Bawa Bukti Apabila Menuduh Seseorang



Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لو يُعْطَى الناسُ بدعواهُم لادّعَى قومٌ دماءَ قومٍ وأموالهُم ، ولكنّ البيّنَة على المُدّعِي ، واليمينُ على من أنكرَ حديث حسن رواه البيهقي وغيره هكذا وبعضه في الصحيحين
“Jika semua orang diberi hak (hanya) dengan dakwaan mereka (semata-mata), nescaya (akan) banyak orang yang mendakwa harta orang lain dan darah-darah mereka. Namun, bukti wajib didatangkan oleh pendakwa, dan sumpah harus diucapkan oleh orang yang mengingkari (tidak mengaku).” [Riwayat Al-Baihaqi, hasan]

Penjelasan hadis

1. Hadis ini dimuatkan Imam An-Nawawi di dalam kitab Al-Arba’in An-Nawawiyah. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dan yang lainnya. Makna hadis ini juga dimuat di kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

2. Ibnu Daqiq Al-‘Id, dalam Syarah Al-Arba’in, berkata: “Hadis ini merupakan salah satu pokok dasar hukum-hukum Islam, dan rujukan utama dalam masalah perselisihan dan permusuhan. Hadis ini mengajarkan bahawa seseorang tidak boleh dihukum hanya dengan membenarkan tuduhannya saja.”

3. Para ulama’ pakar kaedah fiqh menjadikan hadis ini sebagai landasan kaedah yang berbunyi:

البينة على المدعي واليمين على من أنكر ( أو عل المدعى عليه)
“Bagi yang menuduh (pendakwa) wajib membawa bukti, sedangkan yang mengingkari (didakwa) cukup bersumpah.”

Makna Kaedah:
Al-bayyinah/bukti adalah sesuatu yang dapat membuktikan sebuah hak atau dakwaan, dan hal ini untuk menetapkan kebenaran atas dakwaan seseorang. Pada asasnya, yang dimaksud dengan al-bayyinah adalah saksi dalam semua perkara hukum, baik yang berhubungan dengan darah, harta, tindakan jenayah atau lainnya. Ketentuan saksi terdiri dari beberapa jenis. Di antara ketentuan saksi adalah:

Harus empat orang laki-laki. Dan ini berlaku pada persaksian dalam kes penzinaan.Harus dua orang laki-laki. Dan ini berlaku pada semua kes jenayah kecuali zina, juga pada pernikahan, perceraian, dan lainnya.Persaksian boleh dilakukan oleh dua orang lelaki atau seorang lelaki; dan dua wanita atau seorang lelaki; dan sumpah pada masalah yang berhubungan dengan harta seperti jual beli, sewa menyewa, dan lainnya.Persaksian boleh dilakukan oleh wanita saja berlaku pada masalah yang tidak dapat dilihat oleh kaum lelaki, seperti masalah persusuan, haid, nifas, dan lainnya.
Namun tidak semua bukti itu berupa saksi, boleh jadi bukti itu berupa keadaan yang sangat kuat yang menyokong salah satu dari yang menuntut atau dituntut. Sebagaimana yang Allah Taala kisahkan di dalam Al-Quran tentang Nabi Yusuf ‘alaihisalam yang ertinya:

“Jika baju gamisnya koyak di depan, maka wanita itu benar dan Yusuf termasuk orang-orang yang dusta. Dan jika baju gamisnya koyak di belakang, maka wanita itulah yang dusta dan Yusuf termasuk orang-orang yang jujur. Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak dibelakang, berkatalah dia: ‘Sesungguhnya kejadian ini adalah di antara tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu sangat besar’.” (Yusuf: 26-28)

Di ayat ini tidak ada saksi yang dapat dijadikan rujukan, namun qorinah (indikasi) yang sangat jelas menjadi bukti atas suatu tuduhan, iaitu terkoyaknya baju Nabi Yusuf ‘alaihissalam. Jadi, dapat disimpulkan bahawa yang dimaksudkan bukti di sini adalah segala sesuatu yang dapat menjelaskan dan menunjukkan kebenaran tuduhannya tersebut, baik berupa saksi-saksi, bukti-bukti penguat atau pun yang lainnya.

4. Imam An-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim menjelaskan tentang makna hadis di atas: “Seandainya setiap pendakwa langsung diputuskan benar hanya dengan dakwaan atau tuduhannya saja kepada orang lain, nescaya hal ini akan menimbulkan banyak orang yang menuduh dan mengaku/mendakwa harta dan darah orang lain. Akan tetapi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan sesuatu yang dapat menyelesaikan permasalahan antara sesama manusia, iaitu dengan diminta (al-bayyinah) bukti dari si pendakwa.

5. Jika pendakwa telah membawa bukti-bukti tersebut, maka baru dapat diadili dan menang mendakwa. Namun jika bukti-bukti tidak dimiliki pendakwa, maka yang didakwa diminta untuk bersumpah. Jika dia berkenan untuk bersumpah, maka dia terbebas dari tuduhan (si pendakwa). Dan jika dia tidak mahu bersumpah, maka dia dihukum menolak sumpah, dengan demikian dakwaan dan tuduhan si pendakwa harus dibenarkan.

6. Berhati-hati dari mendakwa atau menuntut harta orang lain. Boleh jadi kerana orang yang menuntut memiliki kekuasaan atau wang, maka dia dengan mudah boleh membuat bukti-bukti palsu atau dengan mendatangkan persaksian palsu, seperti yang sering terjadi pada zaman sekarang di dalam masyarakat Islam. Cuba kita renungkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

“إِنَّكُمْ تَخْتَصِمُونَ إِلَيَّ وَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ وَلَعَلَّ بَعْضَكُمْ أَنْ يَكُونَ أَلْحَنَ بِحُجَّتِهِ فَأَقْضِيَ لَهُ عَلَى نَحْوِ مَا أَسْمَعُ مِنْهُ فَمَنْ قَضَيْتُ لَهُ مِنْ حَقِّ أَخِيهِ شَيْئًا فَإِنَّمَا أَقْطَعُ لَهُ قِطْعَةً مِنَ النَّارِ فَلَا يَأْخُذْهُ
“Sesungguhnya kalian mengadukan permasalahan/perseteruan kalian kepadaku, dan sesungguhnya aku hanyalah manuasia biasa. Dan boleh jadi salah seorang dari kalian pandai berkata-kata (debat) dan menjadikan aku memenangkannya dalam perkaranya disebabkan apa yang aku dengar darinya. (Namun ingatlah) barangsiapa yang aku menangkan perkaranya padahal itu merupakan hak saudarnya, maka pada hakikatnya aku sedang memutuskan untuknya bahagian dari neraka, maka janganlah sekali-kali dia mengambilnya.” (HR. Bukhari)

Contoh dari penerapan hadis

Kaedah ini digunakan hampir dalam semua permasalahan hukum untuk menetapkan siapa yang berhak dan siapa yang tidak. Di sini akan disebutkan beberapa contoh yang dapat dikiaskan/dianalogikan pada kes-kes yang lain.

1. Jika ada orang yang mengaku bahawa barang yang dipegang oleh seseorang itu adalah miliknya maka dia harus mendatangkan bukti atau saksi. Jika dia tidak dapat mendatangkan saksi maka cukup bagi yang dituntut untuk bersumpah atas nama Allah Taala bahawa barang itu adalah miliknya.

2. Jika ada seseorang yang menuduh seseorang berbuat zina, maka dia harus mendatangkan bukti berupa empat laki-laki yang menjadi saksi. Jika tidak, maka tidak sah tuduhannya dan dia berhak mendapat hukuman lapan puluh sebatan kerana menuduh orang lain berbuat zina tanpa bukti.

3. Jika ada seseorang yang berhutang pada orang lain, lalu dia mengaku sudah membayarnya tapi diingkari oleh penghutang, maka yang berhutang harus mendatangkan bukti. Jika tidak, maka cukup bagi penghutang untuk bersumpah menepis dakwaan terhadapnya.

Ringkasan dari penjelasan hadis

Sempurnanya syariat dalam menjaga hak-hak berupa harta dan darah manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam diberikan mukjizat oleh Allah Taala berupa Jawami’ul Kalim iaitu dengan sabda beliau yang ringkas namun memiliki makna dan penjelasan yang mencakup banyak aspek.

2. Penjelasan dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang cara-cara yang dapat menyelesaikan perkara antara orang-orang yang berselisih. Jika yang didakwa tidak mengaku, maka pendakwa harus mendatangkan bukti atas dakwaan dan tuduhannya.

3. Jika tidak memiliki bukti, maka yang didakwa diminta untuk bersumpah. Jika dia bersumpah, maka dia terbebas dari tuduhan dan dakwaan tersebut. Dan jika tidak mahu bersumpah, dia dihukum telah menolak sumpah (dan dakwaan si pendakwa dibenarkan).

Oleh: Taufiq Hidayah
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/bawa-bukti-apabila-menuduh-seseorang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Praperadilan Kpk Bawa 42 Bukti Keterlibatan Imam Nahrawi Di Kasus Dana Koni

Sidang Praperadilan Kpk Bawa 42 Bukti Keterlibatan Imam Nahrawi Di Kasus Dana Koni

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 210 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi menunjukkan 42 bukti atas keterlibatan eks Menteri Pemuda dan Olahraga Imam Nahrawi dalam sidang praperadilan di Pengadilan Negeri Jakarta Selatan
Salmafina Sunan Pamit Dari Ig Bukti Bahwa Media Sosial Bawa Dampak Buruk Bagi Kesehatan Mental

Salmafina Sunan Pamit Dari Ig Bukti Bahwa Media Sosial Bawa Dampak Buruk Bagi Kesehatan Mental

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 284 hits
Komentar yang kamu tulis di media sosial bisa berakibat buruk bagi kesehatan mental seseorang lo Mental illness itu nyata adanya
Datangi Polda Metro Fahira Bawa Bukti Unggahan Ade Armando

Datangi Polda Metro Fahira Bawa Bukti Unggahan Ade Armando

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 179 hits
Fahira datang membawa bukti bukti yang diperlukan untuk memproses laporannya tersebut Laporan Fahira terdaftar dalam nomor laporan LP 7057 XI 2019 PMJ Dit Reskrimsus tanggal 1 November 2019
Saya Tak Menyesal Dah Banyak Bukti Anak Bunuh Bapa Kerana Curang Di Belakang Ibunya

Saya Tak Menyesal Dah Banyak Bukti Anak Bunuh Bapa Kerana Curang Di Belakang Ibunya

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 276 hits
https ift tt 3322NxV Seorang lelaki berusia 28 tahun tergamak membunuh bapa kandungnya Rahadi 58 dengan kapak dan menyembunyi mayat mangsa di dalam tangki septik Kejadian yang berlaku di Desa Kendayakan Kecamatan Warureja Kabupaten Tegal In...
Pencalonan Jeck Seng Bukti Muafakat Nasional Tidak Rasis

Pencalonan Jeck Seng Bukti Muafakat Nasional Tidak Rasis

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 263 hits
oleh Ab Jalil Backer Pengumuman Dr Wee Jeck Seng sebagai calon BN untuk PRK Tanjung Piai adalah satu permulaan baharu kepada gerakan politik Barisan Nasional selepas PRU 14 Jika mahu mencapai kemenangan dalam PRU 15 kalah atau menang kita h...
Ltte Bukti Penipuan Perjuangan Malaysian Malaysia Dap

Ltte Bukti Penipuan Perjuangan Malaysian Malaysia Dap

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 458 hits
Apa logik orang Tamil Malaysia berjuang bina negara di Sri Lanka BANGI Pembabitan golongan Tamil dalam kalangan DAP yang terang terangan menyokong perjuangan menubuhkan negara Tamil di Sri Lanka menunjukkan satu lagi bukti penipuan parti ta...
Pengekalan Taraf Kredit Bukti Pakatan Mampu Urus Negara Kata Guan Eng

Pengekalan Taraf Kredit Bukti Pakatan Mampu Urus Negara Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 232 hits
Pengekalan taraf kredit bukti Pakatan mampu urus negara kata Guan Eng Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Oc
Perbuatan Tidak Jujur Najib Razak Bukti Kes Src International

Perbuatan Tidak Jujur Najib Razak Bukti Kes Src International

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 320 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Johor Apa Yang Menarik Di Iskandar Puteri

Business Marketing For Success

Ayam Madu Sira Masak Guna Resipi Ni Memang Sangat Sedap

Andika Putera Biodata Usahawan Kacak Geng Old Money

Ikan Siakap Masak Berlada

Biarkan Aku Menangis

Apa Itu Old Money Memahami Konsep Old Money Dan Keistimewaannya Yang Unik

Lirik Lagu Nombor 1 Sleeq


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Breakfast Hari Ini

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Wings Mayang Sulit Chord

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Fakta Tentang Susu Kucing Dan Jenama Susu Untuk Dicuba