Barangan Eksklusif Doraemon Kini Di Gateway Klia2


Barangan Eksklusif Doraemon Kini Di Gateway@KLIA2. Assalammualaikum semua. Tahu tak bermula 7 March hingga 28 April 2019 anda boleh dapatkan barangan Doraemon di Gateway@KLIA2? Lebih dari 300 jenis barangan esklusif dijual disini. Lokasi joalan adalah di belakang KLIA Ekspress sahaja. Ruby sempat membeli pakaian untuk anak-anak ruby, bantal travel, coaster comel, tshirt dan beg fail. Keperluan untuk seisi keluarga. Mesti kita semua meminati kartun animasi Doraemon kan? Jadi, inilah masanya untuk dapatkan koleksi Doraemon dan rakan-rakan. Original hanya dari Animation International.
Barangan Eksklusif Doraemon Kini Di Gateway@KLIA2 Doraemon & Rakan-rakannya Membuat Kemunculan Sulung di ’Pusat Membeli-Belah dalam Lapangan Terbang’ terbesar di Sepang
Melalui kejayaan Doraemon Expo dan pop-up store di Paradigm Mall, Johor Bahru tahun lalu, serta kemunculan kedai sementara di Paradigm Mall Petaling Jaya, Animation International (M) Sdn Bhd kali ini membawakan keseronokan yang sama ke pusat membeli-belah gateway@klia2 di Sepang.
Pop-up store ini akan dibuka di lapangan terbang bertaraf dunia tersebut dari 7 Mac hingga 28 April 2019, dibuka untuk menyatukan peminat Doraemon serta memberikan suasana keajaiban dan kegembiraan di kalangan pengunjung

30 Patung Figura Mega Doraemon Peminat Doraemon bakal menyaksikan 30 patung figura mega Doraemon pada saiz manusia, serta boleh membeli pelbagai jenis cenderahati termasuklah cenderahati edisi terhad di pop-up store ini. Masuk adalah percuma dan ia dibuka untuk pengunjung umum.
Pusat membeli-belah gateway@klia2 dipilih kerana ia adalah kompleks berpengunjung ramai, menyambut kedatangan Iebih daripada 25 juta pengunjung di terminal penerbangan kos rendah terbesar di dunia.
Pengunjung bukan sahaja terdiri daripada pelancong dari seluruh dunia, tetapi juga peminat Doraemon dan pembeli dari kawasan sekitar seperti Putrajaya, Cyberjaya, Nilai, Bangi dan Sepang. Pusat membeli-belah seluas 350,000 kaki persegi ini adalah setinggi 8 tingkat, mempunyai 5,600 ruang parkir bertingkat dan berkonsepkan pusat membeli-belah di dalam lapangan terbang. lni telah menjadikannya lokasi terbaik buat pengunjung dan juga penumpang. la juga boleh diakses melalui pelbagai jenis pengangkutan awam seperti bas, teksi, keretapi dan kereta sewa.
Pop-up store mega ini adalah yang pertama diadakan di lapangan terbang dan dijangka mampu mendorong sektor pelancongan Malaysia dengan menarik minat pelancong yang mendarat di KLIA2. Sektor pelancongan Malaysia menyumbang sebanyak RM84.1 bilion terhadap ekonomi tahun lalu, meningkat 2.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Statistik Pelancong Membeli-Belah Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, YBhg Datuk Mohamaddin Ketapi, pelancong banyak berbelanja untuk segmen membeli-belah iaitu sebanyak 33.4 peratus, diikuti penginapan (25.7 peratus) dan makanan dan minuman (13.4 peratus).
Di dalam sebuah laporan tahunan daripada sebuah syarikat penyelidikan pemasaran dari UK. Euromonitor International -Top 100 City Destinations 2018, senarai yang ditunjukkan menampilkan bandar-bandar popular di dunia berdasarkan kunjungan pelancong, dan Malaysia berada di tangga ke-9, dengan 12,843,000 kunjungan pada 2017 dan 13,434,000 kunjungan pada tahun lalu.
Trafik udara sedunia turut meningkat setiap tahun dan 2018 menunjukkan kunjungan pelancong yang tinggi di Malaysia. Euromonitor turut menyatakan perjalanan dari serata dunia bakal meningkat sebanyak 5% pada tahun ini, jumlah yang memberansangkan untuk industri pelancongan negara kita.
Kuala Lumpur Destinasi Pelancongan Kelebihan spesifik Kuala Lumpur adalah keupayaannya untuk menawarkan harga yang rendah dengan pelbagai jenis produk di dalam sebuah pusat membeli-belah, termasuklah mempunyai tiga (3) daripada 10 pusat membeIi-belah terbesar di dunia. Pusat membeli-belah ini adalah besar daripada 10 pusat membeli-belah terkemuka di United Kingdom.
Malaysia mempunyai 350 buah pusat membeli-belah, menawarkan lebih daripada 100 juta kaki persegi keluasan untuk disewa, dengan nilai hartanah melebihi RM100 bilion.
Membeli-belah adalah komponen yang mewah di dalam industri pelancongan Malaysia. Buat masa ini ia memegang peratusan terbesar dalam perbelanjaan pelancong selepas sektor penginapan. Tourism Malaysia dan Kerajaan akan terus mempertingkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab membeli-belah, menjadikan Malaysia sebagai destinasi membeli-belah yang terkemuka dan menarik.
Membeli-Belah Adalah Kunci Utama Industri Pelancongan En. Steve Chow, Pengarah Animation International (M) Sdn Bhd menyokong sepenuhnya usaha Kerajaan untuk mempromosikan membeli-belah sebagai tarikan pelancongan negara. Beliau begitu berbesar hati dengan hasil acara tersebut, menjadikannya sebagai salah satu (1) tambahan penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab membeIi-belah, lantas menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan negara.
”Saya harap pengunjung akan berseronok Bersama rakan dan keluarga ketika acara ini, di mana ia dibuat khas untuk peminat Doraemon. Kami berharap dapat menyampaikan suasana keajaiban yang dipenuhi kegembiraan serta mengeratkan hubungan, lalu menghasilkan detik yang bermakna untuk anda seisi keluarga. Kami berharap kerjasama antara peneraju industri untuk mempromosikan aktiviti membeli-belah bukan sahaja akan menarik pelancong tempatan, malah dari Iuar negara,” tambah En. Chow.
Berucap di acara tersebut, Cik Selena Chua, CEO, Bahagian membeli-belah WCT Malls berkata, “Melalui maklum balas positif yang kami terima daripada Paradigm Mall di Johor Bahru dan Petaling Jaya, kami berbesar hati untuk menyampaikan keseronokan yang sama dengan membawakan Doraemon Bersama rakan-rakannya ke gateway@klia2 untuk pengunjung dari Malaysia dan dari seluruh dunia.
Setiap hari, kami menyambut lebih daripada 100,000 pengunjung ke gateway@klia2 dan kami sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman yang unik setiap kali mereka berkunjung ke sini. Oleh itu, pop-up store Doraemon dan rakan-rakannya yang pertama akan dlbuka di pusat membeli-belah terbesar di lapangan terbang ini, dan kami berharap pengunjung bukan sahaja boleh mengalami sendiri keajaiban watak biru bernama Doraemon, malah mengambil gambar unik bersama 30 patung figura Doraemon bersaiz manusia dan kongsikannya dalam akaun laman sosial mereka, serta membawa pulang cenderahati edisi terhad untuk keluarga dan rakanrakan mereka.”
Mengenai Animation lntemational (M) Sdn Bhd Animation lntemational (M) Sdn Bhd (Al) telah ditubuhkan pada tahun 2007, dan merupakan sebuah syarikat terkenal yang memegang hak dagangan dan promosi untuk Malaysia dan Singapura bagi jenama terkenal seperti Doraemon, Crayon Shin Chan dan banyak lagi. Al Malaysia juga bertanggungjawab menjaga Iesen jenama bagi pelbagai produk pengguna, pengedaran filem, media baharu, promosi, muzik, penerbitan cetak, acara dan pemasaran.
Mengenai WCT Malls Management Sdn Bhd WCT Malls Management Sdn Bhd merupakan anak syarikat WCT Holdings Berhad, dan telah bersatu pada 2015 bagi menguruskan pusat membeli-belah di bawah Kumpulan WCT iaitu Paradigm Mall Petaling Jaya, Paradigm Mall Johor Bahru, gateaway@klia2 dan Subang Skypark. WCT Holdings Berhad juga telah disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia Securities Berhad.
Untuk maklumat lanjut tentang acara ini, sila layari laman Facebook rasmi Doraemon Malaysia di pautan ini:
https://www.facebook.com/DoraemonMY
The post Barangan Eksklusif Doraemon Kini Di Gateway@KLIA2 appeared first on Malaysia Lifestyle Blogger.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ruby.my/2019/03/barangan-eksklusif-doraemon-kini-di-gatewayklia2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Boleh Pukul Sampai Mati Kini Sorry Zaharin Sound Tmj

