Behave Yourselves



Entri ni aku nak ulas tentang angin bahang yang bertiup sekarang tentang fenomena qariah muda yang menjadi johan MTQA minggu lepas, dan seorang 'ustaz' selebriti yang haih...menceraikan isteri yang sarat mengandung 7 bulan.
Aku geli dengan komen-komen di link berita tentang kemenangan adik Farhatul yang kebanyakannya membawa mesej gatal, miang dan bernafsu

"Dah la pandai mengaji, lawa pulak tu""Bergetar rusuk abang, dik""Masya Allah bidadari ke ni?""Sudikah awak menjadi pendamping saya?"
Dan yang ini adalah komen dari alma mater KISAS sendiri. Aku rasa nak sembelih jantan macam ni!
Satu, ayah adik Farhatul ni dah meninggal. Bila kau tulis macam ni, aku anggap kau biadab. Dua, kau nampak sangat desperate dan telah meletakkan diri kau pada kedudukan yang sangat rendah dan tak bermaruah. Kau ada agama, so jangan gadaikan agama kau tu dengan memperlihatkan nafsu kau sebegini teruk caranya. 
Ada pulak yang cakap; Dah tahu penyertaan perempuan tu membawa fitnah, kenapa buka untuk perempuan? Memang ada banyak perdebatan tentang suara wanita sebagai aurat. Tapi MTQA ni dah berlangsung selama lebih 60 tahun, tak ada pula orang komen. Negara kita anjurkan program ni ikut saluran yang betul. In fact, penyertaan luar dari Turki dan lain lain negara Timur Tengah turut membawa peserta wanita yang cantik dan suara yang sedap. Aku yakin mereka juga adalah juara di peringkat negara mereka. Tapi kenapa baru sekarang adik Farhatul tu yang kena? Tahukah korang johan qariah MTQA tahun lepas pun muda dan cantik juga? Hah kalau tak tahu, nampak sangat baru tengok tahun ni je kan

Adik Farhatul tu punyalah elok tutup aurat. Bernafsu juga korang dalam memberi komen. Ohhhhh lupa...Kalau yang nak dibuat bini, pandai la cari yang elok. Yang ketat, singkat, nipis tu- Apa usaha korang (so called lelaki kiriman Tuhan) dalam menyelamatkan mereka? Nan hadooo

Komen aku kepada kaum lelaki di luar sana yang ada komen pasal adik Farhatul ni, dari kau sibuk dengan bergetar tulang rusuk lah apa lah, lebih baik kau cemburu dengan ilmu Al Quran yang dia ada. Kau tak malu ke- Dia bukan takat boleh mengaji lancar. Tapi siap boleh bertaranum yang mana taranum ni adalah added value tau! Kau? Mengaji pun mengesot macam suster ngengsot. Nak jadi iman solat hmmmmm apatah lagi. Maaf aku memang kasar dalam entri ni sebab aku geram apabila seorang wanita berilmu dan beragama, dengan rupa tapi dipandang dan dilayan dengan hanya berlandaskan nafsu

Ada lelaki yang memang betul-betul 'lelaki kiriman Tuhan'. Dambaan wanita. Tapi aku termenung panjang dengan tindakan seorang 'ustaz' (aku taknak sebut ustaz ni. Aku akan denote sebagai lelaki je) yang menceraikan isterinya yang sedang mengandungkan anaknya hanya kerana mahu berkahwin dengan janda anak satu

Aku bermonolog dalam hati;'Kalau sepantas dua bulan selepas nikah hati kau dah berubah, kenapa kau hamilkan isteri kau tu. Tak fikir ke nanti anak yang lahir tu akan membesar tanpa kehadiran seorang ayah? Dan, kalau pilihan kau adalah seorang janda, kenapa tidak dari awal kau kahwin dengan janda?'
Lelaki tu cakap dia ada cerita tersendiri atas keputusan yang diambil. Tapi aku tetap nampak ada unsur penganiayaan terhadap isteri yang diceraikan. Walaupun talak tu sah, tapi adalah sangat tidak adil kepada si isteri yang terpaksa menanggung tekanan emosi, kesakitan dan  kesusahan sewaktu mengandung sendirian tanpa suami di sisi. Sedang, lelaki itu seronok dapat mendakap janda anak satu yang selama ini disorok-sorok keberadaannya. 
Komen aku kepada lelaki ini, takutlah pada kemurkaan Allah. Kau menganiaya orang lain, hidup kau tak akan senang. Untuk sang isteri yang ditinggalkan, tak mudah untuk menerima ucapan 'bersabarlah...'. Itu terlalu cliché. Tapi aku doakan dia kuat, bangkit dan terus berjalan ke depan. Aku juga doakan dia berjumpa dengan seorang lelaki yang betul-betul mulia dan mengangkat darjatnya sebagai seorang isteri calon syurga. Kepada si janda anak satu; berbahagia atas kesedihan orang lain bukanlah sesuatu yang best sangat. All the best

Readers, Kenapa aku kasar sangat kali ni
Sebab aku tak jumpa best words, with wisdom to describe this. Mangsa dan pemangsa adalah orang beragama. Adik Farhatul, penonton MTQA, lelaki kiriman Tuhan dan isteri lelaki kiriman Tuhan- Semuanya orang faham agama. Tapi kenapa ini berlaku. 
Atas nama agama, aku menyeru semua terutamanya diri aku sendiri agar janganlah kita menjatuhkan maruah diri sendiri dengan menampakkan sisi tidak elok kita. Semua orang ada buat salah. Kita semua ada kelemahan tapi adalah menjadi kewajipan kita untuk tutup aib sendiri. Mungkin kedengaran tak adil, tapi nasihat aku kepada kaum lelaki di luar sana, behave yourselves. Tu je lah nasihat yang terbaik dari aku kut. Nak tulis panjang nanti kena kecam pulak. Biasalah tu~
Bawang
Dhiya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dhiyadahlia.blogspot.com/2019/04/behave-yourselves.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Govt Can T Behave Like Opposition

Govt Can T Behave Like Opposition

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 214 hits
Ku Ali NST LAST week while campaigning in the Rantau by election a minister allegedly called on voters to vote only for their own He thought by speaking in his vernacular tongue he could escape scrutiny Malaysians find his speech offensive ...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Will Artificial Intelligence Disappoint


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Pin Up 306 Casino R Smi Kazino Sayt Pinup Onlay

Pokok Limau Bali Sunkist Berbuah Lebat

Kencana Lore 2

Salah Faham Mengenai Fruktosa

Managing Motivating Remote Teams

Mengada Pergi Laser