Bawa Bayi Dalam Hujan Lebat Basah Kuyup Tapi Tak Seorang Pun Tegur Sifat Prihatin Lelaki Ini Menyentuh Hati
Sifat bantu-membantu antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama merupakan satu sifat terpuji yang harus diterapkan dalam diri setiap individu. Setiap bantuan yang dihulurkan datang dalam pelbagai bentuk, bukan setakat wang ringgit sahaja. Jika anda berkemampuan dan mempunyai kudrat untuk membantu, hulurkanlah ‘tangan’ bagi mereka yang memerlukan.
Seperti sifat terpuji lelaki ini yang wajar dijadikan contoh ikutan kepada semua masyarakat. Disebabkan rasa tidak sampai hati melihat sepasang suami isteri bersama anak kecil basah kuyup meredah hujan, Susilekumar Thamotaran menawarkan bantuan untuk menghantar si ibu dan bayinya ke destinasi, sementara suaminya menunggang motosikal mengikuti dari belakang.
Di saat semua orang tidak peduli, lelaki ini menunjukkan sifat prihatin dengan membantu memudahkan urusan orang lain. Nampak remeh, tapi membawa makna yang besar. Tahniah kami ucapkan!
Malam semalam (15/01/2019) , saya dalam perjalanan dari Puchong ke Rawang pastu kami singgah kat Shell Subang (Highway) nak topap minyak.
Hujan lebat giler… dan kami terserempak ngan sepasang suami isteri Melayu dan anak berusia 1 tahun 3 bulan menunggang motorsikal. Mereka basah kuyup..
Kami tak sampai hati pastu kami tanya husband dia lokasi perjalanan. Mereka otw ke Sri Damansara. So kami pun offer kat husband dia untuk hantar isteri dan baby ke Sri Damansara. Husband dia dengan senyuman (gembira) dan setuju.
So.. kami drop isteri dan baby sementara husband dia bawak motor follow kita. Lepas drop kat Sri damansara mereka pun sangat berterima kasih.
Tujuan saya kongsi benda ni sebab , ramai yang nampak family tu takda baju hujan dan basah.. tapi takda sorang yang menegur.. setakat tumpang je.. bukan you all rugi berjuta.. fikir laa sikit kekawan..
-Susilekumar
#susilarts #tamilan #humanity
Sumber : Susilekumar Thamotaran
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/01/bawa-bayi-dalam-hujan-lebat.html