Barcelona Hutang Messi 37 Juta Gaji Tertunggak
Walaupun Barcelona kelihatan mewah dari luaran. di sebaliknya kelab Catalan tersebut kini menanggung beban hutang hampir €1 billion.
Barcelona kini berhutang €37 Juta Gaji Januari Tertunggak Lionel Messi Hutang Barcelona Hampir €1 Billion, Gaji Januari Tertunggak Termasuk €37 Juta Gaji Messi I mpak daripada covid-19 dengan beraksi di stadium kosong membuatkan Barcelona kini bergelut untuk mengimbangi modal yang mereka keluarkan ketika menandatangani pemain pemain mahal. Terutama sekali 3 pemain berharga lebih €100 juta setiap seorang.
Mereka ialah Philippe Coutinho, Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele. Musim lalu Barcelona gagal mendapatkan hadiah kejuaraan walaupun daripada 1 piala sekalipun.
Barcelona kini dalam risiko muflis. Oleh sebab itu hierarki tertinggi kelab mereka tidak menerima cadangan untuk menangguhkan lagi pemilihan presiden baharu.
Sebelum ini ramai pihak meminta pemilihan presiden itu ditangguhkan kerana covid. Namun Barcelona tidak ada banyak pilihan. Mereka perlukan penentu dasar yang baru di kerusi presiden.
Daripada hutang hampir €1 billion itu, €420 juta daripadanya perlu dilunaskan dalam 12 bulan akan datang. Buat masa ini, agenda utama calon presiden Barcelona adalah untuk mengeluarkan Barcelona daripada krisis kewangan yang teruk dan mengelak muflis.
Sportsmole melaporkan, kesemua calon presiden kelab telah berjanji untuk mengurangkan kos gaji pemain dan pegawai. Sama ada menjual pemain ataupun berunding merombak kontrak pemain untuk dikurangkan gaji.
Barcelona musim lalu kerugian €100 juta, menambah angka hutang sebelum ini yang sudah €400 juta. Barcelona juga berdepan kerugian sekitar €400 juta lagi kerana tiadanya penyokong masuk ke stadium.
Biasanya mereka menjana sekurang kurangnya €320 juta daripada kehadiran penyokong. Angka itu sangat tinggi.
Lebih teruk, gaji pemain Barcelona untuk Januari tahun ini yang merupakan penggal baharu pembayaran gaji juga masih belum dibayar. Ianya menunggu kelab mendapat presiden baharu terlebih dahulu. Barcelona is struggling financially...
— Lost ~$115M last season
— Debt has doubled to ~$600M
— Players accepted 70% wage cuts
— Can't make salary payments due in January
"Economically speaking, I would've sold Messi in the summer window"
— Interim President Carlos Tusquets pic.twitter.com/P6lLamsZSd
— Joe Pompliano (@JoePompliano) December 3, 2020 Gaji Lionel Messi pada tahun akhir sekitar €37 juta, masih belum diterima penuh. Ianya adalah baki daripada bayaran gaji Messi pada kontrak yang ditandatangani sebelum ini bernilai €127 juta setahun.
Malah baru baru ini, presiden interim di kelab Barcelona berterus terang menyatakan bahawa, situasi semasa kelab Barcelona tidak menyokong langsung idea untuk melanjutkan kontrak Messi.
Kenapa tak jual Messi?
Carles Tusquets yang kini menjadi Presiden interim di Barcelona menggantikan Josep Maria Bartomeu telah membuat kenyataan paling mengejutkan.
Di mana beliau berpendapat, Bartomeu seharusnya menjual Messi tempoh hari ketika kelab itu menerima surat minta dilepaskan oleh Messi.
Kini Barcelona masih belum dapat meyakinkan Lionel Messi untuk melanjutkan kontrak baharu di kelab itu. Kontrak semasa Messi akan berakhir pada akhir musim ini.
Pada jendela pra musim yang lalu, Messi mengejutkan peminat Barcelona apabila menyatakan hasratnya mahu keluar. Namun Barcelona tidak mahu melepaskan pemain itu.
Bulan hadapan, Messi akan bebas untuk bercakap dengan mana mana kelab, kerana kontraknya hanya tinggal 6 bulan – kerana beliau akan menjadi ejen bebas.
Bartomeu dikenali dengan sikapnya enggan menjual pemain pada harga jauh lebih rendah. Walaupun pemain yang tidak beraksi bagus sekalipun. Di mana beliau selalu meminta pulangan modal ataupun meletakkan tanda harga tak masuk akal berdasarkan prestasi semasa pemauin.
Pemilihan Presiden Barcelona pula hanya akan berlangsung pada 24 Januari.
Tusquets percaya Barcelona seharusnya lebih tegas untuk melepaskan Messi pada hari itu.
Beliau berkata kepada RAC1: “Bercakap dari sudut ekonomi, saya akan jual Messi pada musim panas lalu.”
“Pemain tak akan dapat gaji mereka Januari ini, kedudukan kewangan kelab sangat teruk. Sebab itu saya rasa, kelab harus jual Messi.” Carlos Tusquets(interim Barca president) 🗣:
"Players will not get their January salaries, the financial situation is terrible and worrying. The Club should've sold Messi"
What a shit show 😳 pic.twitter.com/NiA2izehUm
— Footy Accumulators (@FootyAccums) December 3, 2020 “Adalah sangat baik untuk menerima wang [daripada penjualan Messi] dan wang yang akan anda jimatkan serta simpan. La Liga perlu ada had gaji. ” Barcelona’s interim president Carlos Tusquets feels the club should have cashed-in on Lionel Messi during the summer transfer window.https://t.co/YfjFtbyCRs
— News18.com (@news18dotcom) December 3, 2020 Tusquetts sedar bahawa setiap calon presiden ada pandangan berbeza tentang Lionel Messi. Pemain yang dianggap terbaik dalam sejarah Barcelona.
Beberapa calon seperti Joan Laporta dan Victor Font sudah berikrar akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Messi kekal.
Barcelona kini berusaha memastikan mereka mendapat lebih banyak tajaan dan rakan penaja seperti Rakuten dan Beko memeterai perjanjian baharu dengan mereka.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2021/01/barcelona-hutang-messi-37-juta-gaji.html