Barat Bimbang Pengaruh Ulama Masuki Kerajaan


harakahdaily
January 26, 2025
MACHANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa kuasa besar Barat bimbang pengaruh pemerintahan ulama di Iran menular ke dunia Sunni, yang merupakan majoriti umat Islam.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, pemerintahan itu memberikan kuasa besar kepada Majlis Syura Ulama sehingga mampu memecat Perdana Menteri, Presiden, dan membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Islam.

Menurut Tuan Guru, kuasa-kuasa besar bukan takut pada Syiah, tetapi mereka takut pengaruh ulama menguasai kerajaan.

“Ini akan mempengaruhi kalau sunni yang berubah, sunni majoriti umat Islam. Syiah minoriti, pengaruh tak besar. Kalau berlaku pada sunni, balik semula (kepada pemerintahan Islam),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Ijtima Ulama Rabbani Peringkat Kebangsaan 1.0 di Markaz Dewan Ulamak (MADU), di sini hari ini.

Tuan Guru menjelaskan bahawa selepas revolusi, Iran melaksanakan dua agenda besar iaitu pembebasan Palestin dan pengenalan konsep ‘wilayatul faqih’.

“Agenda pertama (ialah) bebaskan Baitul Maqdis. Ini yang pertama. Ini untuk menyatukan orang Islam.

“Yang kedua ‘wilayatul faqih’, pemimpin yang berijtihad daripada wilayah Imam Muntadar. Wilayah lantik pemimpin Imam Mahdi, tunggu Imam Mahdi. Di mana dia buat satu tajdid perubahan dalam mazhab dia,” katanya.

Menurutnya, konsep ’wilayatul faqih’ itu berasaskan kajian mazhab Syafie dan karya ulama besar, Imamul Haramain seperti ‘Al-Ahkam al-Sultaniyyah’ serta ‘Ghiyath al-Umam’.

“Kalau tak ada seorang ulama yang ijtihad, memang kita tak mampu nak lantik nak cari macam Syafie, Hanafi, Hanbali, Maliki tak ada dah, payah.

“(Maka) Lantik jemaah kumpulan, kumpulan ulama-ulama yang boleh berijtihad secara ramai-ramai. Mentarjihkan hukum dan sebagainya,” jelasnya.

Tuan Guru turut menyatakan bahawa PAS menubuhkan Majlis Syura Ulama berpandukan mazhab Sunni.

“Majlis ulama ni dianggotai oleh ahli-ahli Dewan Ulama yang kita pilih, kita tahu keilmuan mereka yang boleh jadi mufti, jadi bekas pensyarah dan sebagainya.

“Ini ahli Majlis Syura Ulama yang mampu berijtihad dalam masalah agama sama ada ulama sendiri didukung oleh ulama ataupun raja berperlembagaan,” jelasnya.

Tuan Guru menambah bahawa raja berperlembagaan ialah raja yang dikawal oleh perlembagaan Islam, di mana raja berada di bawah kawalan perlembagaan tersebut.

Mengulas kebimbangan Barat, Tuan Guru mengaitkannya dengan pandangan orientalis Belanda, Snouck Hurgronje.

“Snouck Hurgronje mengatakan bahawa kuasa-kuasa Barat mesti mencegah ulama-ulama yang mendidik, yang mengajar orang supaya memerintah negara.

“Tulisan Snouck Hurgronje ini ialah seorang orientalis Belanda yang mengaji pondok di Aceh sehingga alim, tahu agama tukar nama, pura-pura masuk Islam, pergi ke Makkah, dia balik ke Belanda, dia tulis buku-buku, tulis makalah-makalah.

“Antara tulisan dia mengatakan bahawa cara Barat nak lawan Islam mesti halang ulama-ulama yang mengajak orang untuk memerintah negara semula macam zaman Nabi. Ini mesti dihalang.

“Maka dilaksanakan undang-undang tauliah mengajar undang-undang tauliah khutbah, undang-undang dan sebagainya. Tauliah-tauliah ni apa? Nak kawal, jangan mengajar benda-benda hok, hok yang boleh mengancam dia. Ini.

“Tauliah bukan ajar yang salah. Tauliah nak menyelamatkan daripada pengaruh Islam. Ini sebenarnya,” terangnya menyedarkan. 
– HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/barat-bimbang-pengaruh-ulama-masuki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Sekolahkan Adun Kedah Projek Khtp Tergendala Bukan Sebab Kerajaan

Rafizi Sekolahkan Adun Kedah Projek Khtp Tergendala Bukan Sebab Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 114 hits
SITI NUR ZAWANIMenteri Ekonomi Rafizi Ramli menempelak ucapan seorang Adun Kedah yang mendakwa Kerajaan Persekutuan telah menekan atau menindas pembangunan The Greater Kedah Ketika sidang DUN Kedah tahun lalu ADUN Jitra Dr Haim Hilman Abdul...
Kerajaan Sedang Perinci Pemberian Tol Percuma Musim Perayaan Lebih Bersasar Pm Anwar

Kerajaan Sedang Perinci Pemberian Tol Percuma Musim Perayaan Lebih Bersasar Pm Anwar

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 139 hits
Kerajaan sedang memperincikan pendekatan lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan Perdana Menteri Dato 8217 Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu selaras dengan usaha penyelarasan subsidi sebelum ini yang menumpukan b...
Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 178 hits
Minderjeet KaurPETALING JAYA Kerajaan Perikatan Nasional mengundang masalah kepada negara kerana masalah dalaman dan tiada dasar yang jelas kata penganalisis Hisomuddin Bakar pengarah eksekutif Ilham Centre berkata penganjuran himpunan soli...
Kerajaan Tanggung Kos Tol

Kerajaan Tanggung Kos Tol

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 97 hits
Nazri Hamdan Tol bersasar bagi musim perayaan satu lagi langkah berani dari kerajaan untuk teruskan fiscal reform Kos bagi tol percuma ni adalah tradisi pentadbiran terdahulu yang diwarisi tapi pembaziran akan berlaku bila diberikan secara ...
Kerajaan Wajar Tubuh Suruhanjaya Tangani Kemelut Padi Beras Mtem

Kerajaan Wajar Tubuh Suruhanjaya Tangani Kemelut Padi Beras Mtem

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 152 hits
bharian com myOleh Januari 23 2025 11 15amGambar hiasanPUTRAJAYA Majlis Tindakan Ekonomi Melayu menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menangani kemelut tidak berkesudahan yang melanda industri padi beras negara Pengerusi MTEM ...
Nad Zainal Selesa Pilih Hantar Anak Ke Sekolah Kerajaan Jimat Dan Saya Yakin

Nad Zainal Selesa Pilih Hantar Anak Ke Sekolah Kerajaan Jimat Dan Saya Yakin

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 134 hits
Pelakon Nad Zainal selesa memilih untuk menghantar anaknya ke sekolah kerajaan berbanding sekolah swasta yang lebih mahal kos pendidikannya Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berkongsi pandangannya melalui TikTok mengenai ke...
Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Baiklah kali ini aku nak kongsikan kepada anda semua pengalaman aku membuat scaling gigi di klinik kerajaan Ya ramai yang sebenarnya tertanya tanya tentang bagai...
Pemuda Pas Sertai Demo Antirasuah Tuntut Kerajaan Bersikap Matang

Pemuda Pas Sertai Demo Antirasuah Tuntut Kerajaan Bersikap Matang

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 144 hits
suara tvBy23 01 2025KUALA LUMPUR Pemuda Pas menyatakan komitmen untuk turut serta sebagai tanda sokongan penuh terhadap penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang akan diadakan pada Sabtu 25 Januari 2025 di Kuala Lumpur Perhimpunan anjur...
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Falsafah Kaca Kosong

Digital Assets Vault Backup Step By Step

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa