Bebal Dan Suka Menyusahkan Orang Orang Ramai Masih Selamba Mandi Laut Walaupun Tengah Ribut Pabuk
Kelmarin, viral beberapa buah video dekat pelantar minyak pasal ombak bergelora disebabkan ribut tropika pabuk dan menurut Berita Harian, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pun dah bagi amaran dekat orang ramai untuk jauhi kawasan pantai di perairan Pantai Timur.
Tapi malangnya masih ada yang degil dan tak ambil serius dengan bahaya yang mendatang kalau mereka dekat dengan kawasan pantai. Gambar menunjukkan anggota bomba di kawasan pantai untuk pantau orang awam dimuat naik semalam dan mendapat perhatian ramai warga internet.\
Sumber: Facebook
Posting tu menunjukkan beberapa orang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan berlegar di sekitar kawasan Pantai Teluk Cempedak di Kuantan, Pahang.
Ternyata masih ada pengunjung yang tak ambil peduli dengan amaran dan selamba bermandi manda di kawasan tu. Padahal terang terangan angin kencang dan ombak sangat deras disebabkan fenomena ribut tropika Pabuk tu.
Sumber: Facebook
Netizen yang baca posting tu memang marah dan bengang habis dengan sikap segelintir masyarakat macam dalam gambar tu. Kata dorang, orang macam tu yang selalunya menyusahkan pihak bomba padahal daripada awal dah diberi amaran.
“Degil betul! Menyusahkan orang.”
“Manusia yang tak tahu bahasa!”
“Apa ke b*ngang sampai nak kena tegur.”
“Dah bagitahu jangan mandi laut masih nak berdegil.”
Jangan kata dekat Malaysia, orang negara seberang pun degil juga! Satu posting menunjukkan video ramai kanak-kanak di Thailand tengah bermandi manda dekat laut baru-baru ni. Dalam video tu, korang boleh nampak sekumpulan kanak-kanak tengah cuba selamatkan dua orang yang hampir lemas dipukul ombak deras.
Difahamkan, seorang mangsa selamat manakala seorang lagi dalam keadaan membimbangkan dan mereka telah dibawa ke hospital Sichon.
Ramai yang bengang disebabkan tak ada larangan daripada orang dewasa dan tak faham dengan mereka yang suka ingkar dengan amaran bahaya macam ni.
Korang jangan jadi macam dorang ni semua tau!
Sumber : lobakmerah.com
Ombak Ribut Tropika Tiba Di Pulau Perhentian. Rakaman Ombak Yang Menakutkan Tetapi Gelagat Gadis Gadis Ini Pula Menjadi Kecaman Netizen
Kadang kadang kita ini tidak beringat untuk lebih berhati hati kerana terlalu seronok. Bila terlalu seronok banyak benda yang kita tak ambil kira. Dan selalunya perkara yang buruk mudah terjadi.
Sebelum kita teruskan dengan cerita berkenaan gadis gadis di Pulau Perhentian. Mari baca apa yang terjadi di Pulau Kundur.
Scroll Ke Bawah Untuk Melihat Video
Penduduk Pulau Kundur cemas berdepan Pabuk
Beberapa penduduk di pesisir Pantai Pulau Kundur cemas apabila ombak besar akibat tempias ribut tropika Pabuk mula menghentam kawasan kediaman mereka.
Malah ombak besar tersebut turut menghempas dinding rumah seorang penduduk, Isa Hassan, 63, yang terletak kira empat meter dari pantai kira-kira pukul 5 pagi tadi.
Namun tidak ada kerosakan besar atau kecedaraan yang berlaku tetapi Isa bersama sembilan ahli keluarganya tetap cemas dan telah mengambil langkah untuk berjaga-jaga.
Menurut Isa, ribut tropika tersebut berbeza daripasa angin musim tengkujuh kerana sukar untuk diramal dan lebih kuat.
“Kami sudah biasa dengan angin kuat dan ombak musim tengkujuh yang kadang kala membawa air serta pasir masuk ke dalam rumah.
“Ombak dan angin sangat kuat malam tadi. Kami semua berjaga kerana bimbang sesuatu yang lebih buruk akan berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz Mamat, 63, berkata, dia hanya dapat tidur selama dua jam sahaja disebabkan angin yang terlalu kuat kerana kediamannya terletak kira-kira 10 meter dari pantai.
Dia yang tinggal bersama isteri, Mariam Hassan, 60, serta enam anaknya berkata, mereka sekeluarga sedang menunggu arahan selanjutnya daripada pihak berkuasa.
“Sebelum ini penduduk di kampung ini ada bergotong royong membina guni yang berisi pasir di persisir pantai sebagai usaha berjaga-jaga.
“Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah membina tembok batu untuk menghalang hakisan pantai dan ombak kuat di sini.
“Namun, usaha itu tidak dapat menyelesaikan masalah hakisan pantai dan kami masih sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga bila menjelang musim tengkujuh,” ujarnya
RAKAMAN VIDEO OMBAK MENGHEMPAS DI PULAU PERHENTIAN
3 rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Eh Lantak Ar Ameerzaim telah mendapat bermacam macam reaksi netizen. Bukan kerana ombak dari Ribut Tropika tetapi kerana gelagat beberapa orang gadis yang seperti tidak menghiraukan keselamatan diri sendiri.
Jelas kelihatan bahawa ombak yang datang ke Jeti Perhentian ini bukan selamat. Dengan kelajuan ombak dan hentakan ombak di persisiran pulau memang nampak sangat ianya bahaya.
http://bit.ly/2C0m6vb
Gelak ketawa? Sepatutnya mereka pergi jauh dari kawasan pantai dan cari tempat yang selamat. Bukan seperti sedang menyaksikan satu acara sukan air. Perkara ini amat merbahaya.
Pihak pengurusan pulau harus mengambil peranan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku terutama cuaca sekarang. Lebih baik mencegah sebab bila dah terkena dah jadi cerita lain pula.
Komen Netizen
Mohd Iqkhram “Wawwww . Suke yaaaa . Hebattttt . Sekali bg lesappp terus . Menangis pun tak guna dah . Emmm”
Cunaa Loo “suka..orang punya takut dok pikiaq nk jdik apa..depa boleh suka..emmmm”
Rozita Shamsuddin “Ni lah sebahagian dr manusia yg kurang bijak. Dah tahu keadaan bole berubah menjd sgt2 bahaya,.masih lagi dok bergelak ketawa mcm jalang n rekod pulak keadaan tanpa memikirkan keselematan diri. Nnti bila dah berlaku perkara yg x diingini, nak salahkan kerajaan sbb x bg warning, nak salahkan pasukan keselematan awam sbb ambil tindakan lewat dsbgnya. Siapa ahli keluarga nereka2 ni? Sila ajar sikit.”
Mohd Irwan “dh tak pandai nk berambus dr zon merah tu.. kang dh runtuh bg alasan mcm2”
Mohd Nazaruddin Naza “suke korang ye… org mcm korang la yg akan menyusahkan pihak bomba je nanti… fikir2kan”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Like Page Kami @mymediaohsem
Terima Kasih!
Artikel By: KL Viral © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM
Sumber “Bebal dan suka menyusahkan orang…” – Orang Ramai Masih Selamba Mandi Laut Walaupun Tengah Ribut Pabuk
Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya
Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2019/01/bebal-dan-suka-menyusahkan-orang-orang.html