Bayi Umur 1 Bukan Asyik Terjaga Malam Menangis Ini Apa Yang Mama Papa Boleh Lakukan


Pening kepala sebab bayi susah tidur? Bertenang ada panduan mengenai waktu tidur bayi 1 bulan yang boleh ibu ayah cuba, pasti berkesan!

Bayi susah tidur? Melihat si manja tidur dengan lena, pastinya mengundang rasa tenang di jiwa. Nampak comel sahaja.
Pun begitu, di sebalik kecomelan tersebut, wujud cabaran bagi ibu ayah apabila terpaksa mencuba pelbagai cara apabila bayi susah tidur.
Lebih-lebih lagi apabila si kecil yang baru lahir kerap berjaga pada tengah malam dan sukar untuk kembali melelapkan mata.
Sememangnya tidurkan bayi bukanlah mudah, namun ia boleh diatasi jika anda memahami tentang waktu tidur bayi 1 bulan.
Waktu tidur bayi 1 bulan: Memahami keperluan mereka Dalam tempoh 2 bulan pertama, keperluan pemakanan bayi adalah melebihi kemahuan untuk tidur.
Si kecil mungkin menyusu badan hampir setiap 2 jam sekali, tetapi ia sedikit berkurang bagi penyusuan susu formula.
Bagi aspek keperluan tidur pula, si manja memerlukan tidur antara 10 hingga 18 jam sehari. Mungkin untuk 3 hingga 4 jam bagi satu sesi melelapkan mata.
Seperkara yang perlu anda fahami, bayi tidak mengetahui perbezaan antara siang dan malam. Oleh itu, mereka akan tidur tanpa menghiraukan masa.
Jadi terdapat kemungkinan waktu berjaga si manja adalah antara pukul 1 pagi hingga 5 pagi.
Menjelang usia 3 hingga 6 bulan, kebanyakan bayi dapat tidur panjang sehingga 6 jam secara terus.
Kedengaran mudah, bukan? Namun jangan terkejut jika si manja mungkin mengubah rutin tidur mereka apabila menjengah ke usia 6 hingga 9 bulan nanti.
Tetapkan rutin jika bayi susah tidur Untuk memudahkan waktu tidur bayi 1 bulan, anda disarankan untuk menetapkan rutin yang konsisten.
Sesetengah ibu bapa memulakan rutin tidur bayi pada seawal usia 6 hingga 8 minggu.
Rutin ini boleh melibatkan gabungan aktiviti tidur, seperti:
Pastikan bayi mendapat banyak cahaya dan rangsangan pada waktu siang Sebaiknya, lakukan aktiviti tetap dan sama mengikut urutan pada setiap malam Intensiti bagi setiap aktiviti perlu mengikut draf menurun, terutamanya apabila menghampiri waktu malam. Anda pasti tidak mahu si manja terlebih aktif apabila hendak tidur. Ia sudah tentu akan membuatkan bayi susah tidur Anda juga boleh menyediakan mandian hangat sebelum tidur. Ini kerana ia boleh bantu memberikan ketenangan buat mereka Pastikan keadaan waktu malam dalam bilik tidur adalah konsisten. Ini kerana sekiranya bayi terjaga pada tengah malam, mereka akan mendapati keadaan bilik sama seperti sebelum tidur, jadi ia dapat mengurangkan rasa terkejut si manja nanti Tempat tidur bayi Bermula ketika bayi menginjak usia 6 hingga 12 minggu, anda digalakkan untuk menenangkan si manja sehingga mereka mengantuk.
Sebaik sahaja mereka kelihatan mengantuk, letakkan anak di atas tilam dan biarkan dia tertidur dengan sendiri.
Elakkan daripada menunggu sehingga mereka tidur semasa dalam dukungan anda.
Jika tidak ia boleh menjadi satu tabiat biasa yang sukar diubah dan boleh menyebabkan bayi susah tidur.
Cara ini dapat mengajar anak untuk menenangkan diri sebelum tidur tanpa perlu menggunakan buaian atau mendukung mereka sekiranya terjaga di malam hari.
Risiko SIDS pada waktu tidur bayi 1 bulan Melelapkan mata bukanlah aktiviti berbahaya namun bagi si manja, mereka terdedah kepada risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).
Perkara berikut boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko tersebut:
Sentiasa meletakkan bayi tidur secara menelentang Tempat duduk kereta atau carrier tidak sesuai dijadikan tempat tidur rutin Sekiranya bayi tertidur dalam kereta sorong atau buaian, alihkan mereka dan baringkan di permukaan rata Bayi sepatutnya tidur sebilik dengan anda, namun bukan atas katil yang sama Jauhkan sebarang objek lembut seperti bantal, selimut dan anak patung daripada tempat tidur anak Jangan bergantung sepenuhnya kepada peranti pencegahan SIDS. Ia tidak terbukti dapat mengurangkan risiko sindrom kematian bayi mengejut Jangan selimut atau menutup kepala bayi Jangan merokok Sekiranya anda keletihan, jangan menyusukan bayi di atas kerusi atau sofa. Ia dapat mengurangkan risiko bayi terjatuh sekiranya anda terlelap Patut atau tidak membiarkan si manja menangis? Jika si manja terjaga dan menangis pada tengah malam, ada pakar penjagaan kanak-kanak mengesyorkan untuk mencuba pendekatan penyelesaian responsif  yang dipanggil sebagai kaedah Ferber.
Namun, kaedah ini TIDAK digalakkan bagi bayi di bawah usia 6 bulan.
Kaedah ini melibatkan:
Jika bayi menangis, biarkan untuk tempoh beberapa minit sebelum masuk ke dalam bilik dan memujuk mereka. Ini dapat memberikan ruang untuk si manja menenangkan diri Ketika menenangkan anak, elakkan daripada mendukung dan jangan terlalu lama berada di dalam bilik Sekiranya mereka terus menangis atau kembali menangis, tunggu sebentar sebelum masuk Jika si manja kelihatan tertekan, beri pelukan kepada mereka sebelum meletakkan kembali ke tempat tidur.
Pentingnya waktu tidur bayi 1 bulan Sekiranya anda bimbangkan keadaan bayi susah tidur, ada strategi yang boleh anda gunakan untuk mengubahnya.
Jika cara yang dicadangkan di atas tidak membantu, mungkin anda perlu mendapatkan bantuan profesional.
Kredit: Hello Doktor
 

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
 
 
The post Bayi Umur 1 Bukan Asyik Terjaga Malam, Menangis? Ini Apa Yang Mama Papa Boleh Lakukan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-umur-1-bukan-asyik-terjaga-malam-menangis-ini-apa-yang-mama-papa-boleh-lakukan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Kongsi Cara Elak Anak Jadi Picky Eater Boleh Mulakan Seawal Bayi

Pakar Kongsi Cara Elak Anak Jadi Picky Eater Boleh Mulakan Seawal Bayi

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 287 hits
Masalah anak memilih makanan hampir dilalui oleh semua ibu Ada yang tak mahu makan langsung hanya minum susu sahaja ada juga yang hanya makan benda yang sama sahaja dan ada juga yang kalau nak makan terpaksa berperang ke hulu ke hilir nak s...
Rindu Momen Dia Bayi Jaga Sendiri Rina Lepas Lahir Ryzal Ibrahim Terharu Penghargaan Best Papa

Rindu Momen Dia Bayi Jaga Sendiri Rina Lepas Lahir Ryzal Ibrahim Terharu Penghargaan Best Papa

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 252 hits
Bagi selebriti media sosial yang juga cukup sinonim dengan Duriankimchi Ryzal Ibrahim meluahkan rasa terharunya selepas menerima penghargaan buat jasanya selepas bergelar seorang bapa Walau sering kali muncul di media sosial menghiburkan pe...
Menangis Dipaksa Kahwin Lelaki Berumur Akhirnya Berubah Kegembiraan Selepas Malam Pertama Honeymoon Di Pulau Perhentian

Menangis Dipaksa Kahwin Lelaki Berumur Akhirnya Berubah Kegembiraan Selepas Malam Pertama Honeymoon Di Pulau Perhentian

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 232 hits
Aku dan suamiku memilih Pulau Perhentian sebagai destinasi bulan madu kami Kami berdua sangat suka dengan alam dan laut jadi kami ingin menikmati keindahan pulau tropis yang terkenal dengan pantai putih dan air biru jernihnya Kami tiba di P...
Jangan Down Kalau Kuantiti Susu Sikit Bayi Menangis Bukan Hanya Sebab Tak Cukup Susu

Jangan Down Kalau Kuantiti Susu Sikit Bayi Menangis Bukan Hanya Sebab Tak Cukup Susu

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 289 hits
Kata kata dari orang sekeliling yang mengatakan tidak cukup susu selepas bayi asyik menangis membuatkan kita rasa down dengan kuantiti susu yang sedikit Jangan putus asa kerana bayi menangis bukan hanya disebabkan susu tidak cukup Biar sedi...
Menangis Menunjukkan Tingkah Laku Tak Terkawal Bayi 10 Bulan Positif Dadah

Menangis Menunjukkan Tingkah Laku Tak Terkawal Bayi 10 Bulan Positif Dadah

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 183 hits
Polis menahan seorang wanita berusia 21 tahun selepas anak perempuan berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata kes itu terbongkar sele...
Saya Tak Nak Anak Warisi Mindset Lelaki Mana Boleh Menangis Sedih Emosi Normal Manusia Tak Salah Pun

Saya Tak Nak Anak Warisi Mindset Lelaki Mana Boleh Menangis Sedih Emosi Normal Manusia Tak Salah Pun

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 303 hits
Kalau dahulu anak anak lelaki tidak dibenarkan menangis Seandainya dibuat juga mereka akan dianggap lemah Anak lelaki sepatutnya kuat dan tabah sekiranya ada masalah atau mengalami sebarang tekanan Sebenarnya menangis adalah sesuatu yang no...
Nak Peluk Boleh Tak Digandingkan Bersama Di Abpbh35 Sissy Iman Dah Maafkan Mas Idayu

Nak Peluk Boleh Tak Digandingkan Bersama Di Abpbh35 Sissy Iman Dah Maafkan Mas Idayu

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 197 hits
Seperti yang ramai ketahui malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH Ke 35 atau ABPBH 35 telah dikendalikan oleh pelakon dan pengacara Ain Edruce dan digandingkan bersama pelawak Johan Turut membantu sebagai penyampai anugerah penyanyi Sis...
Banyak Kerusi Ph Dirampas Bukti Umno Bukan Rakan Boleh Dipercayai

Banyak Kerusi Ph Dirampas Bukti Umno Bukan Rakan Boleh Dipercayai

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 210 hits
agendaily com24 07 2023UMNO bersama PH menghadapi PRN 2023 UMNO merampas banyak kerusi yang sebelum ini ditandingi parti komponen dalam Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri kali ini Media melaporkan beberapa kerusi sebelum ini yang disa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba