Bawa Anak Ke Menara Alor Setar
Dalam entri yang lepas Diah ada
ceritakan pengalaman kami sekeluarga bercuti di Alor Setar Kedah. Menyantuni jemputan
pengantin kisahnya.
Untuk entri kali ini, Diah nak
kongsikan pengalaman kami bawa anak-anak melawat Menara Alor Setar. Tempat wajib
pergi sebab nak kenalkan anak-anak dengan mercu tanda Negeri Kedah.
Esok lusa kalau ada tugasan
sekolah melibatkan tempat-tempat menarik boleh la masing-masing tulis
pengalaman masing-masing.
Boleh baca - Percutian Keluarga Ke Alor Setar
Bawa Anak Ke Menara Alor Setar
Percutian ke Alor Setar ni
merupakan antara kenangan yang tak dapat kami lupakan walaupun bercuti dalam
masa yang singkat.
Kami jalan-jalan ke Menara Alor
Setar adalah pada hari ketiga. Hari pertama kami sampai dah agak lewat petang
jadi hanya berjalan ke kawasan sekitar sahaja.
Hari kedua adalah hari majlis
Perkahwinan berlangsung jadi habiskan masa di kenduri dan berjumpa kawan-kawan
lama.
Rasa rugi dah jalan jauh tapi tak
jejak kaki ke Menara Alor Setar, mercu tanda kebanggan Negeri kedah dan jadi
salah satu tempat menarik di Alor Setar.
Jadi pagi tu selepas selasai
urusan check out dari Hotel Grand Alora kami terus ke sana. Tak jauh pun, lebih kurang lima belas minit
perjalanan.
Menara Alor Setar, Tarikan Pelancong
Dalam & Luar Negara
Kalau nak tengok pemandangan
seluruh Alor Setar memang kena naik menara ni. Menjadi tarikan para pelancong
dalam dan luar negara.
Dikatakan reka bentuk menara
mendapat inspirasi daripada tanaman padi yang terkenal di kedah. Rekaan menyerupai
setangkai padi yang di ikat bersama.
Waktu sekolah dulu cikgu selalu
terangkan kelebihan negeri-negeri di Malaysia dan Kedah dikenali sebagai Negeri
Jelapang Padi.
Antara tarikan Menara Alor Setar
ialah Star View, Megaview (Banquet Hall, ketinggian 100m), Observation Deck,
Dropzone dan juga Snap-Sky (tangkap gambar pada ketinggian 100m).
Harga Tiket Menara Alor Setar
Pengunjung boleh pilih nak tengok
pemandangan Bandar Alor Setar di Observation Deck atau pun Star View.
Bezanya ialah jika beli tiket
Observation Deck, pengunjung hanya boleh tengok bandar Alor Setar pada
ketinggian 88 meter dan pemandangan dari dalam (indoor).
Tapi selesa sebab berada dalam
bangunan ada air conditioner, juga disediakan teropong. Aktiviti agak terhad.
Manakala kalau beli tiket Star
View boleh tengok bandar Alor Setar pada ketinggian 105 meter, betul-betul
berada di Puncak Menara.
Boleh keluar dari bangunan
(Outdoor) dan pengunjung boleh berjalan keliling menara termasuk boleh
bergambar dalam kotak kaca yang disediakan.
Rasanya menara tinjau dekat
mana-mana pun sama je konsep dia. Sama macam kami naik Menara Kuala Lumpur, ada Sky Box & Sky Deck.
Alang-alang dah sampai sini kami
beli tiket Star View. Pemandangan luas terbentang, memang cantik sangat. Besar
bukti Kebesaran Allah. Nampak bangunan, sawah padi dan gunung ganang.
Kami habiskan masa hampir sejam
dekat sini. Walaupun tak banyak aktiviti boleh dilakukan tapi seronok dapat
beri pengalaman baru untuk anak-anak.
Sebelum balik, niat nak cari Nasi
Kuning Kedah tapi hampa. Oleh sebab tak mahu tangguhkan perjalanan jadi kami
berhenti makan di Ayam Gepuk Pak Raden HQ.
Tak menyesal makan dekat sini.
Nak tahu apa kami makan, Diah ada cerita dalam entri ini. Lepas makan kami
bergerak pulang.
Seperti dijangkakan memang kematu
punggung punya lama hadap kesesakkan lebuh raya. Memandangkan bukan selalu jadi
kami hanya ‘menikmati’ apa ada depan mata.
Ada rezeki pasti nak datang lagi. Moga Allah limpahkan rezeki untuk kami sekeluarga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2023/07/bawa-anak-ke-menara-alor-setar.html