Basikal Lajak Jurujual Diperintah Bela Diri



JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mengarahkan seorang jurujual wanita yang dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak empat tahun lalu, untuk membela diri.
Hakim Dr Shahanaz Sulaiman membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, sekali gus mengetepikan perintah dibuat Mahkamah Majistret di sini pada Oktober 2019 untuk melepas dan membebaskan Sam Ke Ting, 26.
Terdahulu, Ke Ting yang berbaju serba hitam hadir tanpa ditemani ahli keluarga ke pekarangan mahkamah, kira-kira jam 8 pagi tadi.
Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman, manakala Ke Ting diwakili Muhammad Faizal Mokhtar.
Sementara itu, Muhammad Syafiq ketika ditemui selepas prosiding berkenaan berkata, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap perintah pelepasan dan pembebasan oleh Mahkamah Majistret, pada 28 Oktober 2019.
“Tertuduh, Sam Ke Ting diarahkan untuk membela diri di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Pada 28 Oktober dua tahun lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru, melepas dan membebaskan jurujual wanita berkenaan daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak berkenaan.
Majistret Siti Hajar Ali dilaporkan membuat keputusan itu terhadap Ke Ting, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan dihadapinya, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie pada akhir kes pendakwaan.
Sepanjang perbicaraan bermula Ogos 2017, 46 saksi pendakwaan dan 214 eksibit dikemuka di mahkamah.
Pada 10 November tahun lalu, pihak pendakwaan dilaporkan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskan jurujual wanita itu.
Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, ketika itu, Amir Nasruddin, dilaporkan berkata, notis rayuan difailkan pihaknya selepas mendapati dan percaya ada merit memfailkan notis terhadap beberapa isu.
Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Februari 2017.
Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda, selain lesen memandu digantung, sekiranya disabit kesalahan-BH
The post Basikal lajak: Jurujual diperintah bela diri appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/18/basikal-lajak-jurujual-diperintah-bela-diri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=basikal-lajak-jurujual-diperintah-bela-diri

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Projek Solar Bebas Atau Bela Diri Nasib Rosmah Diketahui Hari Ini

Projek Solar Bebas Atau Bela Diri Nasib Rosmah Diketahui Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 314 hits
Selepas tiga tahun sejak Mac 2018 kes berjalan fokus pastinya tertumpu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini 18 Februari 2021 bagi mengikuti kes pertuduhan rasuah membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor Mahkamah akan memutuskan sam...
Rosmah Di Arah Bela Diri Kes Projek Solar Hibrid Di Sekolah Pendalaman Sarawak Mahathir Khalid Apa Cerita

Rosmah Di Arah Bela Diri Kes Projek Solar Hibrid Di Sekolah Pendalaman Sarawak Mahathir Khalid Apa Cerita

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 244 hits
February 18 2021 Datuk Seri Rosmah Mansor diarahkan membela diri di atas dakwaan rasuah melibatkan projek solar hibrid bernilai RM1 25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di SarawakHakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam keputusannya pagi...
Rosmah Diarah Bela Diri Berhubung Kes Rasuah Projek Solar

Rosmah Diarah Bela Diri Berhubung Kes Rasuah Projek Solar

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 229 hits
B Nantha KumarIsteri bekas perdana menteri Najib Razak Rosmah Mansor diarah membela diri atas tuduhan penyelewengan dana bagi projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lu...
Remaja Putri Yang Membunuh Karena Bela Diri Dititipkan Di Dinas Sosial

Remaja Putri Yang Membunuh Karena Bela Diri Dititipkan Di Dinas Sosial

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 203 hits
Sebelumnya MS mengakui membunuh NB Remaja putri ini menyatakan membela diri karena sepupunya itu hendak memerkosanya saat sedang mencari kayu bakar di hutan
Mahkamah Tetapkan 18 Feb Sama Ada Rosmah Bebas Atau Dipanggil Bela Diri

Mahkamah Tetapkan 18 Feb Sama Ada Rosmah Bebas Atau Dipanggil Bela Diri

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 345 hits
malaysiakini comDiterbitkan 10 Feb 2021 1 21 pmDikemaskini 1 22 pmKeputusan sama ada isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor akan dibebaskan dari tuduhan rasuah atas dakwaan meminta rasuah berjumlah RM187 5 juta atau dipanggil membela di...
Perintah Bela Diri Peguam Rosmah Mendakwa Beliau Sedih Tertekan Keputusan Mahkamah

Perintah Bela Diri Peguam Rosmah Mendakwa Beliau Sedih Tertekan Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 269 hits
KUALA LUMPUR Datin Seri Rosmah Mansor dilihat sedih dan tertekan dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang memerintahkannya membela diri atas tuduhan rasuah membabitkan projek tenaga solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak ...
Terkini Rosmah Mansor Diarah Bela Diri Atas 3 Pertvduhan Rasvuah Kes Projek Hibrid Solar

Terkini Rosmah Mansor Diarah Bela Diri Atas 3 Pertvduhan Rasvuah Kes Projek Hibrid Solar

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 255 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membela diri atas pert uduhan ra suah berhubung projek tenaga solar hibrid bagi 369 sekolah dekat pedalaman Sarawak
Apa Pasal Pulak Nak Mencinakan Diri Jangan Ikut Merayakan Perayaan Agama Lain Harom Haromjadah Ikut Kapir Kah

Apa Pasal Pulak Nak Mencinakan Diri Jangan Ikut Merayakan Perayaan Agama Lain Harom Haromjadah Ikut Kapir Kah

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 278 hits
HAMDAN TAHAKita akui negara kita ialah rakyatnya berbilang kaum Ada orang cina india iban kadazan melayu orang asli dan macam macam bangsa Tapi satu jer saya tak setuju pada orang melayu di malaysia ni terutama pemimpin politik Apa ke jadah...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai