Bawa Anak Berjalan Atau Balik Kampung Setiap 2 Jam Perlu Berhenti Rehat Barulah Anak Tak Meragam


Semestinya bercuti merupakan aktiviti yang amat disukai oleh kanak-kanak. Mana tidaknya, inilah masa untuk mereka bersuka ria! Lazimnya percutian pendek seperti satu hari dua malam atau dua hari tiga malam merupakan kelaziman buat mereka yang mempunyai keluarga.

Namun tempoh itu akan meninggalkan ‘igauan ngeri’ jika ada anak-anak mula ‘buat hal’. Bagaimanapun ada caranya untuk mengelak atau mengendalikan anak-anak seumpama ini semasa bercuti atau melancong.
Perancangan awal Sebelum memulakan perjalanan, anda telah membuat perancangan yang rapi tempat atau lokasi secara tepat yang bakal dilawati. Tempat yang dilawati mestilah selamat dan cuaca yang tidak terlalu panas atau sejuk. Lokasi sama ada pusat peranginan, taman tema, pantai atau air terjun.
Tempah penginapan Tempat penginapan ditempah lebih awal. Perjalanan yang jauh menjadikan kanak-kanak mudah letih. Keadaan akan menjadi lebih tidak terkawal sekiranya anda tidak dapat menyediakan segera tempat untuk mereka berehat dan melakukan aktiviti yang disukai semasa sampai di tempat yang dituju.
Mesti ada peraturan Jelaskan kepada anak bahawa biar di mana pun mereka berada, peraturan tetap ada, sekalipun pergi bercuti. Oleh itu, jelaskan beberapa peraturan yang ditetapkan semasa bercuti misalnya tidak membuang bising di lobi hotel, tidak berebut semasa mengambil makanan semasa di hotel dan beberapa peraturan lain. Malah sentiasa mewujudkan ‘peraturan’ sebelum bergerak sesuatu tempat yang ingin dilawati. Dalam masa yang sama anda boleh menyelitkan beberapa peraturan yang perlu diikuti semasa percutian tersebut.
Senarai aktiviti Aktiviti yang dirancang tidak terlalu padat. Makin kurang aktiviti yang di rancangan makin kurang tekanan pada anak. Percutian adalah sesuatu yang menggembirakan anak-anak. Oleh itu, jangan jadikan ia sesuatu mimpi ngeri buat anak anda.
Jangka masa Sekiranya anda merancang untuk melancong dalam jangka masa yang lama dan jauh, mulakan dengan membawa anak melancong dalam tempoh masa yang pendek. Tujuannya adalah untuk melihat sikapnya sama ada mudah menerima perubahan atau tidak. Kesan daripada itu, anda akan ketahui tindakan yang boleh diambil bagi membantu mengawal tingkah lakunya.
Persiapan minda Sediakan minda anak untuk berjalan jauh atau melancong. Sekurang-kurangnya seminggu sebelum perjalanan bermula. Berbincang dengan anak tentang percutian dan tunjukkan gambar tempat yang bakal dikunjungi. Secara tidak langsung mereka akan mempunyai perasaan gembira untuk pergi bercuti dan sentiasa mendengar arahan anda.
7. Sedia kamera
Beri anak kamera untuk kegunaan mereka sendiri. Banyak terdapat di pasaran kamera yang murah dan senang digunakan. Tingkah laku yang tidak diingini dapat dialih bila kanak-kanak sibuk mengambil gambar yang dilihatnya atau yang diminatinya. Kesibukan dengan aktiviti baru ini membuatkan mereka ceria sepanjang percutian.
Permainan kegemaran Bawa bersama mainan yang digemarinya Anda memasukkan mainan tersebut dalam beg kecil. Mudah untuk anda mencarinya apabila diperlukan oleh anak anda. Mainan yang digemari akan dapat membantu mengalih perhatian anak anda daripada menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
Muat turun permainan Bagi anak yang lebih besar, anda boleh sediakan permainan muat turun di tablet anak anda. Pastikan juga anda telah memasukkan beberapa permainan atau program yang mencukupi serta menarik. Namun hadkan permainan ini kerana kanak-kanak tidak digalakkan melihat skrin tablet dalam tempoh yang lama.
Pakaian selesa Sepanjang perjalanan anak memakai pakaian yang selesa. Pakaian tersebut sebaik-baiknya mudah ditanggalkan dan fabrik yang tidak terlalu panas atau sejuk. Ia juga tidak terlalu ketat atau longgar supaya mudah untuk bergerak dengan aktif. Cara ini mengelak anak meragam disebabkan rasa panas dan tidak selesa.
Makanan Kadang kala anak-anak mula membuat perangai atau tidak dengar cakap apabila mula berasa lapar. Bawa bekalan makanan ringan, buah-buahan dan roti yang secukup sepanjang perjalanan. Jika perlu bawa beg tahan sejuk supaya anak-anak dapat minum minuman yang sejuk semasa perjalanan.
12. Kotak pertolongan cemas
Pelbagai ubat-ubatan ada dalam kotak pertolongan cemas termasuk ubat demam dan sebagainya. Juga jangan lupa membawa ubat yang sepatutnya terutamanya jika anda mempunyai anak-anak yang mempunyai jadual pengambilan ubat-ubatan.
13. Elak makanan manis
Semasa perjalanan elak daripada memberi gula-gula atau makanan manis pada anak. Pemberian gula hanya akan membantu merangsang kanak-kanak aktif. Ia akan membuat anak anda sukar dikawal seperti tidak duduk diam terutama sekali bagi anak yang berusia satu hingga empat tahun.
Makanan biasa dimakan Sekiranya anda melancong ke tempat yang belum pernah anda kunjungi, anak anda mungkin akan mengalami kejutan daripada segi makanan. Mereka mungkin tidak selesa dengan ‘makanan baru’ itu. Akibatnya anak tidak mahu makan. Situasi lapar boleh menyebabkan anak tidak selesa dan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda harus bersedia dengan makanan yang dimasak sendiri atau makanan yang biasa dimakan oleh anak.
Perjalanan malam Memulakan perjalanan pada waktu malam adalah digalakkan. Waktu malam adalah waktu tidur buat anak-anak. Situasi ini juga dapat membantu mengelakkan anak anda dari bosan semasa berada dalam perjalanan.
16. Melancong dengan minda terbuka
Semasa melancong anda dan anak mungkin akan bertemu dengan perkara atau peristiwa yang di luar dugaan anda. Jangan cepat membuat kesimpulan yang negatif tentang sesuatu yang bertentangan dengan budaya sendiri. Jangan cepat menilai dan cuba sedaya mungkin mencari perkataan yang boleh mengalih rasa ketakutan atau tidak selesa anak anda.
17. Persekitaran tenang
Melancong ke tempat yang sesak dengan orang ramai membuatkan anak tidak berasa selesa. Cara ini membuatkan anak berasa rimas. Bawa anak ke kawasan yang tenang, nyaman dan damai. Itulah percutian buat anak. Jika anda bercadang untuk membeli belah di kawasan yang sesak, seharusnya tinggal sementara anak di hotel.
18. Tidak ke kedai permainan
Jika anda dalam percutian bajet. Elakkan membawa anak singgah ke kedai permainan atau cenderahati yang berdekatan dengan hotel. Kebiasaan harga yang di tempat seumpama ini agak mahal. Cara ini mengelak anak meragam apabila permintaannya tidak dipenuhi.
19. Lokasi lawatan
Pergi bercuti memang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun tempat lawatan atau aktiviti lebih berbentuk orientasi kekeluargaan dan kanak-kanak. Jangan lupa, kawasan yang menawarkan kolam renang dan taman permainan tema. Kanak-kanak pastinya sepanjang hari berseronok dan gembira.
20. Dalam pesawat
Jika anda memilih untuk menaiki kapal terbang untuk ke destinasi percutian, anak akan mengalami perubahan tekanan dalam kapal terbang semasa berlepas atau mendarat. Ia mungkin akan membuatkan mereka meragam atau menangis dan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Oleh itu, tip untuk mengelak daripada berlaku ialah berikan sesuatu untuk diminum atau berikan lollipop pada anak yang lebih besar.
21. Beg kecil
Jika anda mempunyai beberapa orang anak yang masih kecil, masukkan pakaian setiap anak-anak ke dalam plastik secara berasingan sebelum anda memasukkan kesemuanya dalam beg besar anda. Keadaan ini akan memudahkan dan mempercepatkan tindakan anda semasa mengurus anak kecil tersebut. Dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anak daripada menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
22. Berhenti rehat secukupnya.
Sekiranya anda melakukan perjalanan hampir separuh hari dengan menggunakan kereta, anda perlu  singgah berehat, sekurang-kurangnya dua jam sekali.  Kanak-kanak memerlukan masa antara 15 hingga 30 minit untuk menghilang rasa letih, lenguh dan juga untuk bermain seketika sebentar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Bawa Anak Berjalan Atau Balik Kampung, Setiap 2 Jam Perlu Berhenti Rehat! Barulah Anak Tak Meragam appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bawa-anak-berjalan-atau-balik-kampung-setiap-2-jam-perlu-berhenti-rehat-barulah-anak-tak-meragam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Kuasa Lihat Anak Terus Menangis Bahkan Sampai 7 Jam Suami Vanessa Gala Butuh Sentuhan Maminya

Tak Kuasa Lihat Anak Terus Menangis Bahkan Sampai 7 Jam Suami Vanessa Gala Butuh Sentuhan Maminya

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 355 hits
Merasa tak mampu mengurus bayinya Bibi tak jarang bertanya pada ibu ibu yang ada di Instagram terkait kondisi yang dialami Gala
Awal Pagi Pertama Sekali Kena Mandi Ajar Konsep Masa Dengan Anak Kecil Barulah Berdisiplin

Awal Pagi Pertama Sekali Kena Mandi Ajar Konsep Masa Dengan Anak Kecil Barulah Berdisiplin

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 328 hits
Ramai mengangap bahawa anak anak kecil tidak perlu diajar tentang masa Mungkin kerana mereka masih terlalu kecil dan tidak memahami tentang konsep masa malah tidak pandai melihat jam Sebenarnya anak kecil ini boleh di didik tentang konsep m...
Kena Ajar Anak Lelaki Anak Perempuan Sama Sama Buat Kerja Rumah Barulah Tak Jadi Raja Kelak

Kena Ajar Anak Lelaki Anak Perempuan Sama Sama Buat Kerja Rumah Barulah Tak Jadi Raja Kelak

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 238 hits
Melatih anak anak untuk melakukan kerja ringan di rumah bukan sahaja akan memudahkan dan meringankan tugas anda malah ia juga dapat meningkatkan peribadi serta kejayaan mereka untuk jangka masa panjang Tugas kerja rumah ini boleh dimulakan ...
Hiburan Kadang Kadang Rasa Seperti Gagal Menjadi Ibu Nabila Kongsi Warkah Daripada Anak Minta Balik Awal Dari Kerja

Hiburan Kadang Kadang Rasa Seperti Gagal Menjadi Ibu Nabila Kongsi Warkah Daripada Anak Minta Balik Awal Dari Kerja

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 403 hits
Tampil berkongsi rasa pelakon Nabila Huda telah memuat naik sebuah warkah yang dikirim anaknya baru baru ini Menurut Nabila Keisha yang kini berusia 10 tahun telah menulis sebuah surat mengharapkan dia pulang awal daripada kerja selepas ini...
Sedih Bila Dia Tolak Umie Peluk Mak Tok Jarang Jumpa Anak Sebab Kerja Ibu Ini Tekad Berhenti

Sedih Bila Dia Tolak Umie Peluk Mak Tok Jarang Jumpa Anak Sebab Kerja Ibu Ini Tekad Berhenti

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 353 hits
Ramai ibu pada zaman kini yang mengambil peluang untuk bekerja demi membantu keluarga Perkara ini semestinya bukan perkara yang asing lagi Demi mencari rezeki ramai yang terpaksa berkorban kasih sayang dan masa bersama anak dan keluarga Sep...
Minta Anak Anak Sule Perhatikan Adik Tiri Mereka Teddy Kalau Bisa Ditengok Atau Video Call

Minta Anak Anak Sule Perhatikan Adik Tiri Mereka Teddy Kalau Bisa Ditengok Atau Video Call

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 241 hits
Tak lagi berkomunikasi dalam beberapa bulan terakhir Sule justru memberikan pernyataan yang sedikit berbeda dari suami mendiang Lina tersebut
Elak Ajar Anak Suap 24 Jam

Elak Ajar Anak Suap 24 Jam

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 411 hits
Sebenarnya jadi mak ni dia kena jadi guru atau senang kata pensyarah Juju lebih banyak bersyarah Korang tengok tak pensyarah kat universiti tu ajar korang mcm mana Dia bising je kat depan kuliah selain tu korang kena berdikari buat kerja kh...
Isteri Sarat Hamil Suami Bawa Balik Isteri Orang

Isteri Sarat Hamil Suami Bawa Balik Isteri Orang

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 244 hits
Kedua duanya mengaku suami isteri sedangkan sudah berkeluarga dan mempunyai anak ketika diserbu penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim KULIM Sepasang kekasih sanggup mengaku sudah berkahwin sedangkan masing masing berstatus suami dan ister...
Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata