Bayar Rm17 Sebulan Untuk Menonton Drama Dan Filem Di Netflix Berbaloi Atau Tidak
Bayar RM17 sebulan untuk menonton Drama dan Filem di Netfilx | Berbaloi atau tidak? | Langganan bulanan untuk Netflix boleh dibuat mengikut kemampuan masing masing kerana Netflix menawarkan 4 (empat) pakej yang cukup menarik dengan harga yang sangat berpatutan
Netflix Logo
Harga Pakej yang ditawarkan oleh Netflix
Kalau kita tengok kesemua pakej yang ditawarkan, Paling murah adalah Pakej Mobile yang berharga RM17. Pada pendapat saya, RM17 memang sangat murah kalau nak dibandingkan dengan harga pakej yang lain tetapi adakah ianya berbaloi untuk dilanggan?
Netflix di Smartphone
Saya telah pun melanggan sendiri Netlfix dengan pakej RM17 sebulan, saya rasa ianya sangat berbaloi. Selepas mengambil kira beberapa faktor yang saya senaraikan dekat bawah ini, saya rasa korang pun akan rasa pakej ini berbaloi untuk dilanggan.
Kenapa pakej Netflix RM17 sebulan berbaloi untuk dilanggan?Seperti yang kita tengok dalam senarai pakej yang ditawarkan oleh Netflix. Pakej RM17 dinamakan sebagai pakej "Mobile". Ini bermaksud pengguna yang melanggan pakej ini hanya dapat menstrim Netflix menggunakan Smartphone sahaja. Korang tidak boleh menonton di laptop mahu pun TV.
Netflix di Smartphone
Pada pendapat saya, ianya tidak menjadi masalah terutama sekali untuk korang yang bekerja. Saya yakin kalau korang kerja tak kiralah 9-5 atau shift, korang tak kan ada masa untuk menonton drama atau filem menggunakan laptop atau TV dekat rumah.
Jadi, kalau langgan pakej Netflix RM17 sebulan ini, korang boleh menonton drama dan filem kesukaan dimana sahaja korang berada. Contohnya dalam LRT masa on the way pergi/balik kerja, waktu lunch break atau pun masa lepak dengan kawan kawan.
Mungkin korang akan cakap "pakej lain macam basic, standard dan premium tuh pun boleh tengok dekat phone jugak". Ya itu betul tapi kenapa nak bazirkan RM33, RM45 dan RM55 kalau korang tak boleh nak fully utilize kelebihan tuh dekat rumah. betul tak? Baik bayar semurah yang boleh supaya korang tak membazir sebab aku pernah jer dengar orang berhenti langgan Netlfix sebab bayar mahal mahal tapi tak guna pun dekat rumah sebab tak cukup masa nak tengok
Resolusi SD di Netflix (Smartphone Neffos C7)
Resolusi SD di Netflix (Smartphone Neffos C7)
Satu lagi benda yang perlu aku highlight dekat sini adalah sekiranya korang melangan pakej RM17 sebulan, korang hanya boleh menstrim dengan resolusi SD sahaja. Sekali lagi aku nak cakap ianya tidak menjadi masalah kerana selepas aku menonton drama dan filem di Netflix menggunakan Smartphone Neffos C7, resolusi video langsung tidak mengganggu tontonan aku. Lagipun pakej basic yang ditawarkan oleh Netflix juga tidak menyokong resolusi HD dan Ultra HD, harganya pula lebih mahal berbanding pakej Mobile. Jadi, lebih baik ambil pakej mobile sekiranya korang nak jimat.
Netflix di Smartphone
Untuk pengetahuan semua, walaupun melanggan pakej paling murah korang masih diberikan "benefit" yang sama dengan pakej yang lain dimana korang boleh menonton "unlimited" drama dan filem yang terkandung dalam Netflix. Yang bestnya, pakej ini juga membenarkan korang untuk download drama/filem terlebih dahulu dan menontonnya pada bila bila masa tanpa sambungan internet
Apa pendapat korang? Nak langgan tak? Kalau korang masih ragu ragu, saya sarankan korang langgan terlebih dahulu dan tengok samada korang suka ataupun tak sebab Netflix tiada kontrak. Korang boleh langgan dan "cancel anytime" seperti yang dimaklumkan dalam senarai pakej diatas. Apa pun, untuk terma dan syarat yang lengkap korang boleh ke laman sesawang Netflix sekarang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.luqmanzakaria.com/2020/02/Netflix-murah-RM17-Sebulan.html