Bayi Lahir Mulai Januari 2020 Layak Suntikan Pneumokokal Percuma Mula 1 Disember


Kementerian Kesihatan (KKM) melalui kenyataan rasminya memaklumkan bakal melaksanakan pemberian vaksin pneumokokal bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak di semua Klinik Kesihatan KKM di seluruh negara, bermula 1 Disember ini.
Bantu cegah penyakit jangkitan bakteria pneumokokus
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin pneumokokal konjugat (PCV) diberikan untuk mencegah penyakit disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae atau pneumokokus yang boleh mengakibatkan penyakit radang paru-paru (pneumonia), radang sinus (sinusitis), jangkitan telinga tengah (otitis media), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis) serta jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia).
Katanya, komplikasi penyakit pneumokokal termasuk cacat pendengaran, kecacatan otak dan kematian.
“Pemberian vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak bertujuan mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit pneumokokal dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah lima tahun.

“Ini seterusnya dapat mengurangkan kos rawatan penyakit pneumokokal dan komplikasinya. Walaupun penyakit pneumokokal boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, namun terdapat beberapa strain bakteria pneumococcus yang mempunyai kerintangan terhadap antibiotik,” katanya dalam kenyataan media (24 November).
Justeru, Dr Noor Hisham berkata, pemberian vaksin pneumokokal adalah kaedah paling berkesan untuk menghalang jangkitan bakteria pneumokokus dan secara tidak langsung mengurangkan kerintangan terhadap antibiotik.
Kanak-kanak lahir 1 Januari, layak terima suntikan
Beliau berkata, melalui pemberian PCV, kanak-kanak akan diberikan sebanyak tiga dos iaitu dua dos primer pada usia empat bulan dan enam bulan; diikuti dengan satu dos penggalak (booster) pada usia 15 bulan.

Katanya, kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya adalah layak menerima suntikan vaksin pneumokokal di klinik kesihatan KKM, yang mana ibu bapa perlu membuat temujanji bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan kepatuhan kepada normal baharu dalam usaha mencegah penularan penyakit Covid-19.
Katanya, bagi kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya yang sudah berusia lima bulan atau lebih, jadual imunisasi pneumokokal akan disesuaikan mengikut umur oleh fasiliti kesihatan KKM.

Beliau berkata, KKM turut membenarkan ibu bapa mempunyai anak yang lahir bermula 1 Januari 2020 dan seterusnya yang sudah mengambil satu atau dua dos suntikan vaksin pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta untuk memilih untuk melengkapkan jadual imunisasi pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta atau di klinik kesihatan KKM.
Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, pemberian vaksin pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta tertakluk kepada caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta.
“Ibu bapa yang memilih untuk melengkapkan imunisasi pneumokokal di klinik kesihatan KKM dinasihatkan membawa bersama rekod imunisasi anak mereka, bagi memudahkan urusan penjadualan imunisasi oleh anggota kesihatan di klinik kesihatan KKM.
“Vaksin pneumokokal yang akan digunakan dalam Program Imunisasi Kebangsaan untuk tempoh dua tahun pertama pelaksanaan adalah vaksin PCV-10 (Synflorix) yang memberi perlindungan terhadap sepuluh ‘serotype’ bakteria pneumokokus, merangkumi ‘serotype’ 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F dan 23F serta memberi perlindungan ‘cross-reactivity’ terhadap ‘serotype’ 19A,” katanya.
Vaksin berkesan dan selamat
Mengulas tahap keselamatan PCV, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan kepada pemantauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di peringkat global sehingga 30 Jun lalu, sebanyak 156 negara menyenaraikan vaksin itu dalam Program Imunisasi Kebangsaan mereka.
“Seperti vaksin lain yang digunakan dalam Program Imunisasi Kebangsaan, ia adalah vaksin yang berkesan dan selamat.
“Bagi memastikan semua vaksin berdaftar yang digunakan di Malaysia kekal selamat, kesan advers susulan imunisasi vaksin dipantau rapi oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM,” katanya.
Bagi tujuan ini, beliau berkata, ibu bapa perlu melaporkan sebarang kesan advers yang dialami oleh anak mereka kepada anggota kesihatan selepas setiap suntikan dengan mengembalikan borang pelaporan, walaupun kesan yang dialami adalah ringan seperti merah di tempat suntikan.
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai pelaksanaan pemberian vaksin pneumokokal, sila hubungi KKM di talian 03-8883 4003 pada hari Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk cuti umum) dari jam 9 pagi hingga 5 petang, atau ajukan persoalan kepada emel [email protected]. Ibubapa boleh juga mengunjungi mana-mana klinik kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Sumber: Kenyatan Akhbar KP Kesihatan & Metro
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Bayi Lahir Mulai Januari 2020 Layak Suntikan Pneumokokal Percuma Mula 1 Disember appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-lahir-mulai-januari-2020-layak-suntikan-pneumokokal-percuma-mula-1-disember/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bermula Hari Ini Semua Kanak Kanak Lahir Pada Atau Selepas 1 Januari 2020 Layak Dapat Suntikan Vaksin Pneumokokal

Bermula Hari Ini Semua Kanak Kanak Lahir Pada Atau Selepas 1 Januari 2020 Layak Dapat Suntikan Vaksin Pneumokokal

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 356 hits
Lebih cenderung menjangkiti kanak kanak ibu bapa kini boleh mendapatkan vaksin Pneumokokal di semua Klinik Kesihatan KKM di seluruh negara bermula hari ini bagi mencegah jangkitan tersebut Menurut Kenyataan Akhbar KP Kesihatan pada 24 Novem...
Awani Ringkas Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Kanak Kanak Lahir Pada 1 Januari 2020 Dan Seterusnya

Awani Ringkas Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Kanak Kanak Lahir Pada 1 Januari 2020 Dan Seterusnya

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 230 hits
Bermula hari ini kanak kanak yang lahir dari 1 Januari 2020 layak menerima suntikan vaksin pneumokokal secara percuma di semua Klinik Kesihatan KKM seluruh negara Program dengan peruntukan berjumlah RM90 juta itu dijangka memberi manfaat ke...
Percuma Suntikan Vaksin Pneumokokal Untuk Kelahiran Bayi 2020

Percuma Suntikan Vaksin Pneumokokal Untuk Kelahiran Bayi 2020

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 345 hits
Percuma Suntikan Vaksin Pneumokokal untuk Kelahiran bayi 2020 Alhamdulillah vaksin ini akan diberikan secara percuma di Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan bermula hari ini Vaksin Pneumokokal ini boleh didapatkan secara percuma bermula h...
Pemberian Suntikan Vaksin Pneumokokal Di Klinik Kesihatan Kkm Bermula 1 Disember 2020

Pemberian Suntikan Vaksin Pneumokokal Di Klinik Kesihatan Kkm Bermula 1 Disember 2020

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 509 hits
Pemberian Suntikan Vaksin Pneumokokal di Klinik Kesihatan KKM Bermula 1 Disember 2020 Pemberian suntikan Vaksin Pneumokokal di Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Mal pada 1 Januari 2020 dan seterusnya PEMBERIAN VAKSIN PNEUMOKOKAL Bila B...
Yoodo Menawarkan Kuota Data 2 Kali Ganda Secara Percuma Bermula 1 Disember 2020

Yoodo Menawarkan Kuota Data 2 Kali Ganda Secara Percuma Bermula 1 Disember 2020

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 298 hits
Yoodo merupakan salah satu perhidmatan telekomunikasi dengan kuota yang boleh disesuaikan berdasarkan penggunaan anda Hari ini mereka telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan kempen promosi Double Special Data bermula 1 Disember 2020...
8 Drama Korea Menarik Pada Disember 2020

8 Drama Korea Menarik Pada Disember 2020

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 531 hits
Bulan November menyajikan banyak drama drama Korea yang menarik kepada penonton Dan bulan Disember juga tidak kurang hebatnya Kepada peminat Drama Korea berikut adalah senarai drama drama yang akan memulakan siarannya pada Disember If You T...
Disember Sudah Sampai Ke Penghujung Tahun 2020

Disember Sudah Sampai Ke Penghujung Tahun 2020

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 409 hits
Disember Sudah Sampai Ke Penghujung Tahun 2020 Bila hari berganti hari minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan Pejam celik pejam celik sampai dah kita ke penghujung tahun 2020 Tahun 2020 yang dinantikan oleh semua orang Tahun yang s...
Disember Sebulan Lagi 2020

Disember Sebulan Lagi 2020

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 317 hits
Semacam tak percaya dah masuk bulan disember Sebulan je lagi sisa baki tahun 2020 yang masih perlu kita teruskan Bulan Disember 2020 ikutkan normal bulan untuk bercuti cuti Malaysia sebab cuti sekolah Dalam masa yang sibuk parents sibuk jug...
Adab Mandikan Bayi Baru Lahir

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 333 hits
Ramai orang terlepas pandang Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air Apabila memandikan bayi jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang me...
Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Big Stage Alpha 2025

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Ikut Diet Orang Putih Ke Diet Melayu Je

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Once Poor M Sian Influencer Says Rm10 Mooncake Felt Like A Luxury

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia