Bawa Ke Emergency Terus Anzalna Tak Tidur Pantau Anak Demam Suhu Cecah 39 5 Darjah Selsius
Ibu mana yang tidak bimbang saat anaknya demam, apa lagi jika suhunya cukup tinggi hampir mencecah 40 darjah selsius. Suhu tinggi sebegini membolehkan anak terkena sawan dan inilah sepatutnya dielakkan. Ibu dan ayah harus bertindak pantas.
Pelakon Anzalna Nasir turut berdepan masalah yang sama, bila mana anak kesayangannya, Mohamad Eidrees yang baru berusia setahun mengalami demam panas sejak beberapa hari lalu.
Berkongsi cerita itu menerusi instagram miliknya semalam, Eidrees terpaksa dikejarkan ke hospital selepas suhu badannya mencecah hampir 40 darjah selsius. Satu tindakan yang bijak. Inilah yang sebaiknya dilakukan.
“Sejak beberapa hari lalu, Eidress tidak sihat. Dia demam. Suhu badannya, cecah 39.5 darjah selsius. Bawa ke emergency (jabatan kecemasan) terus!
“Nak ikutkan hati, nak admit (masuk wad), tetapi macam-macam dalam kepala dengan keadaan sekarang ini,” katanya berkongsi.
Eidrees Makin Sihat
Pun begitu, menurut Anzalna lagi, atas nasihat doktor, dia kemudiannya membawa pulang Eidrees memandangkan keadaan Covid-19 yang semakin membimbangkan kini. Katanya lagi, doktor menasihatinya agar memberikan ubat dan sentiasa memantau perkembangan suhu Eidrees dari semasa ke semasa.
Alhamdulillah kini Eidress semakin pulih daripada demamnya dan suhunya semakin baik. Katanya lagi walaupun tidak cukup tidur dan rehat kerana memantau suhu dan menjaga Eidrees, dia lega melihat perkembangan baik anaknya itu.
Untungnya lagi kerana si comel Eidrees cukup mudah diberikan ubat. Good boy Eidrees!
“Jadi, doktor nasihatkan suruh pantau dan bagi ubat dulu. Saya bersyukur kami buat keputusan yang betul untuk bawanya pulang ke rumah.
“Pantau dari rumah biarpun tak cukup tidur dan rehat, tetapi gembira dan lega sangat bila tengok Eidress kembali seperti sedia kala. Syukur Alhamdulillah. High five! @hanif_zaki kerjasama yang bagus,” luahnya.
View this post on Instagram
Over the last few days, Eidrees has been unwell. He got a fever. His temperature had reached 39.5. Bawa ke emergency terus! Nak ikutkan hati nak admit tetapi macam-macam dalam kepala dengan keadaan sekarang ni. So the doctor advised suruh monitor and bagi ubat dulu and im so pleased that we made the right decision to take him back home. Monitor dari rumah biarpun tak cukup tidur dan rehat tetapi happy dan lega sangat bila tengok Eidrees back to normal. Syukur Alhamdulillah. High five!
@hanif_zaki good team work! #16MonthsOld
A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on Oct 18, 2020 at 6:00am PDT
Di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar anaknya itu segera sembuh.
Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Hanif Mohamad Zaki pada 21 Februari 2016 dan kini selepas tiga tahun berkahwin, pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019.
Menarik: Bersalinkan Ean Yusof Kulit Bersih Tak Ada Kerak & Ruam, Doktor Pun Puji Rupanya Ni Mua Bellaz Amalkan!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Sumber: @anzalnanasir88
The post “Bawa Ke Emergency Terus”, Anzalna Tak Tidur Pantau Anak Demam, Suhu Cecah 39.5 Darjah Selsius! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bawa-ke-emergency-terus-anzalna-tak-tidur-pantau-anak-demam-suhu-cecah-39-5-darjah-selsius/