Baru Sebulan Jadi Kerajaan Dah Kena Hentam




Baru sebulan jadi kerajaan dah kena hentam?Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: December 30, 2022
ShareTidak adil untuk untuk mana-mana pemimpin dari kerajaan terdahulu mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu harga barang, kata seorang penganalisis politik.
Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata begitu sebagai membidas serangan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan bahawa kerajaan perpaduan yang dibentuk sejak sebulan lalu gagal menangani kenaikan kos sara hidup.
Tambah Awang Azman, adalah terlalu awal untuk menilai kejayaan atau kegagalan pentadbiran Anwar kerana beliau belum pun melepasi tiga bulan tempoh perkhidmatan.
Malah kerajaan sebelum ini yang turut disertai beberapa pemimpin yang berada di blok pembangkang tidak mampu menyelesaikan isu kenaikan kos sara hidup rakyat walaupun berada dalam kerajaan untuk tempoh lebih setahun.
“Kerajaan sekarang mewarisi perkara-perkara kerajaan terdahulu. Mengapa mereka tidak menangani perkara ini?
“Anwar baru sebulan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri. Beliau sudah mengumumkan bantuan kewangan untuk pesawah, penangguhan kenaikan tarif elektrik dan pembentukan jawatankuasa untuk mengkaji perkara ini (kos sara hidup),” katanya dipetik.
Sebagai rekod, kurang sebulan pentadbiran Kerajaan Perpaduan diketuai Anwar, beberapa langkah awal telah dijalankan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Hal itu antaranya dengan melaksana penjimatan di agensi kerajaan supaya wang tersebut dapat dipulangkan kepada rakyat.
Anwar baru-baru ini turut mengumumkan untuk tidak membenarkan peningkatan tarif elektrik bagi kediaman, selain melaksana potongan cukai taksiran 30 peratus kediaman di bawah RM300,000 di Putrajaya.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu turut mengumumkan bantuan awal persekolahan RM150 kepada murid tanpa mengira pendapatan penjaga.
Menurunkan tarif gas antara 5 – 9 peratus bagi mengurangkan kos industri supaya produk pengguna lebih murah.
Kerajaan turut mengumumkan skim internet dengan harga lebih murah serta boleh dilanggan oleh belia, veteran, B40 dan Orang Kelainan Upaya (OKU).
“Saya difahamkan bahawa menteri mempunyai sesi libat urus dengan kementerian dan pihak lain. Adalah kurang adil untuk menyalahkan Anwar dan kerajaan sekarang,” tegas Awang Azman lagi.
Sementara itu profesor pengajian Asia dari Universiti Tasmania, Dr James Chin turut memulangkan paku buah keras kepada Wan Saiful susulan dakwaanya itu.
“Masalah ini diwarisi dari kerajaan terdahulu sebelum era Anwar. Kerajaan yang ada pun masih baharu.
“Mengapa mereka tidak menanganinya ketika berkuasa?” soalnya merujuk kepada tempoh 17 bulan Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai Perdana Menteri.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/baru-sebulan-jadi-kerajaan-dah-kena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Lobang Belakang

Kerajaan Lobang Belakang

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 237 hits
Tak per kerajaan lobang belakang ni boleh apa sahaja Kalau belum iktiraf kira Khaled dah wakil kerajaan iktiraf la Apa la Pudin nak tanya tanya ni Saifuddin Abdullah mempersoalkan tindakan Menteri Pengajian Tinggi Mohd Khaled Nordin mengutu...
Rentasan 1279 Panas Kini Tun M Sentap Tak Dapat Jadi Pm Kerajaan Perpaduan

Rentasan 1279 Panas Kini Tun M Sentap Tak Dapat Jadi Pm Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 211 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1279 1 PM10 DISARAN PERCEPAT REFORMASI INSTITUSI 2 POLITIK LAMA TIDAK BERTAMADUN 3 BILA MALU DICABUT OLEH KEPENTINGAN DIRI Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Politik Politik Malaysia T...
Tiada Lagi Penentangan Hisham Akhirnya Terima Kerajaan Ph Bn

Tiada Lagi Penentangan Hisham Akhirnya Terima Kerajaan Ph Bn

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 266 hits
Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein akhirnya menerima hakikat UMNO telah bekerjasama dengan Pakatan Harapan termasuk DAP Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang sebelum ini rela dipecat daripada UMNO k...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan