Batal Bazar Kerajaan Pas Kelantan Tak Reti Buat Keputusan



Keputusan Kerajaan Negeri Kelantan membatalkan bazar Ramadan dan Aidilfitri dua hari sebelum umat Islam mengerjakan ibadah puasa menimbulkan kemarahan dalam kalangan peniaga di negeri itu.
Biarpun Kerajaan Negeri telah mengumumkan sedikit pampasan akan diberikan kepada peniaga terjejas, namun masih banyak yang tidak berpuas hati memandangkan pelbagai persiapan telah dilakukan oleh mereka.
Bagi Ketua Cabang Kota Bharu, Zinda Khalil Sastro Hassan, Kerajaan Pas Kelantan sepatutnya membuat keputusan lebih awal mengenai pembatalan bazar agar peniaga tidak mengalami kerugian besar seperti dialami sekarang.
“Gempar sehari dua ini Kerajaan Negeri umum last minute pembatalan semua bazar Ramadan.
“Ini saya tengok tindakan yang kurang bijak sebab Kerajaan Negeri dilihat hanya pandai buat undang-undang (peraturan) sahaja.
“Contohnya, hari ini dia tengok Covid 19 naik, terus dia sekat bazar Ramadan. Sedangkan persiapan para peniaga sudah habis wang beribu-ribu ringgit menyediakan perlengkapan.
“Jadi ramai peniaga terutama di stadium (Kota Bharu) yang tidak puas hati sampai ada yang kata ‘tidak halal modal yang dikeluarkan, tidak halal Kerajaan Negeri (menghilangkan modal)’. Sampai begitu sekali marahnya,” kata Zinda dipetik.
Menurut mantan Ketua Penerangan KEADILAN Kelantan itu lagi, Kerajaan Negeri sepatutnya memikirkan untuk mengenakan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang lebih ketat ke atas bazar Ramadan, bukan membatalkannya.
Atau pun kata beliau, dilakukan sebagaimana di Selangor, Kerajaan Negeri menyediakan portal perniagaan atas talian seperti disediakan Selangor tahun lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 yang menutup keseluruhan tapak perniagaan.
“Kalau kita tengok keadaan hari ini ekonomi kritikal, lembab. Peniaga kecil baru nak mula berniaga. Biasanya ketika Ramadan rezeki peniaga bertambah, ketika ini juga ramai yang mencari wang tambahan.
“Bila buat begini nampak kerajaan tidak cerdik, tidak menyediakan satu pelan tindakan. Contoh kalau dibatalkan saat terakhir apa langkah untuk bantu usahawan yang ‘hilang’ modal. Inilah yang saya kecewa sangat dengan kerajaan Kelantan
“Walaupun slogan membangun bersama Islam tetapi tidak nampak tindakan ke arah Islam. Patut fikirkan kaedah bagaimana nak jalankan bazar Ramadan dengan SOP yang ketat. Tetapi saat akhir batalkan, ramai peniaga kecil teraniaya,” katanya lagi.
Laporan berita baru-baru ini memaparkan rintihan para peniaga kecil yang tidak puas hati penutupan bazar Ramadan.
Seorang peniaga, Azhar Zaki berkata, pembatalan saat akhir itu amat menyusahkan para peniaga dan rakyat seluruhnya.
“Kita sudah buat pelbagai persiapan, barang dapur barang basah semua dah dibeli, kerana Ramadan bakal tiba dua hari lagi, tiba-tiba hari ini Kerajaan Kelantan umum batal bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, siapa tak marah?
“Banyak modal dah keluar, beli barang dapur, beli khemah, bayar tapak niaga bazar, bayar elaun pekerja, bayar lesen niaga, pendek kata banyak dah modal keluar, boleh pula kerajaan buat keputusan saat akhir, memang kita marah,” katanya dipetik Malaysiadateline.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31952

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Batal Bazar Ramadan Aidilfitri Kerajaan Kelantan Lemah Buat Keputusan Mengejut Kerja Nak Kencing Saja

Batal Bazar Ramadan Aidilfitri Kerajaan Kelantan Lemah Buat Keputusan Mengejut Kerja Nak Kencing Saja

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 317 hits
Keputusan Kerajaan Negeri Kelantan membatalkan bazar Ramadan dan Aidilfitri dua hari sebelum umat Islam mengerjakan ibadah puasa menimbulkan kemarahan dalam kalangan peniaga di negeri itu Biarpun Kerajaan Negeri telah mengumumkan sedikit pa...
Kerajaan Pas Kelantan Batalkan Operasi Bazar Ramadan Dan Aidilfitri

Kerajaan Pas Kelantan Batalkan Operasi Bazar Ramadan Dan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 222 hits
Dua hari sebelum umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Ramadan kerajaan Kelantan memutuskan untuk membatalkan kebenaran pengoperasian bazar Ramadan dan bazar Aildilfitri tahun ini sebagai langkah menanagani peningkatan kes Covid 19 di n...
Kerajaan Pas Tidak Baiki Jalan Walau Memerintah Kerajaan Pusat Penduduk Kecewa

Kerajaan Pas Tidak Baiki Jalan Walau Memerintah Kerajaan Pusat Penduduk Kecewa

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 184 hits
Sewaktu Pas Kelantan merupakan kerajaan pembangkang alasan yang sering digunakan apabila menghadapi masalah insfrastruktur ialah tiada peruntukan dari kerajaan pusat Bagaimanapun menurut Ketua Penerangan KEADILAN Bachok Zulfadly Ruslan kera...
Iklan Judi Raya Sudah Jadi Kerajaan Pas Masih Gagal Pertahankan Islam

Iklan Judi Raya Sudah Jadi Kerajaan Pas Masih Gagal Pertahankan Islam

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 229 hits
MALAYSIA DATELINESetelah kerajaan Perikatan Nasional yang dianggotai Pas menaikkan kembali jumlah cabutan nombor ekor dari 8 kali kepada 22 kali umat Islam di Malaysia kini berdepan penghinaan dengan kewujudan satu video iklan raya yang mem...
Video Judi Tema Raya Pkr Pas Desak Kerajaan Bertindak Tegas Terhadap Kasino Dalam Talian

Video Judi Tema Raya Pkr Pas Desak Kerajaan Bertindak Tegas Terhadap Kasino Dalam Talian

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 248 hits
PETALING JAYA Seorang pemimpin PKR mendesak menteri kerajaan Perikatan Nasional termasuk daripada PAS supaya prihatin dan mengenakan tindakan tegas terhadap syarikat kasino dalam talian GDBet333 yang mengajak orang ramai berjudi dalam satu ...
Keputusan Muktamad Sampai Kiamat Pun Dap Jangan Lagi Diberi Peluang Sebagai Kerajaan

Keputusan Muktamad Sampai Kiamat Pun Dap Jangan Lagi Diberi Peluang Sebagai Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 389 hits
Kebodohan terburu buru gelojoh semasa menjadi kerajaan 22 bulan adalah kesilapan terbesar dan kegagalan seumur hidup DAP Sampai kiamat Melayu Islam tidak AKAN ULANGI memberi peluang kepada DAP menjadi kerajaan Mana parti dan Melayu termasuk...
Kelantan Hadkan Dua Pelanggan Di Satu Gerai Bazar Ramadan

Kelantan Hadkan Dua Pelanggan Di Satu Gerai Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 399 hits
Kerajaan Kelantan menghadkan dua orang pelanggan sahaja dibenarkan untuk membeli juadah berbuka di sesebuah gerai yang beroperasi di seluruh bazar Ramadan di negeri ini Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata ketika urus niaga itu ...
Bazar Ramadan Di Kelantan Dibatalkan

Bazar Ramadan Di Kelantan Dibatalkan

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 266 hits
Bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri dibatalkan susulan kes Covid 19 di negeri itu mencatatkan peningkatan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin memaklumkan perkara berkenaan menerusi ...
Rata Rata Peniaga Bazar Ramadan Di Kelantan Luah Kekecewaan

Rata Rata Peniaga Bazar Ramadan Di Kelantan Luah Kekecewaan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 223 hits
Seramai 100 peniaga bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad V di sini kecewa apabila kerajaan negeri membatalkan kebenaran operasi bazar Ramadan secara drastik di seluruh negeri itu Peniaga mendakwa mereka sudah membuat segala persiapan de...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction