Bapak Aku Mati Bapak Aku Mati Anak Penggal Leher Bapa Sebab Tak Restu Hasratnya Bernikah
Seorang lelaki nekad memenggal kepala bapanya sendiri dan membawa kepala mangsa keliling kampung untuk ditunjukkan kepada penduduk dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang, Isnin, 22 Mac 2021, di Lampung Tengah, Indonesia.
Lapor Tribun News, suspek nekad membunuh bapanya dipercaya kerana bengang hasratnya untuk bernikah tidak direstui. Setelah membunuh mangsa, suspek kemudian berjalan keliling kampung sambil membawa kepala bapanya yang diletakkan dalam guni untuk ditunjukkan kepada para penduduk, serta berteriak, "Bapak aku mati! Bapak aku mati!".
Perbuatannya itu menyebabkan ada segelintir penduduk ketakutan dan melarikan diri. Ada yang percaya suspek mengalami gangguan jiwa sehingga bertindak membunuh bapanya sendiri dengan memenggal kepala mangsa.
Kejadian itu hanya disedari oleh isteri mangsa selepas dia keluar dari bilik mandi. Sebelum itu, Ningsih, 55, dan suaminya baru saja pulang dari sawah. Mangsa terus pergi duduk di belakang rumah, manakala isterinya pergi mandi. Di kesempatan itu, suspek terus mengambil golok dan menetak leher mangsa.
Ketua Kampung Sendang Rejo, Hotini berkata, sebaik saja isteri mangsa keluar dari bilik mandi, dia terdengar suara pergaduhan di bahagian belakang rumah. Apabila diperiksa, dia terkejut melihat badan suaminya berlumuran darah tanpa kepala.
Ningsih terus menjerit ketakutan dan berlari keluar meminta bantuan jiran. Jiran yang terdengar jeritan Ningsih terus datang dan menghubungi polis.
"Suspek sempat membawa kepala bapanya di sekeliling kampung dalam guni berwarna putih sebelum ditangkap. Mayat mangsa juga dibawa ke hospital berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
Dakwaan yang mengatakan suspek mengalami gangguan jiwa, Hotini berkata pihak polis sedang melakukan siasatan bagi mengetahui motif sebenar suspek.
Ada yang mengatakan suspek dipercayai bertindak sedemikian kerana hasratnya untuk bernikah tidak dipersetujui oleh kedua orang tuanya yang menyebabkan timbulnya perasaan dendam dalam diri suspek.
Sumber: Tribun News
source https://www.thereporter.my/2021/03/bapak-aku-mati-bapak-aku-mati-anak.html
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kongsibro.blogspot.com/2021/03/bapak-aku-mati-bapak-aku-mati-anak.html