Bas Mini


Nostalgia bas mini ‘raja Jalan Raya’



BEBERAPA buah bas mini melalui Dataran Merdeka dan bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur pada Julai 1993.
SAHIDAN JAAFAR
22 September 2019 3:00 AM


BAS mini yang memulakan perkhidmatannya di Lembah Kelang sejak 1974 menjadi nadi kehidupan warga kota yang menggunakan perkhidmatan itu berdasarkan faktor antaranya tambangnya yang termurah, cepat dan melalui semua destinasi penting di Kuala Lumpur. Bagi dewasa tambang dikenakan cuma antara 30 sen hingga 50 sen manakala pelajar cuma 20 sen untuk satu destinasi laluan. Bagi rakyat bawahan dan golongan berpendapatan rendah bas mini suatu rahmat yang tidak ternilai yang boleh membawa mereka berjalan-jalan serata ibu kota.

Menurut Utusan Malaysia dalam laporan khas Selamat Tinggal Bas Mini yang disiarkan pada 30 Disember 1996, pada era 1980-an terdapat kira-kira 1,200 buah bas mini di lembah Kelang melibatkan seramai 320 pengusaha yang menyediakan pe­luang pekerjaan kepada 7,000 pemandu dan konduktor tiket bas.

“Sejak awal 1980-an, perkhidmatan bas mini dianggap antara pa­ling berkesan di pusat bandar Kuala Lumpur. Bukan sahaja ia bergerak pantas dan murah tetapi lebih penting ia juga mampu memberi kepuas­an kepada warga kota yang sentiasa kesuntukan masa.


MEMECUT

“Waktu itu perkhidmatan bas mini begitu berjaya kerana jumlah kenderaan dan keada­an lalu lintas agak terkawal di keseluruhan Lembah Kelang” Utusan Malaysia 30 Disember 1996.

Bagaimanapun, perubahan mendadak sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur serta bilangan jumlah kenderaan apabila negara mengeluarkan kereta sendiri (Proton Saga) menyebabkan perkhidmatan bas mini semakin terhimpit dalam kesesakan lalu lintas, pertambahan penduduk dan jumlah kenderaan yang me­ningkat.

Akibat faktor peningkatan kos kehidupan di Kuala Lumpur, mendorong segelintir pemandu bas mini bertindak agak ganas, memecut kenderaan secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan.


SUASANA penumpang dalam bas mini berhawa dingin nombor 12 menuju ke Bangsar, Kuala Lumpur pada 18 Mei 1993.
KEMALANGAN

“Bermula dari 1980 hingga November 1996, kemalangan yang melibatkan bas mini memang tinggi. Perangkaan polis mencatatkan lebih 5,000 kes kemalangan melibatkan 20,000 penumpang sesungguhnya sa­tu jumlah yang tinggi.

“Perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mencatatkan bagi tempoh yang sama (1980-1996) lebih 10,000 kesalahan lalu lintas dilakukan oleh pemandu bas mini di Lembah Kelang termasuk memandu laju, memotong giliran, melanggar lampu isyarat dan sebagainya.

“Jumlah itu tidak termasuk laporan bertulis dan aduan melalui telefon orang ramai yang tidak senang dengan cara pemanduan para pemandu bas mini.

“Memang diakui tidak semua pemandu berkelakuan se­­demikian tetapi jelas imej bas mini kini semakin menurun dan ada yang mengatakan ‘riwayat bas akan tamat pada bila-bila masa” (Utusan Malaysia 30 Disember 1996).

Utusan Malaysia pada 16 Jun 1996 menyiarkan laporan bertajuk “Permit ganti rugi bas mini” yang memetik kenyataan Menteri Pembangunan Usahawa Datuk Mustapa Mohamed.

Mustapa menjelaskan per­khidmatan bas mini yang telah beroperasi di sejak sekian lama di Kuala Lumpur perlu ditamatkan setelah kajian pihaknya mendapati perkhidmatan itu menimbulkan banyak masalah kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Kebanyakan masalah yang ditimbulkan oleh bas mini berpunca daripada persaingan sengit sesama sendiri hingga menyebabkan pemandu bas mini tidak berdisiplin dan menjadi penyebab kesesakan jalan raya di ibu kota, ” jelas Mustapa (Utusan Malaysia 16 Jun 1996).

Permit bas mini mula ditamatkan secara beransur-ansur apabila bas Intrakota yang telah beroperasi pada 1994 mengambil alih perkhidmatan bas mini bagi meningkatkan mutu peng­angkutan awam di bandar raya Kuala Lumpur.

utusan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mimbarkata.blogspot.com/2019/10/bas-mini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betta Fish Untuk Mini Aquarium

Betta Fish Untuk Mini Aquarium

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 940 hits
Dalam masa sehari dua mati tak dapat diselamatkan Mula mula ikan black neon tetra mati lepas tu guppy last sekali swordtail fish tu yang hanya mampu bertahan sehari selepas geng geng ikan lain mati Tak tahu nak buat macamana masa nyawa nyaw...
Tergantung Sepi Selamat Tinggal Sayang Di Mini Konsert Haqiem Rusli 5 Oktober

Tergantung Sepi Selamat Tinggal Sayang Di Mini Konsert Haqiem Rusli 5 Oktober

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 735 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Kuo Ipad Pro Dan Macbook Pro Dengan Skrin Mini Led Akan Dilancar Seawal 2020

Kuo Ipad Pro Dan Macbook Pro Dengan Skrin Mini Led Akan Dilancar Seawal 2020

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 314 hits
Teknologi skrin OLED yang mula digunakan secara meluas menjimatkan penggunaan bateri dan memaparkan lebih banyak warna berbanding LCD Tetapi ia terdedah kepada masalah burn in di mana imej terbakar pada skrin sekiranya ia dipaparkan untuk w...
Mini Aquarium Dan Jenis Jenis Ikan Yang Mudah Nak Bela

Mini Aquarium Dan Jenis Jenis Ikan Yang Mudah Nak Bela

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 1796 hits
Selamat pagi Salam jumaat Alhamdulillah getting better Kurang merah dan kurang rasa sakitnya Dalam seminggu ni harap harap bolehlah kembali baik sepenuhnya Dalam masa sakit tak boleh tengok cahaya yang banyak lagi lagi screen handphone dan ...
Mini Planner Dan Kalendar Tahun 2020 Murah Di Selangor Kl

Mini Planner Dan Kalendar Tahun 2020 Murah Di Selangor Kl

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 624 hits
MINI PLANNER DAN KALENDAR 2020 MURAH DI SELANGOR KL Assalamualaikum korang Selamat sejahtera Sihat ke tu Alhamdulillah nampaknya jerebu dan IPU dah semakin pulih di Malaysia Harapnya bertambah baik hendaknya Tinggalkan sekejap kisah jerebu ...
Mini Konsert Dato Sri Siti Nurhaliza 2019

Mini Konsert Dato Sri Siti Nurhaliza 2019

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 437 hits
Assalamualaikum Seperti dijanjikan Fiza hendak kongsikan pengalaman ketika hadir menyaksikan konsert Dato Sri Siti Nurhaliza Shopee x Simplysiti Mini Concert pada 14 September 2019 yang lepas Mini Konsert Dato Sri Siti Nurhaliza 2019 Mini k...
Mini Burger Kegemaran Alif Ziyad

Mini Burger Kegemaran Alif Ziyad

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 705 hits
AssalamualaikumMini Burger Kegemaran Alif Ziyad Bila hari cuti dapur memang kerap berasap Dari selepas subuh otak dah bergerak dah fikir nak masak apa untuk sarapan untuk makan tengahari makan petang dan makan malam Itu pun sejak adik baby ...
Kejam Gambar Bayi Dalam Mangkuk Tandas Stesen Bas Undang Kritikan

Kejam Gambar Bayi Dalam Mangkuk Tandas Stesen Bas Undang Kritikan

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 608 hits
Tular di media sosial beberapa keping gambar didakwa kes pembuangan buang bayi yang dipercayai berlaku di Terminal Sentral Kuantan Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik oleh seorang individu kejadian tersebut baru sahaja berlaku sebentar...
Operasi Bas Van Sekolah Haram Terus Berleluasa

Operasi Bas Van Sekolah Haram Terus Berleluasa

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 510 hits
Kuala Lumpur Perkhidmatan van sekolah haram bukan perkara baharu dan walaupun isu itu sudah berulang kali didedahkan bilangan pengusahanya dilaporkan semakin bertambah Pelbagai operasi serta gerakan pemutihan yang dilaksanakan pihak berkuas...
Ulasan Pelantikan Pengerusi Pkr Negeri

Adab Belajar Bila Ilmu Datang Tundukkan Hati Kita

Ikuti Saya Di Media Sosial

Domain Extension Startup Guide

Us Tariff Reduced Without Compromising Red Lines Says Miti

Ambil Report Card

Diplomasi Strategik Malaysia Dorong As Kurangkan Tarif Kepada 19 Peratus Miti

Drama Seadanya Kita


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


My Favourite Way To Take A Break

Capai 2k Views Blog Ini Bukti Usaha Tidak Sia Sia

Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice

Beli Lakewood Pure Cranberry Di Jaya Grocer

Malam Yang Tak Bisa Membawa Tidur