Bekalan Bagi Musim Perayaan Dijamin Mencukupi Jpv


fazleensafinaBanyak pengimport dapatkan bekalan daging dari luar negara  MELAKA – Bekalan daging, susu, ayam dan telur bagi keperluan orang ramai sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta Aidiladha nanti, dijamin mencukupi.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Datuk Dr Norlizan Mohd Noor yang memberikan jaminan itu berkata, sejak awal tahun ini lagi banyak pengimport mendapatkan bekalan daging kerbau sejuk beku dari India, di samping daging lembu dari Australia, New Zealand dan juga Pakistan.
Beliau berkata, pengimportan daging lembu dan kerbau dari luar negara adalah penting kerana Malaysia masih bergantung harap kepada sumber berkenaan bagi menjamin bekalan, seterusnya memenuhi keperluan pengguna.
“Di samping itu kita juga ada jawatankuasa yang memantau perkara ini dan insya-Allah keperluan daging mencukupi, serta dapat memenuhi keperluan pengguna bukan sahaja untuk bulan Ramadan dan Syawal, malah hingga dua bulan akan datang.
“Sebagai contoh ada juga dalam kalangan penternak yang telah menyediakan stok bekalan lembu korban tiga hingga empat bulan lebih awal, jadi pengguna tidak perlu bimbang,” katanya kepada Bernama di sini.
Norlizan berkata, bagi jaminan bekalan daging, sebanyak 210,000 metrik tan lembu dan kerbau diperlukan negara setahun, namun negara hanya mampu menghasilkan 46,000 metrik tan iaitu kira-kira 22 peratus pada tahun lepas daripada sumber ternakan dalam negara.
Beliau berkata, JPV telah merangka pelbagai program dan usaha bagi meningkatkan pengeluaran daging negara, antaranya ‘Beef Plan’ sejak 2019, selain menjalin kerjasama erat dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
“Terdapat empat aktiviti utama dijalankan bagi program ternakan iaitu, ternakan fidlot, penternakan integrasi seperti lembu baka tempatan Kedah-Kelantan Elit (KK Elit), ternakan konvesional iaitu ternakan secara kecil-kecilan dan bebas kampung, dan sumbangan tenusu.
Sementara itu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali pula memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan memastikan bekalan keperluan harian penduduk Melaka sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan pengguna sepanjang bulan Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri.
Beliau berkata, pihaknya telah berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Melaka semalam mengenai perkata itu, dan meminta mereka meningkatkan pemantauan di semua premis perniagaan sama ada di pasar dan bazar Ramadan, kedai runcit, pasar raya dan sebagainya, supaya tidak berlaku kenaikan harga terlalu tinggi pada bulan Ramadan ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat Pasar Tani Pra Ramadan peringkat negeri ‘Jom Mantai Puasa’ 2021 bersama dengan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Ghazale Muhamad dan Pengarah FAMA Melaka Mohd Azraie Ramli, di Pasar Tani Merlimau di sini hari ini.
Sulaiman berkata, Pasar Tani Pra Ramadan itu diadakan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai membuat persiapan awal menyambut Ramadan di tujuh lokasi sekitar negeri ini bermula 4 hingga 11 April. -Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/bekalan-bagi-musim-perayaan-dijamin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polres Sukabumi Sekat Kendaraan Ke Objek Wisata Selama Musim Libur

Polres Sukabumi Sekat Kendaraan Ke Objek Wisata Selama Musim Libur

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 206 hits
Pada libur panjang akhir pekan Satlantas Polres Sukabumi menyekat kendaraan dari luar daerah di sejumlah titik menuju objek wisata Palabuhanratu Pengendara yang tidak membawa dokumen yang menunjukkan negatif Covid 19 akan dipaksa putar bali...
Stok Pupuk Bersubsidi Di Madiun Sudah Sesuai Kebutuhan Petani Untuk Musim Tanam

Stok Pupuk Bersubsidi Di Madiun Sudah Sesuai Kebutuhan Petani Untuk Musim Tanam

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 177 hits
Para petani di Kabupaten Madiun bisa beraktivitas dengan tenang Pasalnya stok pupuk bersubsidi untuk menghadapi musim tanam dipastikan aman dan sesuai kebutuhan petani
600 Penonton Turut Saksi Sesi Ujian Acara Olimpik Paralimpik Musim Sejuk Beijing

600 Penonton Turut Saksi Sesi Ujian Acara Olimpik Paralimpik Musim Sejuk Beijing

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 384 hits
Images KONGSI ARTIKEL BEIJING China pada Jumaat mengadakan sesi ujian terhadap beberapa acara pertandingan menjelang berlangsungnya Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing Sesi ujian itu membabitkan li
Ucl Tanpa Haaland Mbappe Dan Liverpool Jadikan Uel Lebih Meriah Musim Hadapan

Ucl Tanpa Haaland Mbappe Dan Liverpool Jadikan Uel Lebih Meriah Musim Hadapan

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 279 hits
UEFA Champions League sentiasa disifatkan sebagai pertandingan bola sepak peringkat kelab paling elit di eropah Perlawanan akhir musim 2018 19 misalnya telah menarik seramai 380 juta tontonan dari seluruh dunia Ini baru satu perlawanan Anta...
Tips Bercuti Di Turki Ketika Musim Sejuk

Tips Bercuti Di Turki Ketika Musim Sejuk

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 308 hits
Artikel ini menceritakan tips dari seorang pelajar yang berpengalaman bercuti di Turki pada musim sejuk selama 6 minggu Turki adalah salah sebuah dari negara yang mempunyai empat musim iaitu musim sejuk musim luruh musim panas dan musim bun...
Song Seungheon Lee Hana Sah Terajui Musim Ke 4 Siri Thriller Voice

Song Seungheon Lee Hana Sah Terajui Musim Ke 4 Siri Thriller Voice

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 422 hits
Hanya khabar angin yang bertiup sebelum ini OCN kini telah mengesahkan bahawa Song Seung heon dan Lee Ha na akan mengemudi siri Voice 4 nanti Musim terbaru ini akan membawa penonton menyaksikan pasukan Golden Time berlawan dengan seorang pe...
Who Terbit Garis Panduan Sempena Perayaan Keagamaan

Who Terbit Garis Panduan Sempena Perayaan Keagamaan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 169 hits
WHO terbit garis panduan sempena perayaan keagamaan Dikemas kini 57 minit yang lalu Diterbitkan pada 13 Apr 2021 6 33PM
9 Rekomendasi Kado Untuk Bayi Yang Baru Lahir Dijamin Tahan Lama Dan Bermanfaat

9 Rekomendasi Kado Untuk Bayi Yang Baru Lahir Dijamin Tahan Lama Dan Bermanfaat

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 408 hits
Yang mulai kehabisan ide gara gara banyak temannya yang baru melahirkan cek deh rekomendasinya
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sedapnya Paru Goreng Kunyit

Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers