Beberapa Isu Isu Berkaitan Ilmu Hadis


 


BEBERAPA ISU-ISU BERKAITAN  ILMU HADIS

Muhammad Nuruddin Bin Bashah[1]

Muqaddimah
Tulisan ini disusun berdasarkan persoalan-persoalan yang dikemukakan dalam E-Lesson OUM bagi pengajian Sarjana Pengajian Islam Open University Malaysia. Dengan mengemukakan hujah dan isi kandungannya sebenarnya penulis menyediakan diri untuk membaca, meneliti kitab-kitab, buku-buku hadis dan laman sesawang tertentu. Hal ini membantu kefahaman penulis dan Insya Allah memberi manfaat kepada para pembaca yang mungkin mengikuti tangga keilmuan melalui pengajian seperti penulis atau semisal dengannya. Persoalan yang ditanya dalam kuiz E Lesson ini sebenarnya adalah persoalan yang juga bermain di minda ramai peminat ilmu  di luar sana malah ia juga mengelirukan bagi pihak yang hanya menjadikan media sosial atau pengajian tidak rasmi yang singkat sebagai sumber keilmuannya.

Perbezaan antara Iktibar, Mutabaah, dan Syawahid dalam ilmu Hadis
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar daripada kitab beliau yang masyhur iaitu Nukhbah al-Fikar:

وَالفَرْدُ النِّسْبِيُّ إِنْ وَافَقَهُ غَيْرُهُ فَهُوَ المُتَابِعُ، وَإِنْ وُجِدَ مَتْنٌ يُشْبِهُهُ فَهُوَ الشَّاهِدُ، وَتَتبُّعُ الطُّرُقِ لِذَلِكَ هُوَ الاعْتِبَارُ

 

“Adapun al-Fard al-Nisbi apabila ia (Hadis fard) disokong oleh Hadis lain yang sama dikenali sebagai al-Mutabi[2]’ (dengan syarat Hadis tersebut daripada guru yang sama).  Jika ditemui matan (Hadis) yang hampir serupa dengan Hadis tersebut maka ia dikenali dengan al-Syahid. Perbuatan mencari atau memeriksa sanad-sanad untuk perkara ini dikenali dengan al-I’tibar”. (al Asqalani, I. H. 2010).

 

I’tibar

Menurut kitab Manhaj al-Naqad, Dari segi bahasa ia terbitan daripada اعتبر  iaitu menguji, memeriksa dan melihat sesuatu perkara untuk mengetahui sesuatu sejenis dengannya.

Dari istiahnya bermaksud , meneliti jalan periwayatan hadis yang tunggal untuk mengetahui sama ada terdapat riwayat lain yang sepertinya di kalangan para perawi hadis atau yang seumpamanya dari segi maksud dan yang mempunyai sanad serupa dengannya atau melalui jalan lain daripada sahabah yang sama ataupun tidak terdapat sebarang riwayat yang seumpama dengannya mahupun dari aspek persamaan lafaz atau makna hadis.

Contohnya Hammad bin Salamah meriwayatkan satu hadis yang tidak diteliti padanya daripada Ayyub daripada Ibnu Sirin daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW. Maka dikaji dan diteliti pada sanad itu adakah di sana terdapat perawi thiqah yag lain selain Ayyub daripada Ibn Sirin?

Sekiraya didapati perawi thiqah selain Ayyub maka diketahui bahawa di sana terdapat asal bagi hadis tersebut yang dapat dirujuk kepadanya atau dilihat juga pada perawi selain Ibnu Sirin atau sahabah yang meriwayatkan hadis tersebut selain Abu Hurairah. Oleh  itu sekiranya tidak diperolehi juga maka tiadalah sokongan bagi hadis tersebut.  ( Ghawri, ’Abd al-Majid, et al,2012)

Dari aktiviti iktibar inilah terjumpanya mutabi’ dan syahid.

 Al-Mutaba’ah atau al-Mutaba’at

Ianya terbahagi pada dua:

Mutaba’ah Tammah (متابعة تامة) iaitu penyertaan itu bermula daripada peringkat gurunyanya sehinggalah ke penghujung sanad.




Rajah 1: Mutaba’ah tammah

Mutaba’ah Qasirah (متابعة قاصرة) iaitu penyertaan itu bermula daripada peringkat selepas daripada gurunya sehinggalah ke penghujung sanad.




Rajah 2: Mutaba’ah Qasirah

Contoh mutabaah tammah.

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Syafi’i dalam Al-Umm dari Imam Malik dari Abdullah Bin Dinar dari Abdullah Bin Umar dari Rasulullah Saw. dengan matan  berikut:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الشهر تسع وعشرون , فلا تصوموا حتى تروا الهلال , ولا تفطروا حتى تروه , فان غم عليكم فأ كملوا العدة الثلا ثين

Rasulullah saw bersabda: “satu bulan itu dua puluh Sembilan hari, maka janganlah kamu berpuasa sampai kamu melihat hilal (Ramadhan), dan janganlah kamu berbuka (menyelesaikan puasa Ramadhan) sampai kamu melihat hilal (Syawwal). Maka jika kamu terhalang oleh mendung, maka sempurnakanlah bilangan (bulan) menjadi tiga puluh hari.”

Sehabagian ulama menganggap bahawa hadis tersebut termasuk gharib kerana Imam Syafi’i dianggap menyendiri dalam meriwayatkan hadis tersebut dengan matan :

فان غم عليكم فأ كملوا العدة الثلا ثين

“Maka jika kamu terhalang oleh mendung, maka sempurnakanlah bilangan (bulan) menjadi tiga puluh hari.”

Setelah di-i’tibar ternyata terdapat mutaba’at tammah bagi hadis tersebut dengan matan yang sama dengan jalan sanad Abdullah Bin Maslamah dari Imam Malik dan seterusnya seperti sanad di atas yang telah dikeluarkan oleh Bukhari (no:1.907).

أنَّ رَسولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ قالَ: الشَّهْرُ تِسْعٌ وعِشْرُونَ لَيْلَةً، فلا تَصُومُوا حتَّى تَرَوْهُ، فإنْ غُمَّ علَيْكُم فأكْمِلُوا العِدَّةَ ثَلَاثِينَ.

)البخاري 1907(

Rasulullah s.a.w bersabda: Bulan itu mempunyai dua puluh sembilan malam, maka janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihatnya. Jika kamu mendung, sempurnakan bilangannya dengan tiga puluh.

 

Sanad Gharib : Imam al Syafie – Imam Malik – Abdullah bin Dinar – Abdullah bin Umar – Rasulullah SAW.

Sanad Sahih (mutabaah tammah)  : Abdullah bin Maslamah – Imam Malik – Abdullah bin Dinar – Abdullah bin Umar – Rasulullah SAW.

 

Contoh Mutabaah Qasirah

Pada hadis yang telah disebutkan pada contoh diatas juga dapati mutaba'ah qasirah yang dikeluarkan oleh Imam lbnu Khuzaimah (no: 1909) dari riwayat 'Ashim bin Muhammad dari bapanya iaitu Muhammad bin Zaid, dari Abdullah bin Umar dari Rasulullah Saw. dengan matan:

فكمّلوا ثلا ثين

“Maka sempurnakanlah bilangan (bulan) menjadi tiga puluh hari.”

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْوَلِيدِ، نا مَرْوَانُ بْنُ مُعَاوِيَةَ، نا ابْنُ فُضَيْلٍ، نا عَاصِمُ بْنُ مُحَمَّدٍ الْعُمَرِيُّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الشَّهْرُ هَكَذَا وَهَكَذَا وَهَكَذَا ثَلَاثِينَ، وَالشَّهْرُ هَكَذَا وَهَكَذَا وَهَكَذَا، وَيَعْقِدُ فِي الثَّالِثَة، فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا ثَلَاثِينَ»

Muhammad bin Al-Walid memberitahu kami, Marwan bin Muawiyah memberitahu kami, Ibnu Fudayl memberitahu kami, Asim bin Muhammad Al-Amri memberitahu kami, dari bapanya (Muhammad bin Zaid), dari Abdullah bin  Umar, dia berkata: Rasulullah bersabda : Semoga selawat dan salam Allah ke atasnya: “Bulan itu begini, begini, dan begini selama tiga puluh hari, dan bulan itu begini, begini, begini, dan begini, dan diadakan dalam The ketiga. Jika kamu merasa lemah, sempurnakanlah tiga puluh.”

Sanad Gharib : Imam al Syafie – Imam Malik – Abdullah bin Dinar – Abdullah bin Umar – Rasulullah SAW.

Sanad Sahih (mutabaah qasirah) : 'Asim bin Muhammad -  bapanya  Muhammad bin Zaid - Abdullah bin Umar -  Rasulullah Saw.

al-Syahid atau al-Syawahid

Al-Syawahid adalah jama’ bagi perkataan al-Syahid yang bermaksud apabila  terdapat Hadis lain yang diriwayatkan oleh sahabat yang lain dan Hadis tersebut menyokong samada dari sudut lafaz atau makna Hadis yang ingin disokong itu. Untuk itu, setiap seorang daripada mereka merupakan syahid kepada yang lain.

Noor, U. M. M. (2016) memberi contoh bagi menjelaskan kedua istilah ini agar kita dapat memahaminya dengan lebih jelas:

 Daripada Abu Salamah bin Abdulrahman, daripada Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW telah bersabda:

دَخَلَتِ امْرَأةٌ النَّارَ فِيْ هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا...

 “Telah dimasukkan seorang wanita ke dalam neraka disebabkan dia telah mengurung seekor kucing…”.

[Riwayat Imam Ahmad, no. Hadis 7232]

Setelah para ulama’ melakukan penelitian terhadap Hadis ini, maka para ulama’ menjumpai bahawa Hadis ini juga diriwayatkan oleh beberapa orang perawi yang lain antaranya Humaid bin Abdulrahman daripada Abu Hurairah RA. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadis 5621] Untuk itu, riwayat Humaid bin Abdulrahman ini dinamakan mutaba’ah atau tabi’ (تابع) bagi riwayat Abu Salamah. (Noor, U. M. M. 2016)


Rajah 3 :Dua jenis syawahid
Faedah al-Syawahid

Menguatkan darjat Hadis daripada hasan kepada sahih atau daripada dhaif kepada hasan.
Mengangkat atau menghilangkan keganjilan Hadis tersebut.
Menafsirkan Hadis yang mujmal dan menjelas yang mubham (tidak jelas).
Kadang-kadang ia boleh menjelaskan sebab wurud al-Hadis.
 

Antara faedah al-Mutaba’ah adalah:

Mengangkat atau menghilangkan keganjilan Hadis tersebut.
Menafsirkan Hadis yang mujmal dan menjelas yang mubham (tidak jelas).
Kadang-kadang ia boleh menjelaskan sebab wurud al-Hadis.
Kadang-kadang apa yang datang daripada mutaba’ah boleh menghilang kecacatan yang terdapat dalam sesebuah riwayat yang lain.
Para muhaddis telah menggariskan pelbagai dasar berkenaan  pengumpulan jalur-jalur hadith supaya dikaji khususnya dari sudut penelitian sanad. Hadith tidak boleh dihukum sahih  atau da‘if  hanya dengan melihat satu jalur sahaja.

Hadis Gharib dan perbezaan dengan Gharib al-Hadis?
Hadis Gharib

Hadis Gharib (حدبث غريب) adalah Hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja. Terdapat dua jenis iaitu Hadis Gharib Mutlaq dan Gharib Nisbi.

 

Menurut Dr. Mahmud Thahan dalam Taisir Musthalah Hadis

الغريب المطلق "أو الفرد المطلق":

1- تعريفه: هو ما كانت الغرابة في أصل سنده، أي ما يتفرد بروايته شخص واحد في أصل سنده.

2- مثاله: حديث "إنما الأعمال بالنيات"  تفرد به عمر بن الخطاب رضي الله عنه

Gharib Mutlaq atau fard mutlaq  ia adalah gharabah (pelik/ganjil) tunggal  pada permulaan sanad (Sahabat). Contoh:

عَنْ أميرِ المؤمنينَ أبي حفصٍ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ( صلى الله عليه وسلم ) يَقُولُ: « إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى ، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Daripada Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya.Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana ingin mendapatkan (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

 Saidina Umar tunggal dalam riwayat ini.

. رواه إماما المُحدِّثين:أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بَرْدِزْبَهْ البخاريُّ وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القُشَيْريُّ النَّيْسابُورِي ُّ في صَحِيحَيْهِماال ذَّيْنِ هما أصح الكتب المُصَنَّفَةِ.

Hadis riwayat dua imam Hadis, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari dan Abu Al Husain, Muslimbin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaaburi di dalam dua kitab Sahih, yang merupakan kitab yang paling sahih yang pernah dikarang).

الغريب النسبي"أو الفرد النسبي"

تعريفه: هو ما كانت الغرابة في أثناء سنده، يرويه أكثر من راوٍ في أصل سنده، ثم ينفرد بروايته واحد عن أولئك الرواة.

مثاله: حديث "مالك، عن الزهري، عن أنس رضي الله عنه، أن النبي صلى الله عليه وسلم دخل مكة وعلى رأسه المغفر". تفرد به مالك، عن الزهري.

سبب التسمية: وسمي هذا القسم بـ "الغريب النسبي"؛ لأن التفرد وقع فيه بالنسبة إلى شخص معين.

من أنواع الغريب النسبي:

هناك أنواع من الغرابة، أو التفرد يمكن عدها من الغريب النسبي؛ لأن الغرابة فيها ليست مطلقة، وإنما حصلت الغرابة فيها بالنسبة إلى شيء معين، وهذه الأنواع هي:

أ- تفرد ثقة برواية الحديث: كقولهم: لم يروه ثقة إلا فلان.

ب- تفرد راوٍ معين عن راوٍ معين: كقولهم: "تفرد به فلان عن فلان" وإن كان مرويا من وجوه أخرى عن غيره.

ج- تفرد أهل بلد أو أهل جهة: كقولهم: "تفرد به أهل مكة، أو أهل الشام".

‌‌_________

Jenis Gharib Nisbi atau fard Nisbi iaitu sesuatu yang aneh (gharabah)  semasa sanadnya, yang diriwayatkan oleh lebih daripada seorang perawi dalam sanad asal, dan kemudian seorang meriwayatkannya sendirian daripada perawi tersebut.

Contoh: hadis “Malik dari Al-Zuhri dari Anas radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah masuk ke Mekah dengan membawa Al-Mughfar (serban) di atasnya kepala”. Malik meriwayatkannya sendirian, dari Al-Zuhri.

Sebab dinamakan gharib nisbi: kerana gharib (aneh/tungal) berlaku dalam hubungan dengan orang tertentu.

Jenis-jenis keanehan nisbi:

Terdapat jenis keanehan (gharabah) atau ketunggalan (tafarrud) yang boleh dianggap sebagai gharabah nisbi. Kerana keanehan di dalamnya bukanlah mutlak, sebaliknya keanehan di dalamnya berlaku berkaitan dengan perkara tertentu, dan jenis ini adalah:

A- Tafarrud  orang yang amanah dalam meriwayatkan hadis: seperti kata mereka: Tidak ada orang yang amanah yang meriwayatkannya melainkan si fulan (tinggal dia sahaja yang diterima riwayatnya).

B- Tafarrud perawi khusus daripada perawi tertentu: seperti kata mereka: "Fulan meriwayatkannya sendirian daripada fulan," walaupun ia diriwayatkan dengan cara lain daripada orang lain.

C- Penduduk sesebuah negara atau penduduk sesuatu wilayah adalah tafarrud. Seperti yang mereka katakan: "Penduduk Mekah atau penduduk Levant adalah tafarrud pada hadis ini."

Gharib al Hadis

Bagi isu gharibul hadis penulis memetik syarah Taqrib Al Nawawi iaitu kitab Tadrib Al Rawi Imam Suyuti.

[النَّوْعُ الثَّانِي وَالثَلَاثُونَ ‌غَرِيبُ ‌الْحَدِيثِ]

(النَّوْعُ الثَّانِي وَالثَلَاثُونَ غَرِيبُ) أَلْفَاظِ (الْحَدِيثِ هُوَ مَا وَقَعَ فِي مَتْنِ الْحَدِيثِ مِنْ لَفْظَةٍ غَامِضَةٍ بَعِيدَةٍ مِنَ الْفَهْمِ لِقِلَّةِ اسْتِعْمَالِهَا، وَهُوَ فَنٌّ مُهِمٌّ) يَقْبُحُ جَهْلُهُ بِأَهْلِ الْحَدِيثِ، (وَالْخَوْضُ فِيهِ صَعْبٌ) حَقِيقٌ بِالتَّحَرِّي، جَدِيرٌ بِالتَّوَقِّي، (فَلْيَتَحَرَّ خَائِضَهُ) ، وَلْيَتَّقِ اللَّهَ أَنْ يَقْدَمَ عَلَى تَفْسِيرِ كَلَامِ نَبِيِّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمُجَرَّدِ الظُّنُونِ، (وَكَانَ السَّلَفُ يَتَثَبَّتُونَ فِيهِ أَشَدَّ تَثَبُّتٍ) .

فَقَدْ رُوِّينَا عَنْ أَحْمَدَ أَنَّهُ سُئِلَ عَنْ حَرْفٍ مِنْهُ فَقَالَ: سَلُوا أَصْحَابَ الْغَرِيبِ، فَإِنِّي أَكْرَهُ أَنْ أَتَكَلَّمَ فِي قَوْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالظَّنِّ.

Gharibul Hadis – Keanehan pada Kata-kata hadis adalah perkataan yang samar-samar yang terdapat dalam teks hadis, jauh dari pemahaman kerana kekurangan penggunaannya. Ia adalah seni yang penting, yang mana jahilnya ahli hadis mengenainya adalah sesuatu yang memalukan, dan mendalaminya adalah sukar (Maka hendaklah orang yang mencarinya berhati-hati), dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah supaya dia tidak menafsirkan sabda Nabi-Nya s.a.w. berdasarkan syak wasangka semata-mata. (Ulama salaf mempertahankannya dengan pegangan yang kuat)

Kami telah diriwayatkan dari Ahmad bahawa dia ditanya tentang satu huruf daripada gharib al hadis dan dia berkata: Tanyalah kepada ahli ghorib hadis , sesungguhnya saya tidak suka bercakap tentang apa yang Rasulullah s.a.w. bersabda secara zhanni.

.

النِّهَايَةُ " لِابْنِ الْأَثِيرِ، وَهِيَ أَحْسَنُ كُتُبِ الْغَرِيبِ وَأَجْمَعُهَا وَأَشْهَرُهَا الْآنَ، وَأَكْثَرُهَا تَدَاوُلًا، وَقَدْ فَاتَهُ الْكَثِيرُ،

An-Nihayah” oleh Ibn al-Athir, yang merupakan kitab al-Gharib yang terbaik, paling komprehensif, dan paling terkenal sekarang, dan yang paling banyak diedarkan.

 

فِي هَذَا الْحَدِيثِ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ: «إِنِّي خَبَأْتُ لَكَ خَبَأً، وَخَبَّأَ لَهُ: {يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ} [الدخان: 10] » .

قَالَ الْمَدِينِيُّ: وَالسِّرُّ فِي كَوْنِهِ خَبَّأَ لَهُ الدُّخَانَ، أَنَّ عِيسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْتُلُهُ بِجَبَلِ الدُّخَّانُ؛ فَهَذَا هُوَ الصَّوَابُ فِي تَفْسِيرِ الدُّخِّ هُنَا، وَقَدْ فَسَّرَهُ غَيْرُ وَاحِدٍ عَلَى غَيْرِ ذَلِكَ فَأَخْطَئُوا.

 

Dalam hadis ini, Nabi saw bersabda kepadanya: “Sesungguhnya aku telah menyembunyikan sesuatu untukmu, dan dia telah menyembunyikan sesuatu untuknya: {Pada hari ketika langit mengeluarkan asap yang terang} [Al Dukhan: 10].

Al-Madani berkata: Rahsia di sini adalah kalimah asap, bahawa Nabi SA AS akan membunuhnya (Dajal) di bukit Ad-Dukhan. Ini adalah tafsiran dukhan yang betul di sini, dan lebih daripada satu orang menafsirkannya sebaliknya, jadi mereka membuat kesilapan.

 

Perbezaan antara ulama Fiqh dengan ulama Hadis, Mujtahid dengan Muhaddis
Sebelum mendefinisikan subtopik ini penulis memetik beberapa nama tokoh muhaddis kontemporari dan bagaimana merek menisbahkan diri mereka sebaga golongan yang mengikuti mujtahid mutlak dalam persoalan fiqh.

Al Allamah Al Muhaddis Dr Mahmud Said mamduh al Husaini iaitu seorang ulama’ terkenal di Mesir yang lahir pada 10 Mac 1952. Bermazhab Syafi’i dan berpegang dengan aqidah yang digariskan oleh Imam Abu Hasan al Asy’ari. Beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran dari Universiti Muhammad ke-V Ribath pada tahun 2005 dan telah mempelajari ilmu syariat dari ramai ulama’. Di antara gurunya yang terkenal ialah Syeikh Muhammad Isa ibn Yasin al Fadani dan Muhaddis Sayyid Abdullah ibn al Siddiq al Ghumari.
Syeikh Dr. Said el-Kamali seorang  muhaddith dan faqih bermazhab Maliki yang terkenal di Maghribi pada hari ini.
Manakala muhaddis silam pula:

Muhaddithin yang bermazhab Shafi'i:

1. Al-Hafiz Al-Daraqutni

2. Al-Hafiz Al Bayhaqi

3.Al-Hafiz Ibnu 'Asakir

4. Al-Hafiz Ibnu Daqiq Al-' Id

5. Al-Hafiz Al Dimyathi

6. Al-Hafiz Al Mundziri

7. Al-Hafiz Taqiyuddin As Subki

8. Al-Hafiz Al Mizzi

9. Al-Hafiz Al-Zahabi

10. Al-Hafiz Ibnu Kathir

11. Al-Hafiz Al Haythami

12. Al-Hafiz Al' Iraqi

13. Al-Hafiz Ibnu Hajar Al Asqalani

14. Al-Hafiz Al Suyuti

15. Al-Hakim Tirmizi

16. Imam al-Nawawi

17. Imam Ibnu Hibban

 

Muhaddithin yg bermazhab Hanafi:

1. Al-Hafiz Abu Bishr Al-Dulabi

2. Al-Hafiz Abu Ja’far Al-Tahawi

3. Al-Hafiz Ibnu Abi Al Awwam Al Sa’di

4. Al-Hafiz Abu Muhammad Al Harithi

5. Al-Hafiz Abdul Baqi

6. Al-Hafiz Abu Bakr Al Razi Al Jashas

7. Al-Hafiz Abu Nasr Al Kalabadhi

8. Al-Hafiz Abu Muhammad As Samarqandi

9. Al-Hafiz Syamsuddin Al Saruji,

10. Al-Hafiz Quthb Al Din Al Halabi

11. Al-Hafiz Alauddin Al Mardini

12. Al-Hafiz Az Zaila’i

13. Al-Hafiz Mughulthai

14. Al-Hafiz Badruddin Al Aini

15. Al-Hafiz Qasim bin Quthlubugha

16. Syaikh Anwar Zahid Al Kawthari dan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah menyebutkan terdapat 150 ulama hufaz Hadis dan muhaddithin yang lain yg mengikut mazhab Hanafi

 

Muhaddithin yang bermazhab Maliki:

1. Al-Hafiz Hussain bin Ismail Al Qadhi

2. Al-Hafiz Al Ashili

3. Al-Hafiz Ibnu Abdil Barr

4. Al-Hafiz Abu Walid Al Baji

5. Al-Hafiz Ibnu Al Arabi

6. Al-Hafiz Abdul Haq

7. Al-Hafiz Qadhi Iyadh

8.Al-Hafiz Al Maziri

9.Al-Hafiz Ibnu Rusyd

10.Al-Hafiz Abu Qashim Al Suhaili

 

Muhaddithin yang bermazhab Hanbali:

1. Al-Hafiz Abdul Ghani Al Maqdisi

2. Al-Hafiz Ibnu Al Jawzi

3. Al-Hafiz Ibnu Qudamah

4. Al-Hafiz Abu Barakat Ibnu Taimiyah (datuk kpd Imam Ibnu Taymiah yg masyhur)

5. Al-Hafiz Ibnu Rajab dan lainnya.

 

Definisi Muhaddis

Jalaluddin As-Suyuthi yang

beliau nukil dari Tajuddin As-Subki adalah “Seseorang itu hanyalah akan disebut

muhaddis jika dia telah mengetahui tentang perihal berbagai macam sanad ,‘ilal

hadis, nama-nama para perowi, sanad yang ‘ali, dan sanad yang nazil. Kemudian

disamping itu dia juga harus menghafal sejumlah yang banyak dari matan-matan

hadis, serta telah mendengar langsung (dari guru) kutubussittah, musnad Imam

Ahmad bin Hambal, Sunan Baihaqi, Mu’jam Ath-Thobaroni, serta telah

mengumpulkan atau menghafalkan sekitar 1000 matan hadis. Semua hal diatas

adalah derajat muhaddis yang paling dasar.

Muhaddis secara etimologi atau pengertian dasarnya dalambahasa arabbermakna seseorang yang meriwayatkan hadis Rasululah SAW.

 

Dr.  Mahmud Tahhan mengatakan bahawa muhaddis adalah seseorang yang menyibukkan waktunyadengan ilmu hadis baik dirayah maupun riwayah, serta melakukan penelitian

terhadap banyak riwayat hadis dan perihal keadaan atau sifat-sifat perawi hadis.

 

 Imam Jalaluddin As-Suyuthi yang beliau nukil dari Tajuddin As-Subki adalah “Seseorang itu hanyalah akan disebut muhaddis jika dia telah mengetahui tentang perihal berbagai macam sanad ,‘ilal hadis, nama-nama para perawi, sanad yang ‘ali, dan sanad yang nazil. Kemudian disamping itu dia juga harus menghafal sejumlah yang banyak dari matan-matan hadis, serta telah mendengar langsung (dari guru) kutubu ssittah, musnad Imam Ahmad bin Hanbal, Sunan Baihaqi, Mu’jam Ath-Thobaroni, serta telahmengumpulkan atau menghafalkan sekitar 1000 matan hadis. Semua hal diatasadalah darjat muhaddis yang paling dasar. (Permana, D. I., & Imawan, Z. H. 2022).

 

Ulama hadis Al-Azhar iaitu Al-Hafizh Hasan Al-Mas’udi membahagi ahli hadis membagi 4 golongan. Dari tingkatan yang paling dasar, pertama adalah muhaddis iaitu seseorang yang menghafal banyak sekali hadis,  serta menguasai ilmu jarh wa ta’dil para perawi hadis. Kedua adalah Al-Hafizh iaitu seseorang yang telah menghafal seratus ribu hadis secara beserta sanadnya. Ketiga adalah Al-Hujjah iaitu seseorang yang telah menghafalkan tiga ratus ribu hadis beserta sanad-sanadnya. Keempat adalah Al-Hakim iaitu seseorang yang telah menguasai majoriti hadis Nabi. (Permana, D. I., & Imawan, Z. H. 2022)

 

Mujtahid

Mujtahid ialah orang yang berusaha untuk mendapatkan sesuatu kesimpulan baru melalui kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber dan kaedah yang sah (dalam kaitannya dengan agama Islam).

 

Menurut Imam Al Haramain dalam matan al Waraqat,

قال إمام الحرمين رحمه الله: "وَأَمَّا الِاجْتِهَادُ فَهُوَ: بَذْلُ الْوُسْعِ فِي بُلُوغِ الْغَرَضِ. فَالْمُجْتَهِدُ إنْ كَانَ كَامِلَ الْآلَةِ فِي الِاجْتِهَادِ، فَإِنِ اِجْتَهَدَ فِي الْفُرُوعِ فَأَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ، وَإِنِ اجْتَهَدَ فِيهَا وَأَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ. وَمِنْهُمْ مَنْ قَالَ: كُلُّ مُجْتَهِدٍ فِي الْفُرُوعِ مُصِيبٌ.

وَلَا يَجُوزُ أَنْ يُقَالَ: كُلُّ مُجْتَهِدٍ فِي الْأُصُولِ الْكَلَامِيَّةِ مُصِيبٌ، ... وَدَلِيلُ مَنْ قَالَ: "لَيْسَ كُلُّ مُجْتَهِدٍ فِي الْفُرُوعِ مُصِيباً"، قَوْلُهُ صلى الله عليه وسلم: "مَنِ اِجْتَهَدَ فَأَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ، وَمَنِ اجْتَهَدَ وَأَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ وَاحِدٌ". وَجْهُ الدَّلِيلِ: أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم خَطَّأَ الْمُجْتَهِدَ تَارَةً، وَصَوَّبَهُ أُخْرَى".

 

"Adapun Ijtihad  ialah: melakukan usaha yang terbaik untuk mencapai matlamat. Mujtahid  itu sempurna kemampuannya (ilmu alat-ilmu berkaitan fiqh) untuk ijtihad , maka jika dia ijtihad dalam hal cabang  dan pandangannya benar, baginya dua pahala, tetapi jika dia ijtihad  di dalamnya dan melakukan kesilapan, dia mendapat satu pahala. Ada ulama berkata  Setiap orang yang berijtihad pada furu’ adalah dianggap benar.

Tidak boleh dikatakan: Setiap ulama yang ijthad  dalam aqidah  adalah betul.

Dalil bagi mereka yang berkata: Tidak semstinya setiap orang yang berjihad perkara furu’ itu benar" adalah Hadis Nabi SAW: "Sesiapa yang berijthad dan betul, dia akan mendapat dua pahala, dan sesiapa yang bersungguh-sungguh dan tersalah, dia akan mendapat satu  pahala.(terbukti jthad boleh jadi salah) Dalilnya adalah bahawa Nabi s.a.w. menilai satu ijtihad itu  salah dan memberikan sokongan  sebagai benar dalam keadaan yang lain.

 

Menurut Dr Abdul Karim Zaidan,

من تعريف الاجتهاد يعرف المقصود بالمجتهد: فهو من قامت فيه ملكة الاجتهاد، أي القدرة على استنباط الأحكام الشرعية العملية من أدلتها التفصيلية، وهو الفقيه عند الأصوليين، فلا يعتبر الشخص مجتهداً ولا فقيهاً إذا عرف الأحكام الشرعية بطريق الحفظ والتلقين، أو بتلقيها من الكتب أو من أفواه العلماء بلا بحث ولا نظر ولا استنباط.

Mujtahid bermaksud golongan yang mempunyai keupayaan untuk berijtihad iaitu mampu melaksanakan kajian terhadap hukum-hukum syarak yang bersifat amali menerusi dalil-dalil yang terperinci. Mujtahid juga dikenali sebagai seorang yang faqih di kalangan ulama Usul Fiqh maka tidaklah dianggap sebagai mujtahid dan faqih sekiranya mengetahui hukum-hukum syarak dengan menghafaz permasalahan fiqh atau mengambil permasalahan tersebut sama ada menerusi kitab-kitab atau daripada pembicaraan para ulama tanpa terlebih dahulu mengkaji, menyelidik serta melakukan proses istinbat ke atasnya.

 

Penulis memetik ulasan Maulana Hussein Abdul Qadir al Yusufi dalam bukunya Kekeliruan dalam Bidang Ilmu Hadis berkenaan isu mujtahid dan muhaddis ini.

Menurut beliau, para imam mujtahidin bukannya pengubah maksud sebenar al-Quran dan al-Hadis. Mereka merupakan penerang (mubaiyin) dan penghurai (musyarrih) al-Quran dan al-Hadis, iaitu ulama’ muktabar yang penolong bagi memberi penerangan serta menghuraikan maksud-maksud yang sulit yang terkandung di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Mereka bukan musuh kita bahkan kita terhutang budi dengan mereka di atas jasa-jasa baik mereka bagi memperjelaskan perselisihan riwayat-riwayat, athar sahabat dan tabi’in. (al Yusufi, 2017)

Umat Islam kini sedang menghadapi pelbagai bahaya dalam bab akidah dan amalan termasuklah ancaman Wahabiah Salafiah Hanabilah Mujassimah yang sering meninggikan slogan yang mengikuti al-Quran dan al-Hadis tanpa menuruti pandangan mana-mana imam mazhab di atas alasan-alasan seperti berikut:

1) Menyulitkan umat Islam untuk mengamalkan agama dengan mudah.

2) Memecah-belahkan umat Islam dengan fahaman-fahaman mereka.

3) Memesongkan umat Islam dari landasan asal yang dikehendaki oleh al[1]Quran dan al-Hadis.

4) Menjauhkan umat Islam dari mengikuti cara Rasulullah yang sebenar melalui perselisihan yang mengada-ngadakan di antara mereka.

Mereka sering mempersoalkan mengapa imam-imam mujtahidin ini berselisih antara satu sama lain sedangkan mereka semua mengambil dalil dari al-Quran, sabdaan dan perbuatan Rasulullah SAW. Sebahagian daripada kumpulan mereka menjadi lebih berani dan mempersoalkan mengapa Rasulullah SAW tidak bersabda satu perkara sahaja. Beliau bercakap tentang perkara yang berbeza dari semasa ke semasa. Mereka berpendapat bahawa inilah yang menyebabkan imam-imam berbeza pendapat. Mereka berlumba-lumba untuk mengeluarkan hukum dan fatwa mengenai perkara feqah seolah-olah mereka ini fuqaha'. Seolah-olah mereka lebih mahir daripada ahli falsafah terdahulu, mereka menghukum Hadis ini sahih dan maudhu'. Akibatnya, mereka menjadi mujtahid zaman moden dalam bidang Hadis dan ijtihad. (al Yusufi, 2017)

Penggunaan  akal (takwil) dalam mensyarahkan hadis
Menurut istilah para muta’akhirin (ulama kontemporari), takwil adalah memalingkan lafaz maknanya yang rajih (zahir) kepada yang marjuh (jauh) kerana ada dalil yang menunjukkan kepadanya. Takwil pula boleh dibahagikan kepada dua, sama ada ianya diterima ataupun ditolak. Untuk membolehkan takwil itu diterima, maka perlulah memenuhi syarat yang paling besar iaitu tidak menyalahi kaedah-kaedah bahasa dan tradisi orang Arab. Jikalau menyalahinya, maka takwil tersebut dikira tertolak.

Dalam Fathul Bari, Ibn Hajar al-'Asqalânî mempunyai kecenderungan yang kuat untuk memberi makna kepada hadis mutasyabihat di luar makna matan  hadis tersebut. Pengertian seperti ini dikenali sebagai takwil. Dalam kaedah ini, makna ditemui di luar makna asal sesuatu perkataan atau hadis supaya sesuai dengan sesuatu yang difahami atau diyakini oleh Ibn Hajar al-'Asqalânî.

Walaupun kaum Salaf terkenal dengan sikap tidak mentakwil, terkadang mereka juga tidak terlepas daripada aktiviti mentakwil, antaranya Imam Ahmad yang tidak terlepas mentakwilkan tiga hadis sebagaimana dinyatakan dalam Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn oleh al-Ghazali. Demikian juga Imam al-Bukhari mentakwilkan Allah ‘tertawa’ sebagai Allah memberikan rahmatNya dan malah Imam Ibn Hazm al-Zahiri al-Andalusi juga turut menakwilkan istiwā’ sebagai intihā’ (penyempurnaan). Ini semua kerana kebimbangan mereka terhadap masyarakat agar tidak jatuh ke dalam lembah pemikiran tashbīh dan tajsīm. (Amir Rudin, A. I. 2016)

Contoh satu hadis mutasyabihat yang mengiktiraf keperluan  kepakaran takwil.

Hadis Riwayat Muslim (nomor 2569)

 ( صلى الله عليه وسلم ) : ” إِن الله – عَزَّ وَجَلَّ – يَقُولُ يَوْمَ القِيَامَة : يَا بْنَ ادمَ ، مَرِضْتُ فَلَمْ تَعُدْنِى. قَألَ : يَارَبِّ كَيْفَ أَعُودُكَ وَأَنْتَ رَب العالَمِينَ ؟ قَالَ : َ امَا عَلمْتَ أَنَّ عَبْدى فُلألا مَرِضَ فَلَمْ تَعُدْهُ ، امَا عَلمْتَ انَكَ لَوْ عُدْتَهُ لَوَجَدْتَنِى عنْدَهُ ؟ يَا بْنَ آَدَمَ ، اسْتَطَعًمْتُكَ فَلَمْ تُطعمْنِى. قَألَ : يَارَب ، وَكَيْفَ أُطعمُكَ وَأَنْتَ رَبُّ العَالمنَ ؟ قَألَ : أمَا عَلِمْتَ أَنَّهُ اسْتَطعَمَكً عَبْدى فُلاَنو فَلَمْ تُطعِمْهُ ، أَمَاَ عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ أَطعَمتَهُ لَوَجَدْتَ ذَلكَ عنْدى ؟ يَا بْنَ اَدمَ ، اسْتًسْقَيْتُكَ فَلَمْ تَسْقِنِى . قَالَ : يَارَبِّ ، كَيْفَ أَسْقِيكَ وَأَنْتَ رَبُّ العالَمَيَنَ ؟ قَالَ :اسْتَسْقَاكَ عبْدِى فُلاَنو فَلَمْ تَسْقِ! أَمَاْ إِنَّكَ لَوْ سَقَيْتَهُ وَجَدْتَ ذَلِكَ عِنْدِى

 

Allah SWT berfirman, wahai keturunan Adam, Aku Sakit kamu tidak menziarahiku. Keturunan Adam menjawab, wahai Tuhan, bagaimanakah aku boleh menziarahiMu sedangkan Engkau Tuhan sekalian alam ?

Maka Allah berfirman tidakkah kamu tahu ada hamba-Ku yang sakit tetapi kamu tidak menziarahinya. Tidakkah kamu tahu apabila engkau menziarahinya nescara engkau akan dapati-Ku bersamanya.

Seterusnya Allah berfirman lagi, wahai keturunan Adam, Aku minta minuman tetapi kamu tidak memberinya.

Keturunan Adam menjawab, wahai Tuhan bagaimanakah aku mampu memberi minuman kepada-Mu sedangkan Engkau Tuhan seru sekalian alam ?

Allah berfirman, tidakkah kamu tahu ada hamba-Ku yang meminta air tetapi kamu tidak memberinya ? TIdakkah kamu tahu, jika kamu memberinya, nescaya kamu akan dapati pemberianmu itu di sisi-Ku ?

Wahai Keturunan Adam, Aku minta makanan tetapi kamu tidak memberi.

Keturunan Adam menjawab, wahai Tuhan bagaimanakah aku mampu memberi makanan kepada-Mu sedangkan Engkau Tuhan seru sekalian alam ?

Allah berfirman, tidakkah kamu tahu ada hamba-Ku yang meminta makanan darimu tetapi kamu tidak memberinya ? Tidakkah kamu tahu, jika kamu memberinya, nescaya kamu akan dapati pemberianmu itu di sisi-Ku ?

 

Ini teks hadis yang datang menerusi riwayat al Asyyab. Imam al Baihaqi mengulas, pertanyaan hamba Allah mengenai lafaz-lafaz yang kabur maksudnya di dalam hadis di atas merupakan dalil bagi keharusan bertanya kepada yang lebih mengetahui jika lafaz-lafaz itu masih mempunyai ruang untuk difahami sehingga maksudnya menjadi jelas. Di samping itu, hadis di atas juga menunjukkan bahawa maksud sebenar bagi sesuatu lafaz terkadang bukan maksud dimanifestasikan oleh zahir lafaz.

Contohnya, Allah subahanahu wa Ta'ala menyebut bahawa Dia sakit, minta minuman dan makanan tetapi maksud sebenar bagi yang sakit, yang meminta minuman dan makanan adalah para walinya seperti firman Allah subahanahu wa Ta'ala

إِنَّمَا جَزَٲٓؤُاْ ٱلَّذِينَ يُحَارِبُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ

Sesungguhnya balasan mereka yang memerangi Allah dan Rasul-Nya.. (Surah al Maidah:33)

 

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُؤۡذُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ

Sesungguhnya mereka yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya... (Surah al Azhab :57)

إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ

Jika kamu menolong Allah, Allah pasti menolong kamu... (Surah Muhammad :7)

 

Maksud memerangi, menyakiti dan menolong Allah subahanahu wa Ta'ala menerusi semua ayat di atas ialah memerangi, menyakiti dan menolong para wali Allah subahanahu wa Ta'ala. Manakala maksud hadis, kamu akan dapati-Ku bersamanya pula ialah kamu akan dapati Rahmat dan pahala-Ku bersamanya.

Adakah dibenarkan berhujjah dengan hadis Ahad dalam aspek akidah?
Terdapat tiga kumpulan ulama dalam mendepani isu tersebut: Kumpulan pertama berpendapat hadis ahad tidak diterima dalam mengisbatkan akidah, malah beranggapan hadis ini hanya memberi faedah dari sudut kegunaan untuk beramal sahaja tetapi bukan dari sudut memberi keyakinan. Kumpulan kedua pula berpendapat hadis ahad diterima sebagai sumber dalam akidah dan ia membawa kepada keyakinan dan beramal. Sedangkan kumpulan ketiga berpendapat hadis ahad yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim ataupun salah seorang daripada mereka sahaja yang dapat dijadikan hujah dalam akidah.

Akidah ialah suatu perkara yang berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan di dalam hati sehingga jiwa menjadi tenang kerana tiada lagi keraguan dan kesamaran untuk beriman kepada Allah SWT. Mengenal Allah SWT (ma’rifah Allah) merupakan kewajipan paling utama bagi me

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laman-munawwarah.blogspot.com/2023/12/beberapa-isu-isu-berkaitan-ilmu-hadis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
China Ketengah Pendirian Isu Palestin Israel

China Ketengah Pendirian Isu Palestin Israel

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 290 hits
PERKARA paling mendesak ketika ini nbsp adalah untuk menggalakkan gencatan senjata dan menghentikan keganasan di Semenanjung Gaza demikian kata Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu di Geneva Chen Xu Beliau berkata China men...
Rentasan 1500 Isu Lawatan Mb Kedah Bersama Pmx Ke Sadao Akhirnya Kebe

Rentasan 1500 Isu Lawatan Mb Kedah Bersama Pmx Ke Sadao Akhirnya Kebe

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 142 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1500 1 SANUSI GELUPOQ TIDAK JAGA MULUT 2 HAK DAN KEDAULATAN NEGARA YANG WAJIB DIPERTAHAN 3 JASAMU DIKENANG RAKYAT 4 SAMSURI JADI PM BERSATU PANAS TELINGA
Isu Pengadil Di Final Piala Malaysia Fam Keluar Kenyataan Rasmi

Isu Pengadil Di Final Piala Malaysia Fam Keluar Kenyataan Rasmi

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 191 hits
Sebelum perlawanan final Piala Malaysia 2023 berlangsung isu keadaan padang menjadi topik utama seluruh peminat bola sepak tanah air Tidak habis di situ timbul pula isu pengadil bagi perlawanan antara Johor Darul Ta zim melawan Terengganu F...
Tkn Fanta Prabowo Gibran Ajak Pemuda Peduli Isu Kemanusiaan Di Palestina

Tkn Fanta Prabowo Gibran Ajak Pemuda Peduli Isu Kemanusiaan Di Palestina

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 252 hits
Khadijah mengatakan era digital semakin memudahkan masyarakat dunia mengakses informasi dari mana saja
Siasatan Forensik Tumpu Elemen Jenayah Dalam Isu Godam Data Perkeso

Siasatan Forensik Tumpu Elemen Jenayah Dalam Isu Godam Data Perkeso

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 255 hits
SIASATAN forensik nbsp termasuk dakwaan pembabitan pihak tertentu di sebalik serangan siber terhadap Pertubuhan Keselamatan Sosial sedang giat dijalankan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata nbsp mes...
Un Nak Mula Langkah Tapi Tercaiduk Isu Pelaburan Nvidia

Un Nak Mula Langkah Tapi Tercaiduk Isu Pelaburan Nvidia

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 158 hits
Alamak Nvidia pilih Vietnam pula untuk labur dalam penghasilan cip Sebelum ni kata kat Malaysia Ni apa cerita ni Parah PMX kena serang dek walaun Tapi walaun kan macam biasa la Tiap kali depa buat isu tiap kali itulah makin terserlah kedung...
Video Eks Panglima Abri Wiranto Heran Prabowo Kerap Diterpa Isu Pelanggaran Ham Jelang Pilpres

Video Eks Panglima Abri Wiranto Heran Prabowo Kerap Diterpa Isu Pelanggaran Ham Jelang Pilpres

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 132 hits
Isu pelanggaran HAM kembali dimunculkan dan dikaitkan dengan calon presiden nomor urut 2 Prabowo Subianto setiap menjelang Pemilihan Presiden
Hannah Yeoh Pandang Serius Isu Padang Snbj Tuntut Tindakan Segera Psm

Hannah Yeoh Pandang Serius Isu Padang Snbj Tuntut Tindakan Segera Psm

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 127 hits
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memandang serius isu mengenai keadaan padang teruk ketika perlawanan akhir Piala Malaysia tempoh hari Seramai 81 550 penyokong menjadi saksi keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil Oleh kerana itu pel...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever