Bapa Adib Mohon Pendirian Terkini Peguam Negara




 Effendey SalehMay 13, 2020 KUALA LUMPUR: Bapa anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengemukakan representasi kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, bagi mendapatkan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC), berhubung permohonan prosiding komital yang difailkannya terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Peguam Aidil Khalid, yang mewakili bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid berkata, pihaknya menghantar surat representasi itu menerusi faks dan e-mel semalam.

Beliau berkata, representasi itu adalah bagi mendapatkan pendirian terkini AGC susulan pertukaran Peguam Negara pada 6 Mac lalu, sama ada masih berdiri teguh di belakang tingkah laku Thomas selaku bekas Peguam Negara, khususnya berkenaan kenyataan media yang menjadi subjek perkara prosiding menghina mahkamah, ataupun AGC menjarakkan dirinya dengan tindakan Thomas tersebut.

Menurut Aidil, AGC diharap dapat memberikan jawapan supaya pihaknya dapat menasihati Mohd Kassim untuk tindakan seterusnya terhadap rayuan yang difailkan anak guamnya itu pada 11 Februari lalu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Jan lalu, yang membenarkan rayuan Thomas untuk mengetepikan prosiding komital itu.


Peguam itu juga berkata, pengurusan kes rayuan itu yang ditetapkan hari ini di Mahkamah Rayuan dilapangkan berikutan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

“Sistem e-filing kehakiman menyenaraikan tarikh baharu pengurusan kes ialah pada 12 Ogos depan,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Mohd Kassim memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding komital terhadap Thomas pada 16 Julai tahun lepas di Mahkamah Koroner Shah Alam, atas dakwaan menghina mahkamah berkaitan prosiding inkues bagi mencari punca kematian anaknya.

Mahkamah Koroner membenarkan permohonan itu dan Thomas kemudiannya menfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan Mahkamah Koroner telah terkhilaf ketika membenarkan prosiding komital dimulakan terhadap Thomas.

Dalam permohonan itu, Mohd Kassim, 66, mendakwa Thomas telah membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan AGC pada 3 April tahun lalu, berhubung punca kematian anaknya.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018, di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun sama.

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/bapa-adib-mohon-pendirian-terkini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prosiding Komital Bapa Adib Hantar Representasi Kepada Peguam Negara

Prosiding Komital Bapa Adib Hantar Representasi Kepada Peguam Negara

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 236 hits
Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis 2018 ekoran kecederaan parah dialaminya dalam rusuhan kuil Subang Jaya KUALA LUMPUR Bapa anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengemukakan representasi kepada Peguam Nega...
Riza Aziz Lepas Peguam Negara Perlu Jelas Penafian Tommy Thomas

Riza Aziz Lepas Peguam Negara Perlu Jelas Penafian Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 525 hits
Kredit Haniff Khatri Pada sebelah pagi hari ini 14 05 2020 telah terular berita berkaitan PERINTAH PELEPASAN yang dianugerahkan oleh MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR kepada RIZA SHAHRIZ AZIZ daripada pertuduhan Jenayah AMLA berkaitan pertuduhan...
Kabar Terkini Lockdown Di Beberapa Negara Who Akhir Pendemi Covid 19 Masih Jauh

Kabar Terkini Lockdown Di Beberapa Negara Who Akhir Pendemi Covid 19 Masih Jauh

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 612 hits
Senyumperawat com Lockdown di beberapa negara telah memasuki fase yang beragam Ada yang baru awal fase infeksi namun ada yang sudah mulai melonggarkan kebijakan lockdown di negaranya Badan Kesehatan Dunia mengatakan akhir pandemi masih jauh...
Sibuk Berebut Ghanimah Khazanah Negara Dicuri Orang Asing

Sibuk Berebut Ghanimah Khazanah Negara Dicuri Orang Asing

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 280 hits
Beliau berkata dalam masa beberapa bulan lebih 200 vesel asing telah ditahan dan beberapa bot asing juga telah ditenggelamkan untuk dijadikan tukun bagi tujuan pembiakan ikan serta hasil laut Ini sekaligus membantu mengawal pencerobohan nel...
Permohonan Tajaan Jpa Di Bawah Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2020

Permohonan Tajaan Jpa Di Bawah Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2020

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 401 hits
Bagi mereka yang layak jangan lupa untuk mula memohon tajaan JPA bagi program Ijazah Dalam Negara untuk tahun 2020 dengan mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama Program Tajaan JPA ini akan dibuka setiap tahun bagi calon calon yang sed...
Indonesia Jadi Satu Satunya Negara Di Asia Tenggara Yang Tak Turunkan Harga Bbm

Indonesia Jadi Satu Satunya Negara Di Asia Tenggara Yang Tak Turunkan Harga Bbm

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 240 hits
Menyusul penurunan tajam harga minyak mentah dunia kecuali Indonesia negara negara di Asia Tenggara kompak menurunkan harga bahan bakar minyak Bahkan negara negara tersebut sudah menurunkan harga BBM beberapa kali dalam periode 2020 Hal ini...
Cina Pap Jauh Lebih Baik Perintah Negara

Cina Pap Jauh Lebih Baik Perintah Negara

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 334 hits
Ipohmali Ucapan kepada Ummat Islam dari PM singapura Hsien Long sempena Ramadhan Selain DAP PAP atau pemerintah di Singapura sering menjadi modal kelompok Ashabiyah UMNO dan PAS menakut nakutkan orang Melayu dan Ummat Islam Antara ayat Popu...
Kanak Kanak Di Beberapa Buah Negara Alami Sindrom Keradangan Misteri Berkait Dengan Covid 19

Kanak Kanak Di Beberapa Buah Negara Alami Sindrom Keradangan Misteri Berkait Dengan Covid 19

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 271 hits
Satu sindrom keradangan berkaitan dengan COVID 19 yang penuh misteri dilaporkan telah menyerang golongan kanak kanak di beberapa negara dan ia merupakan satu mimpi buruk buat setiap para ibu bapa Walau bagaimanapun tidak jelas pula bagaiman...
Medallion Sempena Ulang Tahun Ke 60 Bank Negara Malaysia Sebagai Bank Pusat

Medallion Sempena Ulang Tahun Ke 60 Bank Negara Malaysia Sebagai Bank Pusat

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 557 hits
Medallion Sempena Ulang Tahun BNM Ke 60 Sebagai Bank Pusat Medallion khas yang didatangkan dalam set 3 dalam 1 ini direka secara eksklusif sebagai cenderahati untuk kakitangan Bank Negara Malaysia sempena ulang tahun ke 60 BNM sebagai Bank ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba