Bas Elektrik Pertama Dilancarkan Di Sabah


Joniston (empat kiri) bersama tetamu lain semasa pelancaran e-Bus klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Sabah lancar projek rintis bas elektrik hujung tahun ini KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah akan melaksanakan projek perintis bas elektrik hujung tahun ini di bandar raya Kota Kinabalu sebagai usaha menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin.

Bas elektrik milik Qhazanah Sabah Berhad, sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri Sabah (GLC) yang dilancarkan pada Selasa. - Foto Bernama
Beliau berkata, bas berkuasa elektrik atau e-Bus itu akan menjadi alternatif yang berdaya maju untuk perkhidmatan pengangkutan awam yang bersih dan memastikan pengangkutan awam negeri berada di landasan yang betul untuk masa depan.


“Jumlah kenderaan di jalan raya Sabah semakin meningkat dan tiada siapa yang mampu menyangkal kenyataan bahawa pelepasan karbon daripada kenderaan konvensional menyumbang kepada perubahan iklim.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Qhazanah Sabah Berhad (QSB) kerana mengambil inisiatif memperkenalkan e-Bus di Kota Kinabalu,” katanya berucap pada majlis pelancaran pengenalan e-Bus di Wisma Tun Fuad di sini pada Selasa.


Ucapan beliau disampaikan Pembantu Menteri, Datuk Joniston Bangkuai dan hadir sama Pengarah Eksekutif QSB, Mohd Shukor Abdul Mumin.


Jafry berkata, Sabah mengambil langkah pertama dalam merintis pengangkutan awam mesra alam dengan pengenalan e-Bus dan berterima kasih kepada QSB, cabang pelaburan strategik kerajaan negeri.

Pengenalan e-Bus tersebut adalah hasil kolaborasi antara QSB dan Gemilang Coachwork Sdn Bhd, pengeluar bas elektrik serta badan bas aluminium terkemuka di Asia.

Ia dijangka beroperasi sebaik sahaja proses koordinasi dengan pihak berkuasa dimuktamadkan bagi menampung pergerakan penduduk yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu.


Selain menyediakan perjalanan mesra alam, e-Bus dengan kapasiti sehingga 66 penumpang itu mempunyai akses yang lebih mudah untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) berkerusi roda memandangkan ia dilengkapi dengan tanjakan bagi menaiki kenderaan.

Sementara itu, Mohd Shukor berkata, apabila e-Bus memulakan projek rintis tersebut, Sabah akan selangkah ke hadapan dalam memanfaatkan tenaga bersih bagi menggerakkan pengangkutan awamnya.


Katanya, e-Bus membantu mempromosikan gaya hidup yang lebih lestari dari segi ekologi di samping mengurangkan pelepasan karbon ke alam sekitar.

“Kami di QSB memacu inovasi secara berterusan melalui pelaburan strategik kami dan membantu kerajaan negeri dalam memajukan Sabah,” katanya. - Bernama

SOURCE: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/10/bas-elektrik-pertama-dilancarkan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bas Ekspres Henti Henti Di Sabah Kini Boleh Beroperasi Dengan Kapasiti 75 Penumpang Kata Masidi

Bas Ekspres Henti Henti Di Sabah Kini Boleh Beroperasi Dengan Kapasiti 75 Penumpang Kata Masidi

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 315 hits
Perubahan SOP itu susulan Sabah memasuki ke fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara namun Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun mengingatkan pemandu penumpang dan petugas haruslah lengkap divaksin KOTA KINABALU Menteri Kerajaan T...
Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan Dua Lokaliti Sabah Pahang Tamat Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan Dua Lokaliti Sabah Pahang Tamat Esok

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 234 hits
KUALA LUMPUR Perintah kawalan pergerakan diperketatkan di dua lokaliti di Sabah dan Pahang akan ditamatkan esok seperti yang dijadualkan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Rodzi Md Saad berkata dua lokaliti berkenaa...
Hiburan Dua Tahun Pendam Rindu Adira Harap Kes Berkurangan Agar Boleh Balik Sabah

Hiburan Dua Tahun Pendam Rindu Adira Harap Kes Berkurangan Agar Boleh Balik Sabah

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 287 hits
Penyanyi Adira Suhaimi 30 merindui keluarganya di Ranau Sabah selepas hampir dua tahun tidak bertemu berikutan penularan pandemik COVID 19 yang berlaku di Malaysia ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Adira atau nama sebenarnya Siti Adira...
Usah Kitar Semula Alasan Selesai Segera Isu Pati Di Sabah Gesa Ahli Parlimen Sandakan

Usah Kitar Semula Alasan Selesai Segera Isu Pati Di Sabah Gesa Ahli Parlimen Sandakan

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 249 hits
Vivian Wong mengingatkan Hamzah Zainudin tidak cuba menyalahkan rakyat atas dakwaan menentang rancangan kerajaan menyelesaikan isu pendatang asing tanpa izin KOTA KINABALU Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong mengkritik kenyataan Menteri Dala...
Sabah Mungkin Masih Tidak Benarkan Perjalanan Antara Negeri Buat Masa Ini

Sabah Mungkin Masih Tidak Benarkan Perjalanan Antara Negeri Buat Masa Ini

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 236 hits
Lalu lintas padat di Jalan Lintas Luyang Kota Kinabalu pada 1 Oktober selepas perjalanan antara daerah mengkut 5 Zon dibenarkan Sabah mungkin tidak membenarkan perjalanan antara negeri walaupun Putrajaya memberikan lampu hijau Sabah mungkin...
Kapal Tambahan Dikerah Jaga Perairan Eez Sabah Sarawak

Kapal Tambahan Dikerah Jaga Perairan Eez Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 392 hits
Datuk Sabri Zali berkata kapal itu adalah tambahan kepada dua lagi aset TLDM di Beting Patinggi Ali dan berhampiran terumbu Pulau Layang Layang yang sentiasa diawasi 24 jam di sepanjang Laut China Selatan Gambar hiasan SANDAKAN Tentera Laut...
Emco At Two Localities In Sabah Pahang To End On Oct 8

Emco At Two Localities In Sabah Pahang To End On Oct 8

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 270 hits
The enhanced movement control order enforced on two localities in Sabah and Pahang will end as scheduled tomorrow National Security Council director general Rodzi Md Saad said the locations were Kampung Pangkalan Abai in Kota Belud Sabah an...
Jurassic Land Kiulu Sabah

Jurassic Land Kiulu Sabah

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 307 hits
Connect with me Instagram http instagram com patrickanohada Facebook page https www facebook com patrickan
Program Outreach Di Sabah

Program Outreach Di Sabah

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 209 hits
Program Outreach Di SabahSalam Keluarga Malaysia Salam juga kepada bloggers Malaysia yang amat di hargai Teruskan menyalur infor bernas dan di sukai pembaca maya Etuza ada terbaca kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Khairy Jamaludin mengenai ...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord