Bayi Meragam Mungkin Dah Mula Tumbuh Gigi


Bila gigi pertama bayi mula tumbuh, itu tanda si kecil sedang melalui satu lagi tahap perkembangan yang penting! Walaupun saat ini sangat menggembirakan, ia juga boleh jadi mencabar kerana bayi mungkin rasa tidak selesa atau mudah meragam. Jom kita fahami apa sebenarnya berlaku semasa proses ini dan bagaimana ibu bapa boleh bantu bayi lebih tenang dan selesa.

Bila Gigi Pertama Mula Tumbuh?
Kebanyakan bayi mula tumbuh gigi pertama sekitar umur 6 bulan, tapi ada juga yang seawal 4 bulan atau lambat sedikit hingga umur 12 bulan. Gigi pertama yang muncul biasanya adalah dua batang gigi bawah di tengah (gigi insisor tengah bawah).
Tanda-Tanda Bayi Sedang Tumbuh Gigi:
Kerap mengigit atau menggigit jari/mainan
Air liur meleleh lebih dari biasa
Suka menggosok atau menarik telinga
Gusi nampak bengkak atau kemerahan
Lebih mudah meragam atau tidak selesa
Kadang-kadang demam ringan (tetapi bukan demam tinggi)
Cara Legakan Gusi Bayi Yang Sakit:
Teether Sejuk
Simpan teether di peti sejuk (bukan peti beku) dan beri bayi gigit — ia bantu kurangkan bengkak dan sakit.
Urut Gusi Dengan Jari Bersih
Gosok perlahan gusi bayi menggunakan jari yang bersih untuk beri kelegaan sementara.
Lap Air Liur Berlebihan
Selalu lap air liur yang meleleh untuk elak ruam di dagu atau leher.
Tuala Sejuk
Boleh beri bayi gigit tuala kecil yang dibasahkan dan disejukkan — selamat & menenangkan.
Elak Guna Gel Gigi Tanpa Nasihat Doktor
Jangan guna sebarang produk sapuan yang mengandungi bahan kebas (numbing agents) tanpa nasihat doktor.
Walaupun gigi masih belum tumbuh sepenuhnya, kebersihan mulut tetap penting. Bersihkan gusi bayi setiap hari menggunakan kain lembut yang dibasahkan. Bila gigi pertama muncul, mulakan memberus gigi dengan berus gigi bayi dan air bersih — tanpa ubat gigi dahulu. Elakkan bayi tidur sambil menyusu botol kerana ia boleh menyebabkan kerosakan gigi awal (early childhood caries). Penjagaan awal ini bantu biasakan si kecil dengan rutin kebersihan mulut sejak bayi lagi.
Tumbuh gigi adalah proses semula jadi dalam perkembangan bayi — walaupun kadangkala mencabar, ia akan berlalu. Dengan sokongan, perhatian, dan kesabaran ibu bapa, si manja akan kembali ceria dan tersenyum manis dengan sebatang gigi comel yang pertama!
The post Bayi Meragam? Mungkin Dah Mula Tumbuh Gigi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-meragam-mungkin-dah-mula-tumbuh-gigi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Pun Perlu Cuci Mulut Jangan Tunggu Gigi Tumbuh

Bayi Pun Perlu Cuci Mulut Jangan Tunggu Gigi Tumbuh

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 164 hits
Penjagaan kebersihan mulut bayi amat penting walaupun hanya satu gigi pertama yang baru tumbuh Gigi susu yang sihat membantu bayi mengunyah makanan belajar bertutur dan menjadi asas kepada pertumbuhan gigi kekal yang baik Oleh itu ibu bapa ...
Perut Buncit Senggugut Teruk Awas Mungkin Ini Tanda Cyst

Perut Buncit Senggugut Teruk Awas Mungkin Ini Tanda Cyst

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 220 hits
Tanda cyst sering kali tidak disedari kerana ia boleh muncul tanpa gejala yang jelas pada peringkat awal Namun begitu sesetengah individu mungkin mengalami perubahan fizikal seperti benjolan di bawah kulit senggugut luar biasa atau perut ya...
Percubaan Muhyiddin Tak Mungkin Tarik Sokongan Bukan Melayu

Percubaan Muhyiddin Tak Mungkin Tarik Sokongan Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 231 hits
Nicholas ChungPETALING JAYA Seorang penganalisis politik berpandangan percubaan Muhyiddin Yassin meletakkan ungkapan beliau Melayu terlebih dahulu sebagai tak penting lagi tidak mungkin meningkatkan sokongan bukan Melayu kepada Perikatan Na...
Bola Sepak Tanah Air Terus Dirundung Malang Sri Pahang Fc Mungkin Tidak Beraksi Saingan Liga Musim Depan

Bola Sepak Tanah Air Terus Dirundung Malang Sri Pahang Fc Mungkin Tidak Beraksi Saingan Liga Musim Depan

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR Arena bola sepak tanah air terus dirundung malang apabila dikhabarkan pasukan Sri Pahang FC mungkin tidak akan beraksi pada saingan liga musim depan Ketika ini bertiup kencang di media sosial yang menyatakan pemain Sri Pahang s...
Eur Usd 12 Mei Konflik Ukraine Mungkin Dapat Diselesaikan

Eur Usd 12 Mei Konflik Ukraine Mungkin Dapat Diselesaikan

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 211 hits
Selamat sejahtera pedagang yang dihormati Pada hari Jumaat pasangan EUR USD meningkat ke zon rintangan 1 1265 1 1282 melantun semula dan berpaling memihak kepada dolar A S Pergerakan menurun mungkin berterusan hari ini menuju ke tahap penar...
Keputusan Sri Pahang Fc Mungkin Tidak Sertai Liga Super Musim Depan Undang Rasa Kecewa Penyokong Setia

Keputusan Sri Pahang Fc Mungkin Tidak Sertai Liga Super Musim Depan Undang Rasa Kecewa Penyokong Setia

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 190 hits
KUALA LUMPUR Keputusan mengejutkan yang menyaksikan Sri Pahang FC berkemungkinan tidak menyertai Liga Super musim hadapan nyata mengundang rasa kecewa dalam kalangan penyokong setia mereka Salah seorang daripadanya Muhammad Saifullah Suhaim...
Anda Mungkin Berdepan Denda Rm10 000 Jika Buat Hantaran Tiktok Menyentuh Sensitiviti Kaum Agama

Anda Mungkin Berdepan Denda Rm10 000 Jika Buat Hantaran Tiktok Menyentuh Sensitiviti Kaum Agama

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 216 hits
Seorang lelaki dikenakan denda RM10 000 kerana memuat naik kandungan yang menyinggung perasaan berkenaan sentimen perkauman dan keagamaan berkaitan isu pekerja Menara Kuala Lumpur di TikTok pada 31 Mac lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multim...
Prn Johor Ph Johor Mungkin Bertanding Semua Kerusi

Prn Johor Ph Johor Mungkin Bertanding Semua Kerusi

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 173 hits
Bekerjasama dengan BN atau bertanding di semua kerusi di dalam PRN Johor itulah pilihan PH JohorK PRAGALATHNaib pengerusi AMANAH Johor Zuhan Zain berkata bahawa PH Johor sedang mempertimbangkan sama ada untuk bekerjasama dengan BN atau bert...
Hiburan Jangan Gopoh Guna Akaun 3 Kwsp Untuk Bayar Hutang Rumah Ini Sebab Kenapa Ia Mungkin Tak Berbaloi

Hiburan Jangan Gopoh Guna Akaun 3 Kwsp Untuk Bayar Hutang Rumah Ini Sebab Kenapa Ia Mungkin Tak Berbaloi

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 224 hits
Pada bulan Mac yang lalu KSWP telah mengumumkan dividen sebanyak 6 3 peratus untuk tahun 2024 Itu merupakan satu pulangan yang kukuh dan sejujurnya bukan setiap tahun kita akan dapat kadar yang setinggi ini Jadi tidak pelik sekiranya ada se...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi