Begini Rasanya Mabuk Laut


Ini kisah sebelum Hari Raya Aidiladha - percutian mengejut ke pulau Langkawi. Saya katakan mengejut sebab tak ada perancangan awal. Hari Khamis encik suami tanya sama ada saya nak ke Langkawi atau tak pada hari hujung minggu. Sebab encik suami ada sedikit kelapangan jadinya bolehlah ambil cuti pada hari Isnin, kiranya dapatlah kami ke Langkawi pada hari Sabtu dan balik pada hari Isnin

Sebenarnya saya terfikir juga nak ke Langkawi pada hujung minggu, tapi simpan dalam hati saja sebab fikirkan encik suami biasanya banyak kerja nak disiapkan. Sesungguhnya Allah Maha Tahu setiap bisikan hati hamba-Nya. Alhamdulillah…ibarat orang mengantuk disorongkan bantal

Jadinya hari Khamis malam tu terus encik suami buat tempahan online tiket feri dan bilik hotel. Manakala tugas saya pula merancang itinerari sepanjang di Langkawi. Berpinar juga mata saya nak buat carian itu ini di internet dalam masa yang cukup singkat. Antara hasil carian yang membantu saya adalah entri blogger Ako Retna - berkenaan Sky Bridge

SABTU | 02.07.2022
Percutian kali ini akan menjadi kunjungan kali ketiga saya ke Langkawi setelah kunjungan kali kedua sekitar 8 tahun lalu. Dah cukup lama. Bagaimanapun, ini merupakan percutian pertama ke Langkawi semenjak kami berpindah ke utara tanah air. Juga pengalaman pertama saya menaiki feri dari Jeti Kuala Kedah, berbanding encik suami yang sudah beberapa kali atas urusan kerjanya.
Kawasan parkir berhampiran Terminal Jeti Kuala Kedah. Caj RM10 / hari.Dari rumah di PP kami menaiki kereta ke Kuala Kedah. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam dengan jarak sekitar 120 km. Semasa kami berada di satu persimpangan lampu trafik menuju ke terminal, kereta kami didekati oleh seseorang yang menaiki motorsikal. Lelaki tersebut bertanya, “Nak ke Langkawi?”. Encik suami menjawab, “Tak”. Menurut encik suami, mereka inilah ‘ulat parkir’. Dan akan ada ‘ulat parkir’ lain yang akan mendekati kita di persimpangan seterusnya. Kalau kita jawab ‘ya’ mereka akan ajak kita ikuti mereka untuk parkir kereta. Masalahnya, tempat yang dibawa adalah jauh, bukan tempat parkir yang selamat dan caj yang melampau. Boleh baca cerita mereka yang pernah menjadi mangsa DI SINI

Alhamdulillah kami dapat parkir di kawasan yang sah - ada petak parkir dan ada pondok penjaga parkir. Dekat je dengan terminal. Pun begitu, tetap ada risiko bila kita parkir kereta berhampiran terminal. Iaitu sekiranya berlaku fenomena air pasang besar, ada kemungkinan kereta kita akan dimasuki air laut

Terminal Feri Kuala Kedah.Nak naik feri kita kena datang awal 1 jam sebelum berlepas. Sebelum memasuki bangunan terminal, anggota RELA bertugas akan membuat pemeriksaan dokumen pengenalan diri dan tiket feri (boarding pass). Mulai 1 Julai 2022, hanya penumpang dengan tiket sah selari dokumen pengenalan diri saja dibenarkan masuk terminal. Ini bertujuan mengatasi masalah penyeludupan PATI dan ‘ulat tiket’

Apa itu ‘ulat tiket’? Mereka ni akan beli tiket feri lebih awal dan menjual semula kepada bakal penumpang (yang terdesak sebab tiket feri habis) dengan harga lebih tinggi. Macam kami ni memang dah membeli tiket secara online di laman www.cuticutilangkawi.com dengan harga RM23 / dewasa untuk perjalanan sehala.
Beratur untuk pemeriksaan tiket sebelum ke jeti.Jadual berlepas feri kami adalah pada pukul 12 tengah hari. Sekitar pukul 11.30 pagi pintu ke jeti di buka. Para penumpang perlu beratur untuk pemeriksaan tiket. Satu barisan bagi penumpang yang membeli tiket di kaunter dan satu barisan lagi bagi penumpang yang membeli tiket secara online. Kami beli tiket online secara bersama, jadinya hanya seorang saja perlu mengimbas kod QR yang terdapat pada Boarding Pass

Beratur untuk memasuki feri.Kali pertama ke Langkawi hampir 20 tahun lalu, saya menaiki feri di Kuala Perlis. Saya ingat-ingat lupa suasananya. Tapi rasanya kali ni macam lebih teratur dan tidak perlu bersesak memasuki feri. Yelah, dah 20 tahun berlalu

Sementara beratur, sempat juga saya memotret foto kapal-kapal nelayan. Juga orang-orang yang sedang menguruskan jemuran ikan masin. Klik gambar untuk lebih jelas

Tingkat atas feri. Tak seluas ruangan di tingkat bawah.
Masuk saja ke dalam feri, kita beritahu nombor tempat duduk kita kepada krew kapal yang memang berada di pintu masuk feri. Mereka akan tunjukkan arah lokasi tempat duduk kita. Maklumlah, bahagian dalam feri ni luas dan ada dua tingkat. Jenuh juga kalau nak mencari sendiri. Kami dapat tingkat atas. Perlu menaiki tangga kecil untuk ke atas. Beg pun kami bawa bersama memandangkan kami cuma membawa beg galas belakang. Kalau beg besar boleh letak di ruangan beg, tapi kena bertimpa-timpa dengan beg penumpang lain

Begini Rasanya Mabuk Laut…
Masa mula-mula dapat tahu tempat duduk kami di atas, saya rasa seronok. Konon dapatlah tengok pemandangan lebih luas sebab duduk di tingkat atas. Tapi rupanya, itulah permulaan seksaan bagi saya. Foto di atas saya rakam semasa baru saja mula duduk, orang belum memenuhi tempat duduk dan feri belum bergerak. Memang terasa olengan feri, tapi tidaklah rasa pening. Bolehlah berfoto-foto lagi masa ni

Tapi selepas beberapa ketika feri mulai bergerak, olengan tadi yang semakin kuat memberikan rasa tak selesa buat saya. Dari tempat duduk saya, apabila memandang ke luar - sekejap nampak lautan dan sekejap tak nampak. Begitulah kesan olengan feri

Saya rasa pening kepala, perut tak selesa dan tekak jadi mual. Encik suami yang duduk di sebelah kiri saya masih stabil, siap boleh layan handphone. Penumpang lelaki di sebelah kanan saya pula, awal perjalanan terus tidur. Saya cuba pejamkan mata. Oh, rupanya bila pejam mata kurang jugalah rasa pening kepala. Hati terus berzikir minta Allah bantu, janganlah sampai muntah

Maka sepanjang perjalanan feri yang mengambil masa 1 jam 45 minit, saya hanya memejamkan mata dan berada dalam keadaan yang sangat tak selesa. Pendingin hawa yang terpasang pun tak terasa sejuk, saya berpeluh. Tak boleh nak tidur walau mata pejam. Bukan saya seorang saja yang sedang terseksa, saya mendengar perbualan dan suara beberapa penumpang perempuan lain yang sedang mengalami hal yang sama seperti saya. Patutlah di dalam feri banyak disediakan gantungan plastik hitam, rupanya untuk kemudahan mereka yang muntah

Oh, begini rasanya mabuk laut. Pengalaman pertama bagi saya. Tak terfikir akan mengalami mabuk laut sebab ini bukan kali pertama saya menaiki kenderaan laut. 
Kalaulah Boleh Memilih Nombor Tempat Duduk Feri…
Nampaknya mabuk laut yang saya alami adalah disebabkan duduk di tingkat atas feri. Yang mana gerakan olengan feri lebih memberi kesan kepada penumpang di atas. Semasa perjalanan baliknya, kami dapat duduk di tingkat bawah. Saya tak mengalami sebarang masalah kesihatan. Lega sungguh rasanya. Dapat menikmati pemandangan di lautan - melihat kapal-kapal nelayan dan benda-benda yang terapung di permukaan laut

Jadinya, bolehkah kita memilih tempat duduk di dalam feri? Jawapannya - tak boleh. Sistem komputer yang aturkan tempat duduk kita. Memang bermasalah bila guna sistem begini. Yang jenis mabuk laut bila duduk di tingkat atas, tak boleh memilih untuk duduk di bawah. Yang beli tiket bersama ahli keluarga, mungkin duduk terpisah walaupun nombor bersebelahan. Kami pun terkena juga. Masa perjalanan balik, nombor tempat duduk kami 145 & 146. Tapi terpisah di barisan berbeza. Terpaksalah encik suami minta ehsan penumpang lelaki di sebelah saya untuk bertukar tempat duduk

Harapan saya agar pihak pengendali feri dapatlah ubah sistem sedia ada ni. Berilah penumpang memilih tempat duduk supaya perjalanan menjadi lebih selesa.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/07/begini-rasanya-mabuk-laut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haji Naik Kapal Laut Lihat Dua Kematian Sebelum Sampai Ke Jeddah

Haji Naik Kapal Laut Lihat Dua Kematian Sebelum Sampai Ke Jeddah

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 280 hits
MAKKAH Menaiki kapal laut selama 14 hari ke Jeddah melihat dua kematian dan berdepan ombak besar menjadi kenangan berharga ketika mengerjakan haji pada 1963 Che Saodah Abdull Hamid 76 berkata pada masa itu beliau berusia 17 tahun mengikuti ...
Timurbay Seafront Residence Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan

Timurbay Seafront Residence Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 329 hits
Timurbay Seafront Residence Homestay Apartment Tepi Laut Kuantan l Assalamualaikum Kat Malaysia ni bagi Ana kalau nak bercuti bawa anak anak main pasir pantai dan mandi laut tempat yang paling sesuai ialah di pantai timur Sebabnya laut dia ...
7 Daftar Hotel Tepi Pantai Di Jogja Buka Pintu Langsung Lihat Laut

7 Daftar Hotel Tepi Pantai Di Jogja Buka Pintu Langsung Lihat Laut

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 185 hits
Cocok buat kamu yang ingin menikmati Jogja dari keindahan pantainya yang menawan
Pemandu Mabuk Langgar Mati Warga Emas Ditahan

Pemandu Mabuk Langgar Mati Warga Emas Ditahan

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 268 hits
PORT DICKSON Seorang lelaki ditahan dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan kematian seorang warga emas di Kilometer 5 Jalan Seremban Port Dickson di sini Rabu lepas Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi S...
Pergerakan Senyap Kopaska Tni Al Praktikan Peperangan Laut Sangat Mematikan

Pergerakan Senyap Kopaska Tni Al Praktikan Peperangan Laut Sangat Mematikan

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 141 hits
Rangkaian Latihan Peperangan Laut Khusus diikuti prajurit Kopaska dari Koarmada I Koarmada II Koarmada III diselenggarakan Pusat Komando Pasukan Katak Melibatkan kapal selam KRI Ardadedali 404 dan KRI Alugoro 405 Berikut potret sangarnya
Presiden Sri Lanka Lolos Melalui Kapal Laut

Presiden Sri Lanka Lolos Melalui Kapal Laut

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 170 hits
NORMAN RADZUANPresiden Sri Lanka LOLOS larikan diri dgn kapal laut Adakah suatu hari nanti rakyat akan serbu ke Sri Perdana JANGAN TUNGGU KITA JADI SEPERTI SRI LANKA Sudah berulang kali sejak tahun lepas saya menulis mengenai Sri Lanka berm...
Angin Ribut Terbangkan Jet Super Hornet As Di Laut Mediterranean

Angin Ribut Terbangkan Jet Super Hornet As Di Laut Mediterranean

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 174 hits
Angin ribut terbangkan jet Super Hornet AS di Laut Mediterranean Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 Jul 2022 11
Mb Johor Ke Laut Rupanya

Mb Johor Ke Laut Rupanya

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 199 hits
Nampaknya MB Johor yang kelakar orangnya ini jadi agak kelam kabut bila baca ajakan ke jalanraya oleh Sheikh Omar Ali Kenapa agaknya Tak Bukan dia takut kepada keganasan Kita ada FRU dan polis serta banyak agensi lain yang boleh kawal kesel...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization