Bekalan Oksigen Perubatan Dunia Meruncing Disebabkan Covid 19


 
Masalah bekalan oksigen untuk keperluan perubatan kini semakin meruncing susulan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.


Malah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan kerjasama semalam memberi amaran bahawa sejumlah AS$1.6 bilion diperlukan bagi merungkai kecemasan global itu.


Penularan COVID-19 ternyata memberi tekanan besar terhadap sistem kesihatan seluruh dunia, terutama di negara miskin yang menyaksikan banyak hospital berdepan masalah kekurangan bekalan oksigen.




Keadaan itu sekali gus menyumbang kes kematian, selain waris pesakit di hospital pula terpaksa menampung kos lebih tinggi demi memastikan ahli keluarga mereka itu mendapat bekalan oksigen diperlukan untuk rawatan.


Akses kepada Pemacu Peralatan COVID-19 (ACT-Accelerator), iaitu usaha bersama global yang diketuai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mendapatkan vaksin, diagnostik serta rawatan wabak terbabit, berkata pihaknya melancarkan Pasukan Petugas Khas Kecemasan Oksigen untuk menangani krisis semakin membimbangkan itu.



Pelbagai organisasi terbabit dalam pasukan petugas khas itu, termasuk WHO, Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Dana Global, Bank Dunia dan Selamatkan Kanak-Kanak.


Ketua agensi kesihatan antarabangsa Unitaid, Philippe Duneton, menyifatkan masalah kekurangan bekalan oksigen bagi tujuan perubatan dan rawatan adalah isu kecemasan global yang memerlukan penyelesaian tuntas.


Kekangan bekalan oksigen global dilaporkan sudahpun berlaku sebelum pandemik COVID-19 melanda, kerana diperlukan untuk rawatan penyakit seperti radang paru-paru yang meragut kira-kira 2.5 juta nyawa setiap tahun.


Namun, kemunculan wabak COVID-19 menyaksikan isu berkenaan semakin genting, sekali gus mencetuskan kegusaran orang ramai.


Dianggarkan setengah juta pesakit COVID-19 di negara miskin dan berpendapatan sederhana, memerlukan 1.1 juta silinder oksigen setiap hari.


Pada masa sama, 25 negara yang kebanyakannya di Afrika, turut melaporkan lonjakan permintaan kepada bekalan itu bagi tujuan perubatan dan rawatan.


Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore, berkata pandemik COVID-19 menyebabkan masalah bekalan oksigen kini menjadi isu kecemasan global.


Beliau menegaskan, usaha menangani masalah itu amat penting bagi membantu rawatan pesakit COVID-19, sekali gus boleh mengurangkan risiko kematian.


Selain itu, ia dapat memperbaiki sistem kesihatan dalam jangka panjang, termasuk untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan oksigen.



Pasukan petugas khas baharu itu menekankan, dana AS$90 juta diperlukan segera untuk menangani cabaran utama dalam penghantaran dan akses bekalan oksigen di 20 negara, termasuk Malawi, Nigeria serta Afghanistan. - AFP


Masalah bekalan oksigen untuk perubatan kian meruncing
Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/02/790431/masalah-bekalan-oksigen-untuk-perubatan-kian-meruncing


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2021/02/bekalan-oksigen-perubatan-dunia.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Canggih Ni Boleh Jalan Keliling Kota Di Dunia Secara Maya Sewaktu Covid 19

Canggih Ni Boleh Jalan Keliling Kota Di Dunia Secara Maya Sewaktu Covid 19

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 313 hits
Akibat pandemik COVID 19 banyak sektor yang terjejas teruk INDUSTRI pelancongan telah menjadi salah satu sektor yang paling teruk terjejas akibat pandemik COVID 19 Pergerakan orang ramai jadi terbatas dan diminta untuk terus kekal berada di...
Jangan Tertipu Dengan Penurunan Kes Covid 19 Kata Kumpulan Perubatan

Jangan Tertipu Dengan Penurunan Kes Covid 19 Kata Kumpulan Perubatan

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 253 hits
Imran AriffPETALING JAYA Walaupun jumlah kes baharu Covid 19 menurun ke bawah 4 000 daripada jumlah tertinggi pernah dicatatkan sebanyak 5 000 sejak seminggu lalu pakar kesihatan memberi amaran supaya tidak berasa terlalu selamat Mereka ber...
Kes Covid 19 Seluruh Dunia Lepasi 112 Juta 2 4 Juta Meninggal Dunia

