Beberapa Penceramah Selebriti Di Selangor Ditarik Tauliah Mengajar


malaysiakini.com
Asyraf Malik
Diterbitkan: Apr 7, 2022 9:24 PM

Beberapa nama penceramah terkenal yang lazim dengan gaya penyampaian 'garang' kini tidak lagi dibenarkan memberi kuliah agama di sekitar Selangor selepas tauliah mengajar mereka ditarik balik oleh majlis agama Islam negeri itu.

Antara mereka yang terjejas ialah bekas calon PAS bagi DUN Kota Anggerik, Ahmad Dusuki Abd Rani, penceramah Nazmi Abdul Karim dan Syamsul Amri atau lebih mesra disapa sebagai Syamsul Debat.

Terdahulu, tular satu dokumen bertarikh 17 Mac 2022 yang dikatakan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di media sosial yang dalamnya terkandung pengemaskinian senarai nama penceramah yang ditarik semula tauliah untuk mengajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar yang namanya juga turut tersenarai mengesahkan kesahihan dokumen terbabit ketika dihubungi Malaysiakini.

“Daripada maklumat yang kita terima, itu memang adalah satu dokumen rasmi yang saya boleh sahkan sebab kami juga telah dimaklumkan oleh exco agama Islam Selangor dalam grup WhatsApp.

“Dan kalau kita tengok ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pun mereka tidak menafikannya,” katanya.
Mohd Fakhrulrazi MohdMohd Fakhrulrazi yang aktif bergiat dalam sesi kuliah di masjid-masjid sebelum menceburi arena politik mengakui berasa ‘ralat’ setelah tidak lagi memegang tauliah untuk mengajar.

Sedia akur

Bagaimanapun, Fakhrulrazi tidak berhasrat untuk mengemukakan sebarang bantahan dan menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka kerana sedar ia adalah untuk menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Tuanku menitahkan sendiri perkara tersebut dengan tujuan untuk memastikan masjid dan surau ini tidak dijadikan pentas politik dan tempat perpecahan.

“Maknanya kita yakin Tuanku bertindak sedemikian untuk memelihara kesucian ummah dan ‘rumah Allah’ dan untuk pastikan umat Islam ini bersatu-padu.

“Dan bagi saya, sesiapa yang ingkar walaupun telah disenaraikan itu dia telah menderhaka kepada titah Tuanku,” tambahnya lagi.

Mohd Fakhrulrazi menzahirkan harapan agar penguatkuasaan terhadap semua yang tersenarai dapat dilaksanakan untuk memastikan tiada yang berani melanggar keputusan tersebut.

“Jangan dipolitikkan perkara ini dan jangan kata pihak JAIS nak menghalang usaha dakwah dan sebagainya kerana bagi saya ini adalah suatu tindakan yang perlu dilaksanakan.

“Lebih-lebih lagi ketika mana kita tak boleh nafikan masjid dan surau disalahgunakan untuk medan politik dan mengutip dana sebagai derma sehingga berlaku penyelewengan di situ,” katanya.
Ahmad Dusuki Abd Rani.Malaysiakini gagal mendapatkan ulasan dari pihak Ahmad Dusuki apabila dihubungi, namun dapat dilihat melalui hantaran di laman media sosial miliknya, penceramah terbabit mempunyai ketidakpuasan hati dengan situasi semasa.

“Kepada penjaga-penjaga dan pegawai agama, musim ini kekangan maksiat! Bukan sekat dakwah! Kalian sekat dakwah dan pendakwah, kalian akan berhadapan kesengsaraan di masa depan! Cubalah,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Penceramah Nazmi Abdul Karim apabila dihubungi Malaysiakini memilih untuk mengunci mulut dan sudah mendapatkan khidmat peguam.

Syamsul Amri ketika dihubungi Malaysiakini masih belum memberikan sebarang kenyataan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/04/beberapa-penceramah-selebriti-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
High Court Declares Selangor Born Woman Not A Muslim Says Her Unilateral Conversion To Islam At Age Four Invalid

High Court Declares Selangor Born Woman Not A Muslim Says Her Unilateral Conversion To Islam At Age Four Invalid

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 248 hits
The High Court decided that the civil courts was the right place for D to go to as it has the powers to decide on cases involving those who were never a Muslim and decided that D had the legal standing to file this lawsuit and was not someo...
Down To Earth Permaisuri Selangor Pakai Tudung Jenama Fazura Berharga Rm27 00 Undang Pujian Warganet

Down To Earth Permaisuri Selangor Pakai Tudung Jenama Fazura Berharga Rm27 00 Undang Pujian Warganet

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 212 hits
Assalamualaikum semuaBaru baru ini menjadi bualan warganet tentang sifat rendah diri Permaisuri Selangor Tuanku Permaisuri Norasyikin yang bersahaja mengenalan tudung keluaran Fazura yang hanya berharga RM27 00 itu Ramai yang tahu bahawa hu...
Mcdonald S Malaysia Membayar Zakat Rm600 Ribu Kepada Lembaga Zakat Selangor

Mcdonald S Malaysia Membayar Zakat Rm600 Ribu Kepada Lembaga Zakat Selangor

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 347 hits
McDonald s Malaysia membayar zakat perniagaan RM600 ribu kepada Lembaga Zakat Malaysia Alhamdulillah baru baru ini bertempat di McDonald s Banting selesai Majlis pembayaran zakat perniagaan McDonald s untuk Lembaga Zakat Selangor McDonald s...
Bengkel Pmu Negeri Selangor 2022

Bengkel Pmu Negeri Selangor 2022

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 219 hits
SalamAlhamdulilah berkesempatan selama 2 hari berbengkel berkongsi ilmu dan pengalaman dengan asatizah Perkasa Murabbi Ummah Negeri Selangor 2022 Syukran Khaira Jaza kepada pihak SPI JPN Selangor dan semua team Jurulatih ADNI dan Jurulatih ...
Buffet Ramadan Hotel Terkenal Di Negeri Selangor 2022

Buffet Ramadan Hotel Terkenal Di Negeri Selangor 2022

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 353 hits
Adalah tidak dinafikan bulan Ramadan yang mulia memberi peluang kepada umat Islam untuk mengeratkan hubungan mereka dengan Yang Maha Esa Namun seiring dengan elemen kerohanian aktiviti berbuka puasa secara bufet di restoran restoran dan hot...
Pas Sebenarnya Derhaka Kepada Titah Sultan Selangor

Pas Sebenarnya Derhaka Kepada Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 219 hits
FAZLI RADZIPas sebenarnya parti yang derhaka kepada titah Sultan Selangor apabila ada pemimpinnya masih memberi ceramah di masjid dan surau walaupun sudah ditarik balik tauliah ADUN Taman Templer Mohd Sany Hamzan berkata bantahan berhubung ...
10 Bazar Ramadan Terbaik Sekitar Negeri Selangor Tahun 2022

10 Bazar Ramadan Terbaik Sekitar Negeri Selangor Tahun 2022

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 267 hits
Berbuka Puasa dengan Seleksi Makanan Terbaik di Bazar Ramadan Sekitar Negeri Selangor Tentunya kedatangan bulan Ramadan yang mulia kali ini disambut meriah oleh seluruh umat Islam Selain dari memperbanyak amal dan ibadah bulan Ramadan juga ...
Selangor Lancar Projek Rumah Mampu Milik Untuk B40 Harga Seunit Rm250 000

Selangor Lancar Projek Rumah Mampu Milik Untuk B40 Harga Seunit Rm250 000

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 257 hits
Sememangnya menjadi impian semua terutamanya golongan yang sudah berkeluarga memiliki rumah sendiri Namun dengan harga rumah pada masa ini yang dijual pada harga di luar kemampuan impian itu terpaksa dilupakan dan menyewalah sehingga hujung...
Selangor Mb Office Orders Kuala Langat Forest To Be Regazetted

Selangor Mb Office Orders Kuala Langat Forest To Be Regazetted

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 222 hits
The Kuala Langat North Forest Reserve is set to be regazetted according to the Selangor Menteri Besar s office in a statement today The state government has ordered the state Land and Mines Department and the state Forestry Department to re...
Saya Sakiti Semua Gosip Cinta Tersebar Minhyuk Monsta X Mohon Maaf Pada Peminat

Telefilem Joie De Vivre

Hari Penyu Sedunia Lima Fakta Menarik Mengenai Penyu

Teen Murder Suspect Preoccupied With Thoughts Of Younger Sibling Says Nancy

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2

Sharnaaz Ahmad Terima Ucapan Penuh Makna Daripada Noor Nabila Sempena Hari Bapa

Sst Expansion For Imported Food Aimed At High Income Earners Says Anwar

New Reasons Prevent Pages From Being Indexed On Site Tgktvonline Blogspot Com


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Popiah

Inilah Sensor Kamera Terkecil Di Dunia Bersaiz Sebutir Pasir

Mudahnya Bertukar Lelaki Macam Tukar Pampers Anak Dia Disindir Mudah Lekat Jodoh Netizen Tampil Backup Noor Nabila

Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Exploring The World S Quietest Place The Anechoic Chamber At Orfield Labs

Kenapa Thailand Dan Kemboja Berebut Kuil Preah Vihear Ini Jawapannya