Bbq Lamb Kl Kemensah Makan Sambil Rendam Kaki


BBQ Lamb KL Kemensah – Makan Sambil Rendam Kaki!
Kalau anda dah bosan makan di restoran biasa dan nak cuba pengalaman makan di tempat yang unik, BBQ Lamb KL Kemensah adalah destinasi pilihan yang wajib anda cuba.
Lokasinya pun tak jauh, betul-betul dekat Ampang, Selangor. 
Di sini anda boleh makan sambil rendam kaki di dalam air sungai tau. Kiri kanan pula pokok-pokok hijau. Fuh, memang lain macam!
Jom baca lebih lanjut apa lagi yang menarik di Restoran BBQ Lamb KL Kemensah ini. 
BBQ Lamb KL Kemensah @bbqlambklkemensah 🔥 Hari Panas? Datang ke bbqlambklkemensah dan Nikmati Hidangan di Dalam Sungai! 🔥 Bayangkan ini: cuaca panas terik, anda mencari tempat untuk berehat dan menyejukkan badan. Di sinilah bbqlambklkemensah menjadi pilihan sempurna. Bukan sahaja kami menyajikan hidangan yang lazat, tetapi kami juga menawarkan pengalaman unik—makan sambil merendam kaki di dalam sungai yang sejuk dan jernih! 🌿 Cerita Tentang Pengalaman Anda: Anda tiba di Kemensah dan terdengar bunyi aliran air sungai yang menenangkan. Tempat duduk anda bukan di atas lantai biasa—ia berada di tengah sungai! Anda duduk, merendam kaki dalam air yang menyegarkan, sementara aroma daging kambing salai, makanan laut bakar, dan hidangan istimewa lain menyapa deria anda. Hidangan tiba, dan setiap gigitan terasa sempurna. Kelembutan daging salai, rasa segar makanan laut, dan suasana sungai menjadikan pengalaman makan ini satu kenangan yang luar biasa. ✨ Kenapa Perlu Datang? ✔️ Pengalaman makan di dalam sungai yang unik dan menyejukkan. ✔️ Hidangan seperti daging salai, seafood bakar, dan spaghetti aglio olio yang pasti memikat selera. ✔️ Tempat terbaik untuk bersantai bersama keluarga dan rakan di tengah cuaca panas. 📍 Lokasi: Kemensah, tempat makan dengan suasana sungai yang tiada tandingan. 📞 Tempahan: [Masukkan Nombor Telefon] Jadikan hari panas anda lebih bermakna dengan pengalaman makan di dalam sungai di bbqlambklkemensah. Di sini, kesegaran sungai dan kehebatan rasa bersatu! 👉 Ikuti kami untuk promosi dan kemas kini terkini. 🍖 bbqlambklkemensah—Tempat Sejukkan Diri dan Nikmati Hidangan Terbaik. Adakah ini sesuai dengan konsep cerita yang anda inginkan? Siapa yang nak booking untuk makan dalam sungai boleh booking meja melalui wassabi kami https://wasap.my/ 60139784100/river #Foodpanda #BBQLambKemensah #MakanTanpaHad #BBQDelivery #JimatMasa #MakanDiSungai contestbbqlambk|kemensah kenanganbbqlambk| kemensah #bbqfood #bbqlambklkemensah #pengalamanhidup #zoonegaramalaysia #gentinghighlands #typage #fyp #tourist #makandalamsungai #kualalumpur #selangor #Genting #Z00 #KL Selangor. #k foodiemy #tempatmenarik #tempatmenarikkualalumpur #bikerider #bikers #kakimotor #bikersmalaysia #budakmotor #budakmoto #happyrider #Birthdayibu #badmintonplayer #gengpingpong #yamahamt #bermuladisni #gengduaroda #cholekcholekkemensah
♬ original sound – Bbq Lamb KL Kemensah – Bbq Lamb KL Kemensah BBQ Lamb KL Kemensah adalah sebuah restoran BBQ yang terkenal dengan konsep “river dining” atau makan di dalam sungai. Restoran ini diasaskan oleh Encik Zainuddin Yatim bersama isterinya, Puan S.ibariyanurmi. 
Dengan konsepnya yang unik, restoran ini berjaya menarik perhatian ramai termasuklah pelancong dari luar negara. 
Aliran air yang jernih, bunyi deruan sungai dan udara segar semula jadi membuatkan sesi makan di sini lebih santai dan terasa seperti berkelah. 
Bagi pengunjung yang tidak mahu basah, anda boleh makan di kawasan yang disediakan berhampiran sungai. 
Pilihan hidangan yang ditawarkan adalah hidangan BBQ yang semestinya memikat selera. Harganya pun sangat berpatutan. 
Lokasi & Waktu Operasi  Alamat: 19, Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia (Berdekataan Zoo Negara, 5 minit menaiki kereta)
Waktu Operasi: 
Isnin & Selasa: 12.00 tengah hari – 8.00 malam Rabu hingga Sabtu: 12.00 tengah hari – 7.00 malam Ahad: 10.00 pagi – 10.00 malam (Last call pada jam 7.00 malam) Lokasi restoran ini memang sangat dekat dengan Zoo Negara. Anda boleh guna aplikasi navigasi seperti Google Maps atau Waze untuk membantu anda mencari jalan. 
Sedikit peringatan, laluan ke BBQ Lamb KL Kemensah agak sempit dan berliku selepas melepasi Zoo Negara. Pastikan anda berhati-hati juga kerana terdapat banyak kereta yang diparkir di tepi jalan. 
NOTA: Anda disarankan untuk membuat tempahan awal kerana tempat duduk adalah terhad dan restoran ini sering penuh terutama pada hujung minggu dan cuti umum. 
BACA JUGA: KLIA Jungle Boardwalk – Tempat Menarik di KLIA
Menu di BBQ Lamb KL Kemensah Mesti tak sabar nak tahu menu apa yang ada di sini kan?
Untuk pengetahuan anda, BBQ Lamb KL Kemensah menawarkan pelbagai pilihan menu BBQ dan hidangan barat. 
Antara menu utama di sini ialah daging kambing, ayam, itik, lembu dan makanan laut yang dipanggang dengan perapan istimewa. Kemudian, dihidangkan bersama pelbagai sos seperti BBQ, ranch, tartar dan sambal belacan. 
Selain itu, BBQ Lamb KL Kemensah turut menyediakan pelbagai set hidangan yang lengkap dengan lauk sampingan seperti nasi, sup, coleslaw, wedges, buah-buahan koktel, dan minuman refill tanpa had untuk setiap pelanggan. 
Bagi penggemar makanan laut, terdapat pilihan seperti udang segar, ketam lembut, sotong dan salmon yang dipanggang segar dan dihidangkan bersama set lengkap yang sama. 
Restoran ini juga menawarkan menu barat seperti chicken chop dan tortilla bersama sayuran. Memang sesuailah untuk mereka yang mahukan variasi selain BBQ. 
Pendek kata, menu di BBQ Lamb KL Kemensah sangat pelbagai dan memenuhi citarasa pelanggan yang ingin menikmati daging panggang, makanan laut segar serta hidangan barat dalam suasana unik di dalam sungai.
Memang berbaloi!
Apa yang menarik di BBQ Lamb KL Kemensah? 1. Pengalaman Makan Dalam Sungai
Apabila berkunjung ke restoran ini, anda boleh pilih untuk menikmati hidangan BBQ sambil duduk dan rendam kaki di dalam sungai yang cetek. 
Selain itu, suasana alam semula jadi memberikan ketenangan dan pengalaman makan yang sangat unik serta sukar didapati di tempat lain.
2. Pilihan Menu yang Pelbagai
Restoran ini menawarkan pelbagai pilihan menu untuk dinikmati. Semua hidangan diperap dengan ramuan istimewa dan dihidangkan bersama pelbagai jenis sos. Sekain sedap, harganya pun sangat berpatutan. 
3. Portion Hidangan Besar & Sesuai Untuk Berkongsi
Set BBQ di sini hadir dalam beberapa saiz (kecil, sederhana, besar, XL) dan boleh dikongsi antara 2 hingga 4 orang. Ini menjadikannya sangat berbaloi untuk keluarga atau kumpulan rakan. Setiap hidangan lengkap dengan nasi, sup, buah, koktel dan minuman refill tanpa had.
4. Tempat Mesra Keluarga & Kanak-Kanak
BBQ Lamb KL Kemensah sesuai untuk semua peringkat umur dan sangat mesra keluarga. Kanak-kanak pasti seronok bermain air sungai sambil menunggu makanan, manakala ibu bapa boleh bersantai menikmati hidangan dalam suasana santai.
5. Kemudahan Lengkap
Restoran ini menyediakan kemudahan asas seperti surau, tandas lelaki dan wanita, serta tempat letak kereta (walaupun terhad). 
Tips/Info Penting Tempahan awal sangat digalakkan kerana restoran sering penuh terutama pada hujung minggu. Bawa kasut getah atau sandal kerana anda perlu berjalan di dalam sungai berbatu yang mungkin tidak selesa jika berkaki ayam.  Perkhidmatan dan kebersihan kadangkala menjadi isu mengikut ulasan pengunjung, jadi bersedialah dengan pengalaman yang lebih santai dan ‘nature-based’. Tidak mesra warga emas atau OKU kerana laluan ke sungai agak curam dan licin. Bawa baju lebih terutamanya untuk kanak-kanak yang ingin bermain di kawasan sungai.  BACA JUGA: Senarai Cat Cafe di Malaysia 2025 (KL & Selangor)
Maklumat Lanjut Untuk dapatkan info terkini dan maklumat lanjut, anda boleh layari https://kemensahbbqlamb.com/ dan ikuti Facebook Bbq Lamb KL Kemensah dan Tiktok bbqlambklkemensah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bbq-lamb-kl-kemensah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bbq-lamb-kl-kemensah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gelagat Rina Makan Sup Kaki Ayam Tanpa Geli Famili Durian Kimchi Sekali Lagi Raih Tumpuan

Gelagat Rina Makan Sup Kaki Ayam Tanpa Geli Famili Durian Kimchi Sekali Lagi Raih Tumpuan

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 127 hits
Kalau sebut je nama Famili Durian Kimchi memang ramai yang terus terbayang keluarga mix Korea Malaysia yang penuh dengan aura positif humble dan cukup unik Perkongsian video yang sering menghiburkan membuatkan ramai teruja untuk terus menon...
Pempengaruh Media Sosial Makan Mekap Meninggal Dunia

Pempengaruh Media Sosial Makan Mekap Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 122 hits
KOSMOGuava kerap merasa produk solekan ketika memakainya Jam PressTAIPEI Seorang pempengaruh media sosial di Taiwan yang popular kerana gemar makan produk solekan didapati nbsp meninggal dunia secara mengejut lapor akhbar The Sun UK kelmari...
Makan Makan Di Hari Raya Aidiladha

Makan Makan Di Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 158 hits
Assalamualaikum WBT RASANYA masih belum terlambat bagi Sk untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca Alam Sari Di Tanah Jauhar ole ole dari Selatan Tahun ini seperti tahun lalu jugak Sk sekeluarga berhari raya di Tanah...
Makan Di Sanook Kitchen Lagi

Makan Di Sanook Kitchen Lagi

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 162 hits
Assalamualaikum WBT AGAK lengang jalanraya pagi ini Sk sengaja keluar lewat pukul 7 05 baru gerak dari rumah sekali eh pukul 7 43 dah clock in ya Kalau hari biasa jangan harap la macam ni Sk keluar lambat sebab yakin sangat hari ni bos bagi...
Pm Anwar Adakan Majlis Makan Tengah Hari Rasmi Untuk Presiden Poland

Pm Anwar Adakan Majlis Makan Tengah Hari Rasmi Untuk Presiden Poland

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 100 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan majlis rasmi makan tengah hari bersempena lawatan Presiden Poland Andrzej Duda di Seri Perdana hari ini Ketibaan Anwar dan Duda pada jam 12 45 tengah hari disambut oleh pel...
Lelaki Dakwa Penjual Belon Ajak Makan Pisang Tawar Rm50 Tunjuk Ehem

Lelaki Dakwa Penjual Belon Ajak Makan Pisang Tawar Rm50 Tunjuk Ehem

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 142 hits
ABDUL RASHID ABDUL RAHMANTANGKAP layar seorang lelaki yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang penjual belon di Genting Highlands di Bentong BENTONG Polis meminta seorang lelaki yang mendakwa mengalami gangguan seksual daripada...
Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan

Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 293 hits
Assalamualaikum Sedap Rupanya Daging Belengas Berselera Encik Suamiku Makan Petang semalam semasa pulang dari tempat kerja Encik Suami berkongsi satu video daging masak viral Daripada bahan yang digunakan saya perhatikan sama seperti resepi...
Nak Makan Ikan Bakar Anytime Sediakan Pes Ini Siap Siap Hidup Jadi Mudah

Nak Makan Ikan Bakar Anytime Sediakan Pes Ini Siap Siap Hidup Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 134 hits
Pes ikan bakar homemade boleh guna untuk ikan kegemaran anda seperti siakap pari dan lain lain Cicah pula dengan air asam memang bertambah makan dibuatnya PES IKAN BAKAR BAHAN BAHAN 2 inci lengkuas 3 inci halia 5 batang serai 8 biji bawang ...
Diamond Pendant Buying Guide How To Choose The Perfect Sparkle In 2025

Buli Pelajar Perempuan Diikat Kaki Dan Tangan Ditutup Mulut Ditinggalkan Di Tandas

Jho Low Kini Dikenali Sebagai Constantinos Achilles Veis Di China

I Don T Want To Die Of A Heart Attack Just Yet

Skim Pencen Dilindungi Perlembagaan

Made In Taiwan A Carefree Kymco Ktr 150 By 2loud Custom

Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip

Pupil With 8as In Spm Denied Scholarship Are There Too Many Straight As Scorers Around


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Tempat Paling Misteri Di Dunia Yang Ke 3 Masih Jadi Tanda Tanya Saintis

4 Cara Mudah Nak Bezakan Samaada Telur Segar Atau Tidak

Pulang Ke Luar Negeri

Biodata Rita Nadira

Biodata Anna Jobling Pelakon Model Popular Malaysia

Kilafairy Terus Istiqamah Bertudung Doakan Saya Terus Kuat