Dulu Boleh Pukul Sampai Mati Kini Sorry Zaharin Sound Tmj

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 582 hits
Seorang penyokong Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam memuat naik satu hantaran di facebook miliknya yang mendakwa Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris atau mungkin ditujukan kepada kerabat keluarga DiRaja Johor telah memukul...
Dulu Feminin Kini Seorang Lelaki Macho Miliki Kekasih Jelita Rakan2 Doa Rizman Cepat Naik Pelamin

Dulu Feminin Kini Seorang Lelaki Macho Miliki Kekasih Jelita Rakan2 Doa Rizman Cepat Naik Pelamin

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 1300 hits
Siapa yang tidak kenal dengan jenama Rizman Ruzaini mereka berdua adalah antara jenama fesyen yang tersohor di Malaysia dan sentiasa menjadi pilihan selebriti tanah air Namun anda mungkin masih ingat lagi dengan imej lama Rizman yang duluny...
Profil Wijaya Saputra Pebasket Ganteng Mantan Agnez Mo Dan Kini Mesra Dengan Gisel

Profil Wijaya Saputra Pebasket Ganteng Mantan Agnez Mo Dan Kini Mesra Dengan Gisel

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 166 hits
Belakangan nama pebasket Wijaya Saputra kembali ramai diperbincangkan Kabar kedekatannya dengan Gisella Anastasia membuat mantan kekasih Agnez Mo ini kerap wara wiri di televisi
Google Chrome 73 Kini Menyokong Mod Gelap Macos Mojave

Google Chrome 73 Kini Menyokong Mod Gelap Macos Mojave

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 228 hits
Mod gelap dan cerah Chrome diaktifkan secara automatik mengikut tema macOS Google pada awal hari ini telah melepaskan kemaskini terbaru untuk aplikasi pelayar sesawang Google Chrome Dalam kemaskini tersebut perkara yang paling akan pengguna...
Spotify Kini Membenarkan Anda Mematikan Video Canvas Dan Mengembalikan Paparan Kulit Album Klasik

Spotify Kini Membenarkan Anda Mematikan Video Canvas Dan Mengembalikan Paparan Kulit Album Klasik

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 361 hits
Bagi anda yang menggunakan Spotify anda mungkin perasan dengan paparan video bergerak ketika memainkan sesuatu lagu Fungsi ini walaupun dilihat agak unik namun ada pengguna yang mahukan paparan kulit album sahaja dipaparkan ketika lagu seda...
Aplikasi Google Kini Mencapai 5 Bilion Muat Turun Di Play Store

Aplikasi Google Kini Mencapai 5 Bilion Muat Turun Di Play Store

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 293 hits
Pengguna peranti Android pastinya pernah melihat aplikasi Google yang sedia terpasang pada peranti anda Ia merupakan aplikasi asas daripada Google dalam membolehkan pengguna mendapatkan info ringkas secara pantas Pada hari ini ia telah menc...
13 Potret Dari Babak Terbaru Penderitaan Warga Venezuela 70 Wilayahnya Kini Gelap Gulita

13 Potret Dari Babak Terbaru Penderitaan Warga Venezuela 70 Wilayahnya Kini Gelap Gulita

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 196 hits
Semakin sulit untuk bertahan hidup Kini Venezuela sedang mengalami pemadaman listrik terparah dalam sejarahnya
Bukan Mudah Nak Dapatkan Berat Badan Ideal Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Dari 111kg Kini 70kg

Bukan Mudah Nak Dapatkan Berat Badan Ideal Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Dari 111kg Kini 70kg

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 365 hits
Bukan Mudah Nak Dapatkan Berat Badan Ideal Lelaki ini Berjaya Turunkan Berat Badan Dari 111KG Kini 70KG 1 Bagaimana anda bermula dan terlibat dengan dunia kecergasan secara serius 13 April 2016 saya bermula secara serius Pada mulanya memang...
Azizulhasni Kini Nombor Dua Dunia

Azizulhasni Kini Nombor Dua Dunia

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR Jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang berada di landasan tepat untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2020 Tokyo selepas berada pada ranking No 2 dunia dalam acara keirin Pelumba kelahiran Dungun Terengganu itu berada di keduduka...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte