Batalkan Keahlian Mereka Yang Melompat Parti Ibrahim Ali



PENGASAS LOMPAT KATAK BERPESAN KEPADA KATAK KATAKPUTRA mengusul dan mencadangkan pindaan kepada Akta Pilihan Raya bagi mencegah budaya lompat tukar parti yang menjadi-jadi di mana memudaratkan beban kewangan negara serta boleh mengancam keselamatan rakyat dan kestabilan politik.Dulu bertukar parti tidak seburuk sekarang hingga boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan. Saya pernah bertukar parti atas sebab-sebab peribadi dan disingkir tetapi secara individu yang langsung tidak menggugat kerajaan yang dipilih rakyat. Saya digelar ‘katak’ dan dicemuh, kini bukan lagi ‘lompat katak’ tetapi ‘lompat beruk cari buah dari pokok ke pokok’. Pelik tapi benar.Mereka yang pernah mengecam saya melompat parti mutakhir ini bertukar parti atau melompat lebih dua tiga parti tanpa segan silu ibarat kata dulang paku serpih. ‘Tahta Raja Katak’ kini menjadi rebutan begitu hebat sekali.Terkini lompat parti berlaku ‘secara berjemaah’ yang meruntuhkan kerajaan dipilih rakyat melalui pilihan raya. Ia berlaku di Semenajung dan terbaru di Sabah.Budaya ‘lompat berjemaah’ ini amat bahaya kepada sistem demokrasi kerana ia melibatkan perubahan kerajaan. Pasti majoriti rakyat tidak senang dengan perkembangan ini. Ia bukan setakat bertukar kerajaan tetapi DUN dan Dewan Rakyat boleh dibubar untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum (PRU).Jika kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya belum pun cukup tiga tahun, terpaksa dibubar atas mainan politik lompat, cuba bayangkan kos kewangan yang terlibat bila PRN atau PRU diadakan secara tiba-tiba dan jarak PRN dan PRU dulu belum matang. Ia pembaziran dan boleh menimbulkan ketegangan antara rakyat.Bagi mengatasi ‘budaya gila’ lompat parti yg menjadi-jadi malah secara berjemaah, PUTRA mengusul dan mencadangkan Akta Pilihan Raya dipinda dimana setiap wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya tidak boleh melompat atau berpindah parti.Jika mana-mana wakil rakyat bertukar parti dari parti yang asalnya dipilih, mereka secara automatik lucut hak sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan dan parti berkenaan boleh menamakan wakil baru tanpa diadakan pilihan raya kecil.Peraturan ini bagi wakil rakyat yang sudah dipilih melalui PRU dan tidak terlibat dengan ahli ahli biasa yang mahu bertukar parti. Inilah sahaja cara supaya tidak akan berlaku beli membeli wakil rakyat setelah dipilih.Perlu ditegaskan landskap politik negara sudah berubah dan tidak ada lagi parti dominan yang akan menang majoriti selesa. Maka perbezaan kecil atau marginal akan menjuruskan kepada lobi-melobi atau beli membeli wakil rakyat.Ia sudah menodai amalan demokrasi, membazir wang negara dan mewujudkan ketidakstabilan politik negara serta boleh mengancam pembangunan ekonomi rakyat.PUTRA menyeru semua pihak terutama NGO-NGO supaya menyokong cadangan Pindaan Akta Pilihan Raya bagi menamatkan budaya lompat parti yang boleh meruntuhkan sesebuah kerajaan yang dipilih rakyat.Sebelum ini ada berbagai cadangan seperti mewujudkan Anti Lompat Parti dan sebagainya, tetapi cadangan PUTRA ini bagi membatalkan keahlian mana-mana wakil rakyat secara automatik yang bertukar parti dan diganti dengan wakil parti yang menang.Ia adalah terbaik demi membendung berlakunya rasuah politik dan diharap mendapat sokongan semua pihak bagi menjamin kelangsungan sistem demokrasi yang bermaruah.Datuk Paduka Dr. Ibrahim AliPresiden PUTRA1hb Ogos 2020.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/batalkan-keahlian-mereka-yang-melompat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Ahli Poltik Katak Sekarang Beruk Lompat Pokok Ibrahim Ali

Dulu Ahli Poltik Katak Sekarang Beruk Lompat Pokok Ibrahim Ali

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 428 hits
Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali PUTRA mengusul dan mencadangkan pindaan kepada Akta Pilihan Raya bagi mencegah budaya lompat tukar parti yang menjadi jadi di mana memudaratkan beban kewangan negara serta boleh mengancam keselamatan rakyat dan k...
Parti Atau Calon

Parti Atau Calon

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 288 hits
Mana lebih demokratik Parti atau calon yang bertanding dalam sesebuah pilihanraya Pada saya adalah lebih baik jika pertandingan itu hanya melibatkan wadah dan bukannya antara penganut wadah atau parti Umum maklum betapa individu yakni manus...
Pujuk Wakil Rakyat Yakini Parti Lain Tidak Salah Kata Bung Moktar

Pujuk Wakil Rakyat Yakini Parti Lain Tidak Salah Kata Bung Moktar

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 321 hits
Umno Sabah berkata perbuatan memujuk atau menyakinkan wakil rakyat supaya menyokong mana mana parti bukanlah suatu kesalahan Pengerusi Umno negeri itu Bung Moktar Radin berkata kaedah sama turut digunakan ketika kempen pilihan raya bagi men...
Prk Slim Parti Politik Perlu Lebih Berani Ketengah Calon Muda

Prk Slim Parti Politik Perlu Lebih Berani Ketengah Calon Muda

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 293 hits
Parti politik perlu lebih berani mengetengahkan orang muda sebagai calon dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian ber...
Ppbm Akan Saman Bekas Ahli Guna Logo Parti Dalam Prk Slim

Ppbm Akan Saman Bekas Ahli Guna Logo Parti Dalam Prk Slim

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 465 hits
PPBM akan mengambil tindakan undang undang sekiranya logo parti itu digunakan oleh kumpulan penyokong bekas pengerusi parti itu Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada pilihan raya kecil Slim bulan depan Setiausaha agung PPBM Hamzah Zainu...
Anifah Dilantik Presiden Parti Cinta Sabah

Anifah Dilantik Presiden Parti Cinta Sabah

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 488 hits
Bekas menteri luar Anifah Aman dilantik sebagai presiden baru Parti Cinta Sabah selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu hari ini Parti tersebut meluluskan pindaan untuk menukar nama kepada Parti Kesedaran Ra...
Tubuh Parti Baharu Mahathir Tunggu Keputusan Mahkamah

Tubuh Parti Baharu Mahathir Tunggu Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 374 hits
Kita tunggu keputusan mahkamah sama ada buat parti atau tidak LANGKAWI 4 Zulhijjah 1441H Sabtu Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan menubuhkan sebuah parti baharu sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos depan tidak memihak ...
Tun M Mungkin Tubuh Parti Baharu

Tun M Mungkin Tubuh Parti Baharu

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 426 hits
TUN Dr Mahathir Mohamad FOTO Ahmad Irham Mohd NoorBERNAMATUN Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan menubuhkan sebuah parti baharu sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos depan tidak memihak kepada pasukan beliau berhubung isu pe...
Pertemuan Tiga Parti Itu Sangat Positif Dr Sam

Pertemuan Tiga Parti Itu Sangat Positif Dr Sam

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 362 hits
Naib Presiden PAS Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pertemuan tiga parti itu berjalan dengan baik sangat mesra dan ada peningkatan Bahkan kata beliau ada kemajuan yang akan berlaku dari masa ke semasa dalam pertemuan seterusnya sel...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi