Bayar Kad Kredit Guna Cek Yayasan Akalbudi


MyMetro

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
FOTO BERNAMABERNAMA

Kuala Lumpur: Bekas Setiausaha Eksekutif kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bekas majikannya tahu beliau menggunakan cek Yayasan Akalbudi bagi pembayaran kad kredit bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly berkata Ahmad Zahid mengetahui mengenai perkara tersebut kerana Presiden UMNO itu yang memberikan kebenaran.

"Datuk Seri Zahid juga tidak pernah menarik balik arahan (guna cek Yayasan Akalbudi bayar kad kredit) tersebut.

"Setiap kali saya ajukan (kepada Ahmad Zahid) cek (Yayasan Akalbudi) saya akan beri sekali penyata pembayaran," katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Raja Rozela Raja Toran semasa pemeriksaan semula yang merujuk jawapan Mazlina ketika ditanya pembelaan bahawa beliau menyorok penyata kad kredit dan bank daripada Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian pada hari ke-43 perbicaraan kes Ahmad Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit daripada dana Yayasan Akalbudi.

Ketika ditanya Raja Rozela, ada atau tidak lain-lain dokumen yang ditunjukkan kepada Ahmad Zahid atau disemaknya, saksi menjawab "ada, buku cek Maybank Yayasan Akalbudi".

Saksi pendakwaan ke-90 itu juga berkata Ahmad Zahid tidak pernah menyatakan apa-apa semasa menyemak kaki cek pada buku cek Maybank Yayasan Akalbudi tersebut.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt mengenai purata jumlah wang yang terdapat di dalam akaun Yayasan Akalbudi antara Jun 2016 sehingga beliau (Mazlina) tidak lagi berkhidmat sebagai Setiausaha Eksekutif pada 2018, Mazlina menjawab "anggaran sebulan dalam ratusan ribu ke juta."

Lee: Ada tunjuk penyata bank kepada Datuk Seri Zahid?

Mazlina: Ada

Lee: Berapa kerap?

Mazlina: Datuk Seri Zahid akan buat 'spot check' (pemeriksaan mengejut) dalam setahun satu atau dua kali.

Ahmad Zahid, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2020 @ 5:58 PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/bayar-kad-kredit-guna-cek-yayasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Tahu Saya Guna Cek Yayasan Akalbudi Bayar Kad Kreditnya Saksi

Zahid Tahu Saya Guna Cek Yayasan Akalbudi Bayar Kad Kreditnya Saksi

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 264 hits
358 total views 184 views today KUALA LUMPUR Bekas Setiausaha Eksekutif kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bekas majikannya tahu beliau menggunakan cek Yayasan Akalbudi bagi pembayara...
Nampak 3 Warna Saja Rangsang Mata Bayi Guna Kad Visual Stimulasi Perkembangannya Makin Pantas

Nampak 3 Warna Saja Rangsang Mata Bayi Guna Kad Visual Stimulasi Perkembangannya Makin Pantas

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 372 hits
Ketika dilahirkan bayi sememangnya tidak nampak apa apa warna dihadapannya Semuanya kabur Namun lama kelamaan mengikut peringkat usianya barulah bayi mula nampak beberapa warna Bagi memastikan perkembangan bayi lebih pantas mama usahakanlah...
Akhirnya Permohonan Kad Kredit Lulus Selepas 3 Bank Reject

Akhirnya Permohonan Kad Kredit Lulus Selepas 3 Bank Reject

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 442 hits
Saya ada seorang client Sebenarnya client ini saya kenal bila ada client lain refer saya padanya Dia berminat untuk mohon kad kredit namun berasa serik dengan pengalaman mohon kad kredit dengan 3 bank ternama di Malaysia Semua permohonan ka...
Resepi Kek Milo Viral Guna Bahan Yang Mana Ada

Resepi Kek Milo Viral Guna Bahan Yang Mana Ada

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 498 hits
Kek Milo Viral Guna Bahan Yang Mana Ada Assalamualaikum Hai pagi ini Cik Ash kongsi dengan korang semua koleksi resepi Ada yang koleksi resepi Cik Ash ke Rasa lama tak kongsi resepi dekat blog ni Last entri resepi pada 6 September 2020 Sebe...
Sindiket Bitcoin Guna Penyambungan Elektrik Haram Tanpa Meter Di Serbu

Sindiket Bitcoin Guna Penyambungan Elektrik Haram Tanpa Meter Di Serbu

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 197 hits
KUANTAN Penyambungan elektrik secara haram tanpa meter di belakang kotak penggera keselamatan antara helah baru yang digunakan perlombongan mata wang Bitcon di daerah ini Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Pahang Rozianis Mohd Noor berkata di...
Penawar Gout Tanpa Pil Tahan Sakit Hanya Guna Dua Bahan Ini Je

Penawar Gout Tanpa Pil Tahan Sakit Hanya Guna Dua Bahan Ini Je

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 734 hits
Kepada mereka yang mengidap sakit gout kesakitan yang dilalui ketika diserang penyakit itu sememangnya sukar digambarkan Katanya sukar berjalan kerana kesakitan yang teramat sangat Malah terkena sentuhan kain pada bahagian sakit pun boleh d...
Perikatan Nasional Guna Covid 19 Untuk Selamatkan Diri Asyraf Wajidi Lupa Kot

Perikatan Nasional Guna Covid 19 Untuk Selamatkan Diri Asyraf Wajidi Lupa Kot

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 358 hits
Ambil iktibar daripada apa yang berlaku di Sabah Akibat perebutan jawatan KM akhirnya membawa kepada pembubaran DUN dan PRN Sabah Untuk makluman Asyraf ia bukan perebutan jawatan Ketua Menteri Sabah tetapi percubaan kera yang mengambang men...
Petua Rawat Demam Dan Darah Tinggi Guna Belimbing Buluh

Petua Rawat Demam Dan Darah Tinggi Guna Belimbing Buluh

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 440 hits
Pokok belimbing buluh atau nama saintifiknya Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan Mudah dijumpai di kawasan kampung dan kawasan perumahan kerana pokok ini mudah dita...
Guna Baja Daripada Bahan Masakan Wanita Ini Kongsi Petua

Guna Baja Daripada Bahan Masakan Wanita Ini Kongsi Petua

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 370 hits
Sekarang ni ramai yang gemar berkebun di halaman rumah Ia seakan menjadi hobi yang mendatangkan banyak manfaat Mana taknya jika selama ni kita membeli sayur kini hanya dipetik di rumah aje Tetapi nak menjadikan tanaman subur ada caranya Seb...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi