Bebas Selepas Lockdown 40 Hari Kedai Minuman Keras Di India Jadi Kecoh Diserbu
Suasana yang agak kecoh berlaku di India semalam apabila orang ramai berkumpul di depan kedai minuman keras untuk membeli minuman beralkohol.
Insiden yang berlaku di New Delhi, India itu turut memaksa pihak polis untuk mengawal keadaan tersebut dengan menggunakan tongkat ‘lathi’ serta menghasilkan satu barisan bagi mereka yang ingin membeli.
Gambar: AFP
Keadaan ini berlaku kerana ramai rakyat India yang ingin membeli minuman keras buat pertama kali selepas 40 hari menjalani perintah berkurung.
Mereka dibenarkan untuk membeli selepas kerajaan India melonggarkan sedikit perintah berkurung di negara tersebut.
Beberapa pemimpin di India sebelum ini mendesak agar kedai minuman keras dibuka semula dengan menyatakan wang dari penjualan alkohol adalah sumber utama pendapatan cukai di negara itu.
Bukan hanya kedai minuman keras sahaja yang dibenarkan beroperasi, tetapi beberapa kenderaan seperti motor dan kereta juga dibenarkan berada di atas jalan selepas kelonggaran diberikan.
Pihak polis walau bagaimanapun telah membuat bulatan putih di atas jalan agar pembeli masih patuh dengan penjarakan sosial. Namun, usaha tersebut gagal selepas para pembeli telah mula berkumpul sejak awal pagi.
Gambar: AFP
Gambar: AFP
Suasana kecoh juga berlaku di bandar Ghaziabad, negeri Uttar Pradesh apabila polis terpaksa menutup kedai-kedai itu dengan segera selepas terlalu ramai yang ingin membeli minuman keras sehingga barisannya terlalu panjang.
“Salah satu kedai telah dibuka pada waktu pagi tetapi kekecohan berlaku apabila ramai orang berkumpul,” kata seorang pegawai polis di Ghaziabad.
Tetapi mereka masih berkeliaran di kawasan berhampiran dengan harapan kedai-kedai tersebut dibuka semula.
Tidak dinafikan ada juga kedai minuman keras yang masih tutup seperti di negeri Maharashtra manakala di negeri Assam, mereka telah buka beberapa hari lebih awal.
Police swing batons to beat back thirsty Indians jostling to buy alcohol for the first time in 40 days as the government eases further the world's biggest #coronavirus lockdown https://t.co/AUUCxlzg68 pic.twitter.com/BOFWwnLgvP
— AFP news agency (@AFP) May 5, 2020
VIDEO: Chaos outside liquor stores as India eases virus lockdown.
Police disperse thirsty Indians jostling to buy alcohol for the first time in 40 days as the government eased further the world's biggest #coronavirus lockdown pic.twitter.com/fZr3vrshe1
— AFP news agency (@AFP) May 5, 2020
Sumber: AFP, Twitter
The post Bebas Selepas ‘Lockdown’ 40 Hari, Kedai Minuman Keras Di India Jadi Kecoh Diserbu appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/05/05/bebas-selepas-lockdown-40-hari-kedai-minuman-keras-di-india-jadi-kecoh-diserbu/