Baru Seronok Seronok Jaga Baby Kena Masuk Wad Usia 26 Hari Anak Safwan Nazri Dijangkiti Rsv
Siapalah yang tak risau bila anak tak sihat. Sedangkan demam pun kita dah tak senang duduk, apatah lagi sehingga terpaksa ditahan di hospital. Pasti akan rasa sedih dan susah hati.
Begitulah yang berlaku kepada pelakon Safwan Nazri apabila anaknya yang baru berusia 26 hari telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
“Baru seronok2 jaga baby, happy tiap2 malam tidur dengan baby, tengok muka baby, kiss baby hari2 tiba2 @cintasofia__ kena masuk wad utk 5-7Hari sebab RSV kena lung infection
Sedih weh tengok anak kita dalam tu, tak boleh dekat, tak boleh sentuh ! Ya Allah, Ini Ujian yg berat buat kami di Bulan Ramadan…
Minta semua tolong doakan Anak saya @cintasofia__ yaa!..”
Katanya, bayi perempuannya yang diberi nama Cinta Sofia itu masih lagi dalam pemantauan doktor dan berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU). tambah Safwan lagi, berkemungkinan Sofia terkena jangkitan itu daripada orang yang datang melawat di rumah.
Baca Juga:
“Wait, Sabar.” Video Anak Zahirah MacWilson Tahan Diri Makan Coklat Buat Ramai Kagum. Cerdik!
“Menderita Sejak Ayah Meninggal.” Abang Dayah Kongsi Keadaan Hamzah, Tangan Tak Kuat Sebab Masalah Saraf
Raja Ilya Kongsi Video Gelagat Talita Nak Turun Dari Stroller, Warganet Terhibur. Punyalah Comel!
“Kita tak boleh halang orang nak melawat, perkara dah jadi dan saya tak boleh nak salahkan sesiapa. Cuma kena beringat yang bayi ni sensitif. Anak saya sekarang dalam wad pengasingan dan diberikan antibiotik untuk lima ke tujuh hari. Kalau semuanya okey, akan dibenarkan pulang.”
Tonton video;
View this post on Instagram
A post shared by Safwan Nazri (@safwannazri)
Menerusi portal mStar, kejadian ini membuatkan dia trauma selepas isteri mengalami keguguran sebelum ini pada usia kandungan empat bulan.
“Sebelum ni isteri pernah gugur, nak dapatkan anak bukan mudah. Jadi saya memang trauma bila anak masuk hospital.”
Katanya lagi, dia baharu saja nak merasai kegembiraan menimang cahaya mata tetapi kejadian begini berlaku pula. Untuk mendekati bayinya itu pun tidak boleh. Safwan turut meluahkan rasa bimbang dengan keadaan isterinya yang masih dalam tempoh berpantang.
“Dia sedih dan emosi. Saya kena kuat untuk dia. Saya tak boleh fikirkan hal lain, sekarang ni nak fokus kepada anak kami saja.”
Antara komen;
Untuk rekod, Safwan dan isterinya, Fathin Nur Amalina telah berkahwin pada bulan Mac tahun lalu.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Baru Seronok-Seronok Jaga Baby, Kena Masuk Wad.” Usia 26 Hari, Anak Safwan Nazri Dijangkiti RSV appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/baru-seronok-seronok-jaga-baby-kena-masuk-wad-usia-26-hari-anak-safwan-nazri-dijangkiti-rsv/