Bayi Dilahirkan Pekak Tersenyum Lebar Saat Dengar Suara Ibu Buat Pertama Kali
Detik yang sungguh bermakna! Mungkin inilah ungkapan yang bersesuaian apabila melihat seorang bayi yang mengalami masalah pendengaran mendengar suara ibunya buat kali pertama.
Tersenyum lebar saat namanya dipanggil ibu, itulah Harrison Rex di dalam video tular semasa usianya enam minggu.
Menurut Daily Mail, keluarga kanak-kanak itu mengetahui keadaan bayi berkenaan ketika usianya baru 14 jam selepas kelahiran.
Pasangan Eisha-Marie Stone dan suaminya, Chris Rex dari Perth telah bekerja keras untuk mencari rawatan buat bayi berkenaan. Usaha mereka berhasil apabila kanak-kanak itu menerima alat pendengaran pertamanya pada usia enam minggu, tulis portal itu.
Dalam video dikongsikan, Marie memanggil nama anaknya, sejurus selepas itu kelihatan reaksi Harrison yang tersenyum lebar.
“Saya tidak sangka reaksi emosi yang cukup besar dari seorang bayi berusia enam minggu setengah,” katanya.
“Sejujurnya, saya masih dalam penafian mengenai kekurangannya, sehinggalah saat ini. Kebahagiaan hakiki yang lahir dari si kecil ini adalah satu pengalaman menakjubkan,” tambah wanita itu.
VIDEO:
Jelasnya, dia gigih mencari bantuan buat Harrison melalui Google dan Facebook sebelum akhirnya dia menemui sebuah program untuk belajar mendengar dan bercakap, iaitu Telethon Speech and Hearing.
Pada usia empat bulan, kanak-kanak itu mula menjalani terapi dan kini pada usianya dua tahun, Harrison sudah boleh menghasilkan ayat dan bercakap seperti kanak-kanak seusianya, tulis portal itu.
Kredit: Daily Mail & I Muslim Network
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race! Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Bayi Dilahirkan ‘Pekak’ Tersenyum Lebar Saat Dengar Suara Ibu Buat Pertama Kali appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/bayi-dilahirkan-pekak-tersenyum-lebar-saat-dengar-suara-ibu-buat-pertama-kali/