Bapa Harap Pembunuh Siti Nur Surya Terima Balasan Setimpal


Saya harap orang yang menyebabkan kematian Siti Nur Surya akan menerima hukuman yang setimpal, kata bapa kepada Allahyarhamah Siti Nur Surya, 19, yang ditemui mati dengan kesan tetakan di Kampung Lubuk Batu, Telemong semalam.
Ismail Muda, 58, berkata beliau sama sekali tidak menyangka suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu merupakan bekas rakan sekolah yang pernah berkawan rapat dengan arwah.
“Dia (suspek) sering datang ke rumah, namun sejak beberapa bulan lepas agak jarang menemui kakak (Siti Nur Surya) di rumah. Saya benar-benar tidak sangka dengan kejadian yang menimpa,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Beladau Selat di sini, malam ini.
BACA: Polis tahan rakan sekolah Surya
Dalam kejadian semalam mayat Siti Nur Surya ditemukan dengan kesan tetakan pada badan serta putus tangan kiri di ruang tamu rumah, dan polis hari ini menahan seorang suspek yang merupakan seorang pelajar perempuan tingkatan enam, rakan sebaya arwah.
Sementara itu adik arwah, Nor Liyana Syuhada, 15, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan kekaknya itu ialah pagi semalam sebelum pergi ke sekolah dan ketika itu kakaknya masih lagi tidur di bilik mereka.
Beliau berkata arwah merupakan seorang yang peramah serta periang apabila bersama keluarga dan kehilangannya amat dirasai oleh mereka sekeluarga.
“Kami memang berkongsi bilik yang sama tetapi sejak minggu lepas arwah sering tidur bersendirian di ruang tamu, dan malam sebelum kejadian kakak sempat tidur bersama emak. Petang tadi kami terpaksa beritahu emak yang arwah telah meninggal dunia disebabkan demam kerana bimbang kejadian ini akan menjejaskan kesihatannya,” katanya yang kelihatan hiba.
Sementara itu, jenazah Siti Nor Surya selamat dikebumikan kira-kira pukul 8.15 malam di tanah perkuburan Kampung Beladau Selat dengan dihadiri keluarga terdekat serta penduduk setempat.
Terdahulu jenazah Siti Nur Surya selesai dibedah siasat lewat petang tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum dibawa ke masjid untuk disembahyangkan. BERNAMA

The post Bapa Harap Pembunuh Siti Nur Surya Terima Balasan Setimpal appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/bapa-harap-pembunuh-siti-nur-surya-terima-balasan-setimpal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Ebit Lew Datang Ziarah Bapa Arwah Siti Nur Surya Menangis

Ustaz Ebit Lew Datang Ziarah Bapa Arwah Siti Nur Surya Menangis

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 720 hits
Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya Sampai jer rumah mereka Ayahnya terus datang peluk saya menangis Terharu ustaz hadir ke sini Saya pun tak tahan rasa sedih Ya Allah source
Bunuh Arwah Siti Nur Surya Saya Maafkan Bapa

Bunuh Arwah Siti Nur Surya Saya Maafkan Bapa

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 421 hits
Ismail menceritakan kejadian menimpa Allahyarham Siti Nur Surya kepada Sharifah Napsiah dan Abdul Hamid di rumahnya di Kampung Beladau Kepong Kuala Terengganu Foto Zaid Salim Kuala Terengganu Bapa mangsa pembunuhan kejam Allahyarham Siti Nu...
Mahkamah Suspek Kes Bunuh Siti Nur Surya Di Reman Tujuh Hari Untuk Bantu Siasatan

Mahkamah Suspek Kes Bunuh Siti Nur Surya Di Reman Tujuh Hari Untuk Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 1012 hits
MARANG Seorang pelajar perempuan tingkatan enam yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Siti Nur Surya Ismail yang mayatnya ditemukan dengan kesan tetakan pada badan manakala tangan kirinya putus dalam kejadian di Lubuk Batu Terlemong Ahad le...
Suspek Kes Bunuh Siti Nur Surya Kelihatan Sugul Dan Menggigil

Suspek Kes Bunuh Siti Nur Surya Kelihatan Sugul Dan Menggigil

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 698 hits
1 706 total views 1 706 views today MARANG 3 Nov Seorang pelajar perempuan tingkatan enam yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Siti Nur Surya Ismail yang mayatnya ditemukan dengan kesan tetakan pada badan manakala tangan kirinya putus dala...
Kronologi Penuh Kes Bunuh Siti Nur Surya

Kronologi Penuh Kes Bunuh Siti Nur Surya

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 3168 hits
Kronologi Penuh Kes Bunuh Siti Nur Surya Satu negara digemparkan dengan satu berita pembunuhan yang melibatkan seorang pelajar perempuan di Terengganu semalam Kronologi Penuh Kes Bunuh Siti Nur Surya Ramai netizen yang membuat andaian bahaw...
Tak Puas Hati Disindir Mungkin Punca Suspek Bunuh Siti Nur Surya

Tak Puas Hati Disindir Mungkin Punca Suspek Bunuh Siti Nur Surya

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 923 hits
BANGI 17 Rabiulawal 1442H Selasa Punca pembunuhan Siti Nur Surya Ismail di Kampung Lubok Batu Telemong Kuala Berang kelmarin mungkin disebabkan perasaan tidak puas hati suspek akibat sering disindir Tidak menolak kemungkinan itu Ketua Polis...
Beratnya Ujian Mereka Ustaz Ebit Lew Ziarah Beri Sumbang Buat Ahli Keluarga Arwah Siti Nur Surya

Beratnya Ujian Mereka Ustaz Ebit Lew Ziarah Beri Sumbang Buat Ahli Keluarga Arwah Siti Nur Surya

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 290 hits
Kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail di Hulu Terengganu mendapat perhatian ramai bahkan sehingga hari ini ramai yang masih lagi terkesan dan sedih dengan kejadian tersebut Tak terbayang perasaan ahli keluarga yang terpaksa menanggung pemerg...
Suspek Bunuh Siti Nur Surya Direman 7 Hari Kes Disiasat Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Suspek Bunuh Siti Nur Surya Direman 7 Hari Kes Disiasat Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 1080 hits
627 total views 627 views today Pelajar perempuan Tingkatan Enam yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan Siti Nur Surya Ismail 19 dengan mengelar beberapa kali pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus direman selama tujuh hari sehing...
Kes Bunuh Ustaz Ebit Lew Turun Melawat Keluarga Allahyarham Siti Nur Surya

Kes Bunuh Ustaz Ebit Lew Turun Melawat Keluarga Allahyarham Siti Nur Surya

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 593 hits
Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya Sampai jer rumah mereka Ayahnya terus datang peluk saya menangis Terharu ustaz hadir ke sini Saya pun tak tahan rasa sedih Ya Allah Itulah luahan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew sele...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Destinasi Pelancongan Yang Wajib Anda Kunjungi Semasa Ke Kelantan

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025