Kes Covid 19 Seluruh Dunia Lepasi 112 Juta 2 4 Juta Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 252 hits
KONGSI ARTIKEL AMERIKAT SYARIKAT Di merata dunia jumlah kes COVID 19 sudah melepasi 112 000 000 Lebih 2 4 juta pesakitnya pula sudah meninggal dunia Di Amerika Syarikat bilangan kematian pesakit COVID 19 hampir mencapai 511 000 orang d
Boss Yakuza Mengadu Perniagaanya Terjejas Disebabkan Pandemik Covid 19

Boss Yakuza Mengadu Perniagaanya Terjejas Disebabkan Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 317 hits
The ReporterSalah seorang ketua kumpulan jenayah terancang Jepun secara terbuka mengaku bahawa perniagaannya terjejas semasa pandemik Covid 19 Kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Yakuza terkenal dengan menjana hasil pendapatan melalui k...
First Batch Of Covid 19 Vaccines To Arrive At Klia At 10am

First Batch Of Covid 19 Vaccines To Arrive At Klia At 10am

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 354 hits
The vaccines will be ferried in through flight MH604 operated by MABkargo Sdn Bhd using a Passenger to Cargo Airbus 330 300 plane Pic courtesy of MABkargo Sdn Bhd KUALA LUMPUR The first batch of Pfizer BioNTech s Covid 19 vaccine is expecte...
Awani Ringkas Kumpulan Pertama Vaksin Covid 19 Tiba Hari Ini Anggota Atm Penerima Pertama Vaksin

Awani Ringkas Kumpulan Pertama Vaksin Covid 19 Tiba Hari Ini Anggota Atm Penerima Pertama Vaksin

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 405 hits
Kumpulan pertama vaksin COVID 19 tiba hari ini Anggota ATM penerima pertama vaksin SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK...
Tni Kerahkan 20 Penyuntik Vaksin Covid Untuk Pedagang Pasar Tanah Abang

Tni Kerahkan 20 Penyuntik Vaksin Covid Untuk Pedagang Pasar Tanah Abang

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 321 hits
TNI sejak awal berada di garis depan dalam penanganan pandemi Covid 19 dan kini penanganan pandemi memasuki tahap vaksinasi Para vaksinator TNI pun dikerahkan untuk menyuntikkan vaksin ke masyarakat termasuk vaksinasi pedagang Tanah Abang y...
1 224 091 Tenaga Kesehatan Telah Vaksinasi Covid 19

1 224 091 Tenaga Kesehatan Telah Vaksinasi Covid 19

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 236 hits
Sedangkan dalam upaya vaksinasi Covid 19 secara nasional pemerintah menargetkan akan memvaksin 181 554 465 orang atau 70 persen dari total penduduk Indonesia Hal itu dilakukan untuk mendapatkan kekebalan kawanan atau herd immunity terhadap ...
Kerana Covid 19 Ramai Jual Motor Kerana Terdesak

Kerana Covid 19 Ramai Jual Motor Kerana Terdesak

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 526 hits
GEORGETOWN Ramai golongan B40 terutama pekerja kilang yang diberhentikan kerja dan peniaga yang terjejas ekoran pandemik Covid 19 di negeri ini bertindak nekad menjual semula motosikal di kedai termasuk yang baharu dibeli dua bulan bagi men...
Wild Boar Goes Viral For Crashing Into A Wedding Feast Haram Or A Statement For More Sustainability

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

Melaka Remaja Perempuan Ditikam Ketika Menunggang Motosikal

Kitingan Formulating New Gbs Pact To Take On Grs

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

What You Need To Know About Intellectual Property In Malaysia

Ihr Weg Zum Erfolg Im Playjango Casino

Lirik Lagu Sinaran Rossa Ft Mk K Clique


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Element Kuala Lumpur Celebrates Culinary Excellence With A Culinary Celebration 3 Course Menu

Sleeve Custom Sentuhan Eksklusif Yang Jadikan Produk Anda Nampak Premium

Tau Tak Ni Apa

Choosing Peace Over Drama

Kumpulan Pro Hamzah Dalam Bersatu Mungkin Pindah Ke Pas

Kucing Pun Suka Makan Telur