Bapa Enggan Bayar Yuran Ipt Dan Meminta Anak Ambil Pinjaman Pelajaran



SOALAN:
Apa hukumnya untuk seorang bapa yang enggan membayar biaya yuran pengajian anak di IPT dan mendesak anak supaya mengambil pinjaman seperti PTPTN (walhal bapa adalah orang yang mampu) dengan alasan supaya anak tahu susahnya untuk mendapatkan duit/belajar bersungguh-sungguh?

JAWAPAN:
Pada asasnya, menjadi kewajiban seorang ayah untuk menanggung nafkah merangkumi keperluan tempat tinggal, pakaian, makan minum, perubatan, dan pendidikan pada ukuran uruf yang sesuai dengan pendapatan seseorang ayah itu. Para ulama' menetapkan tiga syarat wajib ke atas ayah, datuk, ibu dan nenek untuk menafkahi anak:

1. Penafkah berstatus yasar (senang)
Seseorang asal (ayah, datuk atau nenek) itu disyaratkan hendaklah berstatus senang, yakni memiliki harta lebihan setelah ditolak keperluan peribadinya, dan isterinya bagi tempoh sehari semalam, atau lebih. Justeru, jika dia tidak mempunyai harta lebih daripada nafkah dirinya sendiri, dan nafkah isterinya ke atasnya, maka tidak diwajibkan nafkah dan beralihlah tanggungjawab itu kepada penafkah atau orang lain.

2. Anak masih kecil
Wajib ke atas penafkah untuk menafkah seseorang anak kerana statusnya masih kanak-kanak, yang tidak mampu untuk mencukupkan diri sendiri, dan juga kerana dia memerlukan kepada nafkah, sehinggalah dia baligh. Begitu juga status yang seumpama dengan kanak-kanak, seperti zamanah, yakni ketidakmampuan untuk bekerja kerana suatu uzur seperti sakit, tidak mampu bekerja, cacat dan gila.

3. Anak berstatus fakir
Hendaklah anak yang hendak dinafkahi itu fakir, yakni tidak melepaskan hak kifayah (kecukupan). Jika anak itu memiliki kecukupan, seperti harta yang banyak, maka dia tidak memerlukan kepada orang lain. Begitu juga anak itu hendaklah daripada kalangan yang tidak mampu berusaha, kerana orang yang mampu berusaha sama seperti orang yang mampu daripada sudut harta. Justeru jika dia mampu untuk berusaha maka tidak wajib nafkah kepadanya ke atas bapa atau datuknya, walaupun jika dia tidak bekerja kerana malas. Ini kerana Rasulullah SAW menyatakan status orang yang kaya dengan orang yang mampu untuk bekerja. Daripada Abu Said bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لا تَحِل الصَّدقةُ لغنيّ، ولا لذي مِرَّةِ سَويٍّ
“Tidak dihalalkan sedekah (zakat) ke atas orang kaya dan orang yang mempunyai mirrah (kekuatan dan akal, disebut rajulun marir bererti kekuatan yang hebat) yang kuat.” [Riwayat Abu Daud (1634) dan al-Tirmidzi (652). Al-Tirmidzi menghukumkan hadith ini sebagai hasan]

Jika anak itu sudah baligh dan mampu untuk berusaha tetapi tidak mampu untuk bekerja kerana sibuk dengan ilmu contohnya, maka ditilik pada jenis ilmu yang dipelajari itu. Jika ia berkaitan dengan kewajiban peribadi seperti ilmu aqidah dan ibadah maka anak itu dianggap tidak mampu untuk berusaha dan wajiblah nafkah bapa ke atas anak itu. Adapun jika ilmu itu adalah ilmu kifayah yang diperlukan oleh masyarakat seperti perubatan, jurutera, arkitek, dan lain-lain, maka kesibukan itu tidak mengeluarkannya daripada kemampuan untuk bekerja. Justeru bapa boleh memilih sama ada untuk menafkahkannya supaya dia boleh meneruskan pengajiannya, dan bapa itu memperoleh pahala, ataupun menghentikan nafkah itu. [Rujuk: al-Mu`amad fi al-Fiqh al-Syafie (4/288-289)]

Mengikut uruf kita, bapa wajib menanggung nafkah seorang anak sehingga anak itu berusia 18 tahun, tetapi Mahkamah Syariah berkuasa untuk mengeluarkan perintah berdasarkan permohonan anak itu atau orang lain kepada bapanya untuk meneruskan saraan nafkah pada peringkat pengajian tinggi. Seksyen 793 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) memperuntukkan perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur 18 tahun, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan oleh anak itu atau oleh seseorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi.

Berdasarkan fakta dan kenyataan di atas, pada asalnya bukan menjadi kewajiban seorang bapa untuk menanggung pembiayaan pendidikan anaknya pada peringkat institut pengajian tinggi. Seorang bapa wajib memastikan anak mengetahui ilmu fardhu ain, dan ilmu-ilmu yang menyempurnakan tuntutan fardhu ain tersebut. Jika dia tidak mampu, maka hendaklah dia berusaha memastikan anaknya dapat belajar daripada orang lain, atau mengupah orang lain untuk mengajar anaknya. Ini termasuklah membayar yuran pendidikannya. Ini merupakan tanggungjawab seorang bapa sehingga anak mencapai umur baligh.

Namun begitu, mengikut uruf kita, bapa hendaklah menanggung nafkah anak sehingga mereka berumur 18 tahun. Ini kerana di bawah umur tersebut mereka masih dikira kanak-kanak berdasarkan Seksyen 2 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang menyebutkan bahawa kanak-kanak adalah seseorang yang di bawah umur 18 tahun. Seksyen 43 dalam Akta yang sama juga melarang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun untuk bekerja dan memperuntukkan hukuman bagi kesalahan tersebut kepada individu yang memaksa atau mengambil mereka bekerja. Ini penting bagi menjaga maslahat mereka untuk belajar.

Dalam keadaan tertentu, seseorang yang berumur 18 tahun boleh jadi masih belum mampu untuk bersaing dalam pasaran kerja sehingga memerlukannya untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Usaha ini pastinya memerlukan kos dan biaya pendidikan. Justeru, Mahkamah Syariah boleh mengarahkan ibu bapa untuk menanggung keperluan pendidikan anak-anak sehingga ke peringkat institut pengajian tinggi, tertakluk kepada permohonan.

Kami berpendapat berkenaan situasi yang diutarakan oleh pihak penanya, bahawa anak berkenaan boleh berbincang dengan baik bersama ibu bapanya tentang masalah yang dia hadapi. Tidak salah bagi seorang ayah untuk menyuruh anaknya mengambil pembiayaan pendidikan yang halal pada hukum Syarak, tetapi keputusan adalah di tangan anak itu. Ini kerana pada uruf kita, keengganan mengambil pinjaman atas suruhan bapa tidaklah menyebabkan derhaka pada uruf kita dan hukumnya kembali kepada hukum asal iaitu dibolehkan sahaja. Kepada sang ayah, ingatlah bahawa pemberian yang paling utama dan paling berpahala ialah kepada orang yang kita pelihara. Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَانَ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ
“Sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (keperluan dirinya). Maka mulakanlah sedekah kepada sesiapa yang menjadi tanggunganmu.” [Riwayat al-Bukhari (1426)]

Imam Ibn Hajar al-`Asqalani mensyarahkan hadith ini dengan katanya: “Mendahulukan nafkah ke atas diri sendiri dan keluarga adalah kerana mereka bergantung kepadanya, berbanding orang lain.” [Rujuk: Fath al-Bari (3/296)]

Daripada Hakeem bin Hizam R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَفْضَلُ الصَّدَقَةِ أَوْ خَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى، وَالْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنَ الْيَدِ السُّفْلَى، وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ
“Sedekah yang paling utama atau paling baik adalah sedekah yang diberikan ketika dia mampu. Dan tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. Dan dahulukanlah pemberian itu kepada orang yang menjadi tanggunganmu.” [Riwayat Muslim (1034)]

Berkata Imam al-Nawawi: “Pada hadith ini terdapat faedah pada perbuatan memulakan sedekah kepada individu yang paling penting kemudian yang kurang penting, dalam urusan Syariah.” [Rujuk: al-Minhaj (7/125)]

Manakala kepada sang anak, jika dia mengambil pinjaman berkenaan dan berusaha mendapat keputusan yang cemerlang, maka dia mendapat pahala kerana mengikuti nasihat ibu bapa (birr al-walidayn) dan tidak perlu membayar semula. Ini wajar dijadikan motivasi untuk berjaya dalam pelajaran.

Namun begitu, jika perselisihan masih berlaku, dan terdapat keperluan mendesak, maka bolehlah pihak anak itu membuat permohonan kepada pihak Mahkamah Syariah seperti yang kami sebutkan di atas. Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/bapa-enggan-bayar-yuran-ipt-dan-meminta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasih Ayah Hingga Ke Akhir Hayat Bapa Meninggal Sewaktu Menunggu Anak Temuduga

Kasih Ayah Hingga Ke Akhir Hayat Bapa Meninggal Sewaktu Menunggu Anak Temuduga

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 450 hits
ALOR SETAR Walaupun demam sejak tiga hari lalu arwah sanggup menemani anak bongsunya menghadiri temuduga kerja hari ini Tak sangka pula ajalnya sampai ketika sedang menunggu anak perempuannya selesai temuduga kata Mohd Ali Ahmad 55 sepupu k...
Tular Video Makcik Makcik Buat Tik Tok Anak Anak Disarankan Pulang Jenguk Ibu Bapa

Tular Video Makcik Makcik Buat Tik Tok Anak Anak Disarankan Pulang Jenguk Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 428 hits
Seperti yang kita semua tahu aplikasi Tik Tok iaitu rakaman video beserta lagu kini semakin tular dan telah menjadi bahan ikutan anak muda Namun bukan golongan muda je yang terlibat malah semakin ramai golongan tua yang turut berjinak mengi...
Kalau Sedia Jadi Bapa Anak Anak Saya Masuklah Meminang

Kalau Sedia Jadi Bapa Anak Anak Saya Masuklah Meminang

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 276 hits
Hampir tujuh tahun hidup solo dan menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal sudah pasti Rita Rudaini tidak pernah terlepas dengan soalan mengenai jodoh Namun menurut Rita dia reda dan hanya mengikut aturan yang telah ditetapkan Allah Rita...
Bapa 5 Anak Maut Dirempuh Pemandu Mabuk

Bapa 5 Anak Maut Dirempuh Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 310 hits
Seorang pekerja kilang maut manakala isterinya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk dalam kejadian di Kilometer 140 2 Lebuhraya U...
Kemalangan Maut Sebuah Toyota Velfire Terbakar Saksi Dakwa Dengar Jeritan Anak Kecil Meminta Tolong

Kemalangan Maut Sebuah Toyota Velfire Terbakar Saksi Dakwa Dengar Jeritan Anak Kecil Meminta Tolong

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 495 hits
Sayu hati Ohmedia bila dapat tahu berita tentang kemalangan yang berlaku pagi tadi melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire yang dimaklumkan hangus terbakar selepas dikatakan terbabas melanggar penghadang jalan Kejadian dil...
Tak Payah Marah Marah Lagi Ibu Bapa Boleh Cuba Cara Psikologi Ini Untuk Denda Anak

Tak Payah Marah Marah Lagi Ibu Bapa Boleh Cuba Cara Psikologi Ini Untuk Denda Anak

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 442 hits
Memang tidak mudah untuk mendidik anak tambah tambah pula dengan sikap anak kecil yang tidak mendengar kata dan suka melawan menyebabkan ibubapa mudah hilang kesabaran dan naik hantu Tak elok juga jika sering marah dan memukul anak kerana p...
Ibu Bapa Wajib Tahu Cara Monitor Kegunaan Telefon Anak Secara Online Dengan Aplikasi Ini

Ibu Bapa Wajib Tahu Cara Monitor Kegunaan Telefon Anak Secara Online Dengan Aplikasi Ini

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 2268 hits
Ibu bapa tolonglah install Penting sangat aplikasi ini small Cover image via Iluminasi small Kejadian tersebut berlaku di rumah pengasuh yang dikatakan telah menjaga mangsa sejak bulan Oktober 2017 Namun anak pengasuh yang baru berusia 12 t...
Majoriti Rakyat Kanada Enggan Bayar Kos Jaga Harry Meghan

Majoriti Rakyat Kanada Enggan Bayar Kos Jaga Harry Meghan

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 155 hits
Majoriti rakyat Kanada enggan bayar kos jaga Harry Meghan Dikemas kini 47 minit yang lalu Diterbitkan pada 3 Feb 2020 2 15PM
Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Ada Tanggungjawab Pada Ibu Bapa

Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Ada Tanggungjawab Pada Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 841 hits
DALAM satu keputusan kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban hakim telah memerintahkan seorang wanita yang juga seorang pensyarah bersama suaminya mem beri nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat Pasangan itu juga diperinta...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Tattoos Raised And Itchy


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1