Bapa Bukan Islam Kejutkan Anak Mualaf Bangun Sahur


JITRA – “Setiap hari jam 5 pagi, saya akan kejutkan anak saya bersahur, walaupun berbeza agama, saya mahu dia taat kepada perintah Tuhan,” kata Lim Hun Kheng, 44.
Bapa kepada Mohammad Firdaus Hong Abdullah, 12, ini melakukan rutin hariannya untuk Ramadan kedua bagi anak sulungnya yang memeluk Islam atas kerelaan diri sendiri sejak Mac tahun lalu.
Katanya, selepas bersahur, dia akan pastikan anaknya solat Subuh sebelum menghantar ke sekolah, termasuklah Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) pada sebelah petang.
“Saya tidak pernah menghalang Firdaus memeluk Islam, saya memberi sokongan dan semangat kepadanya sebagai seorang bapa.
“Walaupun aktiviti hariannya padat, saya tetap mahu Firdaus mendalami agama Islam dan membenarkan dia berkawan dan belajar agama dengan keluarga angkatnya,” katanya.
Mengulas lanjut, Hung Kheng berkata, anaknya itu memang sudah mempunyai minat mendalam dengan Islam sejak bersekolah di Tahun Satu, malahan cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
“Dia selalu dapat keputusan A dalam ujian Pendidikan Islam. Saya dan isteri dengan bantuan guru-gurunya membawa dia ke pejabat agama Islam Daerah Kubang Pasu untuk memenuhi keinginannya memeluk agama Islam.
“Saya memang tidak ada halangan, malahan mengizinkan dia masuk Islam, sebab dia memang mempunyai minat yang mendalam pada Islam,” katanya.
Sementara itu, Firdaus atau nama asalnya Lim Ching Hong, dia sangat seronok menanti kedatangan Ramadan apabila dapat menunaikan solat sunat tarawih di masjid atau surau bersama rakan-rakan.
Katanya pada sebelah petang selepas kelas KAFA, bapanya akan membawa dia ke bazar Ramadan untuk membeli juadah kegemarannya iaitu ayam bakar.
“Itu antara aktiviti yang saya tunggu-tunggu di bulan Ramadan, namun yang lebih penting sejak memeluk Islam, saya sudah mendapat jawapan terhadap soalan yang bermain di fikiran saya sebelum ini, antaranya bagaimana manusia wujud dan manusia berasal dari mana.
“Saya juga suka mendengar kisah-kisah nabi, ajaran Islam memberi ketenangan kepada saya, malah puasa juga melatih sifat sabar dalam diri seorang muslim,” katanya murid Sekolah Kebangsaan Hakim Teh, Kubang Pasu.
Ditanya mengenai kebolehannya membaca al-Quran, Firdaus berkata dia kini sudah menganjak ke iqra tig dan sudah menghafal bacaan di dalam solat.
Jika ada masa terluang terutama ketika hujung minggu, dia akan berkunjung di rumah datuk angkatnya Aziz Isa,63, yang tinggal di Pulau Timbul, di sini untuk mempelajari agama.
“Di sana saya akan belajar solat berjemaah termasuklah mempelajari agama, saya sangat suka dengan kehidupan saya sekarang.
“Ramai yang mengambil berat tentang saya, guru-guru sekolah juga sering membantu saya, pihak sekolah sudah membeli sepasang baju raya untuk saya,” katanya yang tinggal di Pekan Tunjang, di sini.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/bapa-bukan-islam-kejutkan-anak-mualaf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Tips Membangunkan Anak Sahur Puasa Ramadhan

4 Tips Membangunkan Anak Sahur Puasa Ramadhan

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 340 hits
Bunda apakah anak Anda sudah ikut berpuasa Salah satu tantangan dalam melatih anak berpuasa selain melatih anak untuk tidak makan dan minum selama beberapa jam adalah membangunkannya untuk makan sahur Bagaimana caranya Tips Membangunkan Ana...
Anak Meninggal Sebagai Islam Pasangan Kristian Jemput Jemaah Buat Tahlil Di Rumah

Anak Meninggal Sebagai Islam Pasangan Kristian Jemput Jemaah Buat Tahlil Di Rumah

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 605 hits
Selalu jika majlis yang melibatkan bacaan doa seperti tahlil atau majlis kesyukuran kebiasaannya akan dilakukan oleh masyarakat Muslim sama ada di rumah mereka atau pun di masjid Namun baru baru ini telah tular apabila tersebarnya gambar se...
Bacaan Al Fatihah Keletah Anak Dorong Irine Peluk Islam

Bacaan Al Fatihah Keletah Anak Dorong Irine Peluk Islam

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 350 hits
TERTARIK dengan bacaan Al Fatihah dan keletah anak perempuannya yang sering menggayakan tuala sebagai tudung membuatkan seorang wanita Irine Tan 40 memilih agama Islam Kini menggunakan nama Aishah Tan wanita itu berkata kekosongan dalam jiw...
Satu Keluarga Ini Jadi Mualaf Masuk Islam Ucap Syahadat Di Masjid Cheng Ho Jakabaring

Satu Keluarga Ini Jadi Mualaf Masuk Islam Ucap Syahadat Di Masjid Cheng Ho Jakabaring

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 400 hits
Satu keluarga ayah ibu dan anaknya di Palembang masuk Islam di masjid Cheng Ho Jakabaring Palembang Jumat Ateng alias Suyono yang merupakan ayah Ong Mei Lu yang merupakan ibu dan lois Fernando sang anak secara bergantian mengucap dua kalima...
Tunai Nafkah Batin Bukan Hanya Sekadar Seks Bapa Kepada 3 Orang Anak Ini Kongsi Erti Sebenar Tanggungjawab Nafkah Batin

Tunai Nafkah Batin Bukan Hanya Sekadar Seks Bapa Kepada 3 Orang Anak Ini Kongsi Erti Sebenar Tanggungjawab Nafkah Batin

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 354 hits
The ReporterMenunaikan nafkah batin buat isteri Lagi 45 minit untuk pergi kerja dan saya masih di sini Di dalam kereta bersama Akbar dan Daisy Akbar duduk di belakang bermain dan Daisy yang tadinya tidur sudah mula tersengih sengih Isteri s...
Anak Lebih Berjaya Kalau Ibu Bapa Kuat Berleter Kajian

Anak Lebih Berjaya Kalau Ibu Bapa Kuat Berleter Kajian

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 650 hits
Jika anda seorang yang suka membebel atau berleter jangan risau kerana ia akan memberikan kebaikkan pada pasangan atau anak anda Kajian yang dilakukan oleh Universiti of Essex di England mendapati anak yang didesak oleh ibu atau bapa ketika...
Jangan Cemuh Usaha Ibu Bapa Lain Pujuk Anak Mereka Berpuasa Walaupun Baru 3 Tahun

Jangan Cemuh Usaha Ibu Bapa Lain Pujuk Anak Mereka Berpuasa Walaupun Baru 3 Tahun

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 425 hits
Melatih anak anak kecil berpuasa ini memerlukan kita menjernihkan hati kita Fokus untuk melakukannya kerana mencari redha Allah Bila kita faham akan perkara ini maka bila kita mahu melatih anak berpuasa kita boleh membuat keputusan yang bai...
Bapa Hisap Dadah Anak Kecil Minum Susu Tanpa Zat

Bapa Hisap Dadah Anak Kecil Minum Susu Tanpa Zat

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 1250 hits
Bapa Hisap Dadah Anak Kecil Minum Susu Tanpa Zat Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca shalimaryusof com Firman Allah S W T dalam surah Al Baqarah ayat 195 yang bermaksud Jelas di dalam ayat ini Allah S W T melarang kita mendekati p...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation