Banyak Yang Tidak Diketahui Isu Gangguan Bekalan Air Selangor



Sebaik sahaja gangguan bekalan air berlaku di Selangor maka tanggapan umum ialah menyalahkan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Kononnya kerajaan PH lemah dalam memastikan industri air berjalan dengan lancar sebaik sahaja Kerajaan Negeri mengambil alih industri air daripada Syabas pada 2019 dan menyerahkannya kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.
Bagi Exco Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian, gangguan bekalan air yang terjadi sejak beberapa bulan kebelakangan ini diakibatkan oleh pelbagai faktor. Misalnya gangguan yang terbaharu pada awal November lalu bukan disebabkan kelemahan Air Selangor atau Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
Sebaliknya, menurut Hee, kelemahan tersebut berpunca daripada sikap Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Kerajaan Persekutuan yang tidak profesional serta gagal memberi amaran awal dalam tempoh waktu sewajarnya.
Kata Hee, pencemaran di loji Indah Water Konsortium (IWK), Rawang telah dikesan pada 4 November namun notis amaran tidak sampai ke agensi Kerajaan Negeri sehingga 10 November, ketika bahan cemar telah pun mengalir ke sungai.
“Kita ada WhatsApp group sumber air, di mana semua pegawai atasan berada dalam group itu termasuk saya, Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Pengarah LUAS, pegawai SPAN, Pengarah PBT. Semua top gun dalam group itu. Kita harap kalau berlaku pencemaran mereka boleh muat dalam group dan kita bertindak segera, dalam masa singkat ke kawasan itu dan siasat.
“Tetapi dalam kes IWK di Taman Velox ini kita amat kecewa kerana IWK telah pun beritahu SPAN pada 4 November bahawa mereka menerima sisa berjadual yang berwarna merah ke loji itu. Mereka telah berhentikan proses loji kumbahan dan outlet (pelepasan sisa) pun stop. Tak ada keluar affluent (limpahan) daripada outlet itu. Tetapi malangnya pencemaran berlaku pada 10 November, lebih kurang 7 hari selepas (dikesan) berlaku pencemaran.
“Pada masa itu IWK dan SPAN, mereka (dakwa) ada beri notis kepada Kerajaan Negeri. Selepas Kerajaan Negeri menyiasat memang tidak menerima apa-apa surat daripada IWK atau SPAN. Walau mereka tunjuk surat, namun surat itu tak ada cop terima,” katanya.
Sehubungan itu, kata Hee, beliau memanggil mesyuarat Jawatankuasa Pencemaran Sumber Air Selangor. Pengarah Majlis Perbandaran Selayang memberitahu bahawa pihak mereka hanya menerima surat memaklumkan pencemaran berlaku pada 13 November. Iaitu 3 hari selepas berlakunya buangan air tercemar dari loji IWK.
“Saya tanya JAS, adakah mereka terima notis. Mereka kata tiada. Memang (dalam hal ini) berlaku kecuaian pihak IWK dan SPAN yang tidak memaklumkan segera dalam WhatsApp group.
“Kalau dimaklum kita boleh cari punca di mana. Kita hentikan semua affluent. Masalahnya di kolam kumbahan IWK ada leakage (kebocoran).
“Dua hari bahan cemar mengalir dan mencemarkan Sungai Gong, Sungai Sembah dan seterusnya Sungai Selangor,” katanya menceritakan insiden sehingga menyebabkan loji rawatan air di Sungai Selangor terpaksa dihentikan.
Menurut Hee lagi, dalam lawatan beliau ke loji IWK terbabit, terdapat saluran saluran by-pass pembuangan air dari loji itu yang tidak dikenalpasti oleh pihak pengurusan menyebabkan pencemaran.
Beliau mengarahkan saluran tersebut ditutup dan pencemaran dirawat segera oleh pihak LUAS.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30781

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasa Sasar Bina Dua Taps Alternatif Ketika Gangguan Bekalan Air

Kasa Sasar Bina Dua Taps Alternatif Ketika Gangguan Bekalan Air

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 239 hits
KASA sasar bina dua TAPS alternatif ketika gangguan bekalan air Source https malaysiagazette com 2020 11 16 kasa sasar bina dua taps alternatif ketika gangguan bekalan air KASA sasar bina TAPS alternatif ketika gangguan bekalan
Kementerian Alam Sekitar Dan Air Merangka Perancangan Pastikan Bekalan Air Yang Baik

Kementerian Alam Sekitar Dan Air Merangka Perancangan Pastikan Bekalan Air Yang Baik

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Alam Sekitar dan Air akan memastikan pengguna menikmati bekalan air mentah yang baik melalui beberapa inisiatif terutama dengan pengurangan kadar kehilangan air tidak terhasil selain meningkatkan rizab air terawat M...
Selangor Di Peringkat Akhir Kajian Penggunaan Teknologi Mesra Alam Tangani Pencemaran Air

Selangor Di Peringkat Akhir Kajian Penggunaan Teknologi Mesra Alam Tangani Pencemaran Air

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 311 hits
BernamaJika teknologi tersebut berjaya ia akan digunakan bagi merawat air sungai di Selangor Gambar hiasan SHAH ALAM Selangor sedang dalam peringkat akhir membangunkan kaedah berteknologi tinggi yang mesra alam bagi memperkasakan usahanya m...
Lebih 30 Tahun Menanti Bekalan Air Bersih

Lebih 30 Tahun Menanti Bekalan Air Bersih

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 216 hits
Setelah lebih 30 tahun berpenat lelah memunggah air selain membelinya setiap hari akhirnya sepasang suami isteri warga emas di Kampung Tok Puchong Kedai Buloh mampu menarik nafas lega selepas menerima bekalan air bersih kelmarin Bersyukur d...
Air Selangor Lra Rantau Panjang Ditutup Semula Rakyat Dah Bosan

Air Selangor Lra Rantau Panjang Ditutup Semula Rakyat Dah Bosan

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 296 hits
Loji rawatan air Rantau Panjang ditutup semula selepas pencemaran bau dikesan di muka sauk loji berkenaan Lembaga Pengurusan Air Selangor mengatakan ia mengesan bau seperti solvent pada 7 petang tadi dengan bacaan nombor bau ambang satu Ber...
Sabotaj Air Dua Lelaki Jadi Individu Pertama Didakwa Mengikut Sosma

Sabotaj Air Dua Lelaki Jadi Individu Pertama Didakwa Mengikut Sosma

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 219 hits
127 total views 127 views today Dua lelaki termasuk seorang pengarah sebuah syarikat dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan melakukan sabotaj kepada perkhidmatan air di negeri Selangor melibatkan kesalahan terhadap keselamatan negara mengik...
Dikecam Basuh Nasi Yang Ditanak Ahli Kimia Kongsi Manfaat Tapis Air Rebusan Beras

Dikecam Basuh Nasi Yang Ditanak Ahli Kimia Kongsi Manfaat Tapis Air Rebusan Beras

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 390 hits
Baru baru ini viral video masakan seorang chef dari gara gara membasuh nasi yang sedang ditanak dengan air paip Rata rata kurang bersetuju dengan teknik yang diperkenalkan chef itu kerana dianggap menyusahkan Chef wanita itu dikecam gara ga...
Ulasan Ipad Air 2020 Berkuasa Tanpa Tandingan

Ulasan Ipad Air 2020 Berkuasa Tanpa Tandingan

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 167 hits
Sehingga hari ini jika ada yang bertanya kepada kami apakah tablet terbaik untuk dimiliki kami akan cadangkan iPad Tidak kira iPad yang asas iPad Air atau iPad Pro iPad adalah raja segala tablet Tiada tablet Android yang mampu bersaing deng...
4 Termasuk Penjawat Awam Ditahan Bersama 55 Bungkus Air Ketum

4 Termasuk Penjawat Awam Ditahan Bersama 55 Bungkus Air Ketum

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 175 hits
Empat individu termasuk seorang penjawat awam ditahan dalam serbuan polis di sebuah premis bersama dengan 55 bungkus air ketum lapor Harian Metro Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majib Mohd Ali berkata serbuan yang dilakukan pada jam 9 malam ...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Hiburan Saya Rasa Mereka Ada Masa Depan Yang Baik Abby Abadi Dedah Aslam Kini Bawa Grab Dan Berniaga



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

Ini Kata Kata Terakhir Korban Penganiayaan Senior Stip Sebelum Dipukuli Hingga Tewas