Baru Sahaja Kita Berpuasa Sebulan Tapi Fitnah Sudah Menguasai Kembali Kata Zahid

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan  dibuat pihak tertentu bahawa pertemuan presiden parti bersama Dr  Mahathir Mohamad pada 23 Mac lalu adalah untuk menyerahkan dokumen  mahkamah.
Sebaliknya, Zahid yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata  dokumen yang didakwa sebagai dokumen mahkamah itu adalah akuan bersumpah  (SD) dan mencadang mewujudkan kerajaan tanpa DAP, PKR dan Amanah.
“Gambar yang tular di media sosial adalah perjumpaan presiden  parti-parti politik untuk mencadangkan agar Dr Mahathir Mohamad  mewujudkan kerajaan perpaduan tanpa DAP, PKR (Anwar Ibrahim) dan Amanah.
“Itulah titik persamaan persetujuan bagi memulakan perbincangan.  Namun sokongan ditarik balik apabila Mahathir pada Selasa mencadangkan  kerajaan perpaduan semua parti yang melanggar persetujuan awal.
     “Presiden parti yang hadir membawa SD dan bukannya dokumen mahkamah  seperti ditulis beberapa orang. Saya hadir membawa mandat ahli dan  pimpinan Umno, tidak lebih daripada itu,” katanya dalam satu kenyataan,  hari ini.
Zahid berkata demikian mengulas mengenai tangkap layar hantaran  Facebook seorang pegawai Mahathir, yang mendakwa Zahid membawa “dokumen”  bersamanya, namun dibalas Mahathir agar membawa dokumen berkenaan ke  mahkamah.
Gambar itu menunjukkan Mahathir duduk bersama Zahid; Pengerusi GPS  Abang Johari Openg; Ketua Whip GPS Fadillah Yusof; Presiden PPBM  Muhyiddin Yassin; Presiden Warisan Shafie Apdal; bekas timbalan presiden  PKR Azmin Ali dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Tegas Zahid, hanya mereka yang tidak mahu untuk berfikir sahaja akan percaya fitnah yang dilemparkan itu.
   “Adakah dalam perjumpaan seramai itu akan dibincang hal peribadi,  sedangkan isu utama adalah mengenai perubahan kerajaan. Baru sahaja kita  berpuasa sebulan tapi fitnah sudah menguasai kembali,” katanya. 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/baru-sahaja-kita-berpuasa-sebulan-tapi.html