Banyaknya Kak Long Tolong Mama Inilah 5 Kelebihan Ada Anak Sulung Perempuan


Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki sulung beruntung kerana dia boleh diharap untuk melindungi adik-adiknya apabila sudah besar. Bagaimana pula dengan anak sulung perempuan, adakah adik-adiknya nanti tidak boleh bergantung kepada kakak yang paling tua? Jangan pandang sebelah mata akan keupayaan seorang kakak. Banyak yang mereka boleh buat dan kemampuan mereka ada kalanya menjangkaui apa yang ibu bapa fikirkan.
Anak sulung perempuan biasanya lebih prihatin dan penyayang. Rasa kasih kepada adik-adiknya tidak diselindungkan. Dia tanpa segan silu akan mencurahkan rasa sayangnya terhadap adik-adik. Mempunyai anak sulung perempuan akan memupuk sifat penyayang dalam diri adik-adiknya. Selain itu, dengan adanya kakak sulung rasa empati akan terbentuk dengan mudah dalam diri anak-anak anda yang lain.
Jika anak pertama anda adalah perempuan, bagus! Biasanya anak perempuan cepat dalam kemahiran bersosial. Lumrahnya mereka secara natural lebih sensitif terhadap emosi serta ekspresi seseorang. Kakak sulung juga akan mengajak adik-adiknya untuk berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain. Sebab itulah, kalau dibiarkan kanak-kanak perempuan bermain di taman misalnya, mereka lebih mudah berkawan berbanding budak lelaki. Kanak-kanak lelaki yang membesar bersama kakak dan adik perempuan lebih mudah bersosial dan mempunyai kelebihan untuk membina hubungan dengan kawan perempuan ketika mereka di sekolah.
Dengan adanya kakak sulung, bukan sahaja kemahiran sosial bagus bahkan keyakinan diri juga tinggi. Abang atau adik lelaki lebih banyak bersembunyi di sebalik perwatakan serius atau misteri dan menzahirkan kasih sayang dengan melindungi adik-adiknya. Kakak sulung juga begitu, tetapi mereka lebih lantang dan tidak gentar untuk menyuarakan pendapat mereka.

Semakin mereka menginjak dewasa, anak perempuan mempunyai semangat yang tinggi. Mereka lebih cenderung untuk mempertahankan adik-adik mereka dan memastikan setiap orang dalam keluarga rapat antara satu sama lain. Lihat saja bila adik-adiknya bergaduh, jarang sekali kita lihat kakak sulung berpihak pada sebelah pihak. Kebiasaannya, dia akan berusaha untuk memujuk adik-adiknya untuk berbaik dan sanggup merayu kepada ibu atau ayah untuk memberi ganjaran kepada adik-adik jika mereka ‘berkawan’ semula. Kakak sulung memang pandai memujuk dan selalunya dia selalu positif.
Walaupun orang kata mulut anak perempuan ni becok, tetapi jika adik-adiknya ada masalah, dialah pendengar setia. Dia juga tidak akan sesekali bercerita kepada orang lain perihal yang dia ketahui. Sebagai contoh, adik dimarahi ayah kerana nakal. Adik mengadu pada kakak dan ayah ternampak. Cubalah bertanya pada kakak apa yang adiknya beritahu, dia takkan buka mulut. (biarpun ayah umpan dengan gula-gula kegemarannya!)
Biar apa pun jantina anak pertama anda, bersyukurlah. Kedua-duanya anugerah terindah dari Allah SWT. Setiap anak ada telatah dan perangainya sendiri. Kemampuan dan kelebihan anak-anak juga berbeza antara satu sama lain. Baik kakak mahupun abang (anak pertama), sebagai ibu bapa sudah tentu kita boleh mengharapkan mereka suatu hari nanti.
The post “Banyaknya Kak Long Tolong Mama”. Inilah 5 Kelebihan Ada Anak Sulung Perempuan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/banyaknya-kak-long-tolong-mama-inilah-5-kelebihan-ada-anak-sulung-perempuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebab Kenapa Anak Sulung Perempuan Menjadi Isteri Idaman Lelaki

Sebab Kenapa Anak Sulung Perempuan Menjadi Isteri Idaman Lelaki

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 583 hits
Sebab Kenapa Anak Sulung Perempuan Menjadi Isteri Idaman Lelaki Ramai yang bertanyakan apa kelebihan anak sulung perempuan Sedangkan bagi mereka anak sulung perempuan hidup lebih sukar kerana perlu lebih berdikari berbanding adik beradik ya...
Anak Lemah Subjek Matematik Ibu Ayah Tolong Buat Apa Cikgu Ni Tunjukkan

Anak Lemah Subjek Matematik Ibu Ayah Tolong Buat Apa Cikgu Ni Tunjukkan

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 485 hits
Ibu bapa mana yang tidak berasa gembira bila melihat pembelajaran anak anak yang memberangsangkan Syukur dikurniakan anak yang bijak dan mudah faham apa yang diajar oleh guru guru Namun jika ada sesetengahnya anak anak kita tidak dapat skor...
Tiga Anak Sd Dan Satu Perempuan Tewas Ditembak Di Michigan As

Tiga Anak Sd Dan Satu Perempuan Tewas Ditembak Di Michigan As

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 316 hits
Menurut laporan stasiun televisi WOOD TV seorang perempuan dan tiga anak ditemukan tewas ditembak kemarin di sebuah rumah di Solon Tonwship
Hadiahkan Isteri Rm5 Juta Jika Dapat Dua Anak Perempuan

Hadiahkan Isteri Rm5 Juta Jika Dapat Dua Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 396 hits
Baru saja menjengah tahun 2019 boleh dikatakan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri bebas daripada sebarang kontroversi panas Jika anda mengikuti akaun Instagram The post appeared first on
Tolong Jangan Bagi Duit Kwsp Pada Anak Anak Jangan Jadi Macam Saya Kenapa Ini Sebabnya Rileks Media

Tolong Jangan Bagi Duit Kwsp Pada Anak Anak Jangan Jadi Macam Saya Kenapa Ini Sebabnya Rileks Media

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 421 hits
Izman aku nak pesan kat kau benda ni kau dengar baik baik Bila pencen nanti kau keluar je duit kwsp belanjakan semuanya habiskan katanya Saya berjaga dan menulis untuk buku seterusnya sesekali saya akan bangun menjenguk anak anak di bilik m...
Anak Kreatif Pemalu Cerewet Dan Berhati Hati Semua Ada Kelebihan Hanya Mak Ayah Kena Gilap

Anak Kreatif Pemalu Cerewet Dan Berhati Hati Semua Ada Kelebihan Hanya Mak Ayah Kena Gilap

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 395 hits
Anak anak dilahirkan dengan sifat semulajadi yang membezakan setiap seorang daripada mereka Kadang kadang apabila kita membanding bandingkan mereka secara tidak sengaja kita menggunakan label yang negatif sebagai diskripsi diri mereka conto...
Teringin Adik Lelaki Anak Perempuan Alif Satar Panggil Baby Brother Dalam Perut Mamanya

Teringin Adik Lelaki Anak Perempuan Alif Satar Panggil Baby Brother Dalam Perut Mamanya

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 643 hits
Penyanyi dan pelakon popular Alif Satar bakal menimang cahaya mata ketiga apabila isterinya Sha Dila Halid kini hamil tiga bulan Alif 29 atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata dia mendapat berita gembira itu sekembalinya dari...
Anak Papa Ke Anak Mama Ini Bezanya Cara Papa Bila Dengan Anak

Anak Papa Ke Anak Mama Ini Bezanya Cara Papa Bila Dengan Anak

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 333 hits
Dalam mendidik anak anak papa dan mama memainkan peranan masing masing dalam cara yang berbeza Biasanya jika papa terkenal dengan karektor garang dan tegas mama pula lebih kepada pendekatan lembut dan psikologi Bagaikan ada faktor chemistry...
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Mata Wang Mata Wang Dunia Tempat Pertukaran Murah

Explore The World S First Lego Flower Garden Miniland Only At Legoland Malaysia Resort


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gangguan Tidur Dan Kemurungan

Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Story Of Side Dish And The Dancing Aurora

Pas Lebih Cekap Ketimbang Bn Dan Ph

Surat Maryam Ayat 30 35 Arab Latin Arti Tafsir

Scammer Dari Kalangan Mangsa Kemalangan Jalanraya