Baru Tahu Rupanya Bahagian Drumette Bukan Peha Ayam Seperti Yang Disangka
Baru Tahu, Rupanya Bahagian “Drumette” Bukan Peha Ayam Seperti Yang Disangka
Sejak dahulu lagi hidangan berasaskan ayam sentiasa menjadi kegemaran ramai.
Daripada digoreng rangup dibakar dengan rempah wangi dimasak kicap sehinggalah menjadi lauk ringkas di rumah ayam sentiasa menambat selera.
Namun ramai yang tidak sedar tentang asal-usul bahagian ayam yang mereka nikmati.
Kebanyakan orang hanya menilai berdasarkan rupa lalu menganggap semua potongan yang nampak serupa adalah sama.
Contohnya satu bahagian yang sering dilabel sebagai peha ayam ramai beranggapan ia datang dari kaki ayam. Sebenarnya sangkaan itu salah kerana bahagian ini bukan dari kaki seperti yang disangka.
Justeru, hari ini SK ingin kongsikan perbezaan bahagian ayam yang ramai salah faham ianya bahagian peha.
Untuk makluman, perkongsian ini diambil daripada pengguna akaun TikTok @dapurchekam.
Bahagian “drumette” bukan peha ayam
Menurut @dapurchekam, ramai yang selama ini menganggap bahawa bahagian ayam drumette sebagai peha ayam.
Tidak dinafikan, dari segi rupa, bahagian ayam tersebut memang kelihatan seperti peha ayam.
Malah, @dapurchekam sendiri mengakui kekeliruan ini sering berlaku kerana bentuknya yang hampir sama.
“Nampak macam peha ayam, tapi bukan,” jelasnya dalam kapsyen.
Difahamkan, drumstick merupakan bahagian kaki ayam, manakala drumette pula merupakan bahagian kepak ayam.
Bahagian kepak dibahagi kepada tiga
Tambah @dapurchekam lagi, untuk mendapatkan bahagian drumette, kepak ayam ataupun whole chicken wing perlu dipotong kepada tiga bahagian.
Bahagian pertama, iaitu bahagian yang paling besar dan berisi, berbentuk hampir bulat serta mempunyai satu tulang utama digelar drumette.
Bentuk bahagian ini memang mirip peha ayam, jadi tidak hairanlah ramai yang keliru. Seterusnya, bahagian di tengah yang lebih nipis pula dikenali sebahagian win flat.
Akhir sekali, @dapurchekam menjelaskan bahawa bahagian hujung kepak yang lebih kecil dan tirus digelar win tip.
@dapurchekam
Nampak macam peha ayam, tapi bukan
♬ original sound – Dapur Che Kam – Che Kam
BACA: Imbau Kenangan Ketika Belajar, Lelaki Kongsi Resipi Bajet Hanya Guna Setin Sardin & Beras
BACA: Pelajar Maahad Tahfiz Al-Fateh Tamat Syahadah Ula, Pengiktirafan Tertinggi Hafazan Al-Quran
BACA: Indian Idol Cetus Fenomena, Buat Netizen Malaysia, Indonesia ‘Berkampung’ Di TikTok
Sumber: @dapurchekam
The post Baru Tahu, Rupanya Bahagian “Drumette” Bukan Peha Ayam Seperti Yang Disangka appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/28/baru-tahu-rupanya-bahagian-drumette-bukan-peha-ayam-seperti-yang-disangka/