Beg Tangan Coach Tyler Carryall In Signature Canvas In Tan Rust Selamat Sampai
Beg Tangan Coach Tyler Dah Selamat Sampai. Hehe.. kita shopping online lagi wak.. geram bila tengok seller buat live IG, beg semua lawo-lawo. Secara tak sengaja terpergi ke Shoppe dan terbeli.. akhirnya dah sampai tadi. Hari Ahad pun courier service kerja. Murah rezeki adik Shopee express tadi. Rileks je dia hantar parcel, tak marah-marah.
Kejap lagi unboxing, saya tunjuk gambar beg tu..
Coach Tyler Carryall in Signature Canvas in Tan/ Rust. Panjang betul nama beg ni. Saya beli dari Shopee lepas seller buat live IG. Katanya ada 5 item je, tak order banyak dari butik US. Oh ya, ini item butik ya, bukan outlet. Sebab tu kita dapat paper bag dan dust bag sekali. Kalau outlet item, tak ada semua tu. Tapi don't worry, kualiti sama. Cuma item yang terhad aje ada kat butik dan ikut fashion trend.
Ciri-ciri beg Coach Tyler Carryall in Signature Canvas in Tan/ Rust:Signature coated canvas and refined calf leather Inside cell phone and multifunction pockets Center zip compartment Handles with 10 1/2" drop Four protective feet at base Measures approx. 14" (L) x 10 1/2" (H) x 5 1/4" (W)
Gambar atas dan bawah, untuk beg yang original ia akan ada logo besi Coach (model tertentu) dan ada nombor siri dalam beg. Ada juga tanda original beg pada butang dia... itu lah serba sedikit info dan pengalaman saya beli beberapa beg Coach. Outlet atau item butik, dua-dua saya okay je.
Beg Coach Tyler Caryall ni besar sikit dan agak ringan. Tak berat sangat. Kalau isi handphone dan laptop comel muat je. Isi botol air pun muat.. hehe, multifunction tau.
Gambar atas, yang depan tu Coach Dalton 31, saya beli tahun lepas. Itu item outlet. Hampir sama kan? 😍😍 Oh ya, kalau korang nak shopping online, make sure seller tu wujud. Siasat dan baca feedback dulu. Okay ✌
Pengalaman shopping online dengan Usaloveshoppe
1. Sangat mudah. Search dekat Shopee nama kedai dan cari item yang anda suka
2. Add to cart, kalau ada Voucher boleh tebus sekali
3. Checkout dan bayar
4. Terus prepare shipping.
5. Esoknya notify item dah sampai sorting facility
6. Hari ni sampai kepada pembeli. Delivered! Order pagi jumaat, saya terima pagi Ahad.
Puas hati sangat. Saya bagi feedback bagus punya dalam shopee tu. Moga rezeki seller melimpah ruah kerana dedikasi yang tinggi. Orang berusaha Allah cinta dan kasih tau
Semoga info yang dikongsikan memberi manfaat terutama jika anda nak membeli item secara online.
Baca : GAMBAR LOKASI ....
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2022/08/beg-tangan-coach-tyler-carryall-in.html