membantu mengurangkan tekanan dan stres.Meningkatkan Kualiti Tidur: dapat membantu melancarkan aliran darah danmemberikan rasa kesejahteraan, yang pada gilirannya boleh membantu meningkatkan kualiti tidur.Merangsang Tenaga Positif: Pengalaman berbekam boleh membantu merangsang tenaga positif dan membantu menghilangkan tenaga negatif dalam tubuh. Ini boleh memberikan kesan psikologikal yang positif.Kesedaran Diri: Melalui proses berbekam, seseorang dapat mengamalkan kesedaran diri dan menghubungi tubuh mereka. Ini boleh membantu meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan diri dan menggalakkan perasaan perhatian diri.Merangsang Pemulihan Mental: Pengalaman berbekam dapat membantu individu merasa dijaga dan diuruskan, yang boleh memberikan sokongan emosi dan membantu dalam pemulihan mental.
Berbekam Membantu Merawat MasalahMasalah migrainMasalah susah tidurMasalah sakit belakang / pingganMasalah goutMasalah asmaMasalah depresiMasalah rabun Masalah kesuburanMasalah kekejangan 
Siapa Yang Tidak Boleh Membuat Rawatan BekamAda masalah pendarahan dan gangguan pembekuan darahOrang yang sedang hamilOrang yang mempunyai masalah kulit kulit serius atau luka yang terbuka di kawasan bekamOrang yang mempunyai masalah sakit jantung, tekanan darah tinggi atau masalah kesihatan yang kronik
$ads={1}
Bolehkah Wanita Berbekam ?Jawapannya boleh. Bekam boleh dilakukan kepada dua-dua jantina, baik lelaki mahupun wanita. Mengikut islam, sebaiknya juru bekam untuk wanita juga adalah wanita. Selalunya wanita berkait rapat dengan masalah kesuburan, masalah kulit dan juga masalah dalaman. Kebiasaanya bekam muka sangat popular dalam kalangan wanita untuk menaikkan seri wajah

Bekam Muka Untuk WanitaPernah tak korang melihat wanita ada kesan bekam di muka, haaa qaseh pernah nampak. Katanya untuk merawat masalah jerawat yang teruk. Tahukah korang, bekam juga boleh di lakukan di muka untuk orang yang ada masalah kulit, jerawat, kusam dan ada manfaatnya bila bekam di muka 
Sedutan bekam menarik darah ke bawah cawan. Darah segar menepuk tisu di sekeliling, merangsang pembentukan saluran darah baru. Proses ini memisahkan lapisan tisu, mencipta trauma mikro dan koyakan kecil. Ini memicu tindak balas keradangan, mengundang sel darah putih, platelet, dan faktor penyembuhan ke kawasan tersebut.


Kelebihan Bekam MukaMengurangkan cela dan parut jerawatMelicinkan kulit wajahMengurangkan masalah kulit berminyakMenghilangkan jerawatMenambah seri awet mudaMembaiki penampilan kulitMeransang pemulihan kulitDiingatkan ini hanyalah rawatan alternatif, sila rujuk doktor atau dapatkan nasihat terlebih dahulu dari pakar kesihatan, rawatan alternatif kadang bergantung dan menerima kesan yang berbeza pada setiap individu {alertInfo}
Kesan Sampingan BekamSetiap perubatan alternatif ada kesan sampingan tapi bergantung juga kepada individu, ini antara kesan sampingan berbekam :Pening kerana kehilangan darah biasanya terjadi pada orang yang darah rendahMengantuk akibat kehilangan darahGatal-gatal Blister atau bengkak air kecil, terjadi bila kulit sensitif DemamPerbezaan antara Bekam dan Derma Darah Bekam adalah rawatan membuang darah kotor ataupun toksin yang berada di bawah permukaan kulit dan ia tidak diperlukan oleh badan kerana darah tersebut tidak mengandungi oksigen, zat dan nutrien 
Derma darah pula proses mengeluarkan darah dari pembuluh darah termasuk darah yang diperlukan oleh tubuh badan. Sewaktu menderma, darah yang dikeluarkan mengandungi zat, nutrien, LDL yang diperlukan oleh badan

Alat Yang digunakan Dalam Rawatan BerbekamBekas bekam atau cupping cupAlah penyedut (suction device)Pam BekamAlkohol atau api untuk bekam apiMinyakJarumPeralatan kebersihanKesimpulanKesimpulannya tiada masalah kita mencuba rawatan-rawatan alternatif seperti bekam, ia juga satu usaha untuk kesihatan yang dah lama di amalkan bukan hanya di Malaysia tapi juga negara barat.Amalan bekam dah lama berakar dalam perubatan islam. Namun, sebelum menjalani rawatan bekam, penting untuk kita dapatkan nasihat dari pakar bertauliah dan hati-hati dalam memilih pusat rawatan bekam
Pastikan pengamal perubatan alternatif bekam ini memang bertauliah dan betul-betul menjaga kebersihan supaya kita tidak dapat masalah penyakit lain. Jangan lupa juga untuk memahami warisan perubatan dan memberi peluang kepada rawatan tradisional seperti bekam untuk terus berkembang dalam perubatan moden.  






















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.qasehdalia.com/2023/08/kelebihan-bekam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Tangani Masalah Kesihatan Kolesterol Tinggi Berlebihan

Tips Tangani Masalah Kesihatan Kolesterol Tinggi Berlebihan

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 220 hits
Tips Tangani Masalah Kesihatan Kolesterol Tinggi BerlebihanTips Tangani Masalah Kesihatan Kolesterol Tinggi Berlebihan Dah bersenam dan jaga pemakanan tapi paras kolestrol masih tinggi Menggunakan tumbuhan semulajadi untuk membantu mengatas...
Mineral Ajaib Untuk Kesihatan Optimum

Mineral Ajaib Untuk Kesihatan Optimum

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 298 hits
1 Magnesium ialah mineral yang memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi tubuh untuk mengekalkan kesihatan yang optimum 2 Walaupun ia boleh diperolehi melalui diet seimbang ramai individu tidak mengambil makanan yang kaya dengan magne...
Cegah Sebelum Terlambat Ambil Tahu Tahap Kesihatan Mental

Cegah Sebelum Terlambat Ambil Tahu Tahap Kesihatan Mental

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 284 hits
SEBAGAI manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan cabaran hidup Setiap daripada kita memikul beban emosi masing masing tetapi tetap teguh berdiri dengan melemparkan senyuman manis dan wajah yang mesra meskipun dalam hati hanya Tuhan ...
Korang Takkan Jumpa Deodoran Di Korea Rupanya Orang Korea Tak Pernah Pakai Pun Ini Sebabnya

Korang Takkan Jumpa Deodoran Di Korea Rupanya Orang Korea Tak Pernah Pakai Pun Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 273 hits
Korang takkan jumpa 8216 deodoran 8217 di Korea rupanya orang Korea tak pernah pakai pun Ini sebabnya Disebabkan cuaca di Malaysia yang panas pemakaian deodoran merupakan perkara yang paling penting selepas mandi dan sebelum keluar rumah Ba...
Nak Tau Fakta Menarik Mengenai Jantung Korang

Nak Tau Fakta Menarik Mengenai Jantung Korang

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 185 hits
Nak tau fakta menarik mengenai jantung korang Kredit image Google Jantung merupakan organ yang bekerja tanpa henti Semasa kita duduk membaca buku jantung kita berdenyut selama 4200 kali sejam Dalam sehari jantung kita berdenyut sebanyak 104...
Sprm Kata Tiada Unsur Rasuah Korang Dengar Apa Syed Saddiq Cakap

Sprm Kata Tiada Unsur Rasuah Korang Dengar Apa Syed Saddiq Cakap

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 223 hits
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki menyifatkan geran RM350 000 diumumkan kerajaan kepada belia Terengganu sebagai pemberian dari pemerintah dan tiada unsur rasuah Sumbangan diumum Timbalan Perdana Menteri Zah...
Ingin Tahu Warna Sesuai Untuk Korang Jom Dapatkan Servis Analisis Warna Di 7 Tempat Ini

Ingin Tahu Warna Sesuai Untuk Korang Jom Dapatkan Servis Analisis Warna Di 7 Tempat Ini

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 205 hits
Personal color analysis ataupun analisa warna peribadi ini telah menjadi satu perkara baru dalam dunia fesyen kini ARTIKEL BERKAITAN Kalau korang nak tahu ia merupakan satu proses untuk mengenal pasti tona warna yang sesuai untuk seseorang ...
Coq10 Sangat Penting Untuk Kesihatan Jantung Anda

Coq10 Sangat Penting Untuk Kesihatan Jantung Anda

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 189 hits
Coq10 Sangat Penting Untuk Kesihatan Jantung AndaAssalamualaikumBismillahi MashaAllahJantung anda mengepam hampir 2 000 gelen darah keseluruh bahagian tubuh anda setiap hari Sebagai otot yang bekerja keras di dalam tubuh anda dan pusat kawa...
Air Barli Untuk Kesihatan Dalaman Wanita

Air Barli Untuk Kesihatan Dalaman Wanita

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 178 hits
Air Barli Untuk Kesihatan Dalaman Wanita Baru baru ni mak nieyl mengadu yang dia kerap buang air kecil tapi sikit sikit macam tak puasa Lepas tu sakit bila nak buang air kecil terus nieyl carikan barli dan rebus bagi mak minum dalam 2 ke 3 ